2020552

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, August 31, 2012

Wanita rempuh mati 9 individu dipenjara

Afriyani Susanti dalam bulatan JAKARTA 30 Ogos - Seorang wanita, Afriyani Susanti, 29, yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan sembilan orang awam terbunuh awal tahun ini, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun. Keputusan Hakim Mahkamah Negeri Jakarta menjatuhkan hukuman itu semalam, bagaimanapun mendapat tentangan daripada keluarga mangsa yang berpendapat tempoh itu terlalu ringan. Semasa keputusan dibacakan Ketua Hakim, Antonius...

Ngeri! Kepala dipenggal sebelum dibakar

Anggota polis mengangkat mayat seorang lelaki yang dibunuh dan dibakar. NIBONG TEBAL - Mayat lelaki dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya terputus dipercayai dipenggal manakala kedua-dua kaki serta lengannya dikerat ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Parit Paya Kemian, Jalan Sungai Kechil di sini, semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh berkata,...

Ladang sarang dadah diserbu

Antara penagih dadah yang berjaya ditahan. MERBAU PULAS - Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim diketuai Inspektor Mohd Amin Mat Yassin, menahan lebih 10 lelaki di sekitar kawasan ladang kelapa sawit di Bikan, di sini kerana terlibat dalam penagih dadah. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, operasi bermula kira-kira jam 12 tengah hari  dan berakhir jam 3 petang. Menurutnya,...

Mak nyah cabar JHEAINS

Rakan kepada mak nyah terbabit memegang sepanduk di luar Mahkamah Tinggi Seremban, semalam. SEREMBAN – Keputusan empat mak nyah yang sebelum ini mendapat kebenaran mahkamah untuk mencabar perintah undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti wanita, akan diketahui 11 Oktober depan. Dalam prosiding mendengar permohonan semakan kehakiman yang berlangsung semalam, Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti...

Banjir minyak, lori terbalik

Tumpahan minyak enjin yang memenuhi dua lorong termasuk lorong kecemasan BUKIT TAGAR - Tiga kelindan cedera di muka, tangan dan kaki setelah lori muatan minyak enjin dinaiki terbabas dan terbalik merentangi jalan di Kilometer 420.1 Lebuhraya Utara Selatan arah Ipoh sebelum susur keluar Plaza Tol Bukit Tagar di sini. Salah seorang mangsa, A Selvam, 22, berkata, ketika kejadian lori dipandu abangnya, A Logeswaran, 32, dalam perjalanan ke Pulau...

Pencuri lembu yang 'dilembukan'

Dua lelaki yang dicekup ketika leka memasang perangkap menjerat lembu di kandang milik Kannan. SEPANG – Perangkap sudah dipasang, dedak juga ditabur bagi menarik perhatian lembu masuk ke jerat mereka namun dua pencuri tidak sempat melarikan haiwan ternakan itu apabila mereka terlebih dahulu masuk dijerat pemilik ternakan itu, di Pulau Meranti Jaya, di sini lewat petang kelmarin. Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit dikatakan menggunakan tali...

Bayi malang ditinggalkan dicari waris

JKM giat mencari waris bayi yang ditemui ini. GEORGETOWN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Timur Laut sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi berusia hampir dua bulan yang kini berada bawah jagaan mereka. Bayi lelaki itu ditinggalkan di sebuah rumah kosong di Lorong Kulit dekat sini pada 12 Julai lalu dan dijumpai oleh seorang penggembala lembu di rumah lama tinggalan keluarganya beberapa tahun lalu. Waris mahupun orang...

Khasiat luar biasa Manjakani

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot...

Dua beranak terjun 10 meter

HANGUS...bangunan yang dibina sekitar tahun 1940-an terbakar. KUALA LUMPUR: Dua beranak sempat terjun melalui tingkap setinggi 10 meter untuk menyelamatkan diri selepas kediaman mereka di bangunan tiga tingkat di Jalan Tun HS Lee, di sini, terbakar, petang semalam. Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, anak lelaki mangsa berusia 40-an terjun dahulu sebelum meminta bantuan orang ramai menyelamatkan ibunya berusia 60 tahun. Saksi kejadian,...

