2020571

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, August 22, 2012

Budak Terumbu Karang di China

TUBUH badan Li Shenghan kelihatan seperti terumbu karang.  BEIJING - Seorang budak lelaki, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cengkerang. Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga. Bintik kecil itu terus membesar dan...

Nenek-Nenekku Gangster, Curi Hampir RM1.49 Juta

DETROIT, Amerika Syarikat (AS) - Polis memburu sekumpulan wanita yang memakai topi mencuri kad kredit dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah hampir AS$500,000 (RM1.49 juta) di Michigan, lapor sebuah akhbar. Kumpulan yang terdiri daripada wanita yang digelar nenek itu mencuri dompet dan beg duit mengandungi kad kredit yang kemudian digunakan untuk membiayai kos membeli-belah mereka. Seramai enam wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Laluan basikal terpelik di dunia

CHESHIRE, Britain- Para penunggang basikal di Warrington terpaksa menggunakan laluan separuh bulat bagi mengelakkan mereka dilanggar, lapor sebuah akhbar. Lebih membingungkan, laluan tersebut amat pendek dan direka dengan menggunakan kapur putih. Menurut seorang pengajar kenderaan, Dave Horgan, pihak majlis perbandaran perlu memikirkan dengan teliti sebelum membuat lambang yang mengelirukan seperti laluan basikal itu. sumber- Agensi...

Berkahwin dalam gelanggang tinju

CANCUN, Mexico- Seorang peminat tinju, Manuel Antelmo Castro melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Vicky Rodriguez di dalam gelanggang tinju. Mereka melangsungkan perkahwinan itu sebelum perlawanan tinju antara Alfredo 'Perro' Angulo dari Mexico dan petinju Amerika Syarikat, James 'Mandingo Warrior' Kirkland. Pertandingan itu melibatkan kategori Super Welterweight. Dalam pertandingan itu, Kirkland yang berkulit hitam berjaya...

Manik dari abu mayat

INCHEON, Korea Selatan - Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada. Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Bonhyang di Selatan Bandar Raya Seoul. Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar. Dia membayar AS$870...

Tiga anggota tentera Thai maut diserang hendap

BEBERAPA anggota skuad pemusnah bom memeriksa kawah yang terbentuk akibat letupan bom di tepi jalan yang dilakukan oleh kumpulan gerila pemisah di Narathiwat semalam. BANGKOK - Tiga anggota keselamatan tentera Thailand maut dan dua lagi cedera semalam dalam serangan yang dilakukan gerila pemisah di selatan negara ini. Menurut seorang pegawai Pusat Arahan Operasi Keselamatan, Kolonel Chatuporn Klumsud, seorang askar dan penduduk kampung menaiki...

Koleksi Bas Comel Di Jepun

Adakah anda pernah melihat bas sekolah yang comel dalam kartun animasi Crayon Sin Chan? Sebenarnya, bas sekolah sebegitu benar-benar wujud di Jepun. Reka bentuk bas yang comel ini adalah bertujuan menyampaikan mesej bahawa 'sekolah adalah tempat yang menyeronokkan'. Secara tidak langsung dapat menggalakkan kanak-kanak untuk ke sekolah. ...

Kanak-Kanak Seperti Anak Patung Kerana Penyakit

KEPULAUAN SHEPPEY - Seorang budak perempuan berusia dua tahun di Britain, Abbie King kelihatan seperti anak patung dan bayi berusia enam bulan, lapor sebuah akhbar. Abbie menghidap penyakit genetik dinamakan sindrom Russell-Silver yang menyerang seorang bagi setiap 100,000 bayi dan menyebabkan tumbesarannya terhenti. Walaupun tingginya 0.6 meter dan beratnya tidak sampai 6.3 kilogram, Abbie boleh berjalan, ketawa, bermain dan meragam seperti...

Seru Jin Inggeris Untuk Lulus Periksa

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. ‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas...

Wanita menulis menggunakan alat sulit

Secara purata, ramai yang belajar menulis ketika bersekolah tadika. Secara amnya, manusia menulis menggunakan tangan kanan dan hanya segelintir menulis menggunakan tangan kiri (kidal).  Secara khususnya pula, manusia normal menulis menggunakan tangan dan hanya beberapa kes istimewa yang menyebabkan seseorang terpaksa menulis menggunakan mulut atau kaki.  Namun, wanita ini terlebih istimewa kerana mampu menulis menggunakan alat sulit...

