Tuesday, August 14, 2012

Malaysia bakal tegaskan pendirian

Najib dan isteri, Rosmah menunaikan umrah di Mekah  semalam.
Najib dan isteri, Rosmah menunaikan umrah di Mekah  semalam.
MEKAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di tanah suci Mekah awal pagi semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa kali ke-4 Persidangan Kerjasama Islam (OIC) hari ini.

Beliau memulakan atur cara semasa berada di sini dengan menunaikan ibadah umrah bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut serta ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf.

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC itu bertujuan membincangkan situasi terkini dunia Islam dengan hasrat mengembalikan dan mengukuhkan perpaduan umat Islam serata dunia serta memerangi unsur yang membawa kepada perbalahan dan kekacauan.

Sidang kemuncak anjuran Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz itu berlangsung di Istana As-Safa yang terletak bersebelahan Masjidil Haram.

sumber- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...