2020567

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, November 13, 2012

Penduduk kampung Kenduri 50 ayam selepas lori terbalik

JELI: Sebahagian penduduk Kampung Chedok, Bukit Bunga, di sini, 'kenduri' besar apabila sempat menyembelih sekurang-kurangnya 50 ayam selepas lori tiga tan membawa ternakan itu terbalik dalam kejadian di Kilometer 82, Jalan Tanah Merah-Jeli dekat kampung itu, semalam. Orang ramai membantu memunggah sebahagian ayam yang masih hidup untuk disembelih selepas lori dengan muatan ayam daging terbalik, manakala pemandunya Mohd Nor Mohd Yusof, 46,...

Manusia Magnet yang luar biasa

Liew Thow Lin yang berusia 78 tahun turut dikenali sebagai Manusia Magnet atau nama samarannya Mr. Magnet. Apa yang pelik mengenai Liew ialah, dia mampu melekatkan objek besi di badannya malah ada diantara objek tersebut mencecah berat 2kg. Tiada penjelasan saintifik mengenai misteri tersebut. Para pengkaji turut mengesahkan kulit Liew adalah normal dan apa yang boleh dikatakan ialah Liew mempunyai bakat yang luar biasa. ...

Patung ganti bayi dikecam

LONDON - Penjualan patung menyerupai bayi pra matang yang kelihatan sakit dengan menggunakan tiub pernafasan, bertujuan membantu ibu bapa yang kematian bayi mengatasi kesedihan mereka, mencetuskan kemarahan di kalangan persatuan-persatuan kebajikan di kota raya ini. Patung yang seolah-olah hidup itu dijual pada harga 800 pound (RM3,815) setiap satu melalui jualan dalam talian dan bayaran tambahan sebanyak 35 pound (RM166) dikenakan bagi mendapatkan...

Hasrat rai Deepavali dengan keluarga tidak kesampaian

KULIM - Hasrat seorang lelaki berusia 20-an untuk meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga yang tinggal di Lunas tidak kesampaian apabila mangsa terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam kelmarin. Saksi di tempat kejadian berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dari arah jalan Sungai Limau menuju ke Paya Besar. Menurutnya, tiba di tempat kejadian sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang guru...

Sejarah Statue of Liberty

Patung Statue of Liberty yang menjadi kebanggaan serta simbol bandar New York sebenarnya tidak dihasilkan di bandar tersebut. Ianya adalah hasil karya pengukir terkenal dari Perancis, Frederic-Auguste Bartholdi dan dibangunkan di Perancis pada tahun 1874. Wajah yang terpapar pada patung ini dikatakan wajah Charlotte Bartholdi, ibu kepada pengukir tersebut manakala teman wanitanya, Jeanne-Emilie telah menjadi model dalam penghasilan badan...

Benarkah gajah boleh berenang?

Di Malaysia, terdapat cerita mengatakan bahawa gajah mampu berenang menyeberangi pulau di Tasik Banding. Namun masih tiada bukti kukuh yang menyokong kenyataan tersebut dan hanya dianggap mitos semata-mata. Benarkah gajah boleh berenang? Kenyataan tersebut mungkin ada benarnya. Sekitar tahun 1970-an, sebanyak sepuluh ekor gajah telah diajar berenang di Pulau Andaman, Pantai Timur India dengan tujuan membawa menyeberangi balak. Air di sekeliling...

McShaker Gangnam Style

Penggemar setia Mc.D di Malaysia pasti pernah merasai McShaker. Kentang goreng yang digoncang sendiri bersama kebiasaannya perisa keju ataupun BBQ. Rasanya amat istimewa berbeza berbanding kentang goreng biasa. Kini anda boleh mengoncang McShaker dengan gaya gangnam.  ...

Pesawat mendarat selepas satu enjin rosak

SYDNEY, Australia - Sebuah pesawat syarikat Emirates Airlines A380 mendarat semula selepas dua jam berlepas ekoran salah satu enjinnya rosak, menurut laporan semalam. Menurut beberapa penumpang, mereka mendengar bunyi yang kuat dan api berwarna oren semasa berada di dalam pesawat. Mereka berkata, kapten pesawat tersebut menyatakan enjin nombor tiga telah ditutup. SEBUAH pesawat A380 milik syarikat Emirates Airlines yang mengalami masalah...

5,000 menari tarian kuda di Rom

ROM - Seramai 5,000 orang menari tarian kuda yang pernah dipopularkan penyanyi rap Korea Selatan, Psy di sini kelmarin. AKSI salah seorang peserta yang menari tarian kuda. Mereka menari di Dataran Piazza Del Popolo dan melakukan pergerakan tarian kuda ketika lagu Gangnam Style nyanyian Psy diperdengarkan. Penganjur perhimpunan itu menggunakan rangkaian laman sosial dan pemberitahuan secara lisan untuk menghimpunkan peserta tersebut. SERAMAI...

Landasan terbang bawa kokain haram ditemui

ASUNCION, Paraguay - Beberapa pegawai pihak berkuasa negara ini menyatakan seorang ketua sindiket dadah Bolivia, Marco Antonio Rocca Ali telah ditangkap dan lebih satu tan kokain ditemui di sebuah bandar di sempadan Brazil. SALAH sebuah pesawat yang digunakan untuk menyeludup kokain ditemui di sebuah landasan terbang haram di sebuah ladang di Salto del Guairo, Paraguay pada Sabtu lalu. Menurut beberapa ejen unit khas kelmarin, mereka menemui...

Artifak emas abad ketiga Sebelum Masihi ditemui

SOFIA - Sejumlah artifak emas pada abad ketiga Sebelum Masihi dipamerkan oleh pihak Muzium Arkeologi Bulgaria di sini kelmarin. Antara artifak yang ditemui itu ialah patung emas berbentuk muka kuda, cincin, mahkota dan gelang emas. MAHKOTA emas yang ditemui di sebuah makam dekat Kampung Sveshtari, Bulgaria pada Khamis lalu. Sekumpulan ahli arkeologi menemui artifak itu semasa melakukan kerja-kerja penggalian di sebuah makam dekat Kampung...

Pelancong berenang di Venice akibat banjir

VENICE, Itali - Sekumpulan pelancong dilihat berenang di sekitar Dataran St. Mark yang ditenggelami air akibat banjir, kelmarin. Cuaca buruk melanda bahagian utara dan tengah Itali dengan menyebabkan 200 penduduk meninggalkan kediaman mereka di Tuscany. Menurut pihak berkuasa Venice, deretan kedai, kawasan kediaman dan tempat bersejarah telah dipenuhi dengan air. DUA orang berenang di Dataran St. Mark, Venice kelmarin. Kira-kira 70 peratus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...