Kejam! Tradisi kanibalisme di China

Masyarakat Kanibal Pemakan Daging Wanita di China,  Setiap tahun menjelang suatu perayaan di sebuah kampung terpencil di negara China, mereka akan melakukan pesta pemotongan daging manusia secara besar-besaran. Bagi mereka, DAGING merupakan makanan mewah yang sukar diperolehi sehinggakan mereka hanya boleh memakannya setahun sekali sahaja iaitu pada hari perayaan tersebut. Kampung terpencil ini berada di negara China. Walaupun agak terpencil,...

Akibat kemaruk telefon pintar

Imej lelaki bertubuh gempal dan berseluar pendek dirakam melarikan sebuah telefon pintar di sebuah kedai telefon bimbit. KUALA ROMPIN - Gara-gara kemaruk memiliki Samsung Galaxy Note, seorang lelaki berbadan gempal sanggup mencuri, namun tanpa disedari, tindakannya itu dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai menjual telefon bimbit dan aksesori di Bandar Kuala Rompin, di sini, baru-baru ini. Bagaimanapun lelaki itu licik menyembunyikan...

Dendam kumpulan samseng

Antara kenderaan penduduk yang sengaja dirosakkan kumpulan samseng berkenaan PARIT BUNTAR – Tidak padan dengan usia, sekumpulan remaja belasan tahun, di sini dikatakan bertindak berani seperti samseng apabila bertempur di tempat awam menggunakan senjata. Dalam kejadian jam 4 pagi kelmarin, dua kumpulan remaja belasan tahun itu dikatakan bergaduh di sebuah kawasan lapang di Taman Semarak, dekat sini menyebabkan dua daripada mereka cedera parah. Jurucakap...

'Tolong mak, aku nak pulang'

Gambar Ida bersama anaknya yang dikirim kepada Mariam. PASIR GUDANG – “Saya selalu berdoa dan yakin ‘esok’ ada hari kami boleh berkumpul bersama semula seperti hari raya tiga tahun lepas,” demikian luah seorang ibu, Mariam Sarian, 47, yang mendakwa anak perempuannya dihantar Imigresen ke Indonesia. Mariam berkata, hanya tangisan yang tertumpah setiap kali anaknya, Faizada Aldam, 23, menghubungi sambil meratap meminta dia dibawa pulang untuk...

Keluarga Melis dinobat adik-beradik paling tua di dunia

ROM 22 Ogos - Guinness World Record secara rasminya mengiktiraf adik-beradik keluarga Melis yang menetap di pulau Sardinia sebagai adik-beradik tertua di dunia dengan campuran usia berjumlah 818 tahun. Media Itali semalam melaporkan, adik-beradik Melis terdiri daripada sembilan lelaki dan perempuan di mana anak sulung, Consolota berusia 104 dan bakal menyambut hari jadi ke-105 hari ini. Adik-beradiknya yang lain termasuklah Claudia 99...

Tauke emas rugi RM350,000

Inilah kedai emas yang dimasuki sekumpulan perompak di Plaza Melaka Sentral semalam. MELAKA – Sekumpulan penjenayah sanggup menebuk lima dinding papan lapis sebelum dapat melarikan sejumlah barang kemas bernilai RM350,000 di sebuah kedai emas di Jalan PMS 1, Plaza Melaka Sentral di sini semalam. Empat dinding tersebut melibatkan dinding-dinding yang memisahkan empat buah kedai iaitu butik andaman pengantin, pusat kecantikan, kedai kosong dan...

Daging babi bertabur di taman tumpuan Muslim

Cebisan yang dipercayai daging babi. NEW YORK - Polis  New York giat melakukan siasatan terhadap penemuan cebisan dipercayai daging babi di sebuah taman di New York yang menjadi lokasi pertemuan saudara Islam di bandar terbabit. Jurucakap Majlis Hubungan Amerika-Islam New York, Cyrus McGoldrick berkata, kawasan New Diro Beach Park, Pulau Staten itu sering dikunjungi kira-kira 1, 500 umat Islam termasuk mengadakan majlis muzakarah. “Polis...

Ditipu penjual beg tangan melalui internet

LEONG (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berhubung pembelian barangan tiruan sambil diperhatikan oleh Alex di Kuala Lumpur baru-baru ini. KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati supaya tidak terpedaya dan lebih berhati-hati ketika membeli barangan berjenama mewah secara dalam talian kerana dikhuatiri produk yang dijual adalah tiruan. Peguam Penasihat Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Alex Kok berkata, tawaran harga...

