2020557

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, September 23, 2012

Lapangan Terbang Antarabangsa P Ramlee

Allayarham Tan Sri P. Ramlee SHAH ALAM – Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa P. Ramlee bagi mengenang jasa seniman terunggul itu. “Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan belajar di sini,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan...

Gempar! Anak kahwin bapa sendiri tanpa sedar

Valerie Spruill OHIO - Gempar! Ujian DNA yang dijalankan ke atas sebatang berus gigi akhirnya mendedahkan satu rahsia ‘gelap’ hubungan anak dan bapa. Pendedahan itu hampir meragut nyawa, memusnahkan hubungan institusi kekeluargaan dan meruntuhkan iman. Kisah benar ini terbongkar selepas kematian suaminya yang merungkai siapa sebenarnya suami ataupun bapa kepada seorang wanita, Valerie Spruill. Bagi Spruill, apa yang berlaku adalah tidak...

Trauma diacu parang

Siti Khatijah melakonkan semula situasi kakaknya yang diikat dan diselubung dengan selimut semasa rompakan berlaku. BENTONG - Dua beradik warga emas berdepan saat mencemaskan apabila rumah mereka di Simpang Chamang, dekat sini, dimasuki tiga perompak, kira-kira jam 9.30 malam, kelmarin. Ketika kejadian, Sainiah Ahmad, 80, sedang menonton televisyen di dalam bilik tidur manakala adiknya, Siti Khatijah Ahmad, 60, sedang berbaring di ruang tamu. Siti...

Penyelam maut terkena kipas bot

gambar hiasan KUANTAN - Seorang penyelam maut selepas kepalanya terkena bilah kipas sebuah bot di perairan Pahang dekat Jeti Nenasi, Pekan pagi tadi.     Mangsa, Lim Yu Leng, 60, berasal dari Petaling Jaya, Selangor mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.     Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata, dalam kejadian 7.15 pagi itu tujuh penyelam termasuk mangsa menaiki sebuah bot pergi...

Datuk tiri mencabuli budak sembilan tahun

JERANTUT - "Harapkan pagar, pagar makan padi" seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas dipercayai mencabul cucu tirinya yang berusia sembilan tahun. Kejadian cabul itu berlaku di rumah nenek mangsa dekat Felda Sungai Tekam di sini. Menurut Ketua Polis daerah Jerantut, Supt Azid Ismail kejadian tersebut dimaklumkan abang mangsa yang berusia 12 tahun kepada ibunya, 32, yang pulang ke rumah berkenaan sebelum laporan polis dibuat semalam. "Kedua-dua...

Selamatkan diri guna baldi tutup muka, kepala

Keadaan bengkel besi di Jalan Pantai yang terbakar PANTAI - "Saya terpaksa menutup muka dan kepala dengan baldi untuk keluar dari kawasan bengkel sebab takut terkena api," kata seorang pekerja bengkel besi yang terselamat dalam kebakaran kira-kira jam 12 tengahari, semalam. Mohd Al-Hafiz Baharuddin, 23, berkata, ketika itu,  dia berada di dalam tandas. Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana bengkel boleh terbakar dan semasa keluar dari...

Awek Kulim lari bersama kekasih

Borang pertukaran sekolah yang di palsukan oleh remaja perempuan. KULIM - Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang masih bersekolah bersama kekasihnya 16 tahun di sebuah taman permainan di sini, kerana cuba melarikan diri dari rumah kira-kira jam 5 petang kelmarin. Remaja perempuan itu dilihat duduk di atas motosikal Honda EX5 milik kekasihnya dengan sebuah beg. Melihatkan keadaan mereka yang mencurigakan, polis dari...

Janin dalam kain batik kuning

Anggota forensik polis sedang menjalankan kerja siasatan. ALOR SETAR - Seorang pekerja kontraktor terkejut apabila menemui satu objek yang dipercayai janin dibungkus menggunakan kain batik berwarna kuning di bawah rimbunan pokok di Jalan Lumba Kuda, semalam. Saksi, Ahmad Mugul Ahmad, 33, berkata, bungkusan itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi sewaktu dia bersama rakannya sedang melakukan kerja pengorekan bertujuan memasang pagar di kawasan...

Bangunan lama usang serta menyeramkan

Bangunan Mahkamah Majistret lama semakin usang dan terbiar. ALOR  GAJAH - Tindakan  mat gian dan kaki botol menjadikan sebuah bangunan lama berusia lebih 70 tahun sebagai port mereka, mengundang persepsi negatif pelancong luar yang datang ke daerah ini. Bangunan usang yang terletak di tepi jalan itu turut mengundang keresahan penduduk sekitar apabila pernah menggemparkan kawasan sekitar dengan penemuan mayat dipercayai kaki botol.  Tinjauan...

