2020574

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, December 9, 2012

Santa Klaus menyelam bersama ikan

Penyelam dari Korea Selatan memakai pakaian seragam Santa Klaus ketika menyelam bersama sekumpulan ikan sardin di akuarium The Coex pada 8 Disember 2012 di Seoul, Korea Selatan, bersempena Hari Krismas yang bakal disambut tidak lama lagi. Walaupun agama rasmi Korea Selatan adalah Buddha, namun, kira-kira 30 peratus dari penduduknya beragama Kristian dan perayaan Krismas dirai secara besar-besaran. ...

Kehangatan Nintendo Wii U di Jepun

TOKYO - Ratusan pembeli beratur di kedai elektronik di seluruh Jepun bagi mendapatkan permainan konsol Nintendo Co Ltd, Wii U yang baru dilancarkan di Jepun, semalam. Media tempatan melaporkan, kira-kira 100 pelanggan menunggu di luar kedai elektronik terbesar Jepun, Bic Camera di daerah komersial Ikebukuro, Tokyo sebelum ia dibuka pada jam 8 pagi. Orang ramai sanggup beratur awal pagi untuk mendapatkan permainan konsol Nintendo Wii U di...

Hisap ganja bukan jenayah

SEATTLE - Beratus-ratus orang dilihat menghisap ganja di sini selepas penggunaan dadah itu dibenarkan di negeri Washington, Amerika Syarikat (AS). Pengambilan ganja bukan lagi satu jenayah di Washington berkuat kuasa selepas pukul 12 malam Khamis lalu susulan keputusan satu referendum mengenainya pada bulan lalu. gambar hiasan Negeri berkenaan bersama Colorado menjadi dua negeri pertama AS yang membenarkan pengunaan ganja. Secara teknikal,...

Payung ajaib dari Korea

Bosan dengan penggunaan payung berkonsep lama yang sering koyak, terbang ditiup angin, serta perlu dikeringkan selepas diguna?  Payung rekaan terbaru ini bukan sahaja boleh mengatasi masalah tersebut, malah lebih hebat dari apa yang dijangkakan. Mungkin juga ada yang melihatnya seakan payung ajaib tetapi sebenarnya ianya dihasilkan dengan teknologi moden. Je Sung Park dan Woo Jung Kwon, pereka dari Korea, telah menghasilkan payung...

Penduduk diminta tangkap ular sawa

WASHINGTON - Penduduk setempat digesa menyertai satu pertandingan menangkap ular sawa Burma yang mengancam hidupan di kawasan paya Everglades, di negeri Florida. GAMBAR menunjukkan seekor ular sawa Burma sepanjang lebih 4.5 meter ditangkap di Taman Negara Everglades pada 14 November, 2009.  Orang ramai dialu-alukan menyertai usaha untuk menghapuskan spesies reptilia itu yang memakan burung, rusa, kucing hutan dan pelbagai haiwan lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...