2020539

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, July 23, 2012

Janin panggang bersalut emas

Seorang lelaki warganegara British yang dilahirkan di Hong Kong telah ditangkap di Bangkok kerana cuba menyeludup keluar enam janin panggang yang bersalut emas. Hok Kuen Chow memberitahu pihak berkuasa bahawa dia berhasrat untuk menjual janin-janin tersebut di Taiwan dengan harga kira-kira AS $ 6,500. Keuntungan jualan di Taiwan adalah sekurang-kurangnya enam kali ganda dari apa yang telah bayar oleh Chow untuk mendapatkan janin-janin itu Seorang...

Wanita kahwini diri sendiri

Tunduk kepada tekanan sosial, Chen mengambil keputusan untuk berkahwin, tetapi dengan dirinya sendiri, tanpa pengantin lelaki! Dia mengambil satu set gambar perkahwinan dengan berpakaian putih, mengupah seorang perancang perkahwinan dan menyewa sebuah dewan jamuan untuk sambutan perkahwinan dengan 30 kawan terdekatnya. Dia juga sempat berbulan madu solo ke Australia! "Umur 30 adalah tempoh yang utama bagi saya. Kerja dan pengalaman saya adalah...

Sotong mirip wajah manusia

Penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan penemuan seekor sotong kurita seakan wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dijumpai oleh seorang nelayan yang pulang ke rumah bersama dengan sotong-sotong lain untuk dimasak isterinya. Sotong ini berukuran sekitar 20cm. Ia mempunyai sepasang mata, telinga, hidung dan juga bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang...

1,000 Orang Islam Rohingya disembelih

YANGON (Myanmar): “Saya bukan cakap kosong, tapi ada bukti. Penduduk etnik Rakhine kini bermaharajalela menyerang dan membunuh orang Islam Rohingya di Arakan, tetapi malangnya perkara ini tidak diketahui masyarakat luar kerana pihak berkuasa bijak menyorokkan maklumat sebenar. “Malah, anggota pasukan keselamatan turut membantu puak Rakhine menindas penduduk Rohingya. Perkara ini bukan lagi rahsia kerana semua orang Islam di Myanmar tahu,...

“Dia bukan ayah saya”

Mohd Saiful yang tidak dapat menahan sebak sebaik menatap mayat arwah bapanya ditenteramkan ahli keluarga. Anggota bomba dan penyelamat berjaya mengeluarkan mayat Zakaria setelah dua jam tersepit dalam kepala lori yang tertimbus dengan muatan batu selepas lori dipandu terbabas ke dalam semak. DUNGUN – “Dia bukan ayah saya, mustahil ayah saya mati, baru pagi tadi kamu sahur bersama,” kata Mohd Saiful Zakaria, 14, yang tidak dapat menerima berita...

Tragedi Ramadan berulang, adik kedua maut kemalangan

Mayat mangsa diangkat dengan bantuan orang ramai di tempat kejadian. Gambar kecil: Muhamad Taufiq Zainal Abidin. SEREMBAN – "Ini kali kedua kami kehilangan keluarga dalam bulan Ramadan," kata Muhamad Saifullah Zainal Abidin, 19, adik kepada mangsa kemalangan di Kilometer 261.7 Lebuh Raya Utara - Selatan, arah utara, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa, Muhamad Taufiq Zainal Abidin, 20, maut selepas motosikal...

Kereta bertembung lori ayam

Keadaan di tempat kejadian. MACHANG - Seorang wanita mautselepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan ayam di Kilometer 39.5, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, di sini, semalam. Kemalangan jam 6.15 pagi itu mengakibatkan mangsa, Roos Amizan Ab Rahim, 35, yang memandu kereta Mercedes-Benz maut di tempat kejadian manakala suaminya, Mohd Asri Husain,43 dan seorang anak mereka, Nurafifi Fariza, 6, cedera parah. Seorang lagi...

Penyampai berita Mesir berpakaian niqab

Kaherah: Mesir melancarkan satu saluran berita satelit terbaru yang hanya menampilkan penyampai berita wanita menutup seluruh anggota badan menggunakan niqab. Pelancarannya mewakili revolusi budaya negara itu yang lebih mementingkan nilai Islam selepas kebangkitan Arab atau ‘Arab Spring’. Semua kakitangan Maria TV yang memulakan siaran pertama mereka Jumaat lalu, menyampaikan berita dengan mengenakan purdah berwarna hitam dari hujung rambut...

Pisang belalai 3 meter tarik perhatian

AYER LANAS – Pelik dan unik. Itulah gambaran pisang belalai gajah kerana bentuknya yang seakan belalai ditambah kepanjangan tandan mampu mencecah tiga meter. Mungkin disebabkan jarang didapati, pokok pisang berkenaan yang ditanam seorang penduduk di sini, menjadi tumpuan. Penduduk, Zariah Yaacob, awal 60-an, berkata, dia menanam pisang tersebut hampir setahun dan hanya mengeluarkan hasil beberapa minggu lalu. Menurutnya, pisang belalai...