Dua buruh maut jambatan runtuh

Anggota polis menyiasat lokasi jambatan runtuh yang merentasi Sungai Imjin di bandar Paju, utara Seoul, Korea Selatan, semalam. - AFP SEOUL 22 Sept. - Dua buruh binaan maut, manakala 12 yang lain cedera apabila sebahagian daripada jambatan yang sedang dibina runtuh secara tiba-tiba di bandar Paju, di sini hari ini. Agensi berita Yonhap melaporkan, struktur sepanjang 55 meter daripada 539 meter panjang jambatan tersebut yang merentasi Sungai...

Bahaya jemputan Majlis Hari Jadi di Facebook

AMSTERDAM: Polis antirusuhan terpaksa dipanggil untuk menyuraikan remaja yang bertindak ganas di bandar Haren, semalam. Keganasan meletus selepas beribu-ribu remaja berkumpul untuk menghadiri jemputan majlis hari jadi yang dimuatnaikkan dalam laman Facebook. Menurut laporan, enam orang cedera, termasuk tiga parah selepas kekacauan berlaku. Beberapa kedai dijarah, kereta dibakar dan tanda jalan dirosakkan sebelum polis bertindak menyuraikan...

Penggodam Arab serang laman web Barat, bantah filem anti-Islam

RIYADH: Penggodam dari beberapa negara Arab yang menggelar diri mereka ‘Tentera Elektronik Arab’ menyerang beberapa laman web Barat, semalam kerana membantah filem anti-Islam, ‘Innocence of Muslims.’ Seorang penggodam dari Maghribi, Ridouan, memberitahu wartawan Al-Arabiya, tindakan itu dilakukan untuk membela Nabi Muhammad (SAW) dan Islam.  “Penggodaman itu ialah tindak balas terhadap penghinaan ke atas Rasulullah (SAW),” katanya.  Menurutnya,...

Dipecat kerana senyuman

SHAANXI: Kerana tersenyum di tempat kemalangan sebuah bas yang meragut 36 nyawa, seorang pegawai keselamatan dipecat. Pegawai wilayah Shaanxi berkata, mereka bertindak memecat Yang Dacai atas tuduhan salah laku selepas gambar menunjukkan dia tersenyum ketika melawat kawasan kemalangan di Yan’an, tersebar di Internet. Menurut mereka, gambar yang dirakam pada 26 Ogos itu menunjukkan Yang tidak mempunyai perasaan simpati terhadap mangsa. Gambar...

Ular peliharaan terbesar di dunia

SEORANG model bergambar bersama Medusa di Edge of Hall, Kansas City. KANSAS: Beratnya lebih 136 kilogram, panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya. Medusa kini diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia. Ular sawa itu yang dipelihara di Edge of Hall di Kansas City, memakan 18 kilogram haiwan kira-kira seminggu. Bagaimanapun, ia dengan mudah boleh memakan...

Buruh panik maut jatuh bangunan

Anggota penguat kuasa melihat Mathoseh yang terjatuh dari tingkat lima Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh kelmarin. MELAKA - Seorang buruh binaan dari Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat lima pangsapuri yang didiaminya di Ayer Keroh di sini ketika cuba mengelak serbuan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam kejadian pada pukul 11.50 malam kelmarin. Dikenali sebagai Mathoseh, 35, mangsa yang merupakan pendatang asing tanpa...

Lelaki parah diserang harimau di Zoo Bronx

PONDOK menjual tiket kelihatan kosong berikutan pintu masuk Zoo Bronx ditutup selepas seorang lelaki cedera parah diserang harimau. NEW YORK - Seorang lelaki yang melompat dari sebuah monorel dan masuk ke dalam kawasan harimau di Zoo Bronx di sini cedera parah apabila diserang oleh haiwan buas tersebut. Menurut jurucakap Jabatan Polis New York, Leftenan Don Grimpel, lelaki berusia 25 tahun itu diserang selama hampir sepuluh minit oleh seekor...

Kru filem Johnny Depp mati lemas

LOS ANGELES - Seorang penyelam yang bertugas di set penggambaran filem Lone Ranger lakonan Johnny Depp mati lemas ketika membersihkan sebuah tangki, jelas pihak polis dan studio filem Walt Disney Co. Lelaki yang belum dikenal pasti itu dikatakan memakai peralatan skuba untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di dalam sebuah kolam di sebuah rumah ladang di Palmdale, utara Los Angeles. "Kami dengan dukacita mengesahkan bahawa seorang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...