2020585

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, December 28, 2012

Lelaki maut telan 28 telur mentah

TUNIS - Gara-gara nekad menyahut cabaran rakannya, seorang lelaki di Tunisia dilaporkan menemui ajal, menurut stesen radio Shems FM, kelmarin. Dhaou Fatnassi, 20, dari bandar Kairouan sanggup menelan 28 telur mentah kerana mahu mendapatkan wang taruhan seperti yang dijanjikan oleh temannya. gambar hiasan Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Fatnassi mengadu sakit perut dan segera dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia sebelum sempat...

Dua maut tertimbus

SUNGAI PETANI – Dua pekerja kontrak maut manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Ambangan Heights dekat Sungai Lalang di simi ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan saluran kumbahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa ditemui tertimbus di lokasi kejadian. Mangsa, P Morgan, 39, dari Taman Seri Bedong dan S Saravanan, 25, dari Taman Permai Bestari, Sungai Lalang maut di tempat kejadian manakala seorang...

Video: Wanita cedera parah, longkang pembentung meletup

Rakaman dari kamera pengawasan litar tertutup ini menunjukkan longkang pembetung meletup secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku pada 30 November lalu di daerah Chaoyang, China. Letupan kuat telah mengakibatkan kecederaan parah pada seorang wanita yang dipercayai penjaja disitu. Berdasarkan akhbar di Beijing, pegawai berwajib menyatakan punca kejadian mungkin diakibatkan oleh biogas (kemungkinan metana) yang terkumpul dari tangki septik berdekatan....

Keunikan Keluarga Pelangi

LONDON: Sepasang suami isteri menjadi perhatian apabila anak-anak mereka memiliki tiga warna kulit berbeza. “Keluarga Pelangi” Chris Giddings itu dianggap seperti sekotak coklat dengan gabungan warna gelap, perang dan putih. Ketika anak sulung mereka, Jacob, lahir enam tahun lalu, tiada yang aneh kerana kulitnya berwarna perang. Keadaan sama turut berlaku ke atas anak kedua, Savannah, yang kini berusia empat tahun. Bagaimanapun, pasangan...

Video: Kisah benar mangsa samun mengubah hidup penyamun

Dalam satu insiden rompakan, Mohammad Sohail, pemilik sebuah permis di Amerika, telah disamun oleh seorang lelaki bersenjatakan kayu pemukul baseball. Lelaki tersebut meminta agar dia menyerahkan kesemua wang. Sebaliknya, Sohail mengangkat rifle 9 mm yang disembunyikannya di bawah kaunter lalu mengarahkan penyamun tersebut pula meletakkan senjata. Penyamun yang sebelum ini berani mula terketar dan merayu simpati supaya tidak ditembak. Sohail...

Aksi berani mati wanita tanpa pakaian di Mai Leung

BANGKOK: Peminat aksi lasak, Hayley Ashburn, mempamerkan keberaniannya berjalan meniti tali setinggi 36.5 meter pada waktu senja tanpa sebarang alat keselamatan atau pakaian. Hayley, 24, menunjukkan kemahirannya itu di kawasan pelancongan Mai Leung. Menurut wanita dari San Francisco, Amerika Syarikat (AS) itu, dia berbogel untuk berasa “bebas” dan menikmati detik penuh ketegangan itu walaupun tahu air di bawahnya cuma sedalam 0.3 meter. “Sangat...

Kuil berusia 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis

TEL MOTZA, Israel - Beberapa ahli arkeologi Israel mendakwa telah menemui sebuah kuil dan patung-patung kecil keagamaan berusia kira-kira 3,000 tahun dan dipercayai wujud pada zaman empayar Judah, kata pihak berkuasa antikuiti negara itu kelmarin. TAPAK kuil purba yang ditemui di Tel Motza, Baitulmuqaddis kelmarin. Artifak itu ditemui di Tel Motza, di luar Baitulmuqaddis semasa kerja-kerja arkeologi dilakukan di hadapan sebuah kawasan pembinaan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...