2020571

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Saturday, November 10, 2012

Bunuh diri sebab tak dapat skuter

NEW DELHI: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menggantung diri di rumahnya kerana bapanya enggan membelikannya sebuah skuter. Mayat Happy ditemui kelmarin di Narela, di utara Delhi, kata polis, semalam.  Polis berkata, pelajar Kelas 10 di Sekolah Maharaja Agrasen meninggalkan satu nota yang berulis: “Kini simpanlah wang anda.”  gambar hiasan Happy berseorangan di rumah dan mengunci biliknya sebelum menggantung diri di kipas...

Wanita Indonesia diperkosa tiga anggota di balai polis

BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam. Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan tiga anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi berhampiran  pasar raya Pacific, Perai dan dibawa ke balai polis. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas...

Pegawai bank diculik kekasih

KAJANG - Gara-gara cemburu, seorang lelaki tergamak melarikan dan menjerut leher kekasihnya sehingga wanita itu mengalami keretakan pada tulang lehernya manakala kedua-dua belah pergelangan tangannya pula cedera. Episod malang wanita yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank itu bermula pada pukul 5.30 petang Rabu lalu apabila mangsa dibawa kekasihnya tidak jauh dari rumahnya di Taman Cheras Awana, Batu 9 di sini. gambar hiasan Ketika...

Suspek kes rompakan bank di Sungai Buloh mati

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menembak mati seorang suspek kes rompak sebuah bank yang kerugian RM202,800 pada 5 Nov lepas, dalam kejadian di Kampung Chubadak, Jalan Datuk Senu 3 di sini.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata seorang lagi rakan suspek yang turut berada di dalam kereta jenis Toyota Vios, melarikan diri dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi ini. Anggota Polis mengeluarkan mayat penjenayah...

Cari ayam, tapi jumpa mayat

KUBANG SEPAT – Bilal Masjid Serdang tidak menyangka kokokan ayam selepas bertelur, membawa kepada penemuan mayat reput, jam 12.30 tengah hari semalam. Bilal, Che Hassan Che Mamat berkata, jirannya, Su Minah cuba mencari ayamnya di bawah rumah mangsa, namun ternampak titisan air dari lantai dan dipenuhi lalat. Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Pasir Mas bersama kakitangan bilik Mayat Hospital daerah, mengusung mayatnya untuk bedah siasat. Tidak...

Rakam imej hantu

CHUKAI – Imej lembaga berwajah putih dengan mata kemerahan dipercayai hantu berjaya dirakam seorang pembantu gerai, yang mendakwa melihat lembaga itu di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai, malam kelmarin. Mohd Hishamuddin Mazidi, 16, berkata, walaupun tergamam melihat lembaga misteri itu, tapi dia sempat mengeluarkan telefon bimbit lalu merakam gambar lembaga berambut panjang itu kira-kira jam 11.30 malam. Lembaga berwajah putih...

Busuk mayat disangka bangkai tikus

Kuala Lumpur: Misteri bau busuk melampau dari sebuah kediaman di Rumah Pangsa Sri Langkawi 1, Gombak, di sini sejak dua minggu lalu, terbongkar malam kelmarin selepas polis menemui mayat dipercayai mangsa bunuh. Mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemui kira-kira jam 10 malam, tertiarap atas katil di bilik tidurnya. Penduduk yang curiga dengan bau busuk dari rumah berkenaan sebelum itu melaporkannya kepada polis. Difahamkan, lelaki terbabit...

Direktori porno RM30

KUANTAN: Seorang pengguna facebook (fb) dikesan memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan cara mudah. LUCAH...antara khidmat dipaparkan dalam laman web terbabit. Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun fb dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut...

Budak 2 tahun parah dicekau helang

LONDON: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun cedera dengan mukanya berlumuran darah selepas diterkam seekor burung helang peliharaan di sebuah taman permainan, dekat sini, semalam. Burung berkenaan menerkam Alfie Hall ketika dia bersiar-siar di taman itu dengan ibunya, Elysia dan beberapa anggota keluarga lain. Kanak-kanak itu bagaimanapun bernasib baik kerana matanya terselamat.  Helang berkenaan yang sayapnya selebar 1.4 meter,...

