2020585

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Saturday, December 22, 2012

Akuarium Jerung pecah, 15 tercedera

Akuarium yang menempatkan beberapa ekor jerung telah pecah di sebuah pusat beli belah di Nanjing, China. Insiden yang berlaku ini telah menyebabkan 15 individu tercedera termasuk pelanggan dan juga para pekerja. Seorang lelaki berusia 30an telah menjadi mangsa dari runtuhan cermin akuarium. Akibatnya, tulang kakinya patah dan mengalami luka-luka serta lebam. Tiga ekor jerung yang dibesarkan dalam akuarium tersebut telah terkorban dalam...

Remaja pontianak di China

Seorang remaja dari China ditumbuhi dua gigi tajam menyebabkan dia kelihatan seperti pontianak. Wang Hui, ibu kepada remaja tersebut membawa anaknya Wang Pengfei, 16, ke hospital untuk pemeriksaan pada awal minggu ini. Ketika lahir, remaja dari Chongqing, barat daya China ini hanya ditumbuhi rambut yang sedikit dan mempunyai dua gigi yang tajam. Doktor mengatakan Pengfei hanya boleh dilakukan pembedahan setelah meningkat dewasa. Kos...

Bertemu semula selepas 20 tahun

APABILA ibu gorila gagal menjaga anak yang dilahirkannya, seorang penjaga Zoo London, Ron Smith dan isteri, Barbara bertindak menyelamatkan bayi itu dengan menjadi keluarga angkatnya. Foto menunjukkan Salome yang masih bayi dan dijaga oleh Smith. (Gambar kanan) Smith tidak dapat menahan sebak melihat kehidupan Salome. Mereka yang tidak dikurniakan anak, menamakan bayi gorila berusia setahun itu dengan nama Salome dan menjaganya seperti anak...

URB mula beroperasi

KUALA LUMPUR: Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang baru dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan operasinya jam 9.30 malam kelmarin dalam usaha mengurangkan jenayah di kawasan tumpuan orang ramai. RONDA...Rastam Affandi (kanan) bersama anggota URB membuat rondaan. Ketua Unit Rondaan Motosikal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Inspektor Rastam Affandi Md Ramli berkata, bagi kawasan Dang Wangi, sebanyak 24 motosikal disediakan...

Mati tertelan gigi palsu ketika minum

SINGAPURA: Ajal memang tidak boleh dielak walaupun dengan kejadian yang tidak pernah diduga. Ini yang berlaku pada Zhang Qishan, lelaki berusia 82 tahun yang meninggal dunia selepas tertelan gigi palsu ketika meminum susu. Isterinya, Peng Ahchun berkata, dia melihat sendiri suaminya mati kerana tertelan gigi palsu itu.  “Dia tiba-tiba saja tersedak dan saya tidak tahu apa yang tidak kena,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan, semalam. Peng...

Kiamat tak jadi

LONDON: Jika anda masih hidup pada hari ini maka jelas ramalan kaum Maya bahawa dunia berakhir semalam ternyata silap. Pakar mendapati bahawa kalendar Maya meramalkan semuanya berakhir tepat jam 11.11 malam semalam. Bagaimanapun, hari ini dunia masih ada dan hari masih berterusan. Puluhan orang yang membanjiri Kampung Bugarach di Perancis kerana menyangka mereka berada di satu-satunya tempat paling selamat daripada kiamat boleh pulang ke kediaman...

Budak tak sangka pelihara anak ular berbisa

SYDNEY - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Kyle Cumming tidak menyangka terdapat tujuh ekor anak ular berbisa keluar dari tujuh biji telur yang dikutipnya di pekarangan rumahnya di Townsville, negeri Queensland. TUJUH ekor anak ular berbisa terdapat dalam sebuah bekas makanan yang terletak di dalam bilik tidur Cumming di Townsville, Queensland pada Isnin lalu. Cumming yang merupakan peminat hidupan liar menemui sepuluh biji telur di...

Tragis! Bayi dibunuh dan dibakar

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dijumpai mati dibakar dengan perut terburai sebelum dibuang di kaki sebuah bukit di Jalan Salleh, Bukit Chagar di sini semalam. BEGINILAH keadaan mayat seorang budak perempuan yang ditemui rentung dengan perut terburai di Bukit Chagar, Johor Bahru semalam. Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Superitendan Abdul Samad Salleh berkata, anggota badan mangsa didapati rentung...

Rumah pelik berbentuk kapal angkasa lepas

ALTO PARAISO DE GOIAS, Brazil - Seorang pengamal perubatan alternatif, Agusto Vinholis membina sebuah rumah berbentuk seperti kapal angkasa lepas di sini. RUMAH berbentuk seperti kapal angkasa lepas yang dibina oleh Vinholis di Alto Paraiso De Goias, Brazil. Dia percaya rumah tersebut akan dapat melindungi keluarganya daripada kemusnahan akibat hari kiamat yang dipercayainya berlaku semalam. Hari kiamat tersebut dipercayai berlaku berdasarkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...