2020550

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, October 3, 2012

Ditetak, ragut depan rumah

PARAH...Wong yang patah tangan dirawat di hospital. KUALA LUMPUR: Tetak, rampas dan lari. Itu taktik sekumpulan enam peragut bermotosikal bersenjatakan parang dan kayu ketika menyamun seorang wanita di depan rumahnya di satu kawasan perumahan di Jalan Ipoh, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Wong Rui Kee, 23, patah tangan kanan dan retak beberapa jari akibat ditetak seorang daripada suspek, selain kerugian...

Budak mati tercekik anggur

Jenazah Taheem diuruskan kakitangan Jabatan Forensik HRPB, semalam. IPOH - Seorang kanak-kanak warga Bangladesh berusia dua tahun maut dipercayai tercekik buah anggur. Kejadian berlaku ketika ibunya sedang sibuk mengupas kulit buah itu di rumah mereka di Kondominium Raya Ria, di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, kira-kiran jam 10 malam kelmarin. Mangsa Taheem Shahriar, 2, dipercayai berada berhampiran ibunya ketika itu. Tanpa disedari ibunya,...

Remaja mangsa pemerkosaan dan dipukul rakan Facebook

JAKARTA - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 23 September lalu mendakwa dia telah dirogol dan dipukul oleh lelaki yang dikenali menerusi Facebook. Mangsa yang dikenali sebagai SAS, 14, ditemui oleh penduduk setempat sebelum dihantar pulang ke rumah keluarganya. Menurut bapa mangsa, Rauden Gultom, 39, anaknya dibawa ke sebuah rumah di Parung, Bogor, di mana beberapa lagi remaja perempuan bawah umur lain dikurung. "Telefon...

Troli gergasi 290 kuasa kuda dihasilkan

PENNSYLVANIA - Seorang peminat kereta, menghasilkan sebuah troli gergasi beli-belah terpantas di dunia dengan menggunakan enjin 290 kuasa kuda. Cal VanSant, 49, menghabiskan masa selama dua tahun dan memperuntukkan sebanyak 10,000 pound (RM50,000) bagi membina 'Shopper Chopper' yang mempunyai ketinggian 2.7 meter. Peralatan itu mampu memuatkan enam orang dan bergerak menggunakan kuasa enjin Chevrolet V8 5.8 liter, yang biasa digunakan untuk...

Robocop bakal jadi kenyataan

FLORIDA - Impian orang awam untuk melihat polis robot seperti dalam filem terkenal Robocop, yang ditugaskan memerangi jenayah bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi selepas pasukan penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sedang mencipta robot yang dikenali sebagai PatrolBot. Laman web sains dan teknologi, Gizmag.com melaporkan, teknologi yang terdapat pada PatrolBot membolehkan anggota polis dan tentera yang mengalami kecederaan...

Budak 12 tahun dirogol, diugut rahsiakan perbuatannya

Som Sak menunjukkan gambar individu yang merupakan suspek kes rogol kanak-kanak 12 tahun. TAPAH - Kunjungan seorang kanak-kanak ke kediaman kakak angkatnya menjadi igauan ngeri apabila dirogol oleh lelaki tak dikenali dalam satu kejadian di Kampung Petalin Baru, Bidor, di sini, 12 September lalu. Mangsa yang berusia 12 tahun itu bukan sahaja dirogol, malah turut diugut suspek supaya tidak memberitahu perbuatan jijiknya kepada orang lain. Ketua...

Mayat hanyut tiga kilometer

Mayat mangsa ditemui marin sejauh tiga kilometer dari tempat kejadian. JERANTUT - Mayat penoreh getah yang lemas ketika menjala ikan di kawasan mesin penyedut pasir di Sungai Pahang berhampiran Kampung Paya Teh, kelmarin, ditemui dalam keadaan terapung di Kampung Jerantut Feri, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail berkata, mangsa, M Selvakumar, 21, ditemui polis marin dalam keadaan terapung ketika mengadakan rondaan. “Mayat...

Gangster darjah 3

PETALING JAYA: Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin. Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa. Sumber...

600 dapat kuali percuma

GLOUCESTER: Sebuah syarikat menanggung kerugian akibat kesilapan komputer. Kesilapan berkenaan menyebabkan kuali tidak melekat yang biasanya dijual dengan harga £18 (RM90) setiap satu diiklankan menerusi Internet dengan harga £0.00. Berita mengenai tawaran menakjubkan itu tersebar begitu pantas di Internet pada Jumaat dan Sabtu lalu. Kira-kira 600 orang memesannya dan ada yang memesan sehingga 40 buah. Dengan harga jualan RM90 setiap...

