2020584

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, September 16, 2012

Tandas awam lutsinar

Beranikah anda membuang hajat di tengah-tengah laluan awam sambil diperhatikan umum? Tandas yang unik ini sebenarnya mustahil untuk dilihat ke dalamnya dari luar tetapi penggunanya boleh melihat mereka yang lalu lalang dari dalam. Bererti, ianya bebas digunakan dan tetap menjaga rahsia apa yang dilakukan oleh pengguna di dalam tandas tersebut.  Seorang artis telah mencipta tandas awam dari kiub gelas bagi mencabar perasaan ingin tahu...

Pelik! Anjing melahirkan kucing

Jeong Pyong-bong, 63, mendakwa anjingnya telah melahirkan beberapa ekor anak. Apa yang membingungkan ialah salah seekor dari anak anjing tersebut seiras anak kucing malah bunyinya juga sama. Ianya adalah perkara mustahil untuk mana-mana anjing bagi melahirkan kucing. Akhirnya, pakar membuat spekulasi mudah bahawa ianya adalah anjing yang menyerupai kucing sahaja. ...

Johnny Depp Beli Rumah Untuk Bekas Kekasih

Johnny Depp dan bekas kekasihnya. WALAUPUN hubungan pasangan Johnny Depp dan Vanessa Paradis sudah berakhir, bintang filem The Pirates of Carribein ini dilaporkan telah membeli sebuah rumah mewah untuk bekas kekasihnya itu. Daily Mail melaporkan, Depp membeli rumah tersebut di Los Angeles kerana ia berdekatan dengan sekolah anak-anak mereka. Depp dan Vanessa sebelum ini telah tinggal bersama selama 14 tahun dan memutuskan untuk berpisah...

Bayi Perempuan Ditemui Mati Dipercayai Dicampak

PETALING JAYA: Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan tempat letak kereta di Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya di sini Ahad dengan kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi. Bayi dipercayai baru lahir dan berkulit cerah itu ditemui seorang penduduk di situ, Jundi Mat, 35, kira-kira pukul 11 pagi. Jundi berkata ketika kejadian, beliau sedang mengambil motosikal kira-kira dua meter dari tempat bayi itu dicampak sebelum...

Kotak rokok bertelefon

Sebagai perokok tegar, mungkin ramai yang tidak sukakan grafik amaran kesihatan pada kotak rokok yang dijual. Gambar seperti kanser paru-paru serta segala jenis penyakit amat menjijikkan namun ianya hanyalah tinggal gambar dan tidak dapat menghalang perokok dari terus merokok. Sebuah perusahaan dari China telah membuat inovasi baru dengan menghasilkan kotak rokok yang mempunyai telefon. Kotak ini mempunyai fungsi seperti telefon sebenar dan...

Bermain golf di dalam tandas

Bermain golf sambil membuang air besar mungkin perkara yang aneh namun produk ini benar-benar diwujudkan bagi tujuan tersebut.  Tee Time Toilet Potty Putter direka dengan tujuan pengguna tandas dapat merasai keriangan ketika membuang air besar. Rekaan ini disertakan padang golf kecil, dua biji bola, serta sebatang kayu pemukul. Dengan produk ini, mungkin seseorang mengambil masa yang lebih panjang untuk berada di dalam tandas. ...

Enam maut protes filem anti-Islam di seluruh dunia

Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di luar konsulat AS. SYDNEY - Sekurang-kurangnya enam penunjuk perasaan maut, manakala lebih 20 negara telah melakukan protes termasuk Mesir, Tunisia, Lebanon dan Sudan sejak protes filem Innocence of Muslims tercetus empat hari lalu. Tidak terkecuali gelombang rusuhan turut tercetus di Syney, Australia, di mana beratus penunjuk perasaan melemparkan botol dan kasut di pekarangan konsulat Amerika Syarikat...

