Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, February 28, 2013

Video kejam: Awek penyek arnab hidup-hidup

Memang betul-betul sakit otak. Haiwan yang sebegitu comel sanggup dibunuh dengan kejam. Motifnya hanya sekadar suka-suka. Sekumpulan gadis gila ini hanya tersenyum dan bergelak-ketawa melihat nasib arnab yang dipenyekkan hidup-hidup.

Video ini begitu begitu popular di YouTube sekitar tahun 2010 - 2011 namun telah dibuang kerana berunsur penganiayaan serta tidak sesuai menjadi tontonan umum. Selepas video ini tersebar, pelbagai pihak tampil membuat laporan. Semoga perkara ini menjadi ikhtibar untuk kita. Tidak tahulah siapa sebenarnya yang tidak berakal, sama ada haiwan malang ini ataupun sekumpulan gadis tersebut.

video bunuh arnab
video bunuh arnab
video bunuh arnab
video bunuh arnab

Makhluk misteri terdampar di pantai

Seekor makhluk misteri yang mempunyai wajah seakan kuda, badan seakan babi, dan cakar seakan beruang dihanyutkan ke pantai Sout Wales.

Bangkai tanpa bulu tersebut ditemui terdampar di pantai yang terletak Tenby oleh Peter Bailey ketika bersiar-siar bersama anjingnya. Peter, 27, kemudiannya mengambil gambar haiwan tersebut dan menghantarnya kepada penguatkuasa tempatan.

Makhluk misteri terdampar di tepi pantai

Jurucakap mendakwa, bangkai tersebut adalah milik seekor anjing dari spesis Jack Russell Terrier. Namun, Peter menolak sangkaan tersebut kerana dari segi saiz panjang raksasa yang dijumpai itu, ianya terlalu besar unuk didakwa sebagai anjing.

"Ianya kelihatan menjijikkan. Ketika saya memandangnya, wajahnya seakan seekor kuda, cakarnya pula seakan seekor beruang, manakala badannya seakan seekor babi. Bangkai itu semakin mereput dan telah kehilangan banyak bulunya."

Gambar tersebut kemudiannya ditunjukkan kepada  Dr Dan Forman dari Kolej Universiti Sains Swansea dimana beliau mempunyai teori tersendiri mengenai Raksasa dari Tenby itu. "Ianya sukar dinyatakan jika hanya dilihat dari gambar, namun jika dinilai pada saiz dan dengan fakta bahawa makhluk ini mempunyai lima jari kaki, kemungkinan ianya adalah badger."

Pura-pura mengandung bagi mendapat tempat duduk dalam tren

Seorang wanita Beijing yang berpura-pura mengandung bagi mendapat tempat duduk di dalam tren menimbulkan kemarahan ramai. Peliknya, dia sendiri mengecam syarikat pembekal peralatan silikon perut palsu tersebut kerana membuatkan temberangnya pecah.

perut palsu
Antara contoh perut palsu yang dijual di Internet
Wanita yang cuba meraih simpati dengan memakai perut palsu bagi mendapatkan tempat duduk di dalam tren yang sesak tersebut, pecah temberang apabila tali yang diikat antara peralatan itu dan juga pinggangnya longgar serta terbuka.

Wanita yang dikenali sebagai Zhang itu membuat aduan kepada Biro Komersil China dengan mengatakan dia membeli perut silikon tersebut pada harga 300 yuan dan ianya dinyatakan terlalu realistik.

Zhang dilaporkan membeli peralatan ini secara talian tetapi tidak dinyatakan dari mana dia membelinya. Laman sesawang Taobao.com menjual perut silikon untuk digunakan sebagai prop lakonan pada harga antara 300 hingga 1,650 yuan.

Namun begitu, aduan Zhang terpaksa ditolak kerana terdapat pertikaian tujuan kegunaannya dan ianya tidak wajar untuk digunakan bagi aktiviti harian sepertimana yang dilakukan Zhang.

