2020571

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, October 11, 2012

Muzium Tentera Darat serah cebisan tulang krew Tentera British

PORT DICKSON - Sebanyak 80 cebisan tulang milik lapan krew pesawat Tentera Udara Diraja British (RAF) yang terhempas lebih enam dekad lalu di kawasan Gunung Telapak Buruk, Langkap, Kuala Pilah dekat sini, diserahkan Muzium Tentera Darat kepada wakil Tentera British. Upacara penyerahan tulang tersebut dilakukan Ketua Pengarah Rancang Pembangunan Markas Latihan Tentera Darat, Briged Jeneral Datuk Abu Musa Abd. Rahman dan diterima oleh Penasihat...

Peniaga pasar malam rogol pelajar dipenjara 10 tahun

JOHOR BAHARU - Seorang peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol seorang pelajar berusia 13 tahun, Ogos lepas. Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Roslan Zakaria, 30, yang didakwa melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan di tempat yang sama. Bagi tuduhan pertama, Roslan yang berasal...

Polis tahan sembilan pondan di Georgetown

GEORGETOWN - Polis menahan sembilan pondan termasuk empat warga Indonesia kerana berkelakuan tidak senonoh di Lebuh Chulia di sini awal hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata kesemua mereka yang berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan menerusi Ops Noda yang bermula malam tadi. "Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan dan telah dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan," katanya kepada pemberita...

Nahdatul Ulama isytihar jihad lawan HIV/Aids

JAKARTA -  Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia Nahdatul Ulama (NU) menyeru orang ramai supaya berjihad melawan HIV/Aids kerana menganggap gejala penyakit yang membawa maut itu kini sedang menghantui masyarakat.     Nahdatul Ulama, yang mempunyai anggota berjumlah 70 juta orang di seluruh Indonesia, merupakan salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang amat berpengaruh di Indonesia.     "Hadis Nabi Muhammad...

Awas! Beras palsu dari China

BANYAK produk tiruan yang dihasilkan dari China. Dari pakaian, mainan, barangan teknologi dan elektrik sehinggalah melibatkan bahan makanan. Tapi benarkah setelah pembongkaran mi palsu, telur palsu, dan susu bayi palsu mengandungi melanin, kini China dikatakan mengeluarkan pula beras tiruan yang diperbuat dari plastik ? Laporan media dari Hongkong menyatakan bahawa beras palsu tersebut sedang dipasarkan di Taiyuan, wilayah Shaanxi, China. Beberapa...

Wanita warga emas ditembak jiran kerana disangka kera

gambar hiasan KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga emas di Jalan Sekolah Kampung Batu Tiong, Dungun di sini ditembak jiranya Selasa lepas kerana menyangka wanita itu seekor kera. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi, wanita berusia 60 tahun itu sedang berada di depan rumahnya terdengar bunyi tembakan dan terasa sakit pada dadanya. "Tembakan dilepaskan jiran mangsa yang juga...

Lelaki bawa pelbagai senjata ditahan di LAX

LOS ANGELES: Seorang lelaki berusia 28 tahun yang menaiki pesawat dari Asia ditahan di bandar raya ini selepas dia didapati memakai baju kalis peluru dan membawa beberapa senjata, termasuk bom tangan asap, kata pihak berkuasa semalam. Yongda Huang Harris, warga Amerika Syarikat berketurunan Cina menghadapi dakwaan membawa bahan berbahaya selepas dia ditahan oleh pengawal sempadan Jumaat lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX). Harris...

Mayat ketua dadah dicuri

BANDAR RAYA MEXICO: Kejayaan besar pihak berkuasa Mexico bertukar menjadi insiden memalukan semalam apabila mayat ketua kartel dadah Zetas yang dibunuh dicuri daripada rumah mayat. Heriberto Lazcano yang disifatkan sebagai seorang yang bercita-cita tinggi dan tidak berperikemanusiaan adalah lelaki kedua paling dikehendaki di negara itu. Pembunuhannya adalah kejayaan besar buat kerajaan yang memerangi kartel dadah ekoran tentera persekutuan...

Bawa bangkai haiwan sertai tunjuk perasaan

MELBOURNE: Kira-kira 100 aktivis yang membawa bangkai haiwan berhimpun di tengah bandar raya ini kerana membantah keganasan dan pengabaian terhadap binatang. Penunjuk perasaan dari kumpulan Pembebasan Haiwan Victoria (ALV), membawa bersama mereka bangkai biri-biri, babi, kanggaru, ayam, ikan, itik dan spesies haiwan lain berharap untuk menarik perhatian terhadap ‘penderitaan tersembunyi haiwan di Australia dan di seluruh dunia.’ Bangkai haiwan...