Ketiak busuk tak boleh jadi pilot

BEIJING: Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang juruterbang? Anda mungkin mengatakan penglihatan jelas, kesihatan baik dan mampu berbahasa Inggeris, tetapi nampaknya itu bukan ciri diperlukan oleh satu syarikat penerbangan China. Syarikat Penerbangan Hainan memerlukan calon juruterbang tidak mempunyai bau badan.  Syarikat itu mencetuskan kontroversi selepas menetapkan syarat tiada bau badan langsung kepada calon juruterbang.  Dalam...

Kereta sains fiksyen

LONDON: Kereta luar biasa baru ini, ‘Extra Terrestrial Vehicle’ sudah pasti dikagumi peminat sains fiksyen. Kenderaan futuristik ini yang berharga £75,000 (RM375,000), dikenali juga dengan ETV adalah berdasarkan platform yang sama dengan kereta Chevrolet biasa. PINTU bersayap dibuka dengan kawalan jarak jauh. Tetapi di situ sajalah persamaannya. ETV yang berinspirasikan sains fiksyen kelihatan lebih daripada kereta biasa di jalan raya. Ia...

Pusat jagaan wanita disita

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerbu dan menyita sebuah rumah yang dijadikan pusat perlindungan wanita dan remaja di Kampung Sungai Mulia, Setapak di sini yang beroperasi tanpa lesen sejak lebih 24 tahun lalu. Pengarahnya, Noormah Abdul Rauf berkata, dalam serbuan selama tiga jam bermula pada pukul 10 pagi itu, pusat tersebut didapati menempatkan 69 wanita berumur antara 14 dan 30 tahun termasuk...

13 orang terbunuh akibat banjir kilat

JAKARTA - Bilangan mangsa yang terkorban akibat hujan lebat selama beberapa hari yang menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat meningkat kepada 13 orang, kata beberapa pegawai polis semalam. Ketua sebuah agensi pengurusan bencana Sulawesi Barat, Kain Lotong Sembe, berkata, bilangan mangsa yang masih hilang berkurangan menjadi empat orang. BEBERAPA orang mencari mangsa-mangsa runtuhan sebuah rumah akibat banjir kilat di Batanguru,...

Pemuda mengaku bakar kapal selam nuklear AS

PORTLAND, Maine - Seorang bekas pekerja sebuah pelabuhan, Casey James Fury kelmarin mengaku bersalah membakar sebuah kapal selam nuklear milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kerugian sebanyak AS$450 juta (RM1.3 bilion). Fury, 24, mengaku bersalah di Mahkamah Daerah AS kerana melakukan kebakaran dengan sengaja sebanyak dua kali. Dia mengaku melakukan perbuatan itu di dalam kapal selam nuklear HMS Miami pada 23 Mei lalu di Limbungan...

Majlis menghormati tengkorak di Bolivia

LA PAZ, Bolivia - Satu majlis bagi menghormati tengkorak diadakan di sini kelmarin oleh sekumpulan penganut agama Kristian Katolik. Kira-kira 300 tengkorak diarak ke sebuah gereja kecil di tanah perkuburan di sini. Sekumpulan penganut itu mendakwa tengkorak tersebut mempunyai kuasa ajaib. SEORANG wanita membawa sebuah bekas yang mengandungi tengkorak di sebuah kawasan perkuburan di La Paz, Bolivia kelmarin. Tengkorak tersebut dipercayai...

Kerbau terjatuh ke dalam perigi

BEIJING - Seekor kerbau terjatuh ke dalam sebuah perigi di daerah Cangnan, wilayah Zhejiang, timur China kelmarin. Beberapa anggota bomba dan petani kemudian menyelamatkan kerbau itu yang mempunyai berat lebih 200 kilogram. BEBERAPA anggota bomba dan petani menarik seekor kerbau yang terjatuh ke dalam perigi dengan menggunakan tali di daerah Cangnan, Zhejiang kelmarin. Kerbau tersebut ditarik keluar dari perigi itu dengan menggunakan tali. Haiwan...

Restoran Bas Lama Di China

SHENYANG, China - Sebuah bas lama diubah suai untuk dijadikan restoran yang menyediakan beraneka hidangan makanan panggang di sini sejak sebulan lalu. Satu pasangan sanggup membeli sebuah bas lama itu pada harga AS$3,206 (RM9,816) untuk dijadikan sebuah restoran. SEORANG pelayan menghantar makanan kepada beberapa pelanggan di dalam sebuah bas di Shenyang kelmarin. Beberapa meja kecil untuk meletakkan makanan disediakan di dalam bas tersebut. Hidangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...