Tentera, seorang wanita ditembak di selatan Thailand

Polis memeriksa kawasan kejadian di Yala, Thailand. YALA - Tiga anggota separa tentera dan seorang wanita ditembak mati dan mayat mangsa dibakar oleh ahli kumpulan pemisah dalam serang hendap di wilayah bergolak, selatan Thailand, semalam. Polis daerah Muang, Leftenan Kolonel Charas Chinapong berkata, mangsa diserang ketika dalam perjalanan ke pasar di Yala. Lokasi berkenaan adalah satu daripada kawasan pemberontakan sejak lapan tahun lalu...

Pemain ragbi maut terjatuh dalam tangki simen bersama ahli keluarga

Nevin Spence LONDON: Pemain ragbi berbakat, Nevin Spence maut bersama-sama bapa dan adik lelakinya selepas terjatuh dalam tangki simen di ladang mereka di Ireland Utara, malam tadi.  Spence, 22, beraksi cemerlang untuk skuad Ulster Rugby dan bakat yang meningkat naik dalam pasukan kebangsaan Ireland. Perkhidmatan Ambulans Ireland Utara (NIAS) berkata, adik perempuan mangsa dibawa ke hospital selepas terhidu gas ketika kejadian itu di...

Banduan tawan 10 pengawal keselamatan

BEIRUT - Sekumpulan banduan menjadikan sekurang-kurangnya 10 pengawal keselamatan sebagai tebusan dalam satu rusuhan di sebuah penjara, di sini semalam. Menurut sumber, rusuhan di Penjara Roumieh itu tercetus selepas banduan menggesa pihak berkuasa membebaskan mereka atas alasan sebagai tahanan politik. "Beberapa banduan di tingkat dua bangunan membakar tilam dan menjadikan 10 pengawal keselamatan sebagai tebusan," katanya. - REUTERS...

Rumah teres simpan sundal

TUNGGU GILIRAN... dua daripada lima wanita dalam rumah terbabit. KUALA LUMPUR: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat ‘tiga dalam satu’ urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130, walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga. Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat...

Jodoh tepi katil

BERSATU... Sulaiman dan Salmah bernikah selepas berkenalan lima bulan. KUALA LUMPUR: Berbaring di katil bersebelahan ketika menjalani terapi kesihatan di Pusat Ceragem Setapak berjaya menemukan jodoh sepasang duda berusia 75 tahun dengan janda 48 tahun. Mereka kemudian diraikan pada majlis perkahwinan di pusat itu di sini, semalam. Sulaiman Sihab dan Salmah Ismail dinikahkan di Surau At-Takwa, di sini, dengan mas kahwin RM80 pada majlis...

Pengarah pornografi arah filem hina Nabi Muhammad

Young Lady Chatterley II LOS ANGELES: Filem biadap yang menghina Islam, ‘Innocence of Muslims,’ hingga mencetuskan rusuhan di beberapa negara Islam dilapor diarah oleh seorang pornographer. Alan Roberts, 65, sebelum ini pernah menerbitkan filem pornografi seperti ‘Young Lady Chatterley II’, menurut laman web Gawker. Gawker menemuramah beberapa pelakon ‘Innocence of Muslims,’ yang berkata mereka ditipu untuk muncul dalam filem itu sebelum...

Padah tarik tudung pelajar

ANKARA: Seorang pensyarah dihukum penjara dua tahun sebulan selepas didapati bersalah menarik tudung seorang pelajar. Akhbar Milliyet melaporkan, hakim yang membicarakan kes itu menolak rayuan Profesor Rennan Pekunlu supaya dia dikenakan denda saja.  Rayuan supaya hukuman terhadapnya ditangguhkan juga ditolak.  Keputusan itu mengejutkan banyak pihak dan dikatakan tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman Turki. Menurut...

Saudi tangkap 4 tukang sihir

JEDDAH: Empat warga Asia, termasuk dua wanita, ditangkap atas tuduhan mengamalkan sihir dan menipu orang ramai. Jurucakap polis Jeddah, Brigadier Misfer Al-Juaid berkata, seorang wanita Indonesia berusia 33 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz bersama-sama tangkal, beberapa kertas dan barangan berbau busuk. Dalam kejadian lain, polis lapangan terbang menangkap seorang warga India yang cuba memasuki Arab Saudi...

