2020582

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, October 22, 2012

Mama Bosan

PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer. Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu. KETAGIH...Sara...

Doktor cabul budak lelaki di kliniknya

JOHOR BAHRU - Polis hari ini menahan seorang doktor sebuah klinik swasta di sini kerana dipercayai mencabul seorang budak lelaki berumur 12 tahun di kliniknya itu, dua hari lepas.     Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata doktor lelaki berusia 40 tahun dan masih bujang itu ditahan di kliniknya pada kira-kira 1 tengah hari ini selepas bapa budak lelaki itu membuat laporan polis semalam.     Katanya bapa...

Gundam luar biasa dari bunga-bungaan

TOKYO- Sebuah Gundam gergasi telah didirikan dalam keadaan sedang mengawal Plaza Diver City Tokyo di Odaiba.  Ia kelihatan gah seperti sedang berkawal namun ianya masih memerlukan teman dari alam semulajadi.  Dari situlah  projek Tokyo Gundam 2012, sebuah insentif yang menyasarkan gerakan hijau serta penanaman tumbuhan mula bertapak. Dari insentif tersebut, maka wujudlah Flower Gundam yang dihasilkan dari 10,000 bunga-bungaan...

Pemuda maut, rakan cedera

KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera dalam satu kemalangan yang berlaku di kilometer 17 Jalan Kuantan-Gambang dekat Sri Mahkota Jaya, di sini, semalam. Pegawai Penguat kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, Wong Vin Seng, mati di tempat kejadian selepas kereta yang dinaiki terbabas ke kanan jalan akibat hilang kawalan ketika melalui satu selekoh. Mayat...

Pelukis AS ambil 1,200 jam hasil lukisan gergasi

MICHIGAN. - Seorang pelukis Amerika Syarikat mengambil masa selama 1,200 jam dan menggunakan lebih 100 batang pensil untuk menghasilkan sebuah lukisan besar yang dipamerkan pada pertandingan seni ArtPrize 2012 di sini, baru-baru ini. Chris LaPorte dari Michigan menghasilkan lukisan yang mempunyai ukuran lebar 3.9 meter dan panjang 7.9 meter pada pameran seni antarabangsa yang diadakan di Muzium Seni Grand Rapids, di sini pada awal bulan ini. LaPorte...

China kaut untung program panda?

BEIJING - Satu kajian saintis mendapati, anak-anak panda yang ditangkap, dipelihara dan dipisahkan daripada ibu mereka untuk program pemuliharaan, hanya digunakan sebagai alat untuk mengaut keuntungan sebelum haiwan itu mati selepas dilepaskan semula ke hutan. Kajian tersebut menunjukkan kerajaan China mengaut berjuta-juta pound dengan meminjamkan kepada zoo luar negara panda-panda yang ditangkap, termasuk kepada zoo di Edinburgh, Scotland dengan...

Tonggeng Pada Hakim

Wanita ini dengan beraninya sanggup melakukan aksi tidak senonoh dengan menonggeng ke arah Hakim dan menayangkan seluar dalamnya. Kejadian ini dirakamkan pada tahun 1983 dimana seorang penari bogel dibicarakan kerana melanggar undang-undang larangan kelakuan lucah. Dalam gambar ini, dia menonggeng ke arah Hakim yang mengadili perbicaraan bagi membuktikan pakaian yang digunakan untuk menari bogel tidak melampaui had. ...

Wanita 83 Tahun Lakukan Pembedahan Plastik

Singapura- Walaupun sudah berusia, tidak semestinya seseorang itu harus nampak tua. Mungkin itulah prinsip yang dipegang oleh nenek ini. Dengan umurnya yang sudah menjangkau 83 tahun, nenek ini masih ingin kelihatan muda dan rela menghabiskan duit bagi melakukan pembedahan plastik. Chen Yuxia (83 tahun) rela menghabiskan lebih dari RM16,000 agar kelihatan muda. Nenek yang berasal dari Singapura ini mengambil 6 botol dermal filler untuk...

Hamil Setelah Menonton Filem Porno 3D

Jennifer Stweart, mengaku hamil setelah menonton filem porno 3D di apartmen rakannya di New York.  Dia berkata anaknya seiras dengan pelakon kulit hitam yang berlakon di filem porno tersebut, padahal suaminya seorang tentera yang sedang bertugas di luar negara berkulit putih. Dia merasa pening dan mual sebulan setelah menonton filem forno tersebut, dan ketika melakukan ujian kehamilan ternyata hasilnya positif. Walaupun pengakuan...

Mangsa perkahwinan paksa kongsi kisah penderitaan

“Apabila saya tidak kembali ke sekolah ketika berumur 13 tahun, mengapa pihak sekolah tidak bertanya apa-apa? “Semasa saya melahirkan anak pada umur 14 tahun, mengapa doktor, jururawat atau pihak kebajikan masyarakat tidak menyoal ibu saya bagaimana saya boleh mengandung,” kata Sameem Ali, 42, ahli politik Britain yang menetap Manchester. Berketurunan Pakistan, Sameem dipaksa berkahwin sebaik sahaja dia memasuki umur remaja dengan saudaranya...

Warga Indonesia tak mahu jiran homoseks

Jakarta: Satu bancian yang dijalankan di Indonesia mendapati sehingga 80 peratus penduduk di negara itu mengaku tidak dapat bertoleransi jika terpaksa berjiran atau bergaul dengan golongan homoseks.  Bancian yang dijalankan Lingkaran Survei Indonesia (LSI) mendapati, responden juga menegaskan bahawa mereka berasa tidak selesa atau tenteram jika mempunyai jiran dengan identiti berbeza.  Penyelidik LSI, Noviantoni Kahar berkata, kajian...

