2020557

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, November 1, 2012

Budak dipaksa minum bahan peluntur

LONDON: Seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi bahan penderaan sejak sedekad lalu dipaksa meminum bahan peluntur daripada baju yang kotor digunakan untuk mencuci tandas, kata pendakwa di mahkamah semalam. Mulutnya dibiarkan kepanasan selepas Christine Morgan, 61, menyumbatkan kain buruk itu ke dalam mulut kanak-kanak terbabit. Christine Morgan Christine turut menekan kepala kanak-kanak malang ke dalam air mandian, mengancam untuk membunuh...

Orkestra guna ombak

DEVON, England - Kita mungkin biasa menyaksikan persembahan orkestra melibatkan sejumlah pemuzik yang memainkan pelbagai jenis instrumen muzik. Namun, seorang komposer muzik, Dr. Alexis Kirke ingin mencuba kelainan dengan mengetuai orkestra menggunakan 'pemuzik' yang dihasilkan daripada air. Dalam satu eksperimen yang diadakan di sebuah kolam renang di Universiti Plymouth di sini, Kirke dengan bantuan alat pengesan gerak cuba mengawal pergerakan...

Warga emas maut akibat sesak nafas selepas dirompak

ALOR SETAR - Seorang wanita warga emas yang tinggal sendirian, maut dipercayai akibat sesak nafas selepas mulutnya diikat dengan tuala oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Lorong Keriang di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, G. Supama, 68, ditemui terbaring di atas lantai sebuah bilik di tingkat bawah rumahnya dengan tangan dan mulutnya diikat dengan tuala oleh jirannya yang sebelum itu terdengar bunyi bising di rumah...

Pemandu maut kereta junam ke laut

GEORGETOWN - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam laut selepas merempuh Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.9, menghala ke arah Georgetown, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, kereta Proton Persona yang dipandu Tan Kean Loon, 26, dari Air Itam di sini dipercayai merempuh tembok pengadang jambatan sebelum terjunam ke dalam laut. Kejadian itu hanya disedari selepas pasukan peronda lebuh raya yang...

Budak asmara di tempat awam

Moral kanak-kanak sekarang semakin parah. Mungkin kerana mereka terlalu terdedah dengan perkara-perkara sumbang yang dilakukan oleh orang dewasa secara terbuka. Gambar ini diambil di sebuah kawasan di negara China. Dipercayai kedua-dua kanak-kanak ini baru berusia 4 tahun ketika gambar ini dirakam. Aksi yang dilakukan mereka amat mengejutkan. ...

Usahawan muda gantung diri

NEW DELHI: Seorang usahawan terkemuka India ditemui mati tergantung hanya beberapa hari selepas dia membuat laporan polis diganggu oleh mentuanya. Akanksha Rathi, 32, memberitahu polis, ibu dan bapa mentuanya cuba untuk menghalang dia daripada menuntut harta pusaka suaminya, Anirudh Rathi. Mereka mendakwa, Akanksha tidak pernah bersikap baik terhadap suaminya. Ahli perniagaan wanita yang glamor itu dan terkenal di kalangan perniagaan keluli...

Leka layan pelanggan

RAWANG - Taktik pemilik sebuah rumah urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi berjaya dihidu penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan sekitar sini, semalam. Rumah kedai tiga tingkat itu dipercayai turut menawarkan urutan batin melalui penemuan empat bekas cecair pelincir yang digunakan. Selain itu, dua pekerja tukang urut berasal dari China turut ditemui di premis berkenaan ketika sedang melayan...

Pesawat mainan diharam jual

BEIJING: China semalam mengharamkan penjualan helikopter dan kapal terbang kawalan radio di bandar raya ini. Langkah itu bertujuan meningkatkan kawalan keselamatan menjelang perubahan pucuk pimpinan sekali dalam satu dekad berlangsung di Beijing. Bagi beberapa model helikopter dan kapal terbang, yang hanya boleh dikawal dalam jarak beberapa meter saja pembeli mesti membuktikan identiti mereka kepada penjual, lapor akhbar Youth Daily. gambar...

Bayi 9 bulan turut sambut Halloween

LONDON: Berdasarkan mimik mukanya, dia seolah-olah bimbang dia akan menjadi satu daripada bahan masakan untuk sup labu. Cole Thornton yang berusia 9 bulan hari ini meraikan perayaan Halloween. COLE ketika diletakkan ke dalam labu. Bapanya, Chris merakam gambar Cole dalam puluhan aksi untuk kalendar keluarga mereka dan untuk bulan lalu, dia memutuskan labu menepati konsep itu. Kaki Cole terjulur keluar dari dua lubang dalam sayuran itu...

