2020584

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, October 28, 2012

Alasan pelik tuntut insurans telefon bimbit

London: Kita mungkin tidak pernah dengar kejadian seseorang yang hilang telefon bimbitnya selepas alat komunikasi itu termasuk ke dalam perut lembu atau memasaknya.  Namun, dua kejadian itu antara yang dimaklumkan kepada pekerja syarikat insurans oleh pelanggan yang membuat tuntutan pampasan sejak 12 bulan lalu.  gambar hiasan Antara alasan paling pelik syarikat insurans itu adalah kisah petani di Devon yang mendakwa telefonnya...

Kutip mayat jadi sumber rezeki

New Delhi: Ravi baru berusia tujuh tahun ketika lari dari rumah, menaiki kereta api dari utara India ke Mumbai. Selepas 25 tahun dia masih berada di landasan kereta api, melakukan kerja yang langsung tidak terlintas di fikiran ketika tiba di bandar raya itu berurusan dengan mayat untuk mencari rezeki. Memindahkan mayat dari landasan kereta api di bandar raya itu memang tugas menggerunkan tetapi Ravi cukup terdesak untuk melakukannya. Ramai...

Penderma susu badan terbanyak

TEXAS - Seorang wanita yang tinggal di North Texas diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai penderma susu badan terbanyak bagi membantu kanak-kanak malang. Alicia Richman, 28 dari Granbury, menderma 86 gelen atau 325.3 liter susu badan di antara Jun 2011 dan Mac lalu kepada badan kebajikan The Mothers' Milk Bank of North Texas. Alicia Richman menjadi wanita pertama menderma 86 gelen susu badan kepada The Mothers' Milk Bank of North...

Mini Cooper klasik ditemui

DORSET- Sebuah kereta klasik Mini Cooper yang disimpan di dalam garaj sebuah kediaman sejak tahun 1976, ditemui baru-baru ini. Kereta klasik itu ditemukan ahli keluarga mendiang Brian Smith, yang membersihkan kediaman mendiang itu di Christchurch, di sini, selepas dia meninggal dunia pada Mei lalu. KERETA kecil klasik ini dijangka mampu dijual dengan harga 12,000 pound (RM60,000). - AGENSI Kenderaan itu akan dilelong dan harganya dijangka...

Sarung tangan pintar

HUNTSVILLE, Alabama - Sekumpulan saintis sebuah universiti di sini mencipta sejenis sarung tangan yang membolehkan pengguna telefon pintar menaip mesej dengan menekan huruf yang terdapat pada sarung tangan tersebut. Ciptaan itu, Gountlet Keyboard yang dihasilkan oleh empat jurutera komputer Universiti Alabama, diilhamkan daripada filem Minority Report lakonan Tom Cruise yang disiarkan pada 2002. CIPTAAN Gountlet Keyboard membolehkan pengguna...

Beri ganja kepada bayi

WELLINGTON: Seorang ibu mengaku memberi ganja kepada bayinya yang berusia tiga bulan melalui susu badan, lapor media semalam. Ibu berusia 29 tahun itu berasal dari bandar Wanganui dan diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa selama enam bulan. gambar hiasan Wanganui Chronicle melaporkan, polis menahan wanita terbabit dalam pemeriksaan di rumahnya baru-baru ini. Jurucakap polis berkata, perbuatan wanita itu boleh dianggap mendera...

Gadis bisu terlanjur

KUALA LUMPUR: Hinanya seorang lelaki apabila tergamak mengambil kesempatan terhadap gadis kelainan upaya (OKU) hingga menyebabkan remaja berusia 17 tahun itu hamil enam bulan dan kini menunggu masa melahirkan kandungannya di Rumah Sinar Salam, Chow Kit, di sini. Penyelia rumah berkenaan, Nurul Husna Hamid berkata, punca remaja itu terlanjur akibat hubungan terlarang daripada pergaulan bebas dan terpedaya dengan pujuk rayu teman lelakinya hingga...

