2020560

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, September 5, 2012

Lori 10 tan lesap

gambar hiasan KUANTAN – “Saya tidak pasti sama ada pencuri itu sudah lama memerhatikan gerak-geri saya atau kebetulan dia lalu di situ dan nampak saya letak lori jauh dari kawasan rumah,” kata Azahari Aziz, 32. Katanya, dia menyedari kehilangan lorinya kira-kira jam 6.45 pagi kelmarin. “Saya terpaksa letak lori agak jauh berikutan keadaan jalan rumah saya yang agak sempit, tidak muat untuk laluan lori itu. “Memang tidak dinafikan, apabila...

Israel mahu kedai Hitler ditutup

GAMBAR fail menunjukkan salah seorang pemilik berada di depan kedai Hitler miliknya di Ahmedabad, India pada 28 Ogos lalu. NEW DELHI - Israel mengadu kepada pentadbiran tempatan negeri Gujarat berhubung sebuah kedai pakaian lelaki yang menggunakan nama Hitler. Konsul Jeneral Israel di bandar Mumbai, Orna Sagiv berkata, beliau meminta para pegawai negeri itu kelmarin untuk campur tangan bagi membolehkan nama kedai tersebut diubah. Menurutnya,...

Mayat tersangkut celah pokok

Jenazah Amran diusung ahli keluarga untuk dibawa pulang sebaik selesai bedah siasat di Hospital Kepala Batas selepas ditemui lemas ketika mencari kepah di Kuala Muda, Penaga. PENAGA - Seorang pekerja kilang yang hilang ketika mencari kepah di pantai Kuala Muda, di sini tengah hari kelmarin ditemui mati lemas, pagi semalam. Amran Mohd Yusuf, 28, anak kedua pasangan Mohd Yusuf Ahmad, 54, kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kulim dan...

Mati terminum racun serangga

Macha (kiri) ditemani Josephin di pekarangan Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka. Gambar kecil: Raman ALOR GAJAH - Selepas kurang 48 jam bertahan, seorang lelaki maut selepas dipercayai terminum racun serangga ketika berada dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol di rumahnya di Rembia, dekat sini kira-kira jam 5 pagi semalam. Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu itu, mangsa, C K Raman, 42,...

Tukar siaran televisyen, adik maut ditikam abang

KUALA TERENGGANU - Gara-gara perselisihan faham menukar siaran televisyen, seorang pemuda maut dipercayai ditikam abangnya di Kampung Telaga Papan di Kemaman di sini malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu kedua-dua beradik itu dikatakan bergaduh dan bergelut kerana salah faham tersebut. "Semasa bergelut suspek mencapai objek tajam dan menikam perut mangsa. Sebelum...

Khasiat Daun Pegaga

daun pegaga Daun pegaga kebiasaannya dijadikan ulaman orang melayu dan ianya juga boleh mengubati beberapa penyakit antaranya: kencing manis mengecutkan rahim mengubati kegatalan pada vagina menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka  mengubati penyakit darah tinggi  Selain itu, daun pegaga juga boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dan penjagaan muka. Menyerikan wajah / Penjagaan Muka Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya,...

Suami Belasah Isteri Di Butik

Suami Belasah Isteri IPOH – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 20 minit menunjukkan seorang suami belasah isteri di sebuah butik, di sini, menjadi bualan hangat pengguna laman sosial facebook sejak kelmarin. Rakaman CCTV bertarikh 23 Ogos 2012 itu telah dimuat naik ke laman facebook oleh mangsa sendiri dan menunjukkan pasangan berkenaan bertikam lidah terlebih dahulu sebelum insiden berkenaan berlaku. Ketika mangsa cuba keluar...

Berasmara dengan 'Abang Saudara'

Pasangan kekasih itu disoal siasat oleh anggota penguat kuasa JAJ daerah Kluang. KLUANG - Seorang lelaki bertindak nekad melarikan diri dari dicekup anggota bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang di sebuah hotel bajet di sekitar bandar Kluang, Sabtu lalu. Pemuda yang berusia 23 tahun itu dipercayai mahu melarikan diri apabila mengetahui JAJ Kluang mengadakan operasi di situ yang secara kebetulannya dia menyewa bilik hotel...