10 kawasan berhantu di White House

White House merupakan ikon Amerika Syarikat dimana ianya berfungsi sebagai kediaman rasmi serta pejabat untuk Presiden mereka. Terdapat pelbagai tinggalan sejarah oleh tokoh kenamaan terdahulu dan White House juga turut dikatakan berhantu serta penuh misteri. Berikut adalah merupakan kawasan-kawasan yang diklasifikasikan sebagai berhantu di White House. 10. LOTENG Kisah William Henry Harrison terlalu misteri dimana beliau merupakan Presiden...

Kemalangan bas rempuh kedai makan

Sebuah Honda Civic yang berada di laluan sebelah kiri rosak teruk selepas dilanggar bas yang terbabas setelah hilang kawalan akibat mengalami masalah brek. DUNGUN – Seramai 10 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang sedang menikmati sarapan pagi ketika waktu rehat di sebuah kedai makan berdepan detik mencemaskan apabila secara tiba-tiba dirempuh sebuah bas yang terbabas di persimpangan lampu isyarat, dekat sini, pagi semalam. Kejadian...

Duit raya warga emas dikebas

Kamariah menunjukkan beg duit yang menempatkan duit raya pemberian anak dan cucunya yang dilarikan dua lelaki, petang kelmarin. LUBUK CHINA – Seorang warga emas tidak menyangka kunjungan dua lelaki berpakaian seragam seperti kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kediamannya adalah penyamun apabila wangnya dikesan hilang di Kampung Nerambai, dekat sini, petang kelmarin. Warga emas berkenaan, Kamariah Derauh, 84, berkata, dia dikunjungi...

Pemandu 101 tahun langgar kanak-kanak

CARTER (tiga dari kanan) berbual dengan dua anggota polis di lokasi nahas apabila keretanya (kanan) merempuh sembilan kanak-kanak di luar sebuah sekolah di Los Angeles pada Rabu lalu. LOS ANGELES - Sembilan orang kanak-kanak cedera empat daripada mereka parah apabila seorang pemandu lelaki berusia 101 tahun merempuh mereka di luar sebuah sekolah di sini, kata beberapa pegawai dan saksi. Seorang jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles, Erik Scott...

Geng Ah Chai tumpas

ZAKARIA (tengah) menunjukkan parang dan barangan rampasan hasilpenangkapan ahli Geng Ah Chai di Sentul semalam. KUALA LUMPUR – Sekumpulan penjenayah dikenali Geng Ah Chai yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan samun kenderaan sejak awal tahun ini tumpas dengan tertangkapnya tiga suspek di Damansara Damai dekat sini Selasa lalu. Nama Geng Ah Chai tersebut diambil daripada gelaran salah seorang suspek yang dikenali sebagai Ah Chai. Ketua...

Gunung berapi 140 juta tahun ditemui

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan tinggalan gunung berapi itu di Kepulauan Kwo Chai, Hong Kong. HONG KONG - Sekumpulan ahli geologi Hong Kong semalam mendedahkan peta dan tinggalan gunung berapi gergasi yang meletus 140 juta tahun lalu. Gunung berapi gergasi itu terletak di tenggara Hong Kong. Diameter gunung tersebut ialah 18 kilometer dan ia dikenali sebagai Gunung Berapi Besar Pulau Tinggi. Hakisan dan cuaca menyebabkan hanya...

Thailand cipta rekod mengurut dunia

SEBAHAGIAN daripada 641 orang yang mengurut di pinggir Bangkok semalam. BANGKOK - Seramai 641 tukang urut mengurut 641 orang secara serentak selama 12 minit di sini semalam sekali gus mencipta rekod baharu Guinness World Record. Acara mengurut beramai-ramai itu dianjurkan Kementerian Kesihatan Awam Thailand bagi mempromosikan industri spa dan urut di negara ini. Rekod lama dicatatkan di Australia pada tahun 2010 apabila 263 diurut serentak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...