Semenjak itu, Zhang menjadi perbualan hangat akibat penipuan yang dilakukan dan juga aduannya yang dianggap lucu.

Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati

Selepas kekecohan yang berlaku di wilayah Kyaukphyu, Myanmar tidak beberapa lama dahulu, seorang jurugambar telah menziarahi kawasan tersebut. Apa yang ditemuinya benar-benar menyedihkan. Jurugambar yang dikenali sebagai Minzayar ini telah mengambil gambar dimana seekor anak anjing tidak mahu berganjak dari sisi ibunya yang telah mati.

Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati

Ketika saya berjalan di kawasan perkampungan yang terbakar, saya terlihat sesuatu yang amat menyentuh perasaan. Sebelum mengambil gambar, saya bertanyakan penduduk setempat jika ada sesiapa yang mahu memelihara anak anjing. Tiada sesiapa yang sanggup kerana mereka sendiri sudah cukup menderita akibat persengketaan yang berlaku.

Kemudian saya meletakkan kamera dan duduk sambil memerhatikan anak anjing tersebut. Dari lubuk hati, terpendam perasaan simpati, tangisan, dan kesedihan dengan apa yang berlaku. Saya mengambil gambarnya dan menggosok kepalanya. Dalam keadaan manja dan dahagakan kasih sayang, dia menjilat tangan saya. Kemudiannya saya mengambil gambarnya sekali lagi.


Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati


Beberapa ketika sebelum perlu melangkah pergi, saya terfikir untuk membawa anak anjing tersebut pulang ke hotel. Tanpa disedari rupanya terdapat seorang lelaki tempatan yang memerhatikan saya dan anak anjing tersebut. Dia mengatakan bahawa dia juga mahu memelihara anak anjing itu tetapi tidak terdaya kerana kemiskinan. Akhirnya kami memutuskan untuk menghantarnya ke kuil Buddha yang terletak di kampung itu.

Di Myanmar, kuil Buddha dianggap tempat suci dan aman berbanding tempat-tempat lain. Saya percaya apa yang saya lakukan adalah terbaik untuknya. Saya pasti akan menziarahinya semula pada masa akan datang.

Wednesday, February 27, 2013

Anjing polis membawa pistol di Thailand

Seekor anjing dari pasukan polis Thailand diberikan pistol seperti seorang anggota polis sebenar. Semenjak gambar-gambar ini tersebar, perkara tersebut menjadi persoalan apakah motif sebenarnya. Gambar ini telah ditangkap di kawasan hotel di sekitar Pattaya iaitu salah sebuah kawasan pelancongan terkenal di Thailand.

Anjing polis membawa pistol di Thailand

Jika ianya bertujuan sebagai langkah keselamatan, tindakan tersebut adalah wajar kerana senjata api lebih selamat berada pada haiwan berbanding pada tangan manusia. Walaupun berada di tangan seorang penguatkuasa, belum tentu ianya digunakan untuk kebaikan. Apa yang merisaukan orang ramai ialah, takut jikalau senjata api yang berada pada anjing itu dirampas dengan mudah oleh penjenayah.

Anjing polis membawa pistol di Thailand

Tempat duduk basikal patah tertikam kanak-kanak

Seorang kanak-kanak yang dalam perjalanan untuk hari pertama persekolahannya ketika musim bunga ditimpa malang apabila punggungnya tertikam oleh basikal yang dinaiki.

Ketika kejadian yang berlaku di wilayah Jiangsu, China, ini, kanak-kanak tersebut dipercayai sedang mengayuh basikal untuk menuju ke sekolah sebelum tempat duduknya patah dan terjatuh. Akibatnya dia tersungkur dan batang besi tersebut menikam punggungnya.

Anggota bomba terpaksa dipanggil namun mereka gagal untuk menanggalkan basikal itu. Sebahagian besar bahagian basikal terpaksa dipotong bagi membolehkan kanak-kanak tersebut dihantar ke hospital. Akhirnya doktor berjaya menanggalkannya dengan melakukan sedikit pembedahan.

