Thursday, November 1, 2012

Penjenayah tegar mati ditembak

MACHANG - Pemburuan polis ke atas seorang penjenayah yang mencederakan seorang anggota polis di Paloh, Gua Musang kelmarin berakhir apabila dia mati dalam kejadian berbalas tembak selepas dihambat sejauh kira-kira 98 kilometer (km) semalam.

mati kena tembak
ANGGOTA polis memeriksa tempat Zawa mati ditembak di Machang semalam.
Penjenayah paling dikehendaki yang juga ketua geng curi kereta, Zawa Abd. Halim, 34, dari Pasir Mas yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau tersungkur pada pukul 7.30 pagi selepas terkena beberapa das tembakan di Kilometer 45 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Kampung Kemuning di sini.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis, Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, turut cedera di tangan dan rusuk kanan selepas terkena tembakan yang dilepaskan Zawa.

Kejadian mendebarkan itu berlaku apabila Zawa bertindak merampas sebuah kereta Perodua Myvi milik sepasang suami isteri di sebuah masjid di Paloh pada pukul 6 pagi sebaik keluar dari kawasan persembunyiannya di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan.

Dia bersembunyi selepas menembak seorang anggota polis, Lans Koperal Muhammad Shamsul Anuar Muhammad Adnan, 27, yang cuba mengejarnya dalam kejadian pukul 1 pagi kelmarin.

sumber- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...