2020566

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, December 13, 2012

Dalang pembersihan etnik Bosnia dipenjara seumur hidup

THE HAGUE - Mahkamah tribunal jenayah perang Yugoslavia semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas staf tentera Bosnia Serb, Zdravko Tolimir atas atas peranannya melakukan pembersihan etnik Islam Bosnia di Srebrenica pada 1995. Para hakim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Tolimir, 64, yang merupakan ketua perisikan dan orang kanan kepada komander tentera Bosnia Serb, Ratko Mladic, telah merancang dan membunuh...

Arca anjing dari rantai basikal

Seorang artis dari Israel, Nirit Levav telah menghasilkan seni menarik dari besi terpakai. Dia menggunakan rantai basikal terbuang untuk menghasilkan arca anjing. Pelbagai bentuk spesis dihasilkan dan hasilnya amat mengagumkan. Nirit Levav Packer merupakan lepasan dari Parsons School of Design, di New York dengan kelulusan rekabentuk fesyen. Dia membina kariernya sendiri dengan merekabentuk pakaian pengantin, tetapi setelah beberapa tahun...

Penyeludup guna meriam untuk hantar dadah ke sempadan

Pelbagai cara digunakan bagi menyeludup dadah melepasi ke sempadan Amerika Syarikat. Baru-baru ini beberapa bekas tin yang diisi ganja ditemui oleh Agen Rondaan Sempadan Amerika. Tin seberat 2 pound tersebut dilancarkan menggunakan meriam. Kesemua 33 tin yang ditemui dianggarkan bernilai lebih U$D40,000. Sebelum ini, pengedar dadah dengan beraninya menggunakan taktik pelik untuk menyeludup antaranya melancarkan dengan catapult, dan membina...

Sambut hari jadi ke-12 pada 12.12 tengah malam, 12/12/2012

NEW YORK - Ramai yang merancang mengikat tali perkahwinan pada tarikh keramat 12-12-12 dan ibu-ibu mengandung juga berhasrat untuk melahirkan anak pada hari ini. Tetapi bagi kanak-kanak lelaki, Kiam Moriya boleh dikatakan beruntung kerana dapat menyambut ulang tahun kelahirannya ke-12 hari ini pada jam 12.12 tengah malam waktu tempatan yang hanya wujud 100 tahun sekali. Kiam Moriya menyambut hari lahir ke-12, hari ini menunjukkan sijil lahirnya...

Video papa jahat

KLANG: “Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?” Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anak tirinya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook. Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan...

Jennifer Lawrence wanita paling diidam lelaki

LOS ANGELES: Aktres Amerika Syarikat, Jennifer Lawrence, diumumkan wanita paling diidamkan lelaki dalam senarai dikeluarkan laman sesawang AskMen.com, semalam. Menurut undian dilakukan 2.4 juta orang itu itu, bintang filem The Hunger Games itu mengetepikan penyandang 2012, Sofia Vergara. Pada 2011, bintang Gossip Girl, Blake Lively, dinobatkan sebagai Wanita Paling Diidam Di Dunia, selepas Emmanuelle Chriqui (2010) dan Eva Mendes (2009). Jennifer...

Lelaki seterika muka sangka telefon

EBLAG (Poland): Seorang suami yang cuba meyakinkan isterinya dia mampu melakukan kerja rumah ditimpa malang apabila secara tidak sengaja menyeterika mukanya sendiri. Tomas Paczkowski, 32, menyeterika sambil menonton perlawanan tinju di televisyen. Kerana terlalu asyik menonton, dia tanpa sengaja tertekan seterika panas ke wajahnya apabila mendengar bunyi telefon. Paczkowski ditimpa malang sekali lagi kerana ketika berlari ke bilik air...

Lelaki tanpa muka dapat anak normal

REASI (Kashmir): Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna. Mohammad Latif Khatana, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran. BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia. Ulfat yang bermaksud cinta dalam...

AS lancar pesawat tanpa juruterbang ke angkasa lepas

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) kelmarin melancarkan kapal angkasa kecil futuristik tanpa juruterbang, X-37B untuk kali ketiga ke angkasa lepas. Kapal angkasa sepanjang 8.9 meter dan berat 5,000 kilogram itu berlepas dari pusat pelancaran Stesen Tentera Udara AS di Cape Canaveral, Florida. Ia dibawa oleh sebuah roket Atlas V pada pukul 1.03 tengah hari waktu tempatan. ROKET Atlas V yang membawa kapal angkasa lepas X-37B berlepas dari...

Sidang Parlimen Ukraine kecoh

KIEV - Beberapa aktivis pertubuhan Femen yang memperjuangkan hak-hak wanita mendedahkan payudara mereka dalam satu protes antirasuah di luar bangunan Parlimen di sini semalam. SESI sidang Parlimen berlangsung selepas kekecohan berlaku. Bantahan itu diadakan ketika satu pergaduhan melibatkan beberapa wakil rakyat tercetus di Parlimen Ukraine. Sesi Parlimen yang dikenali sebagai Verkhkovna Rada bermula agak kelam-kabut semalam selepas pilihan...

Kubur atas bukit di lokasi pembinaan akhirnya akan dipindah

TAIYUAN, China - Sebuah kubur yang terletak di atas sebuah bukit di tengah-tengah kawasan pembinaan di sini akan dipindahkan. Kubur yang terletak di atas bukit setinggi 10 meter itu sebelum ini masih belum dipindahkan walaupun kerja-kerja untuk membina sebuah bangunan kediaman sudah berjalan sejak tujuh bulan lalu. BEBERAPA pekerja berjalan menuju ke sebuah kubur di atas sebuah bukit di lokasi pembinaan bangunan kediaman di Taiyuan semalam. Menurut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...