2020562

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, September 6, 2012

Hobi Pelik! Kumpul sisa makanan selebriti

Michael dan Francesca Bennett Semua yang disentuh berubah menjadi emas. Mungkin inilah istilah yang tepat bagi para selebriti di dunia.  Bermula dari pakaian yang dipakai hinggalah ke sisa makanan juga mempunyai nilai yang luar biasa. Michael dan Francesca Bennett, sepasang suami isteri dari Britain ini memiliki hobi yang pelik kerana mereka berdua gemar mengumpulkan sisa makanan para selebiriti dari seluruh dunia. Namun, siapa sangka...

Sukan gusti terganas di dunia

Jepun adalah salah sebuah negara yang menganjurkan sukan gusti terganas di dunia. Perlawanan gusti yang diadakan bukanlah sembarangan. Para pesaing dibenarkan untuk menggunakan barang berbahaya dan mencederakan lawannya separah mungkin. Setiap kali perlawanan diadakan, peserta akan bermandi darah dan terpaksa menanggung kesakitan yang terlampau. Kalau beginilah caranya, tidak mustahil jika ada peserta yang mungkin akan meninggal dunia. "Japanese...

Gempar! Vokalis Green Day masuk hospital

Billy Joe Armstrong KUMPULAN punk rock, Green Day terpaksa membatalkan konsert mereka di Itali apabila vokalisnya, Billy Joe Amstrong dimasukkan ke hospital selama seminggu. Perkara itu disahkan ahli kumpulan lain, tetapi mereka enggan mendedahkan sakit dihidapi Amstrong. Doktor yang merawat Armstrong turut menyarankan agar dia tidak terlibat dalam sebarang persembahan dalam masa terdekat. Green Day dijadual membuat persembahan di Las Vegas,...

Raja Azmi nafi jalin hubungan istimewa dengan VIP

Raja Azmi NAMA Raja Azmi Raja Sulaiman sememangnya tidak lekang daripada kontroversi. Selepas disahkan bercerai dengan Jalani Sidek Jun lalu, dia didakwa menjalin hubungan istimewa dengan orang kenamaan. Menjawab dakwaan itu, Raja Azmi menjelaskan: “Saya tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan VIP yang dimaksudkan, sebaliknya saya hanya berkawan sahaja dengan dia.” “Saya hanya mengganggapnya sebagai kawan lelaki, sama seperti...

T-ara dikritik!

T-Ara SEMAKIN giat mengembangkan sayapnya, kumpulan wanita, T-ara bakal muncul dalam persembahan, M!Countdown. Dalam persembahan itu, mereka turut menampilkan beberapa gadis kecil yang dipanggil, Little T-ara. Walaupun masih baru, mereka telah berhadapan dengan masalah besar apabila idea mereka dikritik kerana tidak sesuai untuk anak kecil. Menjelaskan mengenai perkara itu, Park Ji-yeon selaku vokalis kumpulan memberitahu, Little T-ara...

Dua pekerja Telekom maut

Keadaan kereta dipandu seorang wanita hingga meragut dua nyawa yang sedang bertugas di lokasi kebakaran melibatkan stor penyimpanan barang lusuh di Batu 13, Jalan Kapar, Sungai KAPAR - Malang tidak berbau apabila dua pekerja Telekom maut manakala dua lagi cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika kesemua mangsa sedang berehat sebaik selesai membaiki kabel telekom yang rosak akibat kebakaran sebuah stor penyimpanan barang lusuh dan plastik...

Remaja dirogol bergilir-gilir

gambar hiasan BUTTERWORTH - Tindakan seorang remaja perempuan yang sanggup berbohong kepada ibu bapa kononnya mahu keluar untuk menyertai sambutan malam kemerdekaan anjuran rakannya, mengundang padah apabila dirogol bergilir-gilir empat remaja. Lebih malang, kejadian yang menimpa remaja perempuan berusia 15 tahun itu didalangi teman lelakinya sendiri. Kejadian berlaku pada malam sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos lalu di rumah teman lelakinya...

Pejalan kaki maut dilanggar van

gambar-hiasan SANDAKAN - Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah van ketika menyerang jalan di Jalan Pasir Putih dekat sini semalam.     Lelaki yang hanya dikenali sebagai Arifin berusia dalam lingkungan 40-an itu mati di tempat kejadian.     Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata kejadian dilapor berlaku pada pukul 5.30 pagi dan pemandu van berkenaan telah membuat laporan polis.     Mayat...

Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital

gambar hiasan KUANTAN - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi tadi.     Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.     "Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai...

Bayi 17 hari maut tersedak susu botol

GEORGE TOWN - Seorang bayi lelaki berusia 17 hari mati dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Desa Indah, Relau di sini awal pagi ini.     Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi apabila ibunya mendapati anaknya Ng Kian Weng menjadi pucat dan tidak bergerak selepas diberi minum susu botol.        Mangsa lalu dibawa ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru dan disahkan meninggal dunia.     Bayi itu...

Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3?

Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan. Sumber memberitahu, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini. “Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja...

Pemandu bas didenda RM1,000 miliki senjata berbahaya

gambar hiasan KUALA LUMPUR - Seorang pemandu bas didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dua senjata berbahaya, minggu lepas.     Majistret Amal Razim Alias turut memerintahkan Muhammad Asyraf Nordin, 22, menjalani hukuman penjara dua minggu jika gagal membayar denda itu. Dia menjelaskan denda itu.     Muhammad Asyraf yang tinggal di Jalan Mega Mendong...

Minyak habis di tengah laut, nelayan buat layar sendiri untuk pulang

gambar hiasan MELAKA - Dua nelayan yang tidak pulang selepas keluar menangkap ikan di Pantai Rombang, Tanjung Kling di sini Rabu lalu, selamat pulang awal pagi tadi. Ramli Mahadi, 48, dan rakannya, Supian Kadir, 32, tiba di pantai dalam keadaan hujan dan ribut serta ombak bergelora kira-kira 12.10 pagi. Mereka berkata mereka menggunakan layar yang dibuat sendiri dari kain kanvas untuk melayari bot mereka selepas kehabisan minyak di tengah...

Pesalah dihukum potong alat kelamin di Korea Selatan

gambar hiasan SEOUL: Sekumpulan 20 anggota Parlimen Korea Selatan semalam mengemukakan rang undang-undang yang akan membenarkan pengasian fizikal terhadap pesalah seks ketika kemarahan orang awam memuncak terhadap beberapa kes jenayah seks. Jika diluluskan, mahkamah boleh mengarahkan pesalah seks yang gagal menjalani rawatan tingkah laku atau kimia dikasi secara fizikal. Menurut undang-undang yang diluluskan Parlimen pada 2010, pengkasian...

Pura-pura mati untuk uji kekasih

MOSCOW: Kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu. Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu. Lelaki berusia 30 tahun berkenaan sebelum itu mengaturkan pertemuannya dengan...

Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma

Kad cuci yang diberikan kepada pelanggan selepas mencuci kereta di premis tersebut SHAH ALAM – Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma. Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya. Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun. Bagaimanapun, hanya pelanggan...

Perkosa anak saudara OKU

Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah. JOHOR BAHRU – Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 21 sebatan selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melakukan rogol dan liwat ke atas seorang remaja perempuan, awal tahun ini. Tertuduh berusia 50 tahun, yang juga bapa saudara kepada mangsa yang berusia 19 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan terbabit secara berulang dari 11 Januari hingga Mac 2012, di sebuah rumah...

17 jam mayat bersujud

Orang ramai menjumpai Zairul Azri dalam keadaan bersujud, berdekatan semak, sehari selepas kemalangan. Gambar kecil: Mohd Zairul Azri Mohd Zuri. PASIR MAS – Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kampung Tok Dap, jam 9.45 malam, Isnin lalu dan hanya ditemui orang ramai, 17 jam kemudian. Mangsa terkejut Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa, Mohd Zairul Azri Mohd Zuri, 16, ditemui orang ramai di sebalik...

31 korban kebakaran kilang bunga api

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 31 orang dilaporkan terbunuh dalam satu insiden letupan di sebuah kilang bunga api di selatan India, semalam. Stesen televisyen menyiarkan rakaman asap tebal menyelubungi kilang tersebut yang terletak di bandar Sivakasi, di daerah Virudhunagar kira-kira 700 kilometer ke selatan Tamil Nadu. Menurut Timbalan Penguasa Polis, M. Ramamurthy berkata, lebih daripada 50 yang lain tercedera dan dihantar ke hospital...

Gambar iPad mini didedah

Laman web Apple.pro mendedahkan gambar pertama iPad mini bersaiz lapan inci, dipercayai akan dilancarkan bulan depan. - AGENSI SAN FRANCISCO - Laman web peminat Apple, Apple.pro semalam buat pertama kali mendedahkan gambar komputer tablet iPad mini yang dipercayai bakal dilancarkan bulan depan. Apple terkenal dengan sikap suka berahsia menjelang pelancaran baru produknya, namun sumber industri, pembekal dan rakan kongsi syarikat mengesahkan...

Bentuk bangunan di China dikritik

Pencakar langit baru digelar Pintu Masuk ke Timur di Suzhou, dikritik kerana menyerupai bentuk seluar panjang BEIJING - Dua bangunan pencakar langit baru di China yang sedang dalam pembinaan, dikritik kerana strukturnya yang menyerupai bentuk seluar panjang dan puding. Satu daripada bangunan itu yang direka syarikat arkitek Britain, Robert Matthew Johnson Marshall (RMJM), sedang dibina di bandar Suzhou dengan ketinggian 74 tingkat dan bernilai...