Jual buah pinggang langsai hutang

Phuah mahu menjual buah pinggang bagi langsai hutang. KUALA LUMPUR - “Saya tiada pilihan lain, ini peluang terakhir, saya mahu menjual buah pinggang pada harga RM50,000 untuk melunaskan hutang dan memulakan hidup baru,” demikian luah mangsa ah long yang hanya mahu dikenali sebagai Phuah. Phuah, 47, berkata, dia mula ketagih berjudi setelah rakan baiknya memperkenalkan kepadanya perjudian dalam talian pada Disember lalu. “Saya menghabiskan...

Christina Aguilera berbogel demi album

Christina Aguilera Kerana mahu menampilkan kelainan, penyanyi Christina Aguilera dikatakan sanggup berbogel untuk kulit album terbarunya 'lotus' yang bakal dipasarkan November ini. Pendedahan ini dilakukan sendiri olehnya menerusi akaun Twitter miliknya yang turut menunjukkan gambar penghias kulit albumnya itu. Dalam gambar itu, Aguilera kelihatan berdiri tegak bersama bunga teratai di samping rambutnya yang berwarna putih menutupi sebahagian...

Video seks: Hulk Hogan fail laporan polis

LOS ANGELES - Ahli gusti terkenal, Hulk Hogan memfailkan laporan polis berhubung penerbitan video seks membabitkan dirinya yang mula tersebar di Internet sejak awal minggu lalu. Bintang rancangan TNA IMPACT itu marah dengan video yang menyiarkan dia bersama isteri rakan baiknya, Bubba the Love Sponge dan berharap pihak berkuasa dapat membantu mengesan siapa yang menyiarkan video itu di Internet. Menurut laman web gosip TMZ, peguam ahli...

Mayat lelaki dalam beg

KULAIJAYA: Seorang lelaki dipercayai dibunuh kejam dengan lehernya dikelar sebelum mayat disumbat ke dalam sebuah beg yang kemudian dicampak ke dalam Sungai Skudai, Tampoi Indah, di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Dr Hashim Haron berkata, mayat lelaki di dalam beg itu ditemui orang awam kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu. Menurutnya, orang ramai yang melalui kawasan itu terlihat objek mencurigakan di dalam sebuah beg...

Lelaki dicari bantu siasatan kes gaduh

J Tharmarajah KUALA LUMPUR – Polis mengesan seorang lelaki bagi bantu siasatan bagi kes pergaduhan serta tembak mati dua pengawal kelab malam di Jalan Doraisamy, di sini, pada 26 Ogos lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu, J Tharmarajah, 37, dicari kerana dipercayai mempunyai maklumat berhubung kes. Beliau berkata, lelaki beralamat terakhir di Kampung Chong Hwa, Batu 4, Jalan Gombak itu...

Enam maut, dua parah kemalangan awal pagi di Kijal

Kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan meragut enam nyawa awal pagi tadi. KIJAL - Enam orang dari satu keluarga maut dan dua cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Meraga Beris di sini, awal pagi tadi. Kemalangan berlaku di Kilometer 129.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di kawasan Kampung Meraga Beris kira-kira jam 4.30 pagi. Keenam-enam mangsa yang maut meninggal dunia di tempat kejadian. (Atas...

Kucing bermata hijau, biru

Mohd Zarif amat menyayangi Putih yang bermata biru di sebelah kanan manakala mata kiri berwarna hijau. SUNGAI PETANI – “Saya tak pernah perasan dua mata berlainan warna pada kucing putih tersebut sehinggalah selesai memandikannya,” demikian kata Zubir Zainol, 29, berkenaan seekor kucing liar dan kotor yang ditemuinya. Zubir berkata, setiap hari dia dan rakan-rakan sering memberi makan kepada kucing liar yang berkumpul di tempat kerjanya dekat...

Mangsa kenduri 10 lelaki bukan warga tempatan

SHAH ALAM: Wanita berusia 28 tahun yang menjadi mangsa dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar di Puchong Perdana, Sabtu lalu bukan warga tempatan seperti yang didakwa sebaliknya warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala 10 lelaki terbabit memegang status pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Adnan...