3 maut insiden lelaki mengamuk di spa AS

BROOKFIELD: Tiga orang maut dan empat lagi mengalami kecederaan selepas lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam pusat spa harian di wilayah Wisconsin, Amerika Syarikat dan melepaskan tembakan awal pagi tadi, kata polis. PEGAWAI polis memantau di luar spa di Brookfield, Wisconsin. Suspek dikenali sebagai Radcliffe Haughton, 45, kemudiannya ditemui mati di tempat kejadian di Brookfield, Milwaukeen.  Kejadian berkenaan itu adalah yang...

Cubaan curi minyak gagal, lori terbakar

PENDANG - Cubaan sindiket mencuri minyak dari sebuah stesen minyak di sini gagal setelah lori yang digunakan itu musnah dalam kebakaran awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kebakaran itu berlaku apabila pemandu lori berkenaan cuba mencuri minyak melalui tangki minyak bawah tanah di sebuah stesen minyak kira-kira jam 4.30 pagi, semalam. Menurutnya, kebakaran itu mengakibatkan lori berkenaan...

Awas! Getah pengikat rambut dari China

Jika anda ingin membeli getah pengikat rambut di pasaran terbuka, pastikan anda lebih berhati-hati terutama jika ianya adalah produk dari China. Mengapa anda harus berhati-hati? Kerana bahan yang digunakan adalah amat mengejutkan iaitu kondom terpakai. Walaupun penggunaan kondom kitar semula telah diharamkan oleh kerajaan China, namun ianya masih diteruskan oleh pengusaha industri yang tidak bertanggungjawab kerana kosnya adalah lebih murah....

Harimau akar sesat dalam rumah

KOTA BHARU - Enam sekeluarga gempar selepas rumah mereka di Kampung Panji dekat sini, dimasuki seekor harimau akar atau nama saintifiknya neofelis nebulosa yang sesat malam tadi. Mangsa, Nik Roziana Mohamed, 32, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika dia dan empat anaknya sedang bersedia untuk menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia di skrin gergasi berhampiran rumahnya. TIGA...

Pesawat pramugari pondan gantung perkhidmatan

BANGKOK: Selepas berjaya beroperasi dan menawarkan khidmat kru kabin pondan pertama di Thailand, syarikat penerbangan PC Air terpaksa menggantung perkhidmatan mereka disebabkan masalah kewangan dan menyebabkan penumpang terkandas di Korea Selatan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Chadchart Sittipunt berkata, “Syarikat penerbangan itu memberitahu Jabatan Penerbangan Awam Jumaat lalu, mereka tidak dapat meneruskan khidmat penerbangan disebabkan...

Pengawal pantai Jepun selamatkan kelasi China dari kapal terbakar

TOKYO: Pengawal pantai Jepun menyelamatkan 64 kelasi China daripada kapal yang terbakar semalam, walaupun kedua-dua negara itu masih belum mencapai persetujuan mengenai pulau yang menjadi rebutan. Pengawal pantai diberitahu oleh pihak berkuasa Taiwan kelmarin mengenai kebakaran di atas kapal Ming Yang dan menghantar kapal peronda ke tempat kejadian, kira-kira 150 kilometer daripada Okinawa.  Pada jam 2.30 pagi, kapal pengawal pantai...

Ibu cuba selamat anak dari dilanggar trailer mati

PATTAYA: Seorang wanita Russia berusia 30 tahun terbunuh ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya yang berusia setahun tujuh bulan daripada dilanggar trak trailer 18 tayar di daerah Sattahip, Chon Buri, semalam. Selepas mendapat laporan pada kira-kira jam 1 pagi, polis NA Jomtien menemui mayat wanita itu di laluan kiri Jalan Sukhumvit (Pattaya-Sattahip) bertentangan Hotel Dor-Shada. gambar hiasan Anak perempuannya yang cedera, dihantar...

Nasib gadis bermisai, berjambang

BEIJING: Bagi setiap gadis, usia belasan tahun adalah yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan. Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa. Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik. Gadis warga China itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama...

Mak ayah pergi haji, anak bawa balik jantan.

MELAKA: Seorang wanita dipercayai sanggup mengambil kesempatan untuk berdua-duaan dalam rumah bersama pasangannya ketika ketiadaan ibu bapanya yang menunaikan haji di Makkah sebelum mereka dicekup di Taman Semabok Jaya, kelmarin. Difahamkan, perbuatan wanita berkenaan disedari jiran berdekatan yang melihat kelakuan mencurigakan seorang lelaki berusia 40-an yang memasuki rumah didiami wanita berusia lewat 20-an itu. gambar hiasan Bertindak...

Dua beranak maut nahas ngeri

KOTA TINGGI – Tanggal 16 Oktober lalu merupakan sambutan ulang tahun kelahiran terakhir buat seorang bapa sebelum dia menemui ajal selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang turut mengakibatkan anak perempuannya maut kelmarin. Kejadian pukul 11.45 pagi di Kilometer 16 Jalan Tanjung Sedeli–Kota Tinggi berhampiran simpang Kampung Mawai Lama di sini itu mengakibatkan Md. Hanafi Tasrip, 65, dan anak bongsunya, Anira, 19, maut di tempat kejadian. ORANG...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...