Masih tiada penjelasan bagaimana tempat duduk tersebut boleh patah dengan sebegitu teruk. Namun ianya dipercayai buatan China dan mungkin mempunyai kualiti yang terlalu rendah.

Tempat duduk basikal patah tertikam kanak-kanak

Video: Ketulan rambut ditemui di dalam perut seorang gadis China

Seorang gadis berusia sepuluh tahun yang dikenali sebagai Niu Niu dari wilayah Jiangsu mengejutkan doktor setelah mereka menemui ketulan rambut berukuran 9cm berada di dalam perutnya. Niu Niu dilaporkan mempunyai tabiat mengunyah dan memakan rambutnya sendiri sejak berumur dua tahun. Ibu bapanya mula mengetahui tabiat buruk Niu Niu ketika dia muntah-muntah dan kurang selera makan.

Ketulan rambut ditemui di dalam perut seorang gadis China
Ketulan rambut ditemui di dalam perut seorang gadis China

Video: Kacang walnut palsu dari China

Sekilas pandang, kacang walnut ini kelihatan biasa. Namun apabila dipecahkan, pembeli terkejut setelah menemui batu di dalam kacang tersebut. Ianya bukanlah suatu misteri tetapi merupakan salah satu skandal makanan palsu terbaru dari China.

Kacang walnut palsu dari China
Kacang walnut palsu dari China

Penjualan kacang walnut palsu semakin berleluasa di China. Terdapat sebuah video popular di YouTube yang menerangkan bagaimana untuk mengenalpasti kacang walnut palsu dan cara pembuatannya. Berdasarkan video tersebut, kacang walnut palsu kering dan tidak menghasilkan bunyi ketika dipecahkan.

Kacang walnut palsu dari China
Kacang walnut palsu dari China
Kacang walnut palsu dari China

Tuesday, February 26, 2013

Video lucu: Lelaki tidak berpakaian terkunci di luar bilik hotel

Adegan sebegini mungkin pernah disaksikan dalam salah sebuah sketsa kesukaan ramai, Mr. Bean. Namun kali ini ianya benar-benar terjadi. Seorang lelaki yang langsung tidak berpakaian telah terkunci di hadapan pintu bilik hotelnya selepas meletakkan pinggan yang telah digunakan di situ.

Video lucu Lelaki tidak berpakaian terkunci di luar bilik hotel

Lebih memalukan, dia terpaksa berlegar dengan keadaan sebegitu untuk mendapatkan pertolongan di kaunter penyambut tetamu. Kamera CCTV yang terpasang di setiap sudut hotel telah merakamkan telatah lelaki tersebut. Pada akhir video ini, terdapat perbualan melucukan antara lelaki tersebut dan juga penyambut tetamu.

"Saya terkunci di luar bilik," kata lelaki malang tersebut kepada seorang penyambut tetamu wanita. Lalu penyambut tetamu wanita tersebut memanggil seorang penyambut tetamu lelaki bagi menguruskannya.

Lelaki malang: "Saya perlukan kunci."
Penyambut tetamu: "Baiklah, apakah nombor bilik encik?"
Lelaki malang: "208."
Penyambut tetamu: "Boleh berikan pengenalan diri?"
Lelaki malang: "Saya tidak memakai sebarang pakaian."
Penyambut tetamu: "Saya hanya perlu melihat lesen memandu encik."
Lelaki malang: "Bagaimana saya mempunyai lesen memandu sedangkan saya dalam berkeadaan langsung tidak berpakaian?"

Video ini telah ditapis sebaik mungkin bagi disesuaikan untuk tontonan semua.

