2020560

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, August 15, 2012

Irma Hasmie Mangandung, Suami Pula Kuat Makan

Irma dan Redza selamat diijabkabulkan pada 29 Jun lalu. KUALA LUMPUR: Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Begitulah yang berlaku buat suami kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang melalui tabiat pelik selepas isterinya itu disahkan berbadan dua. Redza berkata, apabila mendapat tahu isterinya hamil lima minggu, dia menjadi seorang yang kuat makan tetapi Irma hanya mengalami alahan biasa seperti...

Fara Fauzana tak kisah kerja di hari raya

KONTI sudah seperti menjadi 'rumah pertamanya' pada hari raya.  BERTUGAS pada hari lebaran bukan sahaja ujian yang perlu dilalui anggota pengaman yang berjuang di perbatasan atau mengawal keselamatan negara, tapi juga hakikat yang sama turut dilalui sebilangan selebriti. Selain petugas media, selebriti seperti penyampai radio dan pembaca berita juga tidak ketinggalan meraikan 1 Syawal sambil bertugas memberikan maklumat atau menghiburkan...

Pengarah Genting dibayar imbuhan tertinggi

Genting Bhd  KUALA LUMPUR - Genting Bhd mendahului senarai syarikat-syarikat yang membayar ganjaran yang lebih tinggi kepada pengarah mereka tahun lepas, dengan pembayaran sebanyak RM117.69 juta, demikian menurut kaji selidik Malaysian Business. Dua puluh syarikat terbaik membelanjakan RM534.95 juta tahun lepas, meningkat 17 peratus dari sebelum ini, manakala 600 syarikat yang ditinjau, membayar lebih RM1 juta. Genting juga mencatatkan...

Sejam tahan azab pijar cili

Keadaan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu setelah terlibat dalam kemalangan di hadapan SK Tengkawang, Kampung Tengkawang, pagi semalam. KAMPUNG TENGKAWANG - Seorang pemandu van bukan sahaja menahan kesakitan akibat tersepit di tempat duduk pemandu, tetapi dia juga terpaksa menahan ‘kehangatan’ cili giling hampir satu jam setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan, di sini, pagi semalam. Bagaimanapun, azab dihadapi Abd...

Fyza rindu... Sambut lebaran sederhana

Fyza Kadir SEJAK 26 tahun lalu, dia berpeluang menyalami tangan bapanya di pagi raya. Namun lebaran kali ini, hanya memori bersama bapa tercinta yang menjadi kenangan dalam hidupnya. Kehilangan bapa, A Kadir Mohd pada 1 Januari lalu akibat angin ahmar, menyebabkan lebaran buat keluarga Fyza Kadir terasa suramnya. Justeru, hanya persiapan serba sederhana menjadi pilihan mereka. "Dek kerana masih terasa kehilangan arwah ayah dan tidak mahu...

Koma dibakar angkara kekasih panas baran

KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari...

Muslimah saman Disney kerana larang pakai tudung

Ketua Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (American Civil Liberties Union) Mark Rosenbaum (bertali leher merah) berucap sambil bekas pekerja Disney Imane Boudlal, (bertudung) melihat pemberita selepas mereka mengumumkan tuntutan mahkamah terhadap Disney, atas dakwaan diskriminasi dan gangguan kerana kepercayaan agamanya di ibu pejabat ACLU di Los Angeles, California OGOS 13, 2012. REUTERS / Jason Redmond. LOS ANGELES: Seorang bekas pekerja restoran...

Tahanan Palestin seludup sperma untuk isteri

Dallal selamat melahirkan bayi lelaki hasil daripada sperma milik suaminya yang diseludup keluar dari penjara Israel. TEBING BARAT - Seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di hospital di Nablus melalui pembedahan, kelmarin hasil daripada sperma milik bapanya yang diseludup keluar dari penjara Hadarim di tengah Israel. Bayi sihat dinamakan Muhannad itu adalah anak ketiga kepada tahanan Palestin, Ammar, 37, yang kini sedang menjalani hukuman...

Hotel bergerak

Snoozebox syarikat yang berpengkalan di UK telah datang dengan konsep bijak bagi menyelesaikan isu perumahan untuk kakitangan di lokasi di acara-acara utama, seperti Sukan Olimpik. Mereka menyediakan bilik hotel mudah alih kontemporari di dalam kontena ubahsuai, yang boleh dimuatkan, disusun dan diangkut melalui darat, udara atau laut ke mana-mana sahaja lokasi di seluruh dunia. Hanya memerlukan 48 jam untuk beroperasi sepenuhnya sebaik sahaja...

