2020581

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, June 28, 2012

Pengedar dadah warga Singapura mati ditembak

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat Teck Huat mati  ditembak dari jarak dekat di Pangsapuri Tebrau Resident, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru kelmarin. JOHOR BAHRU - Pertelingkahan untuk berebut kawasan bagi mengedar dadah disyaki punca seorang lelaki Singapura mati ditembak oleh pesaingnya dari jarak dekat dalam kejadian di Blok E, Pangsapuri Tebrau Resident, Taman Desa Tebrau, di sini kelmarin. Kejadian pukul 9.45 malam...

Sampel darah kera belaan diambil

SABRI (dua dari kanan) mengambil sampel darah seekor kera peliharaan sambil dibantu kakitangan Perhilitan Jeli di Kampung Bukit Ipoh, Jeli kelmarin. JELI - Bagi memastikan kera peliharaan penduduk bebas daripada kuman parasit malaria berjangkit, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil sampel darah 50 ekor haiwan tersebut di Kampung Bukit Ipoh di sini kelmarin. Operasi itu dijalankan bersama Jabatan Veterinar...

Sang Bedal lain termakan jerat

SANG BEDAL yang berjaya ditangkap dibawa ke rumah panjang bagi membolehkan Embol membunuhnya. SARATOK – Peribahasa tidak dapat rotan akar pun berguna mungkin sesuai untuk menggambarkan nasib seorang tuai Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Embol Asum, apabila hasratnya untuk membalas dendam membunuh sang bedal bergelar Bujang Sebelak tidak kesampaian semalam. Sebaliknya, Embol, 48, hanya dapat membunuh dua ‘orang kanan’ buaya tersebut yang...

Sotong pilih nama Cora

SEEKOR sotong kurita gergasi memilih bola yang mengandungi Cora  sebagai namanya di akuarium Zoo Akron di Akron kelmarin. AKRON, Ohio - Seekor sotong kurita gergasi yang menjadi daya tarikan pada pameran terumbu karang di Zoo Akron di sini memilih Cora sebagai namanya kelmarin. Haiwan itu menarik keluar seekor udang daripada bola yang mengandungi nama Cora di dalam akuarium sotong tersebut. Sotong tersebut memegang bola itu dengan...

Mengajar cara mencari emas di sungai

FOZ DO COBRAO, Portugal - Seorang warga emas berusia 85 tahun, Manuel Goncalves mengajar kanak-kanak dan golongan muda cara untuk mencari emas di sebatang sungai di sini. Goncalves menunjukkan kepada mereka cara mendulang emas dengan betul di sungai tersebut. Dia pernah mencari emas melalui kaedah itu pada tahun 1950-an. Goncalves mengajar mereka cara untuk mengenal pasti batu kecil yang mengandungi emas semasa mendulang di sungai...

Kumpulan senaman diarah jangan ketawa kuat

GAMBAR fail pada 22 Jun lalu menunjukkan ahli-ahli Persatuan Joging Sheetal melakukan senaman yoga ketawa di tepi tasik Sheetal Talao, Mumbai. MUMBAI - Sebuah mahkamah di India memerintahkan sebuah kumpulan senaman ketawa supaya berhenti gelak dengan kuat selepas seorang penduduk setempat mengadu mengalami "penderaan mental". Sejak arahan tersebut dikeluarkan susulan satu perbicaraan pada minggu lalu, ahli-ahli kumpulan senaman ketawa itu...

Misteri kubur dekat pejabat PM Timor Leste

SALAH satu rangka manusia yang ditemui dekat pejabat Perdana Menteri Timor Leste di Dili pada minggu lalu. DILI - Polis di Timor Leste menemui sebuah kubur yang mengandungi rangka tulang 52 orang dekat pejabat Perdana Menteri, Xanana Gusmao, kata seorang pegawai semalam. Beberapa pekerja pembinaan menemui kubur tersebut pada minggu lalu sebelum mereka menghubungi polis. Pada tahun 1975, Tentera Indonesia menceroboh Timor Leste yang...

Langkah Facebook tukar butiran e-mel dikecam hebat

  WASHINGTON - Laman sosial Facebook sekali lagi membuat perubahan tanpa mengumumkan perkara itu kepada 900 juta penggunanya, sekali gus mencetuskan kritikan dan kecaman daripada penggunanya semalam. Syarikat itu berkata ia berbuat demikian agar butiran para pengguna "konsisten" dengan identiti lamannya. Facebook didakwa sewenang-wenangnya menukar alamat e-mel peribadi pengguna berakhir dengan '...@facebook.com'. Dalam satu kenyataan,...

Hantu Tanpa Kepala di Kulim

Ada dalam kalangan kita menolak kewujudan alam misteri dan mistik. Tidak kurang yang menyatakan ia hanya tahyul dan tidak seharusnya dipercayai.  Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala beberapa tahun lalu, meninggalkan kesan kepada mereka apabila jelmaan lembaga tanpa kepala sering ditemui berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.  Ada juga...

Bukti Kebenaran Seksa Kubur : Peringatan daripada Allah swt

Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan...

Lorong Puaka di Taman Selasih, Kulim

Taman Selasih, Daerah Kulim, Kedah darul Aman - Tiada siapa yang menyangka bahawa kebanyakan kawasan taman perumahan di sini adalah merupakan hutan 'tempat jin bertendang' dan menjadi tempat persembunyian komunis. Bagi penduduk asal di sini yang berusia 60 hingga 70 tahun, mereka tidak menafikan bahawa sekitar tahun 40-an, banyak 'benda' telah ditanam di tengah hutan bagi tujuan perubatan dan menghalau makhluk halus yang merasuk. Jalan...

15 minit lawan kudrat mak nyah

KOTA KINABALU: Dua anggota polis dan seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa berhempas pulas hampir 15 minit sebelum dapat menyaingi kudrat seorang mak nyah yang cuba meloloskan diri, dalam Operasi Bersepadu di Kompleks Asia City, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, pondan terbabit yang berusia 22 tahun bersama seorang rakannya dihampiri dua anggota polis yang ingin menyoal siasatnya ketika menunggu...

Cabul rakan dalam tandas

GOMBAK: Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain. Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...