Khayal berasmara

SIBU: Dua lelaki dan seorang wanita yang paling dikehendaki polis kerana disyaki menjadi dalang aktiviti pecah rumah di sekitar bandar ini, dicekup dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah ketika asyik melakukan aksi ranjang sesama mereka di sebuah rumah di Jalan Nangka, di sini, semalam. Serbuan jam 12 tengah hari itu diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan, Deputi Superintendan David Ajek yang menemui pasangan kekasih sedang...

11,000 hidap sakit mental

BANDAR SERI BEGAWAN: Daripada kira-kira 400,000 penduduk Bruneii, statistik kesihatan mendedahkan, sekurang-kurangnya 2.75 peratus daripada mereka mempunyai masalah kesihatan mental. Menteri Kesihatan, Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yusof dalam ucapan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia semalam berkata, hampir 11,000 orang mendaftar dengan Perkhidmatan Kesihatan Mental di bawah kementerian itu.  Kementerian...

Akhbar lapor hidup mewah pegawai kerajaan dimusnah

BEIJING: Laman web media sosial China semalam berang ekoran dakwaan seorang pegawai kerajaan tempatan cuba menyekat akhbar yang menyiarkan laporan mengenai seleranya terhadap aksesori mewah. Pengguna mikroblog mendakwa puluhan ribu naskhah akhbar harian itu dimusnahkan Isnin lalu selepas ia menyiarkan laporan mengenai pegawai kanan kerajaan di wilayah tenggara, Fujian itu. Pengguna memuat naik laporan daripada City Times yang mendakwa Li...

Mangkuk kencing berbentuk mulut wanita di restoran akan dibuang

MANGKUK kencing yang dipasang di restoran mewah Perancis. SYDNEY: Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya ini berkata, ia akan membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis itu ekoran bantahan orang ramai. Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa...

Mayat bayi disangka sampah

ANGGOTA polis memeriksa beg kertas yang mengandungi mayat seorang bayi lelaki di Alor Setar kelmarin. ALOR SETAR - Seorang jemaah Masjid Al-Rahman, Alor Merah di sini terkejut apabila beg kertas yang disangka berisi sampah rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki dibuang di depan pintu tandas masjid itu kelmarin. Beg itu ditemui pada pukul 8.45 malam iaitu ketika Ishak Chik, 54, hendak menutup pintu pagar masjid selepas menunaikan solat...

7.43 juta kenderaan Toyota bermasalah

GAMBAR fail menunjukkan kereta keluaran syarikat Toyota, Auris di sebuah bilik pameran di Tokyo pada 23 Oktober 2006. TOKYO - Pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota Motor Corporation memanggil semula 7.43 juta unit kenderaan keluarannya di Amerika Syarikat (AS), Jepun, Eropah dan pasaran-pasaran lain di seluruh dunia ekoran masalah suis tingkap kuasa. Syarikat itu membuat pengumuman semalam dan ia melibatkan banyak model keluaran tahun 2005...

Ketua PBB puji Psy

PSY (tengah) menari tarian kuda dalam program bual bicara Today di New York pada 14 September lalu. PARIS - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memuji penyanyi rap Korea Selatan kerana lagu Gangnam Style menjadi penggerak ke arah keamanan dunia. "Saya telah menonton video tersebut (Gangnam Style)," katanya kepada agensi berita AFP kelmarin. Ki-moon yang berusia 68 tahun merupakan rakyat Korea Selatan. Muzik...

Amra dipilih sebagai datuk bandar wanita pertama Bosnia

Amra Babic VISOKO, Bosnia-Herzegovina - Seorang ibu kepada tiga orang anak, Amra Babic merupakan datuk bandar wanita yang pertama memakai tudung di negara ini. Menurut Amra, rakan-rakannya menunjukkan semangat yang jitu kerana memilih beliau sebagai datuk bandar. Amra, 43, memenangi 30 peratus undi pada pilihan raya datuk bandar di sini yang didiami 40,000 penduduk. Beliau merupakan ahli ekonomi dan pernah menjadi menteri kewangan untuk...

Pemandu teksi diberi AS$2,000 kerana bersikap jujur

WOLDEMARIM berdiri di depan teksinya di Las Vegas pada 5 Oktober lalu. LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu teksi di sini, Adam Woldemarim diberi ganjaran sebanyak AS$2,000 (RM6,148) oleh pemilik wang tunai berjumlah AS$221,510 (RM680,927), lapor agensi berita AP semalam. Pemilik wang tersebut yang merupakan seorang pemenang permainan judi memberikan ganjaran itu kerana berasa gembira dengan sikap Woldemarim. Woldemarim, 42, yang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...