Video: Lelaki lindungi kereta dari ditimpa hujan batu

Tanpa menghiraukan keselamatan diri, seorang lelaki memutuskan untuk memanjat ke bumbung bagi melindungi keretanya dari dihentam hujan batu yang melanda di Mar del Plata, Argentina. Kelakuannya yang menyapu dan menghalang ketulan ais dari terjatuh ke atas kereta kesayangannya seakan sedang berenang. Mungkin tidak ramai yang sanggup untuk melakukan perbuatan sebegitu kerana ianya berisiko dan mampu mengundang kecederaan.

lindungi kereta dari ditimpa hujan batu

Buka kelas cara guna Lightsaber Star Wars

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Dua orang peminat filem Star Wars membuka kelas kepada orang ramai cara untuk menggunakan pedang bercahaya 'Lightsaber' dengan selamat. Dua peminat itu, Alain Bloch and Matthew Carauddo membuka kelas itu pada tahun 2011.

Mereka mengajar para pelajar tentang cara untuk membuat gerakan koreografi dengan menggunakan pedang itu. Bayaran sebanyak AS$10 (RM30.99) dikenakan kepada pelajar untuk tempoh tiga jam. Semua pedang bercahaya itu disediakan di dalam kelas itu.

Lightsaber Star Wars
Lightsaber Star Wars
Lightsaber Star Wars
Lightsaber Star Wars
Lightsaber Star Wars

sumber- AFP

Budak 12 tahun bunuh dan bakar wanita 66 tahun

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah membunuh dan membakar wanita tua berusia 66 di Guizhou, China, dengan tujuan untuk mencuri sekotak penuh dadih.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Jiao tersebut telah menyerang mangsa dengan menggunakan batu, kemudian membunuh dan membakar tubuh mangsa bagi menghapuskan bukti. Jiao mengaku bersalah setelah polis menemui kesan darah di pakaiannya.

dadih
gambar hiasan
Mangsa dikenal pasti seorang wanita berusia 66 tahun. Penduduk setempat mengatakan mangsa tiada kaitan atau sebarang perhubungan dengan Jiao.

Menurut polis, Jiao telah kematian ibunya tiga tahun yang lalu dan tinggal bersama datuknya. Disebabkan itu, dia kekurangan kawalan oleh penjaga.

Monday, February 25, 2013

Dinding Aku Cinta Padamu di Paris

Dinding 'Aku Cinta Padamu' ini terletak di pusat taman Abbesses di Montmartre, Paris. Ianya berkeluasan 40 meter persegi dengan jumlah keseluruhan sebanyak 612 keping jubin yang digunakan. Perkataan 'Aku Cinta Padamu' ini ditulis lebih dari seribu kali dengan lebih 300 bahasa yang berbeza termasuklah bahasa melayu.

Dinding ini dihasilkan oleh dua pengkarya iaitu Frederic Baron dan Claire Kito. Ianya dijadikan tempat pertemuan pasangan bercinta dan diabadikan sebagai monumen kasih sayang yang berpanjangan. Frederic Baron telah mencatatkan kesemua perkataan tersebut di dalam sebuah buku nota setelah berkunjung ke kedutaan dan ke rumah jiran-jiran. Hasilnya, dia berjaya mengumpulkan lebih dari 300 bahasa berbeza untuk meluahkan cinta. Frederic Baron meminta Claire Kito, seorang artis kaligrafi untuk mengumpulkan cara penulisan kesemua perkataan ini.

Dinding Aku Cinta Padamu di Paris
Dinding Aku Cinta Padamu di Paris
Dinding Aku Cinta Padamu di Paris
Dinding Aku Cinta Padamu di Paris
Dinding Aku Cinta Padamu di Paris

Kisah sedih bayi Makhluk Asing yang enggan diterima ibunya

Bayi malang yang tidak dinamakan ini mempunyai penyakit kepala membesar seakan makhluk asing. Berat kepalanya sahaja mencecah 2.15kg. Berdasarkan Dr. Hiren Thumer, terdapat permasalahan dimana air terkumpul di bahagian kepala bayi tersebut.