Babi makan tuan

gambar hiasan OREGON (Amerika Syarikat) : Satu siasatan dilancarkan selepas seorang petani dipercayai mati dimakan oleh babi peliharaannya. Terry Garner, 69, tidak pulang selepas memberi makan haiwan yang kelaparan itu di ladangnya di Oregon. Seorang anggota keluarga kemudian menemui cebisan anggota tubuh dan giginya selepas babi itu memakan sebahagian besar mayat petani terbabit. Pendakwa raya, Paul Frasier berkata, berat sebahagian...

Impian Steve Jobs yang tidak disempurnakan

Tiada siapa sangka syarikat yang dikenali sebagai pengeluar peralatan elektronik seperti Apple mahu menghasilkan kereta. Bekas CEO Apple (mendiang Steve Jobs) benar-benar ingin hasilkan kereta ketika hayatnya. Impiannya adalah untuk membina kereta yang digelar iCar dan kereta tersebut membawa logo Apple bersama. ...

38 maut feri karam di Hong Kong

FERI Lamma IV tenggelam semasa operasi menyelamat di perairan Hong Kong semalam. HONG KONG - Seramai 38 orang terkorban dan lebih 100 yang lain cedera apabila sebuah feri persiaran yang membawa mereka tenggelam selepas berlanggar dengan sebuah feri lain, kata beberapa pegawai semalam. Lebih 120 penumpang dan kru dikatakan berada di atas feri Lamma IV milik syarikat Hong Kong Electric untuk menyaksikan pertunjukan bunga api di kawasan Victoria...

Adele nyanyi lagu tema filem James Bond

DANIEL CRAIG tampil buat kali ketiga sebagai ejen perisik James Bond dalam filem Skyfall yang bakal ditayangkan pada musim luruh tahun ini. LONDON - Penyanyi bersuara lunak, Adele Laurie Blue Adkins atau lebih dikenali sebagai Adele mengesahkan dia telah bekerjasama dalam menulis dan merakam lagu tema untuk filem terbaharu James Bond, Skyfall. Menurut laman web rasmi James Bond kelmarin, pelantun suara lagu popular Set Fire To The Rain itu...

Ikan paus terdampar dijadikan lauk

BEBERAPA penduduk melihat bangkai ikan paus pilot yang terdampar di pantai Pulau Savu di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia semalam. SAVU, Indonesia - Penduduk tempatan di sebuah pulau terpencil di timur Indonesia semalam melapah beberapa ekor ikan paus pilot untuk dijadikan makanan selepas 41 ekor mamalia itu mati terdampar, kata beberapa pegawai. Sejumlah 44 ekor ikan paus pilot terdampar pada malam kelmarin di pantai Pulau Savu di wilayah...

20 cedera kereta api tergelincir di California

PASUKAN penyelamat membantu operasi menyelamat apabila sebuah kereta api tergelincir selepas melanggar sebuah treler. HANFORD, California - Dua buah kereta dan sebuah kereta api Amtrak yang membawa kira-kira 169 penumpang tergelincir dari landasan kelmarin selepas bertembung dengan sebuah lori treler di Central Valley, California. Menurut pihak berkuasa, kira-kira 20 penumpang mengalami kecederaan. Kemalangan itu dikatakan berlaku apabila...

Pecah rekod halangan bunyi dalam terjunan bebas

SEORANG kru sedang memeriksa kapsul angkasa lepas yang bakal digunakan oleh Felix Baumgartner untuk memecah rekod halangan bunyi semalam. CAPE CANAVERAL, Florida - Tinggal satu minggu lagi sebelum sejarah terjunan udara bakal tercipta. Pada Isnin minggu hadapan, seorang warganegara Austria, Felix Baumgartner akan cuba melakukan terjunan bebas terpantas, tertinggi dan bakal menjadi penerjun udara pertama di dunia menghampiri kelajuan bunyi. Bunyi...

1,000 pelajar berpakaian seperti Gandhi

SEKUMPULAN pelajar India memakai pakaian menyerupai Mahatma Gandhi di Ahmedabad bagi memecahkan rekod dunia semalam. AHMEDABAD - Kira-kira 1,000 orang pelajar berpakaian seperti Mahatma Gandhi, mengambil bahagian sempena majlis sambutan ulang tahun kelahiran bapa pejuang kemerdekaan India itu. Mereka berkumpul dalam majlis yang dikenali sebagai Ahinsa Dandi Yatra di bandar ini semalam. Perhimpunan tersebut berjaya mendapat pengiktirafan...

Finalis ratu cantik jadi jurulatih bola sepak

BEKAS finalis Ratu Sukan Croatia, Tihana Nemcic menunjuk aksi menimbang bola kelmarin. VOJAKOVAC, Croatia - Seorang wanita, Tihana Nemcic, mahu dirinya dilayan sama seperti ketua jurulatih yang lain. Nemcic, 24, yang merupakan bekas pemain bola sepak antarabangsa Croatia dan model sambilan kini mendapat perhatian luar biasa. Ini kerana dia telah mengambil alih tugas sebagai jurulatih pasukan bola sepak lelaki Croatia bagi pasukan NK Viktorija...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...