2020570

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, September 14, 2012

Lelaki bertopeng larikan ATM bersama RM150,000

Anggota Forensik menjalankan siasatan selepas sekumpulan lelaki melarikan sebuah ATM di Seremban 2 hari ini. - Foto Bernama SEREMBAN - Sekumpulan lelaki bertindak nekad melarikan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank yang mengandungi wang tunai RM150,000, di Seremban 2, awal pagi ini.     Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamarudin berkata kejadian antara 3.15 pagi hingga 4 pagi itu dirancang rapi kumpulan...

Pelik! Dua sungai bertembung tetapi tidak bercampur

Satu lagi keajaiban ciptaan tuhan dimana dua batang sungai bertembung tetapi airnya tidak bercampur. Pertembungan sungai Rio Negro dan Rio Solimões membentuk Sungai Amazon yang mengalir di wilayah Amazonas, Brazil.  Kedua-dua sungai ini mempunyai suhu, kelajuan serta ketumpatan yang jauh berbeza. Malah, warna airnya mempunyai perbezaan yang ketara dan langsung tidak bercampur. Uniknya, sungai-sungai ini mengalir bersebelahan tanpa...

Kisah Arak Menjadi Madu

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda...

Pelik! Anak pisang tumbuh dalam buah kelapa

Che Mohd. Nor Abd. Rahman (kiri) bersama jirannya melihat anak pisang yang tumbuh dalam kelapa di Kampung Lubuk Pak Samad, Bukit Payung, Pokok Sena POKOK SENA - Seorang penoreh getah terkejut apabila mendapati anak pokok pisang tumbuh di dalam buah kelapa yang ditemui berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Pak Samad, Bukit Payung di sini. Che Mohd. Nor Abd. Rahman, 58 berkata, buah kelapa itu ditemuinya akhir bulan lalu ketika menebas semak...

Pencuri sorok 20 telefon dalam seluar

LONDON: Seorang pencuri yang menyasarkan mangsanya di kalangan pengunjung festival diberkas bersama bahan bukti yang disembunyikan dalam seluarnya, lapor media semalam. Ionut Guita, 23, disiasat polis di sebuah restoran McDonalds selepas seorang daripada mangsanya berjaya mengesan seunit iPhone yang dicuri sebelum itu. Selepas mengesan lokasi Guita, pemilik iPhone itu menghubungi polis bagi membolehkan suspek diperiksa, Guita ditemui bersama...

Lif terhempas: 19 pekerja binaan maut

BEIJING: Sekurang-kurangnya 19 orang maut apabila lif di tapak pembinaan di tengah China terhempas ke tanah dari tingkat 30, kata pihak berkuasa, semalam. Jurucakap Pengurusan Bandar berkata, kejadian itu berlaku di bandar Wuhan, wilayah Hubei di tapak pembinaan perumahan.  “Lif itu digunakan untuk kerja-kerja pembinaan,” katanya yang enggan namanya disiarkan dan mengesahkan 19 mati dalam kejadian itu.  Agensi berita Xinhua...

Rancangan perbincangan pondan ditarik balik

XY That Girl SEOUL: Rangkaian televisyen di Korea Selatan semalam berkata, mereka menarik balik rancangan bual bicara yang baru dilancarkan, mensasarkan komuniti pondan, kerana menerima bantahan keras daripada penonton. KBS Joy, rangkaian subsidiari KBS TV, dalam laman webnya berkata, mereka mencapai keputusan itu selepas “mengambil kira pandangan penonton.”  Rancangan tengah malam bertajuk XY That Girl, baru dilancarkan minggu lalu...

Lumpuh lepas ke rumah urut

gambar hiasan SINGAPURA: Seorang pegawai tinggi bank berusia 40 tahun diserang angin ahmar dan akhirnya lumpuh sebelah badan selepas mendapatkan urutan leher. Lelaki itu yang dikenali sebagai Lin berkata, doktor yang merawatnya mengesyaki urutan kuat telah memecahkan pembuluh darahnya dan mengakibatkan serangan angin ahmar.  Lin kini pekak di sebelah telinga dan menjalani terapi untuk memulihkan semula pergerakan di bahagian kiri tubuhnya,...

Wanita merangkak keluar Mercedes Benz terbakar

Bahagian dalam Mercedes Benz milik Lau yang berdebu akibat asap tebal, semalam. SEREMBAN - Seorang wanita hadapi saat mencemaskan apabila apabila kereta jenis Mercedes Benz yang dipandunya hampir terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas membeli juadah makan tengahari, semalam. Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, pemandu yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 40, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang memandu apabila...

