2020559

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, November 7, 2012

RM40,000 lesap, RM3,000 Disedut

SHAH ALAM: Terpedaya dengan janji bakal memperoleh keuntungan RM320,000, seorang usahawan wanita dari Seksyen 7, di sini, mendakwa ditipu dan dipukau sekumpulan lelaki mengakibatkan kerugian RM40,000, Ogos lalu. Tidak cukup setakat itu, ahli perniagaan terbabit, Azizah Che Meh, 29, berdepan pula kehilangan wang kutipan perniagaan lebih RM3,000 dipercayai ‘disedut’ menggunakan sihir selepas kejadian itu hingga dia trauma dan terpaksa mendapatkan...

Hilang sebulan dah dapat bayi

ALOR GAJAH: Luluh hati seorang ibu apabila anak gadisnya yang hilang dari rumah awal Oktober lalu dan sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula kelmarin, sudah melahirkan seorang bayi perempuan ketika ditemui malam kelmarin. Menurut sumber, pelajar berusia 17 tahun itu dilaporkan keluar dari rumah keluarganya, di sini bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah dan kehilangannya disedari sejurus...

Anggota tentera hilang ditemui mati di kawasan paya

SELAMA –Seorang anggota tentera berpangkat koperal yang dipercayai hilang ketika menjalani latihan penerjunan di Redang Panjang, Kubu Gajah, sejak Isnin lalu ditemui mati, hari ini. Mayat Supain Gane, 37, yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan bebas Ex Tiger Warrior siri pertama di kawasan itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira jam 4.30 petang. Pemangku Ketua Polis Daerah Selama, Asisten Superintendan Abd Ghani Zainun...

Mayat dalam kolam buaya

MANILA: Mayat seorang lelaki yang hampir separuh badan dibaham buaya air masin ditemui di ladang ternak haiwan reptilia itu semalam. Pegawai polis Lowell Neniza berkata, pekerja ladang itu menemui mayat mangsa berusia 57 tahun di dalam kolam buaya yang boleh membesar sehingga 4.3 meter.  Lowell berkata, pihak berkuasa tidak tahu bagaimana mangsa, seorang penganggur bernama Sorbelo Sajona dapat masuk ke ladang persendirian itu.  gambar...

Tatu jadikan mereka kebal

BANGKOK: Seorang pelukis tatu “ahli sihir” ditahan selepas beberapa pergaduhan berlaku melibatkan pengikutnya kerana mereka percaya tatu itu dapat menjadikan mereka kebal, kata polis semalam. Ketua Polis tempatan, Major Jeneral Kanisorn Noinard berkata, Boonyong Luangjumpol ditahan kerana menyimpan senjata api selepas anggota polis menyerbu rumahnya disebabkan beberapa siri pergaduhan yang berlaku di wilayah Kalasin.  sumber- Bangkok...

Tembak mati rakan disangka babi hutan

BANGKOK: Seorang lelaki mabuk dikatakan tertembak rakannya hingga mati kerana menyangka dia seekor babi hutan ketika pulang dalam gelap selepas mencari ketam di utara wilayah Phayao. Puan Maneewan ditembak di perut oleh rakannya,Somkuan Promson, 48.  Somkuan memberitahu polis mereka berdua mabuk ketika keluar mencari ketam.  gambar hiasan Katanya dia mencari rakannya itu apabila terlihat sesuatu yang disangka babi hutan dan...

Bayi ditemui depan rumah

JPAM memberi rawatan awal kepada bayi yang ditemui di hadapan sebuah rumah di Jalan Teratai, Raja Uda, Butterworth, pagi kelmarin. Butterworth - Seorang bayi lelaki yang sihat dan cukup sifat ditemui ditinggalkan di hadapan rumah pasangan suami isteri berketurunan Cina, di Jalan Teratai, Raja Uda di sini, awal pagi kelmarin. Bayi lelaki itu ditemui pembantu rumah pasangan keluarga berkenaan sewaktu dia keluar untuk menyapu sampah di halaman...

Cebisan otak bertaburan

Mayat Mohd Nordin yang terbaring di atas jalan ditutup sebelum dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kemaman. KEMAMAN – Dua lelaki maut, sementara seorang lagi cedera dalam dua kemalangan berasingan melibatkan kereta, van dan motosikal di Geliga, Chukai dan Perasing Jaya, Air Putih, lewat petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam di Kilometer 157.8 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan Taman Intan Geliga Besar, Mohd Nordin...

Jari manis kanak-kanak putus

BACHOK - Seorang kanak-kanak kudung jari manis kirinya, selepas dihempap replika cendawan ketika bercuti di sebuah pantai minggu lalu. Jari Wan Annaz Wan Azhar, 5, terputus dan remuk selepas tertusuk serpihan simen replika cendawan itu. Tiba-tiba replika runtuh Bapanya, Wan Azhar Wan Ahamad, 31, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang pada 29 Oktober lalu, ketika dia sekeluarga sedang berkelah di bawah replika cendawan. Serpihan...

Kereta misteri tepi sungai

MALIM - Penemuan sebuah kereta di tebing tali air Sungai Malim, di sini menimbulkan tanda tanya apabila kenderaan tersebut ditinggalkan dalam keadaan kedua-dua pintu hadapan terbuka, sementara kuncinya masih tidak terusik. Kereta jenis Proton Iswara itu juga terjungkit sedikit di bahagian belakang sehingga menimbulkan kecurigaan seorang lelaki, Wan Sulaiman Wan Zaid, 29, yang melalui kawasan tersebut, lalu menghampiri kereta berkenaan kira-kira...

