2020535

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, January 4, 2013

Cara membuatkan daging babi lebih sedap

Huang Demin dari kampung Guanshan yang terletak di Ningxiang, China, telah melakukan kaedah penternakan yang pelik. Dia sering membawa babi peliharaannya untuk terjun dari tempat yang tinggi sebagai rutin senaman. Huang berkata kaedah ini boleh meningkatkan imuniti babi, meningkatkan selera makannya, mempercepatkan pembesaran, dan yang paling penting ialah daging babi-babi tersebut lebih sedap. Babi yang menjalani rutin senaman ini kebiasaannya...

Parking kereta Toy-ota kerana jiran selalu ambil kesempatan

Seorang penghuni di sebuah kawasan perumahan benar-benar marah dan tidak mahu jirannya mengambil kesempatan ke atas kekosongan ruang meletak kenderaannya. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk meletakkan sebuah kereta mainan di ruang tersebut bagi menghalang sesiapa sahaja yang cuba menggunakan tanpa izin. Hal ini benar-benar berlaku di Australia. Di belakang kenderaan mini tersebut, terdapat tanda amaran bagi mengharamkan sesiapa sahaja...

Pakaian dalam dipamer tepi hutan

KUANTAN- Bukan sahaja menyakitkan pemandangan, malah keadaan pakaian dalam wanita yang di tayang di tepi hutan berhampiran Indera Mahkota Dua di sini menjadikan keselamatan penduduk turut terancam. Penduduk Zaliah (bukan nama sebenar), 25 berkata, dia terkejut apabila melihat beberapa helai pakaian dalam wanita ‘dipamer’ di dahan pokok dan papan tanda. Pakaian dalam yang di tayang di tepi hutan berhampiran Indera Mahkota 2. Menurutnya,...

Melaram dengan baju emas

MUMBAI: Sepasukan tukang emas mahir menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013. Menurut laporan media semalam, sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan. Baju itu didakwa berharga RM800,000. Akhbar melaporkan, ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu mahukan baju berkenaan...

Lelong dara untuk rawat ibu uzur

BRASILIA: Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur. Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi. Kini menuntut di sekolah menengah, Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina...

Anjing dipaksa bertarung hanya untuk hiburan

Ketika bandar-bandar besar sedang sibuk meraikan kedatangan tahun baru dengan tembakan bunga api dan hiburan yang meriah, sebuah perkampungan kecil yang terletak di Jishan, wilayah Shanxi, China, meraikannya dengan cara tersendiri. Mereka memilih untuk menganjurkan pertandingan pertarungan anjing. Pertandingan ini diadakan pada hari pertama tahun baru dan dianjurkan oleh sebuah syarikat industri batuan tempatan. Ianya disertai oleh anjing dari...

Filem komedi bajet rendah terlaris di China

BEIJING - Sebuah karya tempatan bajet rendah tanpa disangka menjadi filem China yang memperoleh pendapatan tertinggi sehingga ke hari ini. Media rasmi China melaporkan filem komedi Lost in Thailand memperoleh kutipan lebih 1 bilion yuan (RM485 juta) sejak ditayangkan pada 12 Disember lalu. PENGARAH dan pelakon filem, Xu Zheng mempromosikan filem terbaharunya, Lost in Thailand di sebuah pawagam di bandar Chongqing, China. Memetik perangkaan...

Aktivis marah sirip jerung disembunyi

HONG KONG - Aktivis-aktivis alam sekitar di sini meluahkan rasa marah semalam berikutan pendedahan beberapa keping gambar menunjukkan bumbung sebuah kilang dipenuhi beribu-ribu sirip ikan jerung yang baru dilapah. Terletak di selatan China, pulau ini merupakan antara pasaran sirip jerung terbesar di dunia. Sirip jerung digunakan untuk membuat sup mewah yang disajikan pada majlis-majlis bankuet dan dianggap sajian istimewa oleh ramai penduduk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...