2020539

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, August 14, 2012

Tidak Kecil Hati, Neelofa Terima Teguran Yusof Haslam

Neelofa PETALING JAYA: Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan...

Maut kerana meja usang

TRAGIS...jenazah Azhari (gambar kecil) dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Serdang. SERDANG: Hanya kerana meja usang, seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah tapak perniagaan di Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam. Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa, Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya. Bagaimanapun,...

Remaja Malaysia sertai kelab bola sepak Itali

Pemain bola sepak remaja Malaysia yang baru berusia 15 tahun, Sean Gan Giannelli KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak remaja Malaysia yang baru berusia 15 tahun, Sean Gan Giannelli, akan menyertai kelab Itali, Atletico Arrezo untuk pasukan bawah 17 tahunnya di Tuscany pada 20 Ogos ini, selepas berjaya menawan hati jurulatih dan kakitangan teknikal kelab baru-baru ini. Sean yang berdarah campuran Itali-Malaysia, merupakan pelajar Sekolah Sukan...

Hujan lebat, ribut Felda Kota Tinggi rosakkan 100 rumah

Jahrah, 58 bersama cucunya, Mohd Noramal Norhisham,5 menunjukkan keadaan rumahnya yang rosak teruk akibat ribut petang kelmarin. KOTA TINGGI - Hujan lebat dan ribut yang melanda dua Felda di sini sekitar jam 4 petang kelmarin menyebabkan hampir 100 rumah penduduk rosak biarpun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Dalam kejadian itu, 60 rumah terjejas termasuk lima rumah di Felda Penggeli Timur mengalami kerosakan teruk selain turut melibatkan...

Mesin santan dua dalam satu

MESIN MEMARUT KELAPA DAN MEMERAH SANTAN YANG DIHASILKAN unimap.  Pembangunan mesin pintar atau automatik bukan lagi industri baru di negara ini. Dengan perkembangan ini ia membantu industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini melangkau ke tahap lebih tinggi. Seterusnya mendorong kepada pembangunan teknologi industri kampung atau indigenous technology . Pelbagai pihak sama ada individu atau agensi kerajaan berlumba-lumba mencipta...

Anne Ngasri Enggan Tipu Anak-Anak Mengenai Status Diri

Anne Ngasri. PETALING JAYA: Pelakon Anne Ngasri mengambil pendekatan enggan menipu anak-anaknya mengenai statusnya yang sudah berpisah dengan suami, Abdul Wafi Hassan walaupun mereka dilihat berkawan baik. Anne, 28, berkata, dia mahu tiga anaknya mengetahui status tersebut agar mereka benar-benar faham apa sebenarnya yang telah berlaku di antara dia dengan bekas suamnya itu. "Saya tidak mahu menipu mereka dan adalah lebih baik...

Misai A Galak Laris Sehingga Ke Singapura

A Galak KUALA LUMPUR: Bak kata pepatah! Tuah ayam nampak di kaki, tuah A.Galak pada misainya. Itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh pelakon Gerak Khas, A.Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad, 70, yang mengakui misai lintangnya itu menjadi pembuka rezekinya selama ini. Beliau berkata, dek kerana misai itu, rezeki lakonan yang diterimanya tidak pernah putus sehinggalah ditawarkan berlakon di Singapura untuk sebuah drama...

Bunkface Yakin Masih Ada Pengaruh Penjualan Album

Bunkface (dari kiri) Paan, Sam dan Youk bersama album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead yang akan dipasarkan selepas Aidilfitri ini. PETALING JAYA: Kumpulan Bunkface masih menaruh harapan agar album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead mampu dijual biarpun senario penjualan album artis tempatan sedang merudum. Vokalisnya Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam berkata, atas semangat itu mereka amat menitikberatkan ciri-ciri...

Flat Pekeliling: Terbiar Dan Berbahaya

BIMBANG tentang keselamatan mereka, orang ramai meminta supaya baki sembilan blok flat Pekeliling di Jalan Tun Razak diruntuhkan dengan segera. Bangunan yang ditinggalkan itu dikatakan menjadi sarang penagih dadah dan tempat bersembunyi bagi pengemis. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah pun melaksanakan pemeriksaan ketat di Flat Tunku Abdul Rahman (Flat Pekeliling) di Jalan Tun Razak, di mana menjadi tarikan untuk aktiviti jenayah...

Raja segala ikan

BERTUAH...nelayan sungai, Abdul Fadil Abu Samah berjaya menangkap patin muncung Sungai Pahang seberat 33 kilogram. JERANTUT: Harga ikan patin muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri ini apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram, sekali gus mengatasi harga jelawat yang dijual pada kadar RM220 hingga RM250 sekilogram. Bagaimanapun, harga yang tinggi bagi mendapatkan ikan yang boleh dianggap sebagai identiti...

Pinjam wang secara ghaib

BUKTI...Juminah menunjukkan bungkusan mengandungi al-Quran beserta kain kuning yang diserahkan wanita terbabit. JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang mengaku pengamal perubatan tradisional kononnya menyediakan rawatan Islam berasaskan al-Quran, mengenakan syarat pelik iaitu perlu meminjam wang pelanggannya secara ghaib bagi mengupah jin untuk memulihkan rumah mereka daripada gangguan makhluk halus. Lebih pelik, wanita berusia 48 tahun terbabit...

