2020554

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, October 7, 2012

Israel tembak pesawat pengintip

Foto dikeluarkan menunjukkan Pasukan Pertahanan Israel melancarkan tembakan ke arah pesawat pengintip yang melintasi ruang udara mereka. GAZA - Sebuah pesawat pengintip dari Laut Mediterranean ditembak sehingga jatuh ke tanah oleh tentera Israel selepas dilihat menyeberangi kawasan udara Semenanjung Gaza. Jurucakap tentera rejim, Kolonel Avital Leobovich berkata, beberapa sistem daratan mengeluarkan amaran bahawa ada tanda-tanda kehadiran...

Pukul budak 11 tahun, lelaki didenda RM800

Zudy Iskandar (kanan) didenda RM800 gara-gara memukul kanak-kanak KUALA TERENGGANU - Padah memukul kanak-kanak berusia 11 tahun sehingga cedera hanya kerana diejek, seorang tukang paip didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, hari ini. Tertuduh, Zudy Iskandar Mohamad, 32, yang berasal dari Kampung Tanjung Che Mat Taukey di sini, juga berdepan hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda. Berdasarkan pertuduhan,...

Ngeri! Mangsa bunuh dijadikan barbeku dan kari

gambar ketiga-tiga suspek TOKYO: Tiga lelaki yang dipercayai memanggang dan memasak kari daging mangsa pembunuhan mereka ditahan oleh pihak berkuasa Jepun. Ketiga-tiga mereka dikatakan menggunakan tukul untuk mengoyakkan badan Kazuyuki Kobayashi, sebelum memanggang bahagian badannya dan membuang di sebuah gunung di luar bandar Jepun, lapor jurucakap polis. Dua daripada suspek telah mengaku salah dengan dakwaan memasak kari daging Kobayashi...

Foto telanjang Kristen Stewart tersebar

Mungkin atas sebab keadaan yang terdesak, Kristen Stewart bersetuju untuk menanggalkan semua pakaiannya dalam filem “On the Road” yang diadaptasi dari novel nukilan Jack Kerouac dan tidak kisah dengan penyebaran gambar-gambar yang diambil sepanjang perfileman. Berikutan dari perpisahan yang berlaku dengan Robert Patinson atas sebab hubungan sulit beliau dengan pengarah Robert Sanders, Stewart yang sememangnya tiada sebarang bakat lakonan tidak...

Dapur kayu yang kreatif

Dapur kayu sering digunakan untuk menjimatkan kos dengan membeli bahan api bagi keperluan memasak. Ianya bukanlah sesuatu yang asing dan telah lama dipraktikkan sejak turun-temurun. Kini, kebanyakan dapur memasak telah digantikan dengan penggunaan gas. Bahan api yang digunakan untuk dapur kayu adalah cukup murah serta mudah didapati seperti kayu-kayan di hutan dan juga kayu arang. Bagaimana pula jika dapur tersebut sendiri yang menjadi bahan...

Pecut selepas gilis mangsa

Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat. ALOR GAJAH – Seorang pemandu treler bertindak memadam lampu dan memecut laju kenderaannya sebaik saja menggilis seorang penunggang motosikal di Jalan Garing, Machap Baru, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, penunggang motosikal warga Nepal, Tek Bahadur Tamang, 23, melambung selepas motosikal jenis Suzuki RG yang dinaiki bersama rakannya,...

Maut Viva bertembung lori

Keadaan kereta dinaiki keluarga terbabit. RAUB - Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan lori di Kilometer 349 Jalan Raub - Lipis pada jam 12.30 malam, semalam. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, mangsa, Zailani Mat Zin, 30, memandu kenderaan jenis Perodua Viva dari arah Lipis. Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, mangsa tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas ke laluan...

Berenang dengan pakaian samurai

YOKOHAMA - Berjalan atau berlari dengan pakaian samurai yang lengkap bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi berenang. Namun, itulah yang dibuat oleh beberapa orang rakyat Jepun, yang berenang dengan pakaian samurai lengkap sebagai cara untuk bergembira. "Pakaian ini agak berat dan panas apabila memakainya. Saya bimbang sama ada saya mampu keluar semasa berada di dalam air. "Kali terakhir saya berenang ialah tiga tahun lalu,''...