Wanita Muka Misteri Minta Mahkamah Cabut Nyawanya

Chantal Sebire Chantal Sebire, bekas guru sekolah yang berusia 52 tahun dan ibu kepada tiga, telah meminta mahkamah di Dijon, timur Perancis, untuk membenarkan doktor mencabut nyawanya. Wanita ini cacat teruk pada muka kerana tumor pada wajah. Kes ini menjadi perdebatan sengit antara orang ramai dan saintis. Ramai yang bersimpati. Bagaimanapun Mahkamah ahirnya menolak rayuan wanita itu kerana undang-undang sedia ada hanya digunakan untuk...

Basikal elektrik yang boleh dilipat

Blue Sky Bike adalah hasil kerjasama antara Haba Richard, seorang pereka bentuk industri dengan Blue Sky Design. Ianya berkonsepkan basikal elektrik yang boleh dilipat bersesuaian dengan gaya 'Urban-City'. Diilhamkan dari pengalaman Haba Richard sendiri dengan rutin hariannya menaiki kereta api dari pinggir barat bandar ke Bandar Sydney. Terdapat 3 objektif utama bagi rekabentuk basikal ini iaitu praktikal, kapasiti simpanan dan...

Gelang pelampung

'Self Rescue Bracelet' bukanlah aksesori gelang semata-mata. Ianya boleh digunakan ketika kecemasan terutamanya ketika berenang bersendirian lalu mengalami masalah kekejangan kaki. Gelang ini adalah rekaan Wu Xuexing, Zhu Linghui dan Peizheng Zhu dari China. Cara menggunakannya amat mudah dengan hanya menariknya sahaja. Udara yang termampat dalam gelang tersebut akan mula mengembang dan penggunanya akan terapung sementara menunggu bantuan...

Hotel dalam kren yang unik

Harbour Crane Hotel di Harlingen Belanda adalah satu-satunya hotel yang mempunyai sebuah bilik yang dibina di dalam kren. Ianya terletak di pelabuhan Harlingen dan kren tersebut masih berfungsi 100%. Pada asalnya, kren ini digunakan untuk mengangkat kargo kayu ke atas kapal di pelabuhan ini sekitar 1960-an. Apabila ianya tidak lagi digunakan, kren tersebut diubah menjadi hotel pada tahun 2001 oleh pasangan suami isteri Carla Comello dan...

Rihanna digugurkan jadi duta produk

Rihanna PENYANYI yang terkenal dengan lagu Umbrella ini, telah digugurkan daripada menjadi duta produk Nivea. Perkara itu diumumkan CEO produk itu, Stefan Heidenreich. "Pengguna kami terdiri daripada seisi keluarga termasuk kanak-kanak. "Rihanna pula terlalu seksi dan gemar bersosial dan imej sebegini tidak sesuai untuk produk kami," katanya. Rihanna dipilih menjadi duta Nivea sejak tahun 2011 yang lalu sempena kempen Nivea yang berusia...

Muzium bawah laut terbesar di dunia

Muzium bawah laut terbesar di dunia ini berada di Cancun. Ianya dibuka sebagai pameran yang disebut sebagai "Silent Evolution" oleh tokoh Jason de Caires Taylor. Muzium ini terdiri daripada 400 patung yang ditenggelamkan di dalam perairan Cancun, di mana pengunjung boleh berenang bersama-sama ikan yang cantik. Lokasi muzium ini terletak di Taman Negara Pantai Barat Isla Mujeres, Punta Cancun dan Punta Nizuc. Sekitar 750,000 pelancong datang...

Parah mercun dijemur meletup

Parah mercun dijemur meletup Mangsa dibawa ke HPRZII untuk rawatan lanjut. PASIR MAS – Seorang lelaki yang menjemur mercun bola di hadapan rumahnya di Kampung Paloh, Chicha Tinggi dekat sini, cedera parah kedua-dua matanya apabila bahan letupan itu meledak secara tiba-tiba, semalam. Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku ketika Mohd Azrin Hadi, 22, cuba meratakan sebungkus mercun basah akibat terkena hujan di atas guni yang diletakkan...

