Thursday, September 6, 2012

Minyak habis di tengah laut, nelayan buat layar sendiri untuk pulang

kapal berhantu
gambar hiasan
MELAKA - Dua nelayan yang tidak pulang selepas keluar menangkap ikan di Pantai Rombang, Tanjung Kling di sini Rabu lalu, selamat pulang awal pagi tadi.

Ramli Mahadi, 48, dan rakannya, Supian Kadir, 32, tiba di pantai dalam keadaan hujan dan ribut serta ombak bergelora kira-kira 12.10 pagi.

Mereka berkata mereka menggunakan layar yang dibuat sendiri dari kain kanvas untuk melayari bot mereka selepas kehabisan minyak di tengah laut.

"Biasanya kami akan bawa dua tong minyak iaitu kira-kira 50 liter ketika pergi menangkap ikan, tetapi apabila enjin bot kami terhenti baru kami perasan yang kami hanya bawa satu tong minyak sahaja," kata Ramli kepada pemberita kemudiannya.

Beliau berkata ekoran itu, mereka telah menggunakan kanvas yang terdapat di dalam bot untuk dijadikan layar.

Mereka tenang menghadapi keadan itu kerana pernah mengalami kerosakan enjin di tengah laut sebelum ini, katanya.

Ramli berkata ketika kejadian, mereka masih berada di dalam kawasan perairan negara.

Mereka biasanya menangkap ikan antara 20 hingga 25 batu nautika dari Pantai Rombang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Abdul Razak Manap berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan nelayan berkenaan pada malam kejadian dan menghantar sebuat bot mencari dan menyelamat.

Namun operasi mencari dan menyelamat tidak dapat dilakukan ekoran laut  bergelora dan angin kuat, katanya. 

sumber- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...