Saintis temui sejuta pepijat laut dalam

Cacing Platynereis Dumerei, berenang secara bebas. SEKUMPULAN saintis berjaya menemui lebih daripada sejuta spesies pepijat baru sekitar lautan Pasifik, Atlantik, Selatan dan Selat India. Ekspedisi Tara sejauh 112.65 kilometer  itu mengambil masa 36 bulan. Makhluk paling kecil di dunia itu bakal dipamerkan di Muzium Sains London minggu ini. Spesies udang baru, Emmanuel Raynaud. Wakil kumpulan ekspedisi berkata, penemuan itu...

Budak jumpa fosil 30,000 tahun

Saintis menggali fosil gajah bagi tujuan penyelidikan. MOSCOW - Seorang kanak-kanak di utara Rusia menemui fosil gajah berusia 30,000 tahun di daerah Taymyr. Yevgeny Salinder, 11, menemui fosil seberat 500 kilogram itu ketika menggali di belakang rumahnya. Saintis percayai ia adalah fosil sama pernah dijumpai di Rusia, tahun lalu. Jurucakap saintis berkata, ketika ditemui fosil itu tidak rosak. “Gading, tulang rusuk dan mulutnya dapat...

Tragedi bot berlanggar di China, 11 terbunuh

Sebahagian daripada mayat mangsa bot karam dijumpai pasukan penyelamat di sungai Yuanjiang, Beijing. BEIJING - Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kemalangan bot di sungai di wilayah tengah China Hunan, kelmarin. Agensi berita Xinhua melaporkan, seorang mangsa masih hilang, manakala 10 yang lain cedera, apabila dua kapal berlanggar sesama sendiri di sungai Yuanjiang. Jurucakap Kementerian Pengangkutan China berkata, pasukan penyelamat...

Maut rempuh pokok

Anggota polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian. SHAH ALAM – Seorang juruteknik maut selepas van jenis Vannete yang dipandunya terbabas dan merempuh pokok di Seksyen 19, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, See Choon Yuen, 27, dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Persiaran Jubli Perak Seksyen 20 ke Seksyen 24 sebelum tayar belakang sebelah kiri van berkenaan meletup. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam...

Bayi 12 hari selamat di pangkuan ibu

Kelisa yang remuk dilanggar lori kontena, di Cabang Empat Kampung Banggol Chicha, jam 8 pagi semalam. Gambar kecil: Bayi yang terselamat. PASIR MAS – Seorang bayi berusia 12 hari, terselamat di dalam pangkuan ibunya, selepas mereka terlibat dalam kemalangan di Cabang Empat Kampung Banggol Chicha, jam 8.30 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, bayi yang dipangku ibunya, Siti Aidah Mat Zain,...

Ramai jadi hantu dek sijil kematian palsu

Johannesburg: Sindiket penipuan KwaZulu-Natal dan Eastern Cape yang menggunakan sijil kematian palsu bagi tujuan menuntut polisi insurans jutaan ringgit menjadi punca huru hara apabila ada mangsa masih hidup mendapati status mereka 'meninggal dunia'.  Penjualan sijil dan polisi kematian dilaporkan meningkat di wilayah ini meskipun kebanyakan syarikat insurans sukar untuk mengesahkan atau menyiasat tuntutan insurans nyawa, kata Persatuan...

Yahudi, Kristian New York lawan iklan kecam Muslim

Kumpulan Yahudi dan Kristian beli ruang iklan untuk melawan iklan “Defeat Jihad” di New York. – Foto ihsan CNN NEW YORK – Tiga kumpulan Yahudi dan Kristian memulakan kempen iklan yang berasingan untuk melawan mesej berbaur kebencian yang dikeluarkan terhadap masyarakat Islam menerusi iklan yang dipaparkan di stesen-stesen kereta api bawah tanah di sini. Iklan-iklan baru itu bertujuan menggalakkan toleransi agama dan menawarkan sokongan kepada...

Bekas pemain Selangor Ezmi mungkin disihir

Mohd Habib Ahmad BATANG KALI - Rawatan menggunakan daun sirih, pati ibu kunyit, air garam Laut Merah dan roti memberi kesan serta perubahan terhadap luka pada wajah bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35, yang menghidap kanser hidung. Pengamal perubatan Islam, Mohd Habib Ahmad yang merawat bekas pemain bola sepak Selangor itu berkata, sel tisu hidung Mohd Ezmi sudah mulai tumbuh kemerahan dan menyifatkan perubahan ketara itu...

