2020555

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, October 4, 2012

Ugut ibu bapa, amuk sampai tertidur

Imran dipenjara 11 bulan dan didenda RM2,000 selepas mengaku mengugut bapanya di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. KUALA TERENGGANU - Seorang buruh bukan sahaja sanggup mengugut akan membunuh ibu kandungnya dengan kapak, malah dalam masa sama melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya yang cuba memujuknya dalam satu kejadian amuk, awal September lalu di Kampung Padang Polis, Batu Rakit, di sini. Bagaimanapun, perbuatan tertuduh, Imran Yaacub,...

Lagi kes bayi maut tersedak susu

Mayat Zi Xin dibawa masuk ke dalam van oleh pengurus pengebumian untuk dibawa ke rumahnya di Menglembu. IPOH - Tidak sampai 24 jam insiden tersedak susu yang meragut nyawa seorang bayi berusia sebulan di Taman Perling, Johor, kejadian yang sama turut menimpa seorang bayi perempuan di Taman Rishah, Menglembu, di sini, awal pagi semalam. Ho Zi Xin, yang baru berusia dua bulan, disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik tiba di Hospital Pakar...

Promo foto, FB mahu anda bayar fi

Komponen Promote yang sedang diuji Facebook bagi membolehkan pengguna membayar ke atas foto atau pengumuman pada 'newsfeed' rakan-rakan mereka. - Foto ihsan CNN NEW YORK - Lebih lima bulan selepas disenaraikan, Facebook Incorporation  mengumumkan langkah mengenakan fi ke atas penggunanya yang mahu mempromosikan foto atau pengumuman masing-masing menerusi laman sosial. Facebook mengambil langkah itu untuk menambah pendapatannya. Komponen...

Ratusan ribu pekerja di Indonesia adakan mogok sehari

JAKARTA - Ratusan ribu pekerja di seluruh Indonesia mengadakan mogok sehari pada Rabu bagi menuntut upah lebih tinggi dan membantah pengambilan pekerja secara kontrak di bawah sistem 'outsourcing' (penyumberan luar). Mereka mengadakan demonstrasi serentak di beberapa tempat penting di seluruh negara bagi menyokong tuntutan itu. Dalam mogok nasional yang digerakkan Persekutuan Kesatuan Sekerja Indonesia (KSPI) itu, pekerja menyenaraikan...

Puluhan penuntut kolej mati ditembak

Pasukan perubatan membawa mangsa cedera keluar dari kawasan kejadian selepas serangan ABUJA - Satu perintah berkurung dikeluarkan selepas puluhan penuntut kolej tempatan dibunuh oleh sekumpulan penyerang di bandar Mubi, Adamawa timur laut Nigeria. Jurucakap polis Adamawa, Ibrahim Muhammad berkata, seramai 25 lelaki ditemui mati termasuk 19 penuntut Kolej Politeknik Persekutuan Mubi (KPPM), tiga penuntut kolej berlainan, seorang bekas askar,...

Rumah penduduk Palestin dijadikan berek

Tentera Israel sengaja merampas rumah masyarakat Palestin kemudian menjadikannya sebagai berek. HEBRON  -  Sekumpulan tentera Israel bertindak merampas sebuah rumah penduduk Palestin di Al-Baqa'a, timur Hebron dan menjadikannya sebagai berek tentera, kelmarin. Dalam kejadian itu, tentera rejim memaksa semua penghuni bangunan itu berpindah ke tingkat satu sebelum menahan mereka di dalam rumah. Pemilik bangunan dua tingkat, Salim...

Mike Tyson dilarang ke New Zealand

Mike Tyson WELLINGTON - Kerajaan New Zealand menyekat kemasukan bekas juara tinju heavyweight, Mike Tyson ke negara itu kerana bersabit kesalahan merogol dan bukannya disebabkan tatu. Tyson pada asalnya diberikan visa oleh Perdana Menteri, John Key untuk melawat negara itu pada November bagi menghadiri majlis amal. Namun, Menteri Imigresen, Kate Wilkinson berkata, visa itu dibatalkan selepas penaja, Amanah Hayat Pendidikan, membuat kenyataan...

Kasanova terlibat kes pemerkosaan, kikis duit wanita ditangkap

Di sebuah bilik hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur inilah seorang kasanova dari Kelantan ditangkap kelmarin. KUALA LUMPUR – Seorang kasanova memperalatkan rupa paras dan kata-kata manis dimilikinya bagi memperdaya wanita untuk membolehkannya menampung kehidupan sebagai penganggur selama berbulan-bulan. Lebih malang mangsa-mangsa yang tergoda dengan penampilan fizikal lelaki berusia 32 tahun itu sanggup melakukan hubungan seks dengan suspek. Aksi...

Maut jatuh tingkat empat

Mangsa menemui maut selepas terjatuh dari tingkat empat. JOHOR BAHRU – Seorang remaja maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan institusi pengajian tinggi (IPT), di sini dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, mangsa yang berumur 16 tahun bersama dua rakannya sedang membuat pemasangan alat penghawa dingin di bangunan berkenaan. Menurutnya,...

Janda tomboy berasmara di hotel murah

Ibu tunggal beranak satu dan pasangannya yang ditahan Penguat kuasa syariah di sebuah hotel murah di Kuala Dungun. KUALA DUNGUN - Tindakan seorang janda berpakaian ala ‘tomboy’ memadu asmara bersama teman lelaki dengan menjadikan bilik hotel murah sebagai port untuk melepaskan nafsu membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa, dekat sini, awal pagi kelmarin. Wanita terbabit yang difahamkan mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup...

