2020570

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, October 12, 2012

Ibu gantung diri selepas bunuh anak

KAGOSHIMA- Seorang wanita berusia 33 tahun ditemui mati tergantung selepas menikam anaknya yang berusia 9 tahun di rumahnya semalam. Berdasarkan maklumat polis, wanita yang dikenali sebagai Rika Yamashita, menikam leher anak lelakinya Kosei, sebelum menggantung dirinya pada pagi Rabu.  Mayat mangsa ditemui sendiri oleh ayah Yamashita ketika menziarahi rumahnya pada waktu tengahari. Polis mengatakan, Yamashita tinggal...

Pembunuh kekasih isteri rakyat Malaysia dakwa dirasuk syaitan

MELBOURNE – Seorang lelaki Indonesia yang membunuh kekasih isterinya dengan kejam, mendakwa 'dirasuk syaitan' ketika kejadian. Hazairin Iskandar, yang didapati bersalah membunuh rakyat Malaysia Mohd Shah Saemin, memberitahu Mahkamah Agung New South Wales hari ini bahawa dia sedar telah melakukan 'satu dosa yang tidak terampun dalam Islam', lapor Australian Associated Press (AAP). Hazairin turut memohon kemaafan daripada keluarga mangsa yang...

Berenang bersama harimau

Adakah anda berminat untuk berenang bersama harimau? Perkara ini bukanlah mustahil. Sebuah zoo peribadi di Florida mengenakan bayaran $200 untuk pengunjung yang ingin menghabiskan masa selama setengah jam berenang bersama beberapa ekor anak harimau. Dade City’s Wild Things terletak di luar kawasan Tampa, Florida. Mungkin kerana masih kecil, harimau-harimau ini tidak membahayakan malah ianya manja bersama sesiapa sahaja. ...

Tersilap beri nombor seks

Tallahassee: Gabenor Florida, Rick Scott, dilaporkan tersilap apabila memberi nombor telefon hotline seks kepada penduduk sedangkan mereka meminta maklumat mengenai wabak meningitis kulat yang menyebabkan ramai maut di Amerika Syarikat.  Pada Selasa lalu, Scott memberi maklumat terkini mengenai wabak itu dalam satu mesyuarat.  Beliau kemudian mengumumkan nombor talian bebas tol mengenai wabak terbabit untuk memudahkan orang ramai...

Angkasawan jumpa planet berlian

WASHINGTON: Kerlipan bintang bukan satu-satunya berlian di ruang angkasa. Ini kerana pakar sains melaporkan penemuan "planet berlian" bersaiz dua kali ganda Bumi dan lapan kali kadar jisim berlegar berdekatan bintang.  Penyelidik bidang fizik dan astronomi dari Yale, Nikku Madhusudhan berkata, penemuan berkenaan bermakna bahawa planet berbatu tidak lagi boleh dianggap mempunyai elemen kimia, bahagian dalam, atmosfera atau biologi sama...

4 mak nyah kalah kes guna baju wanita

Seremban: Empat mak nyah semalam gagal mencabar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang menghalang mereka berpakaian wanita.  Permohonan semakan kehakiman yang dibuat Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 25; Shukor Jani, 26; Wan Fairol Wan Ismail, 28 dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 26, ditolak Mahkamah Tinggi di sini, atas alasan seksyen itu sah.  Keempat-empat mereka yang bekerja sebagai mak andam memohon Mahkamah...

Maut dihempap pokok

Mohamad Fadil ditemui terperangkap di bawah keratan pokok rambutan yang ditebangnya di Kampung Alor Hijau, Selising. Gambar kecil : Mohamad Fadil PASIR PUTEH - Seorang penebang pokok menemui ajal selepas ditimpa keratan pokok rambutan yang ditebangnya di Kampung Alor Hijau, Selising dekat sini, malam kelmarin. Mangsa, Mohamad Fadil Mohamad, 40, dari Kampung Padang Pak Omar di sini, yang dikatakan keluar dari rumah jam 4 petang kelmarin untuk...

Dipukul sebab awek

Romah dan Mohd Alif menunjukkan laporan polis yang dibuat. ALOR SETAR - Seorang ibu kesal apabila anak bongsunya dipukul rakan sekolah dengan menggunakan kayu cota dengan alasan anaknya mengganggu teman wanita pelajar lelaki itu. Ibu mangsa, Romah Hashim, 53, berkata, kejadian yang berlaku Ahad lalu di sebuah sekolah agama swasta di Derga diketahui setelah dimaklumkan oleh anaknya, Mohd Alif Sharif, 15, yang menerusi panggilan telefon yang...

Honda gesa pulau pengangkutan awam pamer iklan hina Islam

WASHINGTON: Seorang ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam menggesa orang ramai memulaukan sistem transit awam di Washington dan bandar raya lain yang menyiarkan iklan ditaja kumpulan pro-Israel. Melalui iklan itu, orang Islam radikal digelar “tidak bertamadun.” Selain Washington, iklan sama turut dinaikkan di stesen kereta api New York dan bas di San Francisco. Ia dipasang di ibu negara AS selepas seorang hakim persekutuan memutuskan,...