Kisah sedih bayi Makhluk Asing yang enggan diterima ibunya

"Kepalanya membengkak seperti belon kerana air terkumpul di bahagian otaknya sehinggakan dia kelihatan tidak sama seperti bayi biasa. Kebiasaannya, kelahiran sebegini amat jarang berlaku iaitu satu dari beratus ribu kelahiran," kata Dr. Hiren.

Bayi sebegini amat berisiko untuk meninggal dunia terutamanya ketika enam bulan pertama. Dr. Hiren menjelaskan perkara tersebut boleh diatasi sekiranya dilakukan pembedahan otak. Namun apa yang menjadi masalah disini ialah keluarga bayi tersebut sendiri yang tidak mahukannya.

Bayi ini dilahirkan oleh Sonal Waghela yang berasal dari Gujarat, India. Ketika Sonal pertama kali melihat anaknya, badannya terkulai dan pengsan kerana terlalu terkejut. Dia enggan untuk menamakannya, bercakap dengannya, malah enggan untuk menjaganya. Sampailah satu ketika, bayi tersebut terpaksa disusukan oleh wanita lain kerana Sonal enggan membenarkan bayi itu mendekati walau di kakinya.

Mungkin bagi Sonal bayi tersebut tidak layak untuk menjadi anaknya, tetapi pada hakikatnya Sonal sendiri yang tidak layak untuk menjadi ibu bayi tersebut.

Payung tertikam di muka

Akibat mabuk, Jessica Yates, 22, telah terjatuh di bilik hotelnya. Namun apa yang lebih menyakitkan ialah, sebatang payung telah tertusuk di mukanya.

Dalam keadaan separuh sedar, dia sebenarnya telah terjatuh ke atas payung yang terbuka menyebabkan salah satu dari bucu payung tersebut menusuk berdekatan hidungnya.

Payung tertikam di muka

Besi tajam tersebut telah menikam di bahagian gusi. Ketika anggota paramedik tiba, keseluruhan payung itu masih tergantung pada muka Jessica.

Dia dikejarkan ke dua hospital, pertama untuk memotong sebahagian besar payung tersebut dan kemudiannya untuk membuang besi sepanjang 6 inci yang masih terbenam.

Jessica yang bekerja sebagai pengurus kedai kasut di Solihull, West Midlands, ditinggalkan kesan parut sepanjang setengah inci berdekatan hidungnya.

Jessica Yates

Insiden ini berlaku selepas dia kembali ke bilik hotel setelah keluar bersama rakannya, Laura Sullivan ketika hari hujan di Watford, Herts.

Dia mencampakkan payung ke atas lantai dan merebahkan diri di atas katil. Namun tanpa diduga dia telah terjatuh.

"Saya mabuk dan pada awalnya tidak sedar bahawa payung melekat pada muka saya. Pihak hospital pada akhirnya memberikan ia sebagai cenderamata," kata Jessica.

Misteri wanita lahirkan anak kembar buaya

Wanita lahirkan anak kembar buaya

Sinjai: Penduduk di daerah ini di Sulawesi Selatan heboh dengan kelahiran bayi lelaki yang mempunyai kembar seekor buaya.

Penduduk Sinjai dan kawasan bersebelahan berpusu-pusu mengunjungi rumah wanita bernama Huda, 40, untuk melihat kejadian aneh itu.

Anak buaya itu diletakkan di dalam besen berhampiran bayi berkenaan.

Ketika diwawancara wartawan, Huda mengaku mengalami kelainan ketika hamil kali ini, berbanding dengan sebelumnya.

Menurutnya, ketika melahirkan kandungannya di Dusun Bontosunggu di Sinjai Barat, Desa Terasa, dia hanya dibantu oleh suami, Marping. “Yang keluar bukan bayi, tetapi telur putih sebesar bola tenis. Tiba-tiba telur itu pecah dan seekor buaya berwarna hitam dan keemasan muncul. Perut saya tetap besar. Keesokan harinya, saya melahirkan pula bayi saya,” katanya.