Warga emas nyaris maut kereta terbabas ke laut

PORTLAND: Seorang wanita warga emas terselamat daripada maut selepas sekumpulan orang tidak dikenali mengharung ombak menyelamatkannya yang terperangkap dalam kereta di laut. Media melaporkan, Ursula Nixon, 84, gagal mengawal kereta Nissan dipandunya menyebabkan dia merempuh dua pagar dan terhumban ke laut di Maine. Seorang daripada penyelamat itu, Michael Weill, berkata kejadian itu berlaku amat pantas. Katie Nelson pula adalah individu pertama...

Pengantin diarah bekerja pada hari perkahwinan

QINGDAO: Majlis perkahwinan seorang wanita terjejas pada hari perkahwinannya selepas dia diarah mengendalikan pondok tol beberapa jam sebelum majlis itu. Zhang Yu, pengurus di pusat tol lebuh raya di Qingdao, wilayah Shandong di timur China, merancang bercuti seminggu untuk melangsungkan perkahwinannya. Bagaimanapun, majikannya membatalkan semua cuti apabila jalan raya di seluruh China sesak dengan berjuta-juta pemandu pulang ke kampung...

Tragedi cerita seram pertama

PILU...ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan. Gambar kecil, S Kavi Arasu. KUALA LUMPUR: Kegembiraan seorang lelaki menonton cerita seram buat kali pertama dalam hidupnya bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 5.3, Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban arah Sungai Besi berhampiran Desa Petaling, pagi semalam. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang juga pembonceng motosikal, S Kavi Arasu, 21, maut di tempat kejadian...

CEO Yahoo! dapat anak lelaki

Marissa Mayer KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Yahoo!, Marissa Mayer selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki kelmarin. Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Zachary Bogue dalam laman Twitternya dengan menulis, “anak lelaki selamat dilahirkan malam tadi (1 Oktober)." "Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan baik, dan kami sangat teruja dengan kelahirannya," katanya. Menurut jurucakapnya, Anne Espiritu, setakat ini Mayer dan suaminya...

Dr Rozmey digantung Majlis Perubatan tidak mahu rayu

Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang juga pengeluar formula menurunkan berat badan pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.- Foto Bernama JITRA - Pengasas syarikat Herba Marketing Sdn Bhd., Datuk Dr Che Rozmey Che Din hari ini akur dengan keputusan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menggantung keahliannya selama dua tahun berkuatkuasa 14 Mac lepas kerana melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971. Pengeluar dan pencipta...

Surat tulisan tangan Einstein dilelong

SURAT yang mengandungi tulisan tangan Einstein. NEW YORK - Sepucuk surat tulisan tangan ahli fizik terkenal, Albert Einstein akan dilelong pada bulan ini dengan harga pembukaan AS$3 juta (RM9.17 juta), kata sebuah firma lelongan Auction Cause kelmarin. Surat yang menyatakan pandangan Einstein tentang agama itu akan dilelong di laman eBay. Einstein menulis surat tersebut setahun sebelum kematiannya. Beliau menulis surat itu di Jerman...

Aksi terbaru David Blaine

AHLI silap mata, David Blaine melakukan demonstrasi persembahan berbahaya terbaharunya, Electrified pada satu sidang akhbar di New York kelmarin. NEW YORK - Ahli silap mata Amerika Syarikat, David Blaine meluangkan masa beberapa jam menjelang aksi lagak ngeri terbaharunya dengan menyepikan diri dan berpuasa. Ini kerana bermula esok, Blaine akan berdiri selama tiga hari di tengah beberapa lingkaran yang mengeluarkan tenaga elektrik berkuasa...

Psy buat konsert percuma

PSY menari tarian kuda di sebuah stadium di Seoul kelmarin. SEOUL - Lebih 8,000 orang peminat menyaksikan konsert percuma Psy yang terkenal dengan tarian kuda di sebuah stadium di sini kelmarin, lapor portal berita ITN semalam. Psy atau nama sebenarnya Park Jai-sang menjadi fenomena global apabila muzik video Gangnam Style yang menunjukkan dia menari tarian kuda itu dilihat oleh lebih 300 juta kali di laman YouTube sejak dimuat naik pada 15...

Anjing tersepit di celah bampar kereta

SEORANG pegawai sebuah pusat perlindungan haiwan mengeluarkan seekor anjing yang tersepit di celah bampar kereta di Providence Timur pada 20 September lalu. TAUNTON, Massachusetts - Pihak berkuasa menyatakan, seekor anjing ditemui masih hidup walaupun ia tersepit pada bampar sebuah kereta di sini pada 20 September lalu. Haiwan itu tersepit selepas ia dilanggar kereta tersebut. Anjing tersebut tersepit semasa kereta berkenaan bergerak sejauh...

Buaya gergasi kembali lapar

REX mengunyah daging lembu. SYDNEY, Australia - Seekor buaya yang bernama Rex dan mempunyai berat 700 kilogram semalam kembali 'berselera' untuk makan di Zoo Sydney di sini. Buaya itu selama ini tidak memakan sebarang makanan selama tiga bulan ketika musim sejuk. Ia dianggap sebagai kejadian semula jadi yang berlaku ke atas haiwan itu. Seorang kakitangan zoo memberikan buaya itu daging lembu. Daging itu diikat dengan tali pada sebatang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...