Anak parah dipukul, dibuang sekolah tanpa sebab

Bapa dakwa anak parah dipukul, dibuang sekolah tanpa sebab KUALA TERENGGANU - Seorang bapa mendakwa anak lelakinya menjadi mangsa dera, buli dan pukul oleh beberapa pelajar asrama dalam satu kejadian 13 Julai lalu di sebuah sekolah, dekat sini. Bapa pelajar terbabit, Ghazali Mat Min, 50, mendakwa, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, anaknya, Muhammad Nor Aiman, 16, bukan sahaja cedera parah, tetapi dibuang sekolah pada 2 Ogos 'tanpa sebab...

Pemandu van rogol pelajar

gambar hiasan KLANG- Seorang pemandu van yang masih dalam jaminan atas tuduhan merogol, didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini, semalam  terhadap empat tuduhan sama. Ahmad Mustapah Ridwan, 20, mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan merogol remaja bawah umur di hadapan hakim Norsyaridah Awang. Remaja itu didakwa merogol pelajar tingkatan satu di sebuah bilik, Jalan Mohd Yamin, Kampung Delek Kiri, di sini, jam 8.20 hingga...

Pelajar 15 tahun berasmara di belakang sekolah

gambar hiasan KULIM - Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat. Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah...

RM10,000 bawah tilam hangus

Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran rumah Mohd Noor di Kampung Permatang Bertam SEBERANG PRAI - Seorang pesara kecewa selepas wang tunai lebih RM10,000 yang disimpan di rumah untuk membiayai pengajian anaknya di sebuah universiti awam hangus dalam kebakaran petang kelmarin. Mohd Noor Zainol, 65, berkata, wang itu dikeluarkannya dari sebuah bank minggu lalu bagi memudahkannya dari berulang-alik mengeluarkan wang setiap kali diminta...

Nenek 73 tahun dirogol di Central Park

gambar hiasan NEW YORK - Seorang warga emas berumur 73 tahun mendakwa dia telah dirogol di Central Park, New York, kelmarin. Perbuatan itu dipercayai telah dilakukan seorang lelaki yang berang kerana gambarnya sedang melancap di taman tersebut telah diambil oleh wanita malang itu.  Nenek malang tersebut memberitahu penyiasat, lelaki itu menyapanya  sebelum bertindak menyerang mangsa walaupun dia telah memadamkan gambar terbabit...

Google enggan padam video hina Rasulullah

Presiden Afganistan, Hamid Karzai SAN FRANCISCO - Syarikat enjin pencari gergasi, Google yang juga pemilik laman perkongsian video Youtube, kelmarin menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab. Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung...

Saya sayang awak, ayat pertama yang bernilai

LORCAN Dillon bergambar bersama kucing kesayangannya, Jersi yang memberi inspirasi untuknya belajar bercakap LONDON - ''Saya sayang awak''. Itulah ayat pertama yang diungkapkan oleh Lorcan Dillon, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di sini yang mengalami masalah enggan bercakap. Ungkapan itu, bagaimanapun ditujukan Dillon kepada seekor kucing peliharaannya yang diberi nama Jessi. Tetapi itu bukanlah masalah besar bagi ibunya, Jayne...

Pelakon filem anti-Islam marah penerbit

LOS ANGELES - Pelakon filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan di Libya dan Mesir, hari ini melahirkan kemarahannya kerana mereka telah dieksploitasi oleh penerbit filem tersebut. Saluran televisyen CNN yang memetik kenyataan bersama pelakon dan kru filem itu sebagai berkata, mereka sedih dan merasa dipergunakan oleh penerbit. ''Kami 100 peratus tidak menyokong filem itu... Kami terkejut dengan perubahan skrip dan penipuan terhadap...

Kisah Unta Menjadi Hakim

Pada zaman Rasulullah s.a.w, terdapat seorang Yahudi yang menuduh seorang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan bahawa unta itu adalah milik Yahudi tersebut dan menjatuhkan hukuman memotong tangan pada Muslim itu sehinggalah Muslim tersebut kebingungan. Maka dia pun mengangkatkan kepalanya menadah ke langit serta berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya...

Dongeng: Peniup seruling ajaib menghalau tikus

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi...

Dongeng: Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja. Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan....

Dongeng: Burung Bangau Dengan Seekor Ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasih hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan...

Penjaga gol kebangsaan didenda khalwat

ZAITON (kiri) dan Mohd. Farizal selepas dijatuhkan hukuman kerana berkhalwat oleh Mahkamah Rendah Syariah di Petaling Jaya semalam. PETALING JAYA - Penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias didenda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mengaku salah berkhalwat dengan seorang jurumekap yang masih berstatus isteri orang pada tahun lalu. Selain Mohd. Farizal, 26, yang turut menjaga gawang Negeri Sembilan, turut dikenakan...