Penipu wanita sunyi dicekup

HOCK SING (tengah) bersama pegawainya menunjukkan gambar lelaki kacak yang digunakan Awang Hitam untuk menyamar pada sidang akhbar di Melaka semalam. MELAKA - Warga Afrika seperti tidak pernah serik dengan kegiatan menipu wanita kesunyian walaupun banyak tangkapan telah dilakukan dan yang terbaru tiga Awang Hitam itu dan seorang wanita tempatan berketurunan Portugis diberkas atas kesalahan sama di sini kelmarin. Suspek-suspek berusia antara...

Mati selepas samun warga emas

ANGGOTA polis memeriksa keadaan mayat seorang penjenayah yang mati mengejut selepas menyamun di Sungai Petani semalam. SUNGAI PETANI - Seorang penyamun tidak sempat menikmati hasil rompakan sebanyak RM20,000 apabila dia tiba-tiba diserang sakit jantung sebaik melakukan jenayah itu bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di Taman Orkid, Sungai Layar di sini semalam. Kejadian pukul 10.15 pagi itu berlaku selepas suspek berusia 46 tahun tersebut...

Siling runtuh, empat cedera

BEBERAPA pekerja sedang membaiki siling yang runtuh hingga mencederakan empat kakitangan Hospital Serdang semalam. SERDANG – Seorang pegawai perubatan dan tiga jururawat cedera apabila dihempap 15 keping siling yang runtuh ketika sedang bertugas di kaunter jururawat wad kecemasan, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Serdang di sini semalam. Kejadian pukul 2.45 pagi itu berlaku apabila siling-siling yang runtuh itu menghempap kepala dan...

Ibu buaya Sungai Telaga Air diburu

MOHD. SAIFUL menunjukkan mata kail yang akan digunakan untuk menangkap buaya di Sungai Telaga Air, Kuching semalam. KUCHING - Keluarga nelayan yang berjaya menangkap seekor buaya yang hampir memasuki rumah mereka malam kelmarin, bertekad untuk menangkap seekor lagi reptilia tersebut yang kerap dilihat muncul di Sungai Telaga Air dekat sini. Mohd. Saiful Sulaihi, 35, berkata, dia bersama rakannya kini merancang untuk memburu buaya yang dipercayai...

Malaysia bakal tegaskan pendirian

Najib dan isteri, Rosmah menunaikan umrah di Mekah  semalam. MEKAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di tanah suci Mekah awal pagi semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa kali ke-4 Persidangan Kerjasama Islam (OIC) hari ini. Beliau memulakan atur cara semasa berada di sini dengan menunaikan ibadah umrah bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Turut serta ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk...

Lelaki 'warak' jadi pencuri

RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan suspek sedang mencuri wang dari sebuah stesen minyak di Puchong, Selangor baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Para pengusaha stesen minyak kini berdepan dengan jenayah licik seorang penganggur yang bertindak mencuri wang dari stesen berkenaan beberapa jam selepas diambil bekerja. Kosmo! difahamkan sekurang-kurangnya tiga stesen minyak di Lembah Klang telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat dipedayakan...

Rayuan jerat diri

Wan Mohd Shahril dipenjara dua tahun dan didenda RM5,000 selepas mengaku salah memecah masuk sebuah kedai menjual motosikal sebelum melarikan sebuah motosikal bernilai RM4,500. KUALA TERENGGANU- “Saya merayu agar mahkamah meringankan hukuman terhadap saya kerana sudah insaf dan nekad akan berubah tidak melakukan perbuatan jenayah lagi,” demikian rayuan seorang buruh, Wan Mohd Shahril Wan Yunus, 29. Bagaimanapun, rayuannya seolah-olah ‘menjerat...

Port 'selamat' lepas nafsu

Bangunan Umno ini dikatakan menjadi tempat pasangan kekasih melepaskan nafsu mereka. BANDAR TEMERLOH - Sebuah bangunan Umno lama yang terletak di bandar ini dipercayai menjadi tempat  pasangan kekasih melampiaskan nafsu mereka. Peniaga, Mohd Redzuan Abdul Ghani, 34, berkata, golongan itu menggunakan tingkat atas bangunan terbabit bagi mengelak dikesan orang ramai atau pihak berwajib. Menurutnya, kebiasaannya bangunan tersebut dikunjungi...

Dua-beradik maut ketika dalam perjalanan ke bazar Ramadan

Mayat mangsa yang maut ditempat kejadian ditutup sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat. IPOH - “Saya tak sangka niat mereka untuk pergi bersendirian ke Bazar Ramadan Sauk petang semalam (kelmarin) tanpa ditemani ayah dan kakak jadi petanda. Itulah kali terakhir saya bertemu mereka. “Adik pula tidak habis-habis bermanja dengan saya memeluk badan, membelai rambut dan mencium saya berkali-kali serta merebahkan diri ke betis seperti tidak...

Khasiat Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit atau di kenali sebagai Skyfruit berasal dari kawasan yang tidak tercemar di Selatan Pasifik, khususnya di Kepulauan Solomons. Penduduk asli di situ telah menggunakan Buah Tunjuk Langit ini sejak turun temurun bagi tujuan kesihatan dan perawatan. Tetapi di Malaysia, Buah Tunjuk Langit agak kurang popular mungkin kerana sukar untuk mendapatkan buah ini. Pada tahun...

Khasiat Buah Delima

Siapa yang tidak kenal dengan Buah Delima. Buah Delima sangat menarik sama ada bentuk, warna kulit mahupun bijinya. Intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil disyurga. Sesetengah orang menganggapnya lambang kelahiran, kehidupan dan kematian. Biji-biji buah Delima mengandungi khasiat dan dapat mengeluarkan banyak air. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...