GRO meringkuk dalam kabinet

CUBA SOROK... seorang GRO ditemui dalam kabinet dalam serbuan Unit ATIP Bukit Aman di pusat karaoke di Seri Kembangan. SERI KEMBANGAN: Seorang pelayan pelanggan (GRO) sebuah pusat karaoke di Taman Pinggiran Putra, di sini, cuba bersembunyi dalam kabinet sebelum ditemui dalam keadaan meringkuk ketika pusat hiburan itu diserbu Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman, malam kelmarin. Dalam serbuan jam 10.55 malam, 23 wanita warga Thailand,...

Parti liar siswa diserbu

SERBU... antara remaja ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang dipercayai menganjurkan parti liar. PETALING JAYA: Mengejutkan apabila sekumpulan remaja, termasuk pelajar kolej swasta, berpakat menganjurkan parti liar yang menyajikan dadah dan seks di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Damansara, di sini, yang turut diubahsuai menjadi disko mini, semalam. Kegiatan mereka terbongkar selepas premis itu diserbu pihak berkuasa awal pagi. Dalam...

Hanya jadi pemuas nafsu

KUALA LUMPUR: Dia hanya gadis naif berasal dari sebuah kampung di utara Semenanjung. Tanpa kelulusan tinggi, Nadia yang ketika itu berusia 21 tahun berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pekerja kilang. Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan di Kuala Lumpur, perkenalannya dengan ahli perniagaan, Zahrain, 53, mengubah kehidupannya untuk bakal bergelar ‘penghuni neraka’. Diberi duit poket RM5,000 sebulan seperti gaji eksekutif muda...

Maut diseksa kejam ala Resident Evil

BLAKE alami 104 kecederaan. LONDON: Tiga individu yang menjadikan seorang lelaki sebagai bahan penyeksaan tanpa peri kemanusiaan sebagaimana siri permainan video Resident Evil hingga mangsa menemui ajal, dipenjarakan seumur hidup. Derek Blake, 44, ditemui mati dalam tab mandi dipenuhi air di flet kediamannya di Great Yarmouth, Norfolk, pada 24 Mei lalu. Ahli patalogi dalam sidang di Mahkamah Agung Norwich memberitahu, mangsa mengalami 104...

Helen Hunt berbogel

Helen Hunt AKTRES Helen Hunt, 49, memeningkan ramai pihak kerana dia lebih sanggup berbogel untuk filem berjudul The Sessions tetapi kekok untuk melakonkan babak asmara. Dalam filem baharunya itu, Helen membawa karakter sebagai kaunselor seks yang diambil daripada kisah benar. "Tanpa solekan tambahan pada badan sebab ia akan menjadikan kulit melekit-lekit, jadi saya pilih untuk berbogel sepenuhnya. Tapi, saat tiba untuk semua pakaian...

Bahaya mandi wap melampau

RAMAI pengunjung gimnasium tidak sedar rawatan mandi wap selepas bersenam boleh melemahkan sistem pembiakan mereka. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR - Seorang pakar kesuburan lelaki mendakwa, mandi wap yang menjadi kegilaan golongan itu di bandar-bandar besar selepas bersenam di gimnasium boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar) mereka. Lebih menggerunkan, statistik perubatan membuktikan kira-kira 40 peratus...

Jaket peluk untuk pengguna Facebook

KINI, pengguna Facebook boleh merasakan seperti dipeluk sewaktu memakai jaket Like-A-Hug dan rakan mengklik butang "Like" pada status mereka. SAN FRANCISCO - Sehelai jaket yang dibangunkan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpeluk antara satu sama lain tidak kira di mana pun mereka berada. Jaket yang dikenali sebagai Like-A-Hug itu dipamerkan pada Jumaat di laman web perekanya, Melissa...

Strawberi punca muntah, cirit-birit di Jerman

STRAWBERI yang tercemar dipercayai telah menyebabkan hampir 11,000 orang mengalami muntah dan cirit-birit di timur Jerman. - Gambar hiasan BERLIN - Pihak berkuasa Jerman telah mengenal pasti strawberi-strawberi beku menjadi punca kepada tersebarnya wabak radang perut dan usus atau gastroenteritis di timur Jerman. Penyakit itu dikatakan menyerang lebih 11,000 orang terutama kanak-kanak di sekolah rendah dan pusat-pusat jagaan. Pusat kawalan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...