Pemandu cemas terjun treler

RAMUN REDZUAN (kanan) dibantu rakannya mendaki tebing selepas terjun dari treler yang terbabas ke dalam gaung. SEREMBAN – Seorang lelaki melalui detik mencemaskan apabila terpaksa melompat keluar dari treler membawa muatan bongkah batu yang sedang dipandunya sebelum kenderaan berat itu terjunam ke dalam gaung dalam kejadian di Kilometer 21 Jalan Pantai-Jelebu berhampiran Bukit Tangga di sini kelmarin. Kejadian mendebarkan itu berlaku pada...

Mati diikat, dibunuh perompak

ANGGOTA polis mengangkat mayat Peck Lan yang ditemui mati dalam keadaan terikat di dalam bilik rumahnya di Pelabuhan Klang kelmarin. PELABUHAN KLANG – Seorang adik yang pergi ke rumah kakaknya selepas risau mengenai wanita itu yang tidak menjawab panggilan telefon terkejut apabila mendapati mangsa dibunuh perompak dalam kejadian di sebuah rumah teres setingkat di Jalan Seroja di sini kelmarin. Mayat Lim Peck Lan (gambar kecil), 65, ditemui...

Mayat rentung di dalam semak

ANGGOTA polis memeriksa satu mayat rentung yang ditemui di dalam semak di Jempol semalam. JEMPOL - Hajat seorang lelaki Orang Asli untuk membuang air kecil di dalam semak terbantut selepas dia terkejut apabila menemui satu mayat rentung di pusat pembuangan sampah di Kilometer 9 Jalan Jelai-Rompin berhampiran Ladang Bukit Tinggi, Rompin di sini semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mayat itu ditemui pada pukul...

Muka buruk bernanah selepas rawatan di pusat kecantikan

PEAK CHENG menunjukkan gambar wajahnya yang dipenuhi bintik-bintik merah dan bernanah (kiri) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Seorang pemilik kedai salun rambut terpaksa menanggung derita apabila mukanya bernanah selepas dia mendapat perkhidmatan mencuci muka di sebuah pusat kecantikan di Banting, Selangor pada bulan Januari lalu. Mangsa, Hong Peak Cheng, 31, berkata, mukanya kini dipenuhi bintik merah dan jeragat...

140 bayi luar nikah diselamatkan

MUAR - Seramai 140 bayi luar nikah di negeri ini berjaya diselamatkan daripada digugur atau dibuang oleh ibu mereka yang kebanyakannya remaja bawah umur berusia di antara 13 hingga 18 tahun sepanjang empat tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai (gambar) berkata, rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sejak 2009 menunjukkan bayi yang dapat diselamatkan...

15 orang maut, 24 cedera minum arak haram di Republik Czech

gambar hiasan PRAGUE - Pihak berkuasa Republik Czech mengumumkan situasi darurat selepas sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 24 lagi dimasukkan ke hospital selepas mereka meminum arak murah jenis vodka dan rum yang dicampurkan metanol. Metanol merupakan bahan toksik yang digunakan untuk menguatkan lagi alkohol yang digunakan dalam pasaran gelap bagi membolehkan pengeluar arak haram mengaut keuntungan lebih tinggi. Polis menyatakan, mereka...

Filem warna pertama ditayangkan

IMEJ oleh Muzium Media Nasional menunjukkan filem pendek warna pertama di dunia yang ditayangkan di muzium berkenaan di London kelmarin. LONDON - Filem terawal di dunia yang dirakam dalam versi warna sekitar tahun 1906 ditayangkan semula oleh beberapa aktivis filem di Muzium Sains London di sini semalam. Tayangan tersebut membolehkan penonton mengimbau usaha industri filem memajukan filem warna sehingga mencapai tahap yang kita lihat sekarang. Filem...

Anjing Great Dane tertinggi di dunia

ANJING Great Dane, Giant George yang pernah memegang rekod anjing tertinggi di dunia bersama tuannya, David Nasser di San Diego, Amerika Syarikat. LONDON - Seekor anjing baka Great Dane setinggi 2.2 meter apabila haiwan itu berdiri dengan menggunakan kaki belakangnya dinamakan anjing tertinggi di dunia dalam edisi terbaharu Guinness Book of World Records semalam. Edisi ke-57 buku rekod global berkenaan menyatakan, anjing jantan seberat 70.3...

Kejohanan polo gajah bermula

DUA pemain berebut bola polo semasa perlawanan pembukaan kejohanan polo gajah di Hua Hin semalam. BANGKOK - Sejumlah 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan polo gajah Piala Diraja 2012 yang berlangsung di bandar tepi pantai ini, 160 kilometer ke selatan ibu negara Thailand, Bangkok. Menurut laman berita International Business Times kelmarin, acara amal tersebut yang pertama kali diperkenalkan di Thailand pada 2001 oleh Anantara Hotels,...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...