Windows 8 masuk pasaran 26 Oktober

Windows 8 bakal menjadi sistem operasi pertama Microsoft direka untuk komputer desktop dan juga tablet WASHINGTON - Windows 8, yang akan berada di pasaran 26 Oktober ini, bakal menjadi sistem operasi pertama Microsoft direka untuk komputer desktop dan juga tablet. Pengguna yang kini menggunakan sistem Windows XP, Vista atau Windows 7 juga boleh menaik taraf kepada Window 8 Profesional dengan harga AS$9.99 melalui pembelian atas talian. Setakat...

13 kali diperkosa abang ipar

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah KUALA KETIL - Ibarat jatuh ditimpa tangga, itulah terjadi kepada dua beradik berusia 23 dan 24 tahun mendakwa dirogol abang ipar mereka di rumah abang iparnya dan di kediaman mereka di sebuah kampung di sini. Salah seorang dari dua beradik itu dirogol sebanyak 13 kali sejak 2007-2010, manakala seorang lagi dirogol sebanyak sembilan kali sejak 2005 sehingga 2010. Lebih...

Mati tergantung di balkoni

Kekasih mangsa warga Kanada kelihatan sugul menerima berita kematian teman lelakinya. SUBANG JAYA- “Jangan persoal tindakan ini, saya minta maaf atas segalanya dan wasiat sudah dibuat untuk semua anak-anak,” itu antara kandungan dua nota yang ditinggalkan seorang pensyarah sebelum mangsa ditemui tergantung di luar balkoni apartmen disewanya di SS12, di sini pagi, semalam. Difahamkan, mangsa meninggalkan dua nota, satu ditujukan kepada lima...

Misteri gadis diganggu lembaga hitam

Sopiah menunjukkan ruang di mana dia terlihat lembaga hitam. Gambar kecil: Siti Intan Shafinaz Abdul Aziz. TOKAI, PENDANG – Sepasang suami isteri di Jalan Tokai di sini bimbang melihat keadaan anak kedua mereka yang menjadi tidak bermaya selepas dipercayai diganggu lembaga hitam di rumah mereka, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu,  Siti Intan Shafinaz Abdul Aziz, 26, bertindak menjerit dan menangis sambil menepis...

Guru al-Quran mati dibunuh

Mayat mangsa dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat. PASIR PUTEH - Guru al-Quran yang membantu kerja memasak untuk majlis hari raya di rumah anaknya di Kampung Jebak, Jeram, dekat sini ditemui maut dibunuh dengan sudip. Ketika kejadian, mangsa, Wan Kalthom Wan Husin, 68, balik ke rumah yang terletak hanya 100 meter dari rumah anaknya kira-kira jam 10 pagi untuk mengambil sudip. Selepas tiga jam tidak muncul, anak...

Lagenda Pelakon The Gods Must Be Crazy

Mungkin ramai pernah menonton filem komedi sepanjang zaman iaitu The Gods Must Be Crazy. Namun, siapakah pelakon utamanya?  N!xau merupakan pelakon utama filem tersebut dan berasal dari puak San yang tinggal di kawasan Gurun Kalahari. Bakat lakonan N!xau mula digilap oleh Jamie Uys iaitu pengarah dan juga pelakon dalam cerita The Gods Must Be Crazy pada tahun 1980. Walaupun filem tersebut mendapat sambutan, N!xau hanya...

Pantai tersembunyi di Mexico

Pantai sememangnya terkenal sebagai tempat riadah berpasir dan kawasannya adalah bebas terbuka. Namun, ianya berbeza di Pulau Marieta dimana pantainya adalah tersembunyi di dalam sebuah gua. Pulau ini terletak di luar perairan Puerto Vallarta, Mexico. Ianya menjadi tumpuan para pelancong bukan sahaja kerana keunikan pantainya, malah lautan yang mengelilingi pulau ini bebas pencemaran dan sesuai untuk aktiviti riadah. Sekaligus, pantai ini...

