2020563

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, July 20, 2012

Gadis diarah tanggal pakaian

Leena menunjukkan laporan polis dan surat kepada Pejabat Buruh terhadap tindakan dipaksa telanjang yang dilakukan terhadapnya. BATU PAHAT – “Hanya kerana dituduh mencuri, saya diarahkan menanggalkan pakaian saya dan telanjang. “Ketika itu saya hanya menurut kerana saya baru empat hari bekerja dan tidak tahu prosedur alam pekerjaan ini,” kata Leena, 24, (bukan nama sebenar) yang mendakwa dia menjadi mangsa tindakan melampau seorang penyelia...

Ibrahimovic pemain paling mahal

Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic PEMAIN Sweden, Zlatan Ibrahimovic melakar sejarah menjadi pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia apabila kelab mewah Perancis, Paris St. Germain (PSG) bersetuju untuk membayar gaji £220,000 (RM1,084,277) seminggu, musim depan. Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan berjumlah £18 juta (RM88 juta) dari AC Milan ke PSG. Bagaimanapun, jumlah itu akan meningkat kepada...

Remaja main permainan video 40 jam tanpa henti ditemui mati

TAIPEI: Seorang remaja ditemui mati di kafe siber selepas dikatakan bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti. Remaja lelaki berusia 18 tahun itu dipercayai rebah ketika sesi marathon Diablo 3. Dia ditemui oleh pekerja kafe siber di Tainan, di selatan negara ini. Mangsa dipercayai tidak makan selama dua hari. Pemain permainan itu setakat ini hanya dikenali dengan nama keluarganya, Chuang. Pada pagi 15 Julai lalu, seorang pekerja...

Ngeri! Tikus makan bayi

Afrika Selatan digemparkan dengan serangan tikus raksasa sebesar kucing. Panjang tikus tersebut dianggarkan 1 meter sementara gigi depannya pula sepanjang 2.5 cm. Terjadi perkara yang mengerikan di mana tikus tersebut telah menyerang dan memakan 2 orang bayi dalam kejadian yang berbeza. Lunathi Dwadwa adalah salah seorang bayi yang menjadi mangsa ketika tidur dirumahnya di luar kawasan Cape Town. Sementara seorang lagi bayi yang turut menjadi...

Kasut dari rambut manusia

Pemilik sebuah salon rambut kecil di kota kecil Taichung Taiwan, Tsai Shiou-ying baru-baru ini menarik perhatian media dengan karya seni yang diperbuat dari rambut sebenar. Setelah memenangi beberapa pertandingan 'hair stylist', wanita yang berusia 54 tahun ini memutuskan untuk mencuba sesuatu yang baru menggunakan rambut terbuang. Baru-baru ini, dia mempamerkan beberapa karftangan yang diperbuat daripada rambut seperti broch, replika nenas,...

3 beradik lelaki mempunyai payudara seakan wanita

Mereka tidak minta dilahirkan begini, namun takdir menentukan ketiga-tiga beradik lelaki dari Dominica ini dikesan mempunyai ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan mereka atau lebih dikenali dengan Gynecomastia. