2020574

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, September 12, 2012

Mitsubishi Storm hangus dijilat api

Kelihatan api marak menjilat kereta jenis Mitsubishi Storm milik seorang wanita yang terselamat di atas jambatan Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Loke Yew, hari ini. Menurut anggota polis trafik di lokasi, wanita tersebut memberhentikan kereta setelah enjinnya terhenti akibat kepanasan. Mereka membantu menolak kenderaan itu ke tepi dan dengan secara tiba-tiba api mula menyambar di bahagian enjin lalu merebak. sumber- Sinar...

Mr. Bean, Hero menyelamatkan nyawa

Rowan Atkinson Pelakon British, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean telah menyelamatkan pesawat yang dipenuhi penumpang ketika juruterbangnya pengsan secara mengejut. Dalam kejadian itu, Mr. Bean sedang dalam perjalanan dari Mombasa ke Nairobi di Kenya bersama keluarganya dengan menaiki pesawat syarikat swasta. Pada ketinggian 4,877 meter, juruterbangannya pengsan serta langsung tidak sedarkan diri.  Walaupun...

Shakira disaman bekas kekasih

Shakira BOGOTA - Penyanyi terkenal dari Colombia, Shakira disaman bekas kekasih yang juga ejennya ekoran beberapa kontrak tertunggak selepas hubungan mereka berakhir, kata peguam bintang pop itu kelmarin. Menurut peguam Ezequiel Camerini dalam satu kenyataan, Antonio de la Rua memfailkan saman tersebut pada Julai lalu dan menuntut aset-aset bank dibekukan. Camerini tanpa memberi butiran lanjut berkata, permohonan Antonio untuk pembekuan...

Pengarah filem anti-Islam hilangkan diri

Protes ke atash filem terbitan Sam Bacile di Kaherah, Mesir. PENGARAH filem berketurunan Israel Amerika, yang menetap di California, mula menyembunyikan diri selepas filem terbarunya, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW, menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia. Bercakap kepada pemberita di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, penulis dan pengarah, Sam Bacile terus berdegil dengan mengatakan agama Islam seperti satu barah dan...

Krisis Syria: Angelina Jolie rayu dunia buka mata

Angelina Jolie ketika melawat kem pelarian di Zaatari, Jordan semalam. ZAATARI, Jordan - Pelakon terkenal Hollywood, yang juga Duta Kebajikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Angelina Jolie berharap statusnya sebagai selebriti dapat membantu rakyat Syria dengan dunia "membuka mata" menyelesaikan krisis pelarian. Menurutnya, dia sendiri telah menyaksikan serta menyelami situasi yang dilalui kanak-kanak di Syria, di mana kebanyakan daripada...

Protes filem hina Nabi, Duta AS ke Libya maut

Protes yang diadakan di pejabat konsul Amerika Syarikat semalam. TRIPOLI - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya terbunuh dalam serangan ke atas pejabat konsul negara itu di bandar Benghazi, semalam. Duta Christopher Stevens merupakan salah seorang daripada empat pegawai AS terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW. Jabatan Negara AS hanya mengesahkan kematian seorang pegawai tetapi tidak...

Tempat meletak pisau paling ngeri

Satu rekaan yang agak mengerikan dimana tempat untuk meletak pisau ini menjadikan patung seakan manusia sebagai subjek untuk ditikam. Ianya dipanggil Voodoo Knife. Jika perkakasan seperti ini disebar secara meluas, tidak mustahil satu hari nanti seorang suri rumah akan menikam suaminya atau menjadikan anak-anak sebagai mangsa seksaan seperti apa yang dilakukan pada patung tersebut.  ...

Basikal paling letih di dunia

Jika anda mencari basikal paling letih di dunia, inilah jawapannya kerana walau selaju mana kayuhan anda, anda tetap tidak akan sampai ke destinasi. Pelik! Kenapa ada juga manusia yang membuat produk yang langsung tidak berguna seperti ini? ...

Bela harimau atas bumbung di Thai

Salah seekor harimau yang dibela di atas bumbung sebuah apartmen di wilayah Pathum Thani, kemarin. BANGKOK - Pihak berkuasa menahan seorang lelaki yang didakwa membela enam ekor harimau secara tidak sah di kawasan bumbung sebuah apartmen empat tingkat di kawasan kejiranan Pathum Thai, pinggir Bangkok, kelmarin. Menurut polis, kesemua haiwan mamalia pemakan daging itu termasuk dua anak harimau tersebut dikurung di dalam sebuah sangkar besar. Pegawai...

Indonesia punyai perokok lelaki teramai di dunia

JAKARTA: Indonesia mempunyai perokok lelaki teramai di dunia, di mana dua antara tiga daripada mereka adalah perokok kerana harga rokok yang sangat murah dan iklan rokok terdapat di merata tempat. Hasil kajian yang didedahkan semalam mendapati, 67 peratus daripada semua lelaki berusia lebih 15 tahun, merokok. Indonesia mendapat tempat kedua di belakang Russia dengan keseluruhan kadar perokok 35 peratus berbanding 39 peratus.  Menteri...

Menteri Jepun gantung diri

Tadahiro Matsushita TOKYO: Menteri Perkhidmatan Kewangan Jepun, mati dipercayai membunuh diri dua hari sebelum sebuah majalah tabloid menyiarkan dakwaan lelaki berusia 73 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan, menurut laporan, semalam. Tadahiro Matsushita ditemui tergantung di rumahnya di Tokyo, kelmarin, lapor media Mainichi Shimbun. Menurut laporan itu, sepucuk surat dialamatkan kepada isterinya, Perdana Menteri Yoshihiko...

Polis Brunei memperkosa anak dipenjara 18 tahun, 12 sebatan

BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang anggota polis berusia 33 tahun dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol anak perempuannya. Defendan didapati bersalah melakukan perbuatan itu dalam tiga kejadian berasingan pada 2007, 2010 dan Ogos tahun lalu. Mahkamah diberitahu insiden pertama terjadi di Berek Polis Seria di Kuala Belait ketika mangsa berusia tujuh tahun.  Kejadian...

Terkejut jumpa mayat isteri

Mayat mangsa ditemui terbaring di atas lantai rumahnya. KULIM - Seorang suri rumah warga Thailand ditemui mati di ruang tamu rumahnya dalam kejadian di Taman Kenari dekat sini kira-kira jam 11.15 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum kejadian, suami mangsa sedang tidur bersama anak perempuan mereka berusia enam tahun di sebuah bilik di rumah berkenaan. Menurutnya, menyedari mangsa tidak ada...

Stok mangsa pemerkosaan dari Facebook

SHAH ALAM - Seorang pekerja sebuah syarikat penghantaran tidak serik walaupun pernah dituduh di mahkamah kerana terbabit dalam kes rogol, dia sekali lagi ditahan selepas dikesan melakukan perbuatan sama terhadap tiga lagi mangsa berusia belasan tahun. Suspek berusia 20 tahun itu menyasarkan kenalan perempuan yang dikenali menerusi laman sosial facebook sebagai mangsa untuk memuaskan nafsunya. Suspek bijak menjalinkan hubungan cinta dengan...

Misteri kain putih disebalik pokok

Kain putih yang tergantung di tepi pokok menjadi tanda tanya penduduk. BALING - Penduduk setempat sekitar kampung di sini terkejut apabila melihat objek seakan-akan lembaga putih pada gambar yang dirakam skuad Sinar Harian yang datang membuat liputan di kampung itu, baru-baru ini. Lembaga atau kain putih tergantung bersebelahan pokok itu menimbulkan tanda tanya penduduk, kerana kain itu memang tidak pernah berada di situ. Seorang penduduk...

Gangguan si mabuk

Kedai terbabit tidak mempunyai permit yang membenarkan penjualan arak. RAWANG - Bosan dengan sikap pemabuk yang kerap membuat bising dan mengganggu wanita, aduan mengenai gangguan tersebut disalurkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Bertindak atas laporan tersebut, sebuah premis arak yang terletak di Rawang Perdana diserbu dan sebanyak 20 kotak minuman keras dirampas. Penolong Pegawai Penguatkuasa MPS, Megat Ainum Fadzlil Ainul Fadzil...

Kreativiti seni dari pisang

Pisang adalah buah-buahan tropika yang mudah untuk hidup serta tidak bermusim. Buah pisang sememangnya cukup terkenal di seluruh dunia. Seorang artis dari Melbourne, Jun Girl Park telah mengetengahkan buah pisang bagi menghasilkan karyanya. Hasil kreativiti Jun diilhamkan dari ikon Jazz yang sering membuat persembahan di Buena Vista Social Club dan juga perkara-perkara lain yang berasaskan kehidupan. ...

Tawar benih sawit tukar agama

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz KUANTAN  -  Masyarakat Orang Asli yang sudah memeluk Islam jadi sasaran gerakan mubaligh Kristian dari luar negara yang dipercayai sudah menyusup masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan NGO Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz berkata, pihaknya mengesan kegiatan kumpulan itu termasuk taktik mereka...

Superman 'bantu' pasangan kekasih

NEW YORK - Bekas bintang siri televisyen Lois & Clark: The New Adventures of Superman, Dean Cain mungkin tidak lagi melakonkan watak superhero itu, namun dia tetap dianggap sebagai wira di kalangan peminatnya. Bekas superhero itu dilaporkan telah menerima permintaan sepasang kekasih bagi menjayakan majlis pertunangan mereka semasa sesi fotografi konvensyen fantasi Komik DC di Atlanta, Georgia, semalam. Pelakon berusia 46 tahun itu...

Freeman nafi dakwaan meninggal dunia

FREEMAN sering menjadi mangsa laporan palsu di internet. LOS ANGELES - Aktor terkenal Hollywood, Morgan Freeman sekali lagi menjadi mangsa di internet minggu ini apabila khabar angin mengenai kematiannya tersebar di laman sosial Facebook, lapor portal hiburan TheWrap.com kelmarin. Ia tersebar melalui sebuah akaun Facebook yang kemudian disukai oleh lebih 842,000 individu. Agensi berita Reuters kelmarin melaporkan laman sosial berkenaan...

Simpan kereta curi di hospital

SEBAHAGIAN daripada kereta curi yang ditemui di tempat letak kereta Hospital Tengku Ampuan Rahimah dipamerkan pada sidang akhbar di Klang semalam. KLANG – Taktik kumpulan penjenayah yang menjadikan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini sebagai tempat menyembunyikan kereta curi terbongkar selepas polis menemui lima buah kereta curi di kawasan tempat letak kereta di premis itu Sabtu lalu. Ketika ditemui pada pukul 12 tengah hari itu,...

Dua rakan ditemui lemas

ORANG ramai melihat jenazah dua kanak-kanak yang ditemuilemas di Putatan semalam. PUTATAN - Kebimbangan seorang bapa mengenai keselamatan anaknya yang dilaporkan tidak ke sekolah menjadi kenyataan apabila kanak-kanak itu ditemui lemas bersama rakannya ketika mandi-manda di pantai Kuala Laut berhampiran Taman Teluk Villa dekat sini kelmarin. Mayat Mohammad Nurrabbiyel Ismail dan Sufian Sahide, kedua-duanya berusia sembilan tahun, ditemui pada...

CCTV rakam rompakan kedai emas

GAMBAR CCTV menunjukkan seorang lelaki menunggu di luar kedai emas di Jalan Besar, Sungai Siput pada 3 September lalu untuk memantau keadaan (kiri) manakala imej kanan menunjukkan tiga rakannya yang keluar sambil membawa hasil rompakan. IPOH – Siasatan berhubung satu kes rompakan sebuah kedai emas di Jalan Besar, Sungai Siput dekat sini 3 September lalu memasuki episod baharu apabila polis menemui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari salah...

Pelajar tidak dibenar ambil UPSR

MAHADZIR (kiri) membawa pulang anaknya, Muhammad Faiz selepas dilarang menduduki UPSR di SK Taman Bunga Raya (1), Bukit Beruntung, Rawang semalam. RAWANG - Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung di sini mendakwa telah dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula semalam kerana dikhuatiri boleh menjejaskan reputasi dan imej sekolah tersebut. Bapa pelajar berkenaan, Mahadzir...

Ubat sensual haram dirampas

AHMAD RAZIN (kanan) menunjukkan sebahagian ubat perangsang seks haram dan aksesori seks yang dirampas pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam. KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan merampas pelbagai ubat perangsang seks haram dan aksesori seks bernilai RM6,330 dalam serbuan di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati di sini Jumaat lalu. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, serbuan melibatkan Pegawai...

Maut angkara cinta ditolak

ANAK panah menunjukkan arah Nurul Syafika terjatuh lalu mati di Kondominium PV13, Setapak semalam. KUALA LUMPUR - Seorang gadis yang kecewa apabila cintanya tidak dibalas sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf kepada rakan-rakan dan kenalan lelakinya sebelum dia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 23 di Kondominium PV13, Jalan Genting Klang, Setapak di sini semalam. Kejadian pukul 4 pagi itu mengakibatkan Nurul...

Restoran 80 meter di bawah tanah

PARA pelanggan sedang makan malam di restoran Muru Pop Down yang terletak di dalam lombong Tytyri di Lohja, Finland kelmarin. LOHJA - Seorang cef pemenang anugerah membuka sebuah restoran baharu yang unik di Finland pada kedalaman 80 meter di bawah tanah. Menyajikan pelbagai hidangan istimewa seperti ikan salmon masin, daging anak lembu dan siput dimasak bersama epal cincang, restoran itu berada di dalam lombong batu kapur Tytyri di sini,...

Seni Bangku tarikan warga Tokyo

PATUNG saintis legenda Albert Einstein dipamerkan pada pameran Seni Bangku di Tokyo semalam. TOKYO, Jepun - Orang ramai terkejut melihat patung selebriti dan watak animasi termasuk pemenang pingat Olimpik London untuk sukan ping pong, Ai Fukuhara dipamerkan di daerah perniagaan Marunouchi di sini. Sejumlah 20 buah patung diletakkan di atas bangku pada jarak sejauh 1.2 kilometer di daerah perniagaan berkenaan dalam pameran itu yang dikenali...

Majalah ritual menghalau hantu pertama di dunia

EDISI pertama majalah Egzorcysta yang dijual di Poland pada bulan ini. WARSAW, Poland - Susulan peningkatan aktiviti menghalau hantu di Poland, paderi-paderi Roman Katholik di sini bergabung tenaga dengan seorang penerbit untuk melancarkan sebuah majalah bulanan pertama di dunia yang memfokuskan secara eksklusif tentang cara menghalau syaitan. "Peningkatan aktiviti menghalau hantu daripada empat kepada lebih 120 kes dalam tempoh 15 tahun di...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...