Otak budak hancur buluh tertusuk kepala

Muhammad Alias (gambar kecil) meninggal dunia tertusuk buluh penyidai dipercayai jatuh dari tingkat 12 PPR Taman Kempas Permai, Johor Bahru. - Foto Nur Aisyah Mazalan Johor Bahru: "Saya melihat buluh tertusuk di kepala sebelum mangsa terpelanting dan menggelupur," kata saksi yang melihat budak berusia empat tahun tertusuk buluh dalam kejadian di sini, Ahad lalu.  Dalam kejadian jam 10.30 malam di Projek Perumahan Rakyat Taman Kempas Permai,...

Khasiat jarum tujuh bilah

Pokok jarum tujuh bilah Khasiat jarum tujuh bilah JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pokok jarum tujuh bilah ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tetapi boleh didapati dengan mudah...

Isteri minta cerai suami ketagih menjeling

gambar hiasan Dubai: Seorang ibu kepada empat orang anak, memfailkan tuntutan cerai di mahkamah keluarga Ras Al Khaimah selepas mengadu tidak tahan dengan sikap suaminya yang suka menjeling dan tersenyum dengan wanita lain. Pegawai mahkamah Jassim Makki berkata, wanita berusia awal 30-an itu memberitahu, setiap kali mereka pergi membeli belah suaminya seperti ‘ketagih menjeling’ dan asyik memandang semua wanita yang lalu lalang sambil tersenyum...

Seks dalam kereta mewah

Beijing: Skandal baru membabitkan kematian anak lelaki seorang pegawai kanan China berpunca daripada permainan seks dalam kereta mewah Ferrari dianggap menjejaskan proses peralihan politik satu dekad sekali negara itu.  Kemalangan pada Mac lalu itu turut menyebabkan dua wanita cedera. Butir-butir kejadian tidak didedahkan di China tetapi oleh media Hong Kong. Itu menunjukkan pihak berkuasa bimbang orang awam akan membantah satu lagi...

42 askar kanak-kanak dilucut jawatan

YANGON - 42 askar kanak-kanak dibenarkan keluar daripada tentera, semalam selepas Myanmar menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk tidak merekrut tentera di bawah umur. Akhbar tempatan New Light of Myamar melaporkan, kesemua kanak-kanak terbabit dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing yang menunggu mereka di Yangon. Perjanjian yang dimeterai pada Jun lalu itu merupakan sebahagian usaha...

20 orang tiba-tiba tidak sihat, serbuk putih ditemui dalam pejabat pos

ZURICH: Pejabat pos berdekatan bandar raya ini dikosongkan selepas bahan yang tidak dikenali dijumpai dalam bangunan itu apabila 20 orang mendakwa mereka tidak sihat, kata polis.  Polis berkata, salah seorang daripada 20 mangsa dibawa ke hospital tetapi bahan berkenaan dianggap tidak berbahaya berdasarkan penyiasatan awal. Polis dimaklumkan mengenai dua pucuk surat mengandungi serbuk putih yang menyebabkan sebahagian daripada petugas...

Rokok elektronik berbahaya?

Rokok elektronik sering menjadi pilihan perokok tegar yang beranggapan ia adalah satu alternatif mengikis tabiat merokok. - Agensi VIENNA- Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya. Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan...

Tradisi merampas pengantin perempuan di Romania

DUA penculik yang berpakaian Taliban bergambar bersama seorang pengantin perempuan di Arch of Triump, Bucharest pada Ahad lalu.  BUCHAREST, Romania - Tradisi merampas pengantin perempuan dari majlis perkahwinan untuk dijadikan tebusan semakin mendapat sambutan pada setiap Sabtu di sini. Tradisi tersebut melibatkan pengantin perempuan dibawa lari oleh rakan-rakannya menuju ke monumen Arch of Triumph yang menjadi lokasi tumpuan pelancongan. Pengantin...

India dapat semula beg dipos 46 tahun lalu

BEG milik pemerintah India ditemui semula selepas 46 tahun hilang. CHAMONIX, Perancis - India semalam memperoleh semula sebuah beg diplomatik yang dihantar dari Mumbai ke New York 46 tahun lalu. Beg diplomatik itu mengandungi beberapa surat khabar ditemui di kawasan pergunungan Alps dekat lokasi sebuah pesawat Air India yang terhempas pada Januari 1966. Ia ditemui oleh seorang pekerja penyelamat di kawasan pergunungan itu, Arnaud Christmann...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...