Budak maut rumah dirempuh

KEADAAN kereta Mercedes yang merempuh sebuah rumah kedai di Kampung Dalam Rhu, Tumpat kelmarin. TUMPAT – Gara-gara seorang pemandu terlelap ketika memandu kereta, seorang budak berusia dua tahun terkorban manakala si ibu pula cedera apabila sebuah kereta Mercedes merempuh rumah kedai di Kampung Dalam Rhu di sini kelmarin. Semasa kejadian pada pukul 6.30 petang, kereta Mercedes yang dipandu seorang lelaki itu merempuh dinding konkrit...

Jepun setuju beli pulau RM81.1 juta

Pasukan peninjau dari Tokyo membuat lawatan ke kepulauan Senkaku yang turut dikenali sebagai pulau Diaoyu di China pada 2 September lalu yang mencetuskan kemarahan China TOKYO - Kerajaan Jepun bersetuju membeli satu gugusan kepulauan di Laut China Selatan yang dituntut oleh Tokyo dan Beijing pada harga AS$26.15 juta (RM81.1 juta). Akhbar Asahi Shimbun dan Yomiuri melaporkan Jepun bersetuju membeli kepulauan yang dikenali sebagai Diaoyu...

Lagak ngeri polis perwira

HUN-CHEOL kemudian berpaut pada cermin kereta itu. BUSAN, Korea Selatan - Seorang anggota polis trafik di sini digelar sebagai John McClane Korea Selatan selepas dia meniru aksi hero filem Die Hard itu ketika menangkap seorang penjenayah, menurut media semalam. Saluran berita Amerika Syarikat, CNN melaporkan Kim Hyun-cheol, 33, disanjung sebagai wira kerana keberaniannya berpaut pada cermin hadapan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek...

Buluh tertusuk kepala anak, tiada siapa mengaku bertanggungjawab

Baazlan Ibrahim CHE SAMAD (kiri) dan isterinya, Halimah Zakaria (dua dari kanan) melihat jenazah Muhammad Alias buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU – “Saya terkilan kerana sehingga kini tiada sesiapa tampil mengaku bertanggungjawab menyebabkan kematian anak saya.” Demikian luahan rasa kecewa Che Samad Che Omar, bapa kepada Muhammad Alias, kanak-kanak berusia empat tahun yang mati kelmarin selepas kepalanya...

Berbaris untuk beli telur

BEBERAPA penduduk berbaris untuk membeli telur di sebuah trak di Bandar Raya Mexico kelmarin. - AFP BANDAR RAYA MEXICO - Penduduk di Mexico sanggup berbaris di luar trak hanya untuk membeli telur subsidi yang dijual pihak pemerintah kelmarin. Situasi itu berlaku kerana negara ini mengalami masalah kekurangan bekalan telur ekoran wabak selesema burung. Kira-kira 11 juta ayam dibunuh kerana wabak penyakit itu pada Jun lalu. Penduduk di...

RM200 untuk pukul isteri dengan Antena Televisyen

MOHD. AFZARIZAL dan Aryati meninggalkan Mahkamah Majisteret Kota Bharu semalam selepas kes mereka selesai. KOTA BHARU – Pertelingkahan sepasang suami isteri berakhir di Mahkamah Majistret di sini semalam dengan si lelaki diminta membayar kompaun RM200 kepada isterinya sebagai hukuman atas kesalahan memukul mangsa menggunakan antena televisyen. Buruh binaan, Mohd. Afzarizal Mohd. Diah, 37, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu membayar...

Perniagaan punca suami belasah isteri

AMANDA ditemani Amarjit menunjukkan kesan lebam di lengannya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat MCA Ipoh Timur, Ipoh semalam. IPOH – Rakaman litar kamera tertutup (CCTV) yang menunjukkan aksi-aksi pertelingkahan dan pukul-memukul antara sepasang suami isteri yang boleh disaksikan melalui YouTube tercetus kerana masalah perniagaan. Mengimbas kejadian tersebut, mangsa wanita, Amanda Fong Kim Yen, 19, mendakwa pertikaman lidah dengan suaminya...

Rekod masakan makanan laut

AMHERST, Amerika Syarikat - Sekumpulan tukang masak di Universiti Massachusetts di sini memasak 3,025 kilogram stew makanan laut dengan menggunakan kuali gergasi pada Isnin lalu. Kumpulan tukang masak itu mencipta rekod Guinness bagi kategori memasak makanan tersebut dalam jumlah yang banyak. Pelbagai jenis hidupan laut dimasak bagi meraikan kepulangan para pelajar di universiti tersebut untuk meneruskan pengajian.  sumber- Ag...

Wanita lumpuh dari Britain peroleh sut robotik percuma

LOMAS berdiri dengan menggunakan sut robotik di Trafalgar Square, London, pada 24 Ogos lalu. LONDON - Seorang wanita lumpuh dari paras dada merupakan orang yang pertama membawa pulang sebuah rangka robotik yang dipakainya untuk membantu dia berjalan. Wanita Britain itu, Claire Lomas lumpuh dalam satu kemalangan semasa menunggang kuda. Rangka robotik itu telah digunakan di beberapa buah hospital dan pusat pemulihan tetapi Lomas merupakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...