Vietnam bebas 900 pelacur daripada pusat pemulihan

gambar hiasan HANOI: Vietnam akan membebaskan kira-kira 900 pekerja seks tahun depan daripada pusat pemulihan wajib di seluruh negara, lapor media kerajaan semalam. Pelacur berkenaan boleh pulang apabila undang-undang pentadbiran yang baru dikuatkuasakan pada awal Julai tahun depan, menurut akhbar Thanh Nien. “Ini perubahan besar mengenai bagaimana menangani pelacuran,” kata Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Sosial kerajaan, Le...

Pemuda temui al-Quran tertua

MANAMA: Seorang pemuda Yaman, mendakwa menemui manuskrip tertua al-Quran. Kitab Suci itu ditemui di dalam sarung kulit di sebuah gua di kawasan pergunungan selatan bandar Dhale di bahagian paling selatan negara ini, lapor laman berita, Aden Gulf News, semalam.  Ayat “manuskrip ini ditulis tangan pada 200 Hijrah (815 Masehi)” tertulis di muka surat pertama dan ujian awal mendapati manuskrip itu asli, menjadikan ia al-Quran tertua ditemui.  Menurut...

Lelaki kes tercekik sotong dijel seumur hidup

SEOUL: Seorang lelaki semalam dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh teman wanitanya. Kes berkenaan mendapat liputan meluas akhbar dan rakyat negara itu kerana ia membabitkan tuduhan ketidakcekapan polis.  Polis mulanya percaya wanita berkenaan yang dikenali sebagai Yoon mati kerana tercekit ketika memakan sotong hidup.  Mahkamah di daerah Incheon, barat Seoul, menjatuhkan hukuman itu ke atas teman lelaki mangsa...

Mati kerana ingin cantik

HONG KONG: Polis Hong Kong melancarkan siasatan terhadap sebuah pusat kecantikan atas dakwaan membunuh selepas seorang wanita yang mendapatkan rawatan di situ, mati. Tiga lagi wanita dimasukkan ke hospital selepas menerima rawatan di pusat yang sama.  Wanita berusia 46 tahun itu mati semalam kerana kejutan septik selepas menjalani rawatan rumit memasukkan darah, dipercayai untuk meningkatkan sistem imunnya.  “Rawatan itu membabitkan...

Profesor terbabit gangguan seksual digantung tugas

gambar hiasan BANGKOK: Seorang profesor universiti yang dituduh melakukan gangguan seksual dengan sesetengah kes membabitkan pemerkosaan pelajar wanita sudah digantung kerja. Empat pelajar semalam memfailkan dakwaan gangguan seksual terhadap Krisada Sukhsamnieng, anggota Fakulti Jabatan Sastera di Universiti Somdet Chao Praya Rajabhat.  Ekoran aduan itu, lembaga universiti menggantung Krisada dan mula melakukan siasatan. Jika didapati...

Pakar fengshui, kekasih berebut hartanah

SINGAPURA: Seorang daripada pakar fengshui paling terkenal di republik ini terbabit dalam pertikaian dengan perempuan simpanannya selama 23 tahun di mahkamah ekoran dua hartanah bernilai lebih SG$2.5 juta (RM 6.2 juta). Lebih dikenali sebagai Master Hui Jie, Goh Chuen Meng, 47, daripada Pertubuhan Fengshui Antarabangsa Hui cuba menghalang Lim Sor Bee, 41, daripada menjual unit kondominium yang didakwa dimilikinya.  Akhbar harian Shin...

Sekolah rendah ketepi bahasa Inggeris

JAKARTA: Sebagai sebahagian pindaan kurikulum yang akan berkuat kuasa tahun depan, bahasa Inggeris tidak lagi menjadi subjek yang akan diajar di sekolah rendah di Indonesia, kata Timbalan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Musliar Kaslim. Menurutnya pindaan itu bertujuan memberikan lebih banyak masa untuk murid menguasai bahasa Indonesia terlebih dulu sebelum mempelajari bahasa asing. “Sekolah rendah tidak akan mempunyai pelajaran bahasa...

Budak sambut hari lahir dengan wiski

CARDIFF: Seorang budak dibiarkan menyedut separuh gelas wiski menggunakan straw selepas sebuah restoran tersilap menghidangkan arak itu walaupun sepatutnya dia diberi jus buah. Media semalam melaporkan, Sonny Rees menghabiskan kira-kira 40 peratus alkohol itu tanpa disedari kakitangan restoran Frankie and Benny’s di Swansea.  Insiden itu berlaku ketika Rees dibawa meraikan hari lahirnya yang kedua. Menurut sumber, kesilapan itu disedari...

Scotland Yard tersilap sita kereta anak Raja Ajman

LONDON: Scotland Yard didakwa memulangkan sebuah kereta Ferrari FF yang dipamerkan di depan pejabat pihak berkuasa itu sebagai peringatan untuk pemandu degil sebaik saja mengetahui pemiliknya. Kenderaan mewah bernilai £200,000 (RM984,024) itu dipamerkan bagi membuktikan pihak berkuasa tetap menyita kereta yang didapati melakukan kesalahan walau apa pun jenisnya.  Namun, ia dikembalikan selepas polis menyedari ia dimiliki anak lelaki...