Psy rayu datuk bandar ambil semula pekerja dipecat

LOS ANGELES – Penyanyi rap dari Korea Selatan yang kini terkenal dengan tarian kuda, Psy meminta supaya 13 anggota penyelamat di sebuah kolam renang di bandar El Monte yang dipecat diambil semula bekerja, lapor akhbar Los Angeles Times kelmarin. Semua anggota penyelamat itu dipecat kerana mereka menari tarian kuda berdasarkan muzik video Gangnam Style yang dipopularkan Psy. Salah seorang anggota penyelamat itu yang dipecat, Michael Roa...

Saingan baharu Universal Studios

JOHOR BAHRU - Lebih 10,000 orang membanjiri Taman Tema Legoland pertama di Asia yang dibuka secara rasmi semalam sekali gus menjadikan Johor dan Iskandar Malaysia sebagai antara hab hiburan utama di Asia. Ribuan pengunjung berbaris menanti dengan penuh sabar seawal 7 pagi untuk memasuki taman tema yang berkeluasan 31 hektar itu yang terletak di Nusajaya dekat sini. Keadaan itu sekali gus mencetuskan keyakinan ia bakal menjadi daya tarikan...

Khidmat bas terus ke Legoland dari Singapura

TAMAN tema Universal Studios di Singapura kini mendapat saingan baharu dengan kewujudan Taman Tema Legoland di Johor. SINGAPURA - Warga Singapura boleh mengunjungi Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor menerusi perkhidmatan bas terus dari pusat bandar di sini yang disediakan mulai semalam. Bas-bas tersebut akan bertolak dari Singapore Flyer setiap 30 minit pada waktu puncak dan tiba di Legoland dalam masa kurang daripada sejam. Perkhidmatan...

Pengurus nafi Alyah akan lumpuh

ALYAH yang masih lemah menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di Petaling Jaya, Selangor semalam. PETALING JAYA - Pengurus kepada Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menafikan desas-desus kononnya penyanyi itu bakal lumpuh akibat ditimpa lampu tumpu kelmarin. Syuib Ismail berkata, ini kerana ujian X-ray ke atas penyanyi itu semasa menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini mendapati tulang belakang penyanyi...

Anak tok dalang mati terbenam

KEADAAN sebuah traktor yang menghempap Nor Azman di Kampung Palas, Jitra semalam. JITRA – Anak lelaki kepada tok dalang wayang kulit terkenal di negeri ini maut akibat dihempap traktor yang digunakan untuk membersihkan sebuah kebun getah di Kampung Palas, Jalan Lahar di sini petang kelmarin. Mangsa, Nor Azman Abdul Majid, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman termasuk patah pinggang. Kejadian kira-kira pukul 6...

Pemandu lori maut tertimbus tanah runtuh

LOKASI kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa Mohd. Azharulnizam di Hulu Terengganu semalam. HULU TERENGGANU – Seorang pemandu lori maut manakala rakannya patah tangan selepas mereka ditimbus tanah runtuh dalam kejadian di Kampung Kuala Ping dekat sini semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.50 petang ketika mangsa, Mohd. Azharulnizam Daud, 24, dan rakannya, Muhammad Hanifah Mohd. Nawi, 19, berada berhampiran sebuah jentolak yang sedang...

Cubaan rompak kapal minyak gagal

KAPAL MT Scorpio (kanan) yang cuba ditawan sekumpulan perompak berlabuh bersebelahan kapal MT Sea Jade di Tanjung Piai kelmarin. JOHOR BAHRU - Cubaan enam perompak yang datang dari perairan negara jiran dengan menaiki bot kayu untuk merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, berjaya dipatahkan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan petang kelmarin. Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim,...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...