Wanita dicabul dua pekerja hotel

Sakari (kiri) dan Mohd. Ridzuan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam atas tuduhan mencabul. KOTA BHARU – Dua pekerja Hotel Grand Riverview di sini semalam dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan bersama-sama mencabul seorang wanita berusia 46 tahun di tangga hotel berkenaan pada Isnin minggu lalu. Bagaimanapun, tertuduh Sakari Mohamad, 54, berasal dari Kuala Terengganu dan Mohd. Ridzuan Mahmood Maidin, 36, dari Pasir Puteh...

Tentera Bashar bertempur di Damsyik

SEBUAH bangunan musnah akibat serangan tentera Bashar di pinggir Damsyik. AMMAN - Para pemberontak bertempur dengan tentera Presiden Syria, Bashar Al-Assad (gambar) dekat sebuah ibu pejabat agensi perisikan di bandar Aleppo, utara negara itu semalam. Menurut saksi-saksi, beberapa buah helikopter membedil beberapa daerah di Damsyik dalam usaha untuk mengusir para pemberontak. Pertempuran berlaku di beberapa bahagian lain di Aleppo yang merupakan...

Polis hidu bau nafas penunggang motosikal

SEORANG anggota polis menghidu bau nafas seorang penunggang motosikal semasa satu sekatan jalan raya diadakan di Kathmandu pada 17 Julai lalu. KATHMANDU - Beberapa anggota polis di sini menghidu bau nafas para penunggang motosikal bagi mengesan mereka yang meminum minuman keras, lapor agensi berita AFP semalam. Ketiadaan alat penguji nafas dan ujian darah menyebabkan anggota-anggota polis menggunakan kaedah mengesan bau nafas para penunggang...

19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu

Che Soh bahagia bersama isteri-isterinya ketika ditemu bual petang semalam.  Sebahagian ahli keluarga Che Soh. KOTA BHARU- “Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu.” Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ atau ‘Abe Soh Silat’. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak...

10 gambar hantu sebenar yang terkenal di Malaysia

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas papan hijau di sebelah kanan gambar. Gambar hantu budak cina ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. 2. Hantu Kereta Remuk Gambar...

Guna sijil MC tipu pensyarah

SALAH sebuah klinik yang dikenal pasti menjual sijil cuti sakit kepada pelajar di Ipoh, Perak. IPOH – Sebuah klinik swasta di sini dikenal pasti menjual sijil cuti sakit (MC) kepada pelajar dari beberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang sengaja tidak mahu menghadiri kuliah atau peperiksaan pada hari yang ditetapkan. Lebih menyedihkan, pelajar terbabit boleh mendapatkan sijil MC palsu bagi menghalalkan tindakan mereka ponteng...

Budak hidap tumor dibawa ke AS

GAMBAR menunjukkan tumor pada badan Jose. ALBUQUERQUE, New Mexico – Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang mempunyai tumor pada badannya telah dibawa keluar dari sebuah kawasan perumahan yang berbahaya di Mexico dengan menggunakan kenderaan berperisai oleh ejen-ejen keselamatan Amerika Syarikat (AS), kata keluarganya. Budak tersebut yang identitinya hanya dikenali sebagai Jose dibawa ke sempadan untuk mendapatkan rawatan perubatan...

Bayi Keluar Daripada Lumpur

Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur. Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan lumpur tanpa...

Beli Kereta Dengan Duit Syiling Seberat 300Kg

Seorang lelaki di Kota Xianyang China membeli sebuah kereta dengan menggunakan duit syiling seberat 300kg. Dia membawa duit syiling sebanyak 60 ribu Yuan ke sebuah pusat penjualan kereta yang terletak di  Provinsi Shaanxi, China. Lelaki itu merupakan seorang peniaga tepung. Dia mengangkut syilingnya yang dikumpul dalam 7 guni tepung dengan menggunakan kereta untuk sampai ke situ. Dealer kereta yang bekerja di situ menghadapi kesukaran...

Suspek mangsa bunuh Ketua Wanita Umno ditahan

Sebahagian ahli keluarga berkumpul di pekarangan bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah. Gambar kecil Halimah Yunus. ALOR SETAR - Seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Ketua Wanita Umno cawangan Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik pada Jumaat lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira 3.30 pagi semalam. Polis...

Rajagobal: Harimau Malaya ke Austria bulan depan

KETUA jurulatih negara Datuk K. Rajagobal hari ini mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan di Vienna, Austria dari 4-16 Ogos ini sebagai persiapan untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki, November ini. Beliau berkata, skuad 28 pemain tersebut akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan kelab profesional di negara berkenaan sepanjang tempoh tersebut. "Menerusi tiga perlawanan itu, saya harap dapat membuat penilaian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...