Jari berhias jadi identiti unik

ROME: Seorang artis menggunakan kreativitinya mencipta nama menggunakan jari yang dihias bagi membentuk pelbagai wajah orang terkenal. Berasal dari Bologna, artis yang hanya mahu dikenali dengan nama samaran Dito Von Tease itu menggunakan jarinya bagi memaparkan wajah seperti Dalai Lama, Jesus, Muammar Gaddafi dan Hitler. ANTARA wajah yang pernah digunakan Von Tease ialah (dari kiri) Gaddafi, Hilter serta satu daripada watak filem fiksyen...

Dijel 58 bulan angkara kad kredit

MASIH TERSENYUM... Dewi Susilawaty (bertudung) dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Kuching semalam atas kesalahan memiliki kad kredit orang lain. KUCHING – Seorang pembantu tadbir wanita dihukum penjara 58 bulan dan denda RM14,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah atas 29 tuduhan memiliki kad kredit pelbagai jenis yang menggunakan nama orang lain. Tertuduh, Dewi Susilawaty Suaidi, 37, yang bekerja di...

Bebas tuduhan bunuh harimau

DARI KIRI: Yok Rayau, Hassan, Yok Mat dan Yok Kalong gembira selepas dibebaskan daripada tuduhan membunuh seekor harimau di Mahkamah Majistret Tapah semalam. TAPAH – Penantian empat lelaki Orang Asli suku Semai yang berhadapan tuduhan membunuh seekor harimau belang di Hutan Rezab Tapah dekat sini sejak dua tahun lalu berakhir semalam apabila Mahkamah Majistret di sini membebaskan mereka. Majistret Fairuz Adiba Ismail membuat keputusan itu...

Dua peragut guna pedang dihukum penjara, sebat

MOHD. HANIFI dan Wan Mohamed Ramzan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam selepas dijatuhi hukuman. KOTA BHARU – Tindakan kejam dua penganggur yang meragut mangsa tanpa belas kasihan dibalas dengan salah seorang daripadanya dijel 14 tahun enam bulan dengan 20 sebatan manakala rakannya dihukum penjara empat tahun enam bulan dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini semalam. Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut terhadap...

Wanita anggap diri pahlawan silam

MUHDALENA diiring keluar dari Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam. PUTRAJAYA – Muhdalena Ahmad yang didakwa melakukan ugutan jenayah dan memiliki sebilah pedang di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Julai lalu didapati mengalami masalah kemurungan dan juga gejala psikotik iaitu delusi serta halusinasi. Malah Muhdalena, 28, dikatakan mengalami dejavu apabila diselubungi mimpi-mimpi buruk dan kejadian pelik di mana tertuduh berasa dirinya...

Porsche di pusat pameran dilarikan

PUSAT pameran Porsche di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang diceroboh penjenayah hingga menyebabkan sebuah kereta mewah hilang semalam. Gambar kecil, Mohd. Azri yang dicari polis. KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah yang memasuki sebuah pusat pameran kereta di Jalan Bukit Bintang di sini dengan mudah berjaya melarikan kereta mewah Porsche Panamera 4 bernilai hampir RM1 juta dari premis itu semalam. Imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...

Seorang maut bangunan parkir runtuh di Miami

BANGUNAN tempat meletak kenderaan setinggi lima tingkat runtuh di Kolej Miami-Dade, Florida kelmarin. MIAMI, Amerika Syarikat - Bangunan tempat meletak kenderaan yang masih dalam pembinaan runtuh kelmarin menyebabkan seorang pekerja terbunuh di sini, kata beberapa pegawai. Menurut mereka, beberapa pekerja lagi cedera dalam kejadian tersebut. Salah seorang pekerja itu berjaya diselamatkan selepas terperangkap di celah runtuhan. Jurucakap...

Jutawan China tawar ganti kereta buatan Jepun milik mangsa rusuhan

GUANGBIAO memegang basikal di atas bumbung sebuah kereta buatan China di Nanjing kelmarin. NANJING - Seorang jutawan China, Chen Guangbiao berjanji untuk menggantikan kereta buatan Jepun milik 43 orang rakyat China. Sebelum ini kereta milik 43 orang itu dirosakkan oleh sejumlah penunjuk perasaan di negara ini dalam isu tuntutan Kepulauan Senkaku di Laut China Timur. Kerajaan Jepun memutuskan untuk membeli tiga daripada lima pulau kecil...

Lelaki bakar diri untuk tuntut pampasan di Albania

BAJU dan seluar Beko terbakar semasa dia berlari di Tirana pada Isnin lalu. TIRANA, Albania - Seorang lelaki yang pernah dipenjarakan ketika era pemerintahan komunis, Lirjak Beko membakar tubuhnya di sini pada Isnin lalu. Beko, 47, mencurahkan minyak petrol ke arah seluar, baju dan tubuhnya sebelum dia menyalakan api. Beberapa anggota polis dan rakannya kemudian berusaha memadamkan api pada tubuhnya dengan menggunakan sehelai selimut. Menurut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...