Lanyak sampai koma

KUCHING: Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, direman tiga hari bermula semalam kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan otak. TUTUP...suspek dikawal ketat memasuki kereta selepas direman. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota...

Komputer riba punca tak subur

LONDON: Sepasang suami isteri yang berusaha mendapatkan anak terkejut apabila doktor berkata, kegagalan mereka berpunca daripada komputer riba. Scott Reed dimaklumkan bahawa dengan meletakkan komputer pada ribanya menyebabkan haba merosakkan spermanya.  Kesannya, juruelektrik berusia 30 tahun dan isteri, Laura, juga 30, sukar untuk memperoleh anak.  Berikutan itu, Scott menggunakan komputer ribanya di meja dan tiga bulan kemudian,...

Kalendar porno untuk promosi keranda dikecam

WARSAW: Sebuah syarikat membuat keranda di sini mencetuskan kemarahan pihak gereja apabila cuba meningkatkan perniagaan dengan kalendar yang mempamerkan wanita separuh bogel di sebelah keranda buatannya. Satu imej daripada kalendar edisi 2013 menunjukkan model yang hanya berseluar dalam kecil bersandar pada keranda dengan seekor ular melilit lehernya. Satu lagi gambar menunjukkan seorang wanita memakai korset menarik jantung lelaki yang terbaring...

Ular sawa dilayan bagai Anak Kandung

KUCHING - Siapa sangka ular sawa yang sinonim dengan kelicikan dan ganasnya boleh menjadi begitu manja dan bebas bermain di dalam rumah seorang kontraktor, Phang Joon Siong sejak 22 tahun lalu. Pasti ramai yang kehairanan apabila melihat Joon Siong yang berusia 52 tahun sibuk melayan seekor ular sawa jantan sepanjang tujuh meter dengan berat mencecah 80 kilogram. PHANG CHIA TAK, anak kepada Joon Siong, bermain dengan ular di rumahnya di...

Maut kena sengat ikan pari

MUAR - Seorang nelayan meninggal dunia selepas koma selama dua hari apabila terkena sengat ikan pari pada tangan kanannya ketika hendak mengeluarkan haiwan tersebut yang tersangkut pada jaring Sabtu lalu. Pesara tentera, Rashid Arshad, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini semalam. SENGAT ikan pari sangat berbahaya hingga boleh membawa maut jika terkena. Mengimbau semula kejadian...

Kumpulan anak muda perkenal parkour di Gaza

KHAN YUNIS, Palestin - Sukan ekstrem parkour yang menggabungkan kombinasi berlari, melompat dan gimnastik diperkenalkan sekumpulan anak muda di Genting Gaza. Sebuah kumpulan yang dianggotai 12 lelaki berusia dalam lingkungan 20-an membuat demonstrasi sukan tersebut di Hospital Nasser, Genting Gaza baru-baru ini. Sejumlah penonton termasuk pesakit dan doktor melihat aksi kumpulan anak muda itu. TIGA pemuda melompat semasa menunjukkan kemahiran...

Doktor didakwa cabul budak

JOHOR BAHRU – Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bulan lalu. Bagi pertuduhan pertama, Navin Harris George, 40, didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas mangsa pada 20 Oktober lalu di antara pukul 2.30 petang hingga 5 petang. DI klinik inilah Harris George dikatakan telah mencabul seorang kanak-kanak...

Pilihan raya AS bermula

WASHINGTON - Penduduk di Kampung Dixville Notch di negeri New Hampshire menjadi pengundi terawal dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) semalam. Keputusan undian di kampung itu menunjukkan Presiden AS, Barack Obama daripada parti Demokrat memperoleh lima undi. Pencabar Obama, Mitt Romney daripada parti Republikan juga memperoleh jumlah undi yang sama di kampung itu yang terletak kira-kira 30 kilometer dari sempadan Kanada. Seramai...

Burung emu diternak di India

NEW DELHI - Terdapat lebih 1,500 ladang burung emu di India.Burung itu diternak kerana daging haiwan tersebut mempunyai kandungan lemak yang rendah dan ia boleh dijual untuk memperoleh pendapatan. Lemak haiwan emu juga boleh digunakan untuk menghasilkan minyak untuk pembuatan alat solek dan dijadikan diet tambahan. SEORANG pekerja membuka pintu ladang burung emu di Kampung Vasna-Rathod, 40 kilometer dari Ahmedabad, India pada Khamis lalu. Bulu...

Korea Selatan beri anugerah kepada Psy

SEOUL - Korea Selatan memberi anugerah tertinggi kebudayaan kepada penyanyi rap terkenal, Psy kerana kejayaannya menerusi lagu Gangnam Style. Kementerian Kebudayaan negara ini mengumumkan semalam bahawa penyanyi berusia 34 tahun itu akan menerima anugerah Penghargaan Kebudayaan Okgwan. Anugerah tersebut diberikan kepada individu yang berjasa besar dalam bidang seni. PSY (tengah) menari tarian kuda di depan penonton di Dataran Trocadero,...

Ecuador rancang bina menara tertinggi dunia

QUITO - Ecuador merancang membina sebuah menara setinggi 1.6 kilometer sekali gus menjadi bangunan tertinggi di dunia. Timbalan Gabenor Quito, Marcela Costales berkata, selain menarik ramai pelancong, menara itu akan menjadi simbol penghormatan kepada budaya penduduk pribumi, Quitu-Cara. Menara tersebut dilaporkan menelan kos AS$200 juta (RM612.3 juta) untuk dibangunkan. BANGUNAN Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu. Costales...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...