Peras foto bogel

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila bukan saja gagal menyelamatkan anak gadisnya daripada menjadi mangsa nafsu serakah teman lelaki zuriatnya, malah terpaksa menampung perbelanjaan anak dan lelaki itu sejak sembilan bulan lalu. Difahamkan, anak mangsa berumur 19 tahun bukan saja dipaksa melayan nafsu lelaki itu, malah mengikutnya ke Pulau Pinang dengan bermodalkan gambar bogel remaja itu sebagai taruhan. gambar hiasan Mangsa yang...

Telur ayam sebesar guli

KOTA TINGGI  - Seorang ibu tunggal di Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili di sini, menggemparkan penduduk apabila memiliki ayam kampung yang mengeluarkan telur bersaiz sebesar guli. Zaiton Mat Amin, 62, berkata, dia yang berasal dari Terengganu gemar membela haiwan ternakan sejak muda lagi, malah aktiviti tersebut telah dijadikan hobinya untuk mengisi masa lapang. Zaiton menunjukkan berbandingan telur ayam kampung yang dimilikinya...

Lelaki Nigeria guna sihir paksa kanak-kanak jual tubuh

LONDON: Seorang lelaki yang menggunakan ritual sihir bagi memaksa kanak-kanak menjadi pelacur, didapati bersalah di mahkamah Canterbury atas dakwaan menyeludup manusia dan merogol. Perbicaraan menunjukkan, ramai kanak-kanak dirogol, didera secara seksual dan dibayangi ritual seperti voodoo dilakukan sindiket terbabit.  Mangsa juga dikelar dengan pisau, dipaksa meminum cecair busuk dan diambil darah bagi membolehkan mereka ‘disihir.’...

Wanita kerdil tertua di dunia

NEW DELHI: Seorang wanita Bhopal, India bakal ‘mencabar’ maklumat Buku Rekod Dunia Guinness apabila mendakwa dia adalah wanita kerdil tertua di dunia. Mengaku berusia 113 tahun, Zeenat Bi berkata, dia masih ingat suasana India ketika ditadbir Inggeris dan keluarga bangsawan berpengaruh besar dalam kehidupan seharian. ZEENAT menunjukkan sijil lahir dikeluarkan kerajaan menyatakan dia berusia 101 tahun, tetapi mendakwa 12 tahun lebih tua daripada...

Warga emas mati dihentak dumbell 10 kilogram

SHAH ALAM - Seorang warga emas berumur 60 tahun ditemui mati dengan kesan cedera parah di kepala dipercayai akibat dihentak menggunakan pengangkat besi atau dumbell seberat 10 kilogram (kg) di rumahnya di Jalan Spektrum U16/22, Bukit Subang di sini semalam. ANGGOTA polis mengangkat mayat Kin Geok selepas ditemui mati di rumahnya di Bukit Subang, Shah Alam semalam. Mangsa, Teh Kin Geok ditemui anak saudaranya dalam keadaan berlumuran darah...

Misteri penemuan mayat wanita bertatu

JOHOR BAHRU - Mayat seorang wanita dengan kesan tikaman di perut ditemui di dalam but sebuah kereta Perodua Kancil berwarna hijau di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya di sini kelmarin. ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang wanita yang ditemui di dalam but kereta Perodua Kancil di Taman Johor Jaya, Johor Bahru malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang...

Bayi didera dikata digigit hantu

GEORGE TOWN - Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila anak sulungnya berusia lima bulan terpaksa menjalani pembedahan di kepala Khamis lalu selepas disyaki didera pengasuh di sebuah rumah di Sungai Nibong di sini. KESAN kecederaan di belakang kepala seorang bayi yang disyaki didera pengasuhnya di Sungai Nibong, George Town. Kejadian itu disedari oleh wanita berkenaan pada 22 Oktober lalu ketika membawa anak perempuannya menerima...

Tuisyen dagang tubuh

KUALA LUMPUR: Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi. Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring. Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul  Harian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...