Ibu bunuh dua anak

Beberapa anggota tubuh dua kanak-kanak malang itu turut ditemui berhampiran suspek yang sedang nyenyak tidur di rumahnya. CHIANG MAI - Seorang wanita di daerah Mae Ai didakwa membunuh dan mengerat tubuh dua anaknya semasa suaminya tiada di rumah. Kelmarin, polis memaklumkan mereka menerima laporan berhubung perbuatan kejam yang sanggup dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anak lelakinya berumur setahun dan lima tahun itu pada minggu lalu. Menurut...

Perkahwinan katak untuk atasi kemarau

Perkahwinan antara katak di Takhatpur ini dipercayai akan membawa hujan selepas kemarau berpanjangan. TAKHATPUR - Upacara perkahwinan antara haiwan bukan lagi asing di kalangan masyarakat di India. Terbaru, ritual perkahwinan antara katak berlangsung di sebuah perkampungan di wilayah Chhattisgarh, Takhatpur, India. Penduduk percaya, upacara perkahwinan luar biasa ini dapat menyelesaikan 'sumpah kemarau' yang melanda kawasan itu sejak beberapa...

Godaan palsu gadis 'ting-ting'

KELIHATAN sekumpulan wanita dipercayai gadis ‘ting-ting’ berkumpul di kaki lima kedai di Kampung Air, Kota Kinabalu. KOTA KINABALU – Bermodalkan tubuh badan mengghairahkan, seorang gadis yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan lumayan tanpa perlu menggadai maruah kepada lelaki berhidung belang. Dikenali dengan gelaran 'ting-ting', godaan gadis jalanan itu tidak hanya tertumpu kepada lelaki kelas bawahan, malah turut...

Lagenda Hantu Jepun, Hanako-san

Hanako-san - Seorang gadis muda yang menyeramkan telah menghantui tandas sekolah di seluruh Jepun dalam beberapa dekad kebelakangan ini menjadi salah satu hantu yang paling terkenal di Jepun. Ia bukanlah sesuatu yang pelik untuk sekolah mempunyai tandas yang dihuni oleh gadis misteri ini, yang dikenali di Jepun sebagai Hanako-san (Hanako tandas). Dia biasanya ditemui di dalam tandas di tingkat tiga- terutama tandas perempuan. Dia datang dalam...

Buat terjunan lelabah pada waktu malam

GAMBAR menunjukkan seorang wanita bersedia untuk membuat terjunan lelabah. KRASNOYARSK, Rusia - Sejumlah orang mengambil bahagian dalam terjunan lelabah waktu malam pada ketinggian 44 meter dari sebuah jambatan di Taiga dekat sini pada Ahad lalu. Para peserta itu yang menyertai acara terjunan tersebut merupakan pelancong yang menginap dekat jambatan berkenaan.  sumber- Reuters...

Rihanna masih mencintai Brown

GAMBAR yang dirakamkan pada 4 Ogos lalu menunjukkan Rihanna (kiri) diwawancara Winfrey di rumah penyanyi itu di Barbados. LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Rihanna mengaku dia masih mencintai penyanyi Chris Brown walaupun selepas tiga tahun dia dipukul oleh bekas kekasihnya. Penyanyi lagu Umbrella itu juga menganggap Brown mungkin kekasih untuk sepanjang hidupnya. Dia meluahkan perasaan itu kepada pengacara program bual bicara popular, Oprah...

Tengkorak berusia antara 43,000 hingga 63,000 tahun ditemui

GAMBAR menunjukkan bahagian-bahagian tengkorak yang ditemui di kawasan pergunungan Annamite di Laos. CHICAGO - Satu tengkorak yang ditemui di dalam sebuah gua di Laos mungkin merupakan fosil manusia yang paling tua pernah ditemui di Asia Tenggara, menurut satu kajian yang disiarkan kelmarin. Tengkorak yang ditemui di kawasan pergunungan Annamite itu dipercayai berusia antara 46,000 hingga 63,000 tahun. Penemuan itu memperkukuhkan kajian...

Tulang singa Afrika jadi ubat pengasih

SEORANG anggota renjer memegang tulang singa. POTCHEFSTROOM, Afrika Selatan - Tulang singa kini menjadi komoditi yang laris dijual ke negara-negara Asia untuk digunakan dalam rawatan tradisional. Kebanyakan tulang itu dieksport ke Vietnam dan Laos. Tulang-tulang itu diperoleh dengan cara para pemburu Asia menyertai aktiviti memburu haiwan liar yang dibenarkan undang-undang. Kira-kira 500 ekor singa diburu secara sah pada setiap tahun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...