Huda dan suaminya yakin anak buaya yang mereka namakan Nur Baya itu ialah kembar anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Nur. 

sumber- Kompas

Sunday, February 24, 2013

Video: Mesin yang benar-benar mesra pengguna di Jepun

Pengangkutan awam yang sering menjadi pilihan di Jepun ialah kereta api. Bagi memudahkan perjalanan, mereka menyediakan mesin penjualan tiket secara layan diri. Namun apa yang menjadi masalah di sini ialah, segala panduan dan arahan adalah dalam bahasa tempatan. Sudah pastilah ianya menyukarkan pelancong asing. Tetapi tidak perlu khuatir, butang HELP yang disediakan pada mesin tersebut benar-benar membantu. Apabila ditekan, seorang operator akan muncul di celah-celah mesin tersebut dan sedia membantu untuk sebarang masalah. Agak melucukan kerana ianya tidak ubah seperti sebuah mesin Doraemon.

Mesin yang benar-benar mesra pengguna di Jepun

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Seorang ibu yang menghantar mesej teks bersama gambar anaknya yang dibaluti pita pelekat menegaskan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Tiffany Ennis, 31, dari Sandusky, Ohio, tidak mengaku salah atas dua pertuduhan membahayakan kanak-kanak.

Ennis didakwa membaluti pita pelekat disekitar dahi, mata, dan mulut anaknya yang berusia lapan tahun. Gambar itu dihantar kepada ayah kanak-kanak tersebut, Rudy Yado, yang kemudiannya membuat laporan polis.

Ennis memberitahu polis bahawa dia serta rakan dan anak-anak mereka membalutkan pita pelekat di keseluruhan mata dan mulut anaknya kerana ianya melucukan.

Ennis turut melakukan perbuatan yang sama terhadap budak perempuan berusia 11 tahun. Berdasarkan laporan polis, Ennis mengatakan kedua-dua kanak-kanak ini tidak sakit malah langsung tidak meninggalkan sebarang kesan. Ennis tidak berniat untuk menyakiti mereka dan hanya bergurau.

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Detektif Sarjan Dana Newell dari Jabatan Polis Sandusky memberitahu media, dia bersama pegawai dari Erie County Child Services telah pergi ke rumah Ennis pada 19 Februari lalu untuk memeriksa keadaan kanak-kanak tersebut.

Setelah menyiasat dari aduan yang dikemukakan, Ennis ditahan atas kesalahan membalut pita pelekat di kepala dan mata kanak-kanak. Dia dijangkakan dibebaskan semula sebelum 30 Mei depan.

Detektif Sarjan Newell tidak dapat mengesahkan sama ada kanak-kanak tersebut masih mendapat hak dibawah penjagaan ibunya atau tidak.

Siasat mayat wanita Malaysia dalam simen

Bandar Seri Begawan: Polis Brunei, semalam melancarkan siasatan terhadap kematian seorang wanita Malaysia yang mayatnya ditemui dalam blok simen di perkarangan rumah seorang rakannya, kematian ngeri terbaru yang mengejutkan di negara itu.

Siasat mayat wanita Malaysia dalam simen

Voon Su Ching, 39, dilapor hilang suaminya pada 13 Februari selepas tidak pulang selepas keluar membeli kek untuk hari jadi anaknya.

Polis menemui mayatnya lima hari kemudian di rumah rakannya yang meminta dia memantau kediaman itu sementara dia bercuti menyambut Tahun Baru Cina.

Jurucakap polis Brunei, Pengiran Abdul Salam Ghani berkata, bedah siasat sudah dijalankan dan polis masih menanti laporan pemeriksaan itu bagi menentukan punca kematian.

“Mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya dan akan dibawa pulang ke Malaysia,” kata Abdul Salam kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan media Malaysia bahawa seorang suspek sudah ditahan dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai siasatan itu.

Voon yang berasal dari Sarawak menjalankan perniagaan mencuci kereta di Brunei dan tinggal bersama suami dan anak lelakinya.

