2020545

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Saturday, January 12, 2013

Bayi berusia 20 tahun

MARYLAND - Sekilas pandang fizikal Brooke Greenberg seperti seorang bayi, walaupun dia kini sudah berusia 20 tahun. Walaupun, umurnya meningkat setiap tahun, namun fizikal dan juga kognitifnya masih seperti kanak-kanak dengan anggaran usia mental antara sembilan dan 12 bulan. Fizikal Greenberg kelihatan seperti bayi walaupun usia sebenarnya sudah mencecah 20 tahun. Greenberg yang lahir pada 1993 juga tidak mampu bercakap dan masih mempunyai...

Suku kaum rumah atas pokok

Walaupun ramai berpendapat rumah pokok hanyalah sebahagian dari permainan kanak-kanak, namun pada realitinya masih terdapat masyarakat yang tinggal di rumah sebegitu. Puak Korowai dari Papua, Indonesia, ini masih mengamalkan kehidupan dengan membina rumah di atas pokok dengan ketinggian 114 kaki dari tanah. Suku yang tinggal di pedalaman hutan yang terletak kira-kira 150 km dari Laut Arafura itu benar-benar terasing dari dunia luar hinggalah...

Nyaris maut, tertembak paku pada jantung

Seorang lelaki berusia 19 tahun dikejarkan ke hospital di Buenos Aires setelah dilepaskan tembakan paku secara tidak sengaja oleh rakannya pada Isnin lalu. Mangsa dikatakan sedang bekerja di sebuah kilang papan ketika kemalangan tersebut berlaku. Imbasan X-ray jelas menunjukkan tebukan yang hampir mengenai jantungnya. Dia terpaksa dilakukan pembedahan di Hospital El Cruce Néstor Kirchner. Namun doktor memutuskan untuk tidak mengeluarkan...

Lihat pemandangan London dari dalam tandas

LONDON - Bangunan paling tinggi di Eropah Barat, Shard menyediakan bilik tandas yang unik kepada para pengunjung, menurut beberapa laporan kelmarin. Bangunan setinggi 309 meter itu mengandungi bilik tandas yang mempunyai pemandangan bandar raya London. Tingkap besar diletakkan di dalam bilik tandas tersebut supaya para pengguna boleh menyaksikan pemandangan di ibu kota United Kingdom ini. Menurut akhbar dalam talian, MailOnline, tandas...

Ganja dikawal buaya dalam rumah

ALAMEDA, Amerika Syarikat - Anggota-anggota pihak berkuasa di California Utara telah membuat penemuan yang mengejutkan dalam serbuan dadah di bilik sebuah rumah di Lembah Castro di sini pada Selasa lalu. Mereka menemui seekor buaya sepanjang 1.53 meter yang mengawal 15.4 kilogram ganja yang bernilai AS$100,000 (RM302,000). Buaya spesies Caiman itu diletakkan di dalam sebuah tangki untuk menjaga ganja tersebut. Haiwan itu pada kebiasaannya...

Lelaki kudung pertama menyelam di kolam renang paling dalam

BRUSSELS, Belgium - Seorang pengembara dari Perancis, Philippe Croizon menjadi manusia pertama di dunia yang kudung kaki dan tangan menyelam ke dalam sebuah kolam renang paling dalam di dunia kelmarin. "Ini merupakan detik-detik yang amat gembira buat saya," katanya selepas dia menyelam di dalam kolam renang tersebut di sini. Dia diiringi lebih 24 penyelam yang berusia 63 hingga 86 tahun di dalam kolam renang sedalam 33 meter itu. Croizon...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...