Duit kahwin DJ Hot FM disamun

KUALA TERENGGANU – Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu mengalami kerugian RM5,000 apabila wang hantaran perkahwinannya disamun dua lelaki yang berpura-pura dilanggar keretanya di Jalan Pusara di sini semalam. HERMANSANI menunjukkan papan pemuka kereta tempat duit RM5,000 yang disimpan diambil penjenayah dalam kejadian di Jalan Pusara, Kuala Terengganu semalam. Sebelum kejadian pada pukul 12.15 pagi, mangsa Mohd. Hermansani Aminudin,...

Pencuri dicekup mati mulut berbuih

SERIAN – Hajat seorang penjenayah yang cuba melarikan sebuah lori 12 tan tidak kesampaian apabila dia diberkas sebelum tiba-tiba mati dipercayai akibat terminum air sungai bercampur racun rumpai di Kampung Samada di sini semalam. KEADAAN kereta Proton Saga milik pelajar yang disamun ditemui terbabas di Kampung Samada, Serian kelmarin. Ketika ditangkap penduduk kampung pada pukul 1 petang, suspek yang berusia 30-an dan tiada pengenalan diri...

Kepala pecah terjatuh tingkat 4

IPOH – Cubaan seorang penjenayah untuk melarikan diri apabila rumahnya diserbu polis berkecai apabila dia ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Lapangan Perdana di sini semalam. Mayat suspek kes samun berusia 28 tahun tersebut ditemui dengan kepalanya pecah pada pukul 2.20 pagi di tingkat bawah bangunan. ZAKARIA (tengah) menunjukkan pistol, gari dan kad kuasa polis yang kesemuanya palsu...

Penjenayah tegar mati ditembak

MACHANG - Pemburuan polis ke atas seorang penjenayah yang mencederakan seorang anggota polis di Paloh, Gua Musang kelmarin berakhir apabila dia mati dalam kejadian berbalas tembak selepas dihambat sejauh kira-kira 98 kilometer (km) semalam. ANGGOTA polis memeriksa tempat Zawa mati ditembak di Machang semalam. Penjenayah paling dikehendaki yang juga ketua geng curi kereta, Zawa Abd. Halim, 34, dari Pasir Mas yang mempunyai sembilan rekod jenayah...

Liyana Jasmay, ibu terpaksa berkurung dalam rumah

NEW YORK - Pelakon terkenal, Liyana Jasmay terpaksa berkurung di dalam rumah sewanya di New York tanpa bekalan elektrik gara-gara dilanda taufan Sandy. LIYANA bersama ibunya dalam gambar yang dirakam di New York baru-baru ini. Liyana, 24, yang ditemani ibunya, Habsah Simpon kini mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang pengarahan dan lakonan di Akademi Filem New York. Usaha untuk menghubungi pelakon itu bagaimanapun gagal. Rumah sewanya...

Gincu, pemetik api diisi gas pemedih mata

GENEVA - Pihak kastam Switzerland mempamerkan sejumlah gincu dan pemetik api palsu yang mengandungi gas pemedih mata di sini semalam. Gambar menunjukkan beberapa pemetik api dan gincu yang diisi gas pemedih mata. Gincu palsu itu dipamerkan untuk dilihat oleh beberapa pemberita dan jurugambar. Menurut beberapa pegawai kastam, gincu dan pemetik api tersebut yang diperbuat dari China telah dirampas di negara ini. sumber- AFP...

Keranda muncul dari kubur akibat taufan Sandy

CRISFIELD, Maryland - Dua buah keranda muncul dari dalam kubur selepas taufan Sandy melanda bandar ini pada Isnin lalu, menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin. Keranda perak dan gangsa itu 'muncul' selepas simen di atas kubur tersebut pecah ekoran taufan tersebut membawa angin kencang dan air laut ke daratan. SEBUAH keranda 'muncul' dari dalam kubur di sebuah kawasan perkuburan di Crisfield kelmarin. Taufan itu melanda kawasan...

Disney beli syarikat filem Star Wars

LOS ANGELES - Syarikat Walt Disney Co., membeli Lucasfilm Ltd., yang mengeluarkan filem-filem Star Wars sebanyak AS$4.05 bilion (RM12.33 bilion). Pengumuman itu dibuat oleh pihak pengurusan syarikat Walt Disney tersebut kelmarin selepas perjanjian dicapai dengan pemilik dan pengasas Lucasfilm, George Lucas. Syarikat itu membeli Lucasfilm dalam bentuk wang tunai dan saham. BEBERAPA pelakon dan watak dalam filem Star Wars bergambar bersama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...