Banglo tempat mayat itu ditemui masih diperiksa polis.

Sebuah akhbar Malaysia sebelum ini melaporkan, mayat Voon ditemui selepas pemilik banglo itu menemui blok simen setinggi tiga meter di lamannya dengan bau yang busuk.

Jenayah ganas jarang berlaku di Brunei. 

sumber- AFP

9 dituduh jual buah pinggang

Beijing: Sembilan orang semalam dituduh menjual buah pinggang masing-masing di pasaran gelap dan merekrut orang lain untuk bertindak sama.

Mereka yang semuanya berusia 30-an, mencari orang yang ingin berbuat demikian menerusi Internet dan memujuk mereka menjual organ itu di bandar raya Hangzhou, China.

Rangkaian penyeludupan buah pinggang itu didakwa merekrut seramai 38 orang sejak November 2011 yang telah menjual organ masing-masing sebelum polis Hangzhou melakukan penahanan pada Mei tahun lalu, lapor agensi berita Xinhua.

jual buah pinggang

Seorang daripada tertuduh, Lyu Qing, memberitahu mahkamah, dia memperoleh kira-kira 20,000 yuan (RM9,935) hasil daripada menjual buah pinggangnya.

Menurut Xinhua, Lyu meraih 161,000 yuan (RM79,978) melalui penyeludupan buah pinggang sejak dia mula menjalankan kegiatan itu sehingga dia ditangkap.
Orang ramai yang bersedia menjual buah pinggang mereka ditempatkan di sebuah rumah sewa di daerah Jianggan di Hangzhou sebelum proses pembedahan dilakukan.
Kegiatan itu dipercayai bermula sejak November 2011.

Kes itu menyerlahkan perdagangan organ secara haram di China yang berpunca daripada terlalu banyak permintaan berbanding penawaran.

Kira-kira 1.5 juta orang berada dalam senarai menunggu mendapatkan organ itu sedangkan hanya 10,000 pembedahan dilakukan setiap tahun. 

Hakikat bahawa hanya segelintir rakyat China bersetuju menderma organ mereka selepas mati menyemarakkan lagi kegiatan pasaran haram. 

Pada Disember lalu, seorang pakar bedah China dan enam rakannya dipenjarakan kerana dituduh terbabit dalam perdagangan organ secara haram dan sengaja menyebabkan kecederaan selepas seorang remaja menjual buah pinggangnya untuk membeli iPad dan iPhone.

Song Zhongyu menjalankan pembedahan secara haram terhadap pelajar berusia 17 tahun itu yang bersetuju memberikan organnya untuk ditukar dengan gajet bernilai kira-kira RM8,930. 

Kisah pelajar itu terbongkar selepas ibunya curiga apabila melihat dia menggunakan peralatan berkenaan.

Dia akhirnya mengaku menjual buah pinggangnya selepas berdepan masalah kesihatan. 

sumber- Agensi

Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara

Het Arresthuis merupakan hotel mewah yang baru dibuka di Belanda. Pada asalnya, bangunan hotel ini adalah penjara yang beroperasi antara tahun 1863 sehingga 2007. Ianya menempatkan 150 lokap yang kini diubahsuai menjadi 36 bilik mewah dan 7 suites termasuklah 4 suites istimewa yang dikenali sebagai The Director, The Jailer, The Lawyer, dan The Judge. Kesemuanya dilengkapi dengan perabut moden dan mempunyai rekaan dalaman yang amat menarik. Pelbagai kemudahan lain disediakan di tingkat bawah. Antaranya ialah bar, Restoran Damianz, sauna, gim, taman herba, dan pelbagai lagi.

Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara

Hotel penjara bukanlah suatu konsep yang baru. Di Jerman, terdapat sebuah hotel yang digelar Alcatraz Hotel yang menggunakan konsep tersebut. Semenjak ianya beroperasi, ianya menjadi satu tarikan dan sering dikunjungi ramai.

Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara
Hotel mewah yang asalnya sebuah penjara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...