Ibu tunggal parah diragut, terjatuh dari motosikal

Sharifah ketika dirawat HRPZ II setelah mengalami kecederaan akibat terjatuh dari motosikal dalam cubaan ragut. KOTA BHARU-Seorang ibu tunggal patah tangan kiri selain cedera di kepala dan hidung selepas terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Kampung Baru, Pasir Pekan, Tumpat di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Sarifah@Sarimah Ismail, 49, yang bekerja sebagai tukang masak di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan...

Pokok tembusu tumbang hempap 9 kereta

Pekerja Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menjalankan kerja pemersihan dahan pokok yang tumbang di parkir Taman Tasik Seremban di sini hari ini. Foto Bernama SEREMBAN - Sebatang pokok tembusu besar tumbang dan menghempap sembilan buah kereta di kawasan parkir Taman Tasek Seremban berhampiran pejabat Jabatan Pelajaran negeri di sini hari ini. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian itu berlaku kira-kira 3.30 petang. Lima...

Harga minimum rokok RM7 mulai 1 September

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai  PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serentak itu, kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok. Beliau berkata kerajaan juga hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan...

Suami isteri maut motosikal dirempuh di Seremban

Mayat sepasang suami isteri terbaring di atas jalan selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Ampangan-Lingkaran Tengah di sini awal pagi tadi. SEREMBAN - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Muda Linggi berhampiran sebuah pasar raya, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa Lim Soon Chin dan isterinya Lai Lan Eng, masing-masing berumur 38 tahun, meninggal...

Anak sakit bapa diculik

img alt="DITAWAN LANUN...Bibi bersama tiga anaknya menunjukkan gambar suami yang diculik di perairan Nigeria pada 4 Ogos lalu." border="0" height="235" src="http://www.hmetro.com.my/articles/Anaksakitbapadiculik/pix_middle" style="margin-left: auto; margin-right: auto;" title="" width="400"> DITAWAN LANUN...Bibi bersama tiga anaknya menunjukkan gambar suami yang diculik di perairan Nigeria pada 4 Ogos lalu. KUALA LUMPUR: “Anak kedua kami mengalami...

Tergamak rogol mayat

SEDIH...ahli keluarga mangsa kelihatan sebak selepas menerima berita kematian Sabturiah. MATI...anggota polis membawa mayat Sabturiah yang dipercayai dibunuh dan dirogol dalam kejadian samun. KAJANG: Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di sini, malam kelmarin. Mayat Sabturiah Faisal, 19, ditemui terbaring di dalam...

Mati ngeri digilis, diseret treler

PASUKAN keselamatan mengusung mayat Muhammad Nazhif yang maut selepas diseret sejauh 50 meter oleh sebuah treler dalam kemalangan di Melaka kelmarin. MELAKA – Seorang pelajar menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia digilis dan diseret sejauh 50 meter oleh sebuah treler membawa muatan jubin dalam kemalangan di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Hospital Pantai di sini kelmarin. Kejadian pukul 10 malam itu mengakibatkan Muhammad Nazhif Sharif,...

Perangkap sampah risaukan penduduk

TEONG LOOK (depan) melihat  longgokan sampah pada perangkap sampah di Sungai Kerongkong, Gombak semalam. KUALA LUMPUR - Seramai 300 keluarga di Kampung Lee Kong Chian, Batu 5, Jalan Gombak dekat sini hidup dalam kebimbangan apabila perangkap sampah yang dipasang di Sungai Kerongkong yang mengalir melalui kampung itu tidak diurus dengan baik. Ketua Kampung itu, Ng Chui Chong mendakwa, pemasangan perangkap sampah itu oleh Dewan Bandaraya...

Tilam buruk tersorok syabu RM1 juta

anggota polis dengan Unit Anjing Pengesan memeriksa bot yang ditahan di Kuala Sungai Klang, Pelabuhan Klang semalam. PELABUHAN KLANG – Sekilas pandang, sebuah bot tukar barang dilihat sekadar membawa muatan tilam buruk untuk dijual di Indonesia, namun siapa sangka pemeriksaan pihak berkuasa di bilik enjin bot tersorok syabu bernilai hampir RM1 juta. Taktik licik sindiket dadah antarabangsa itu terbongkar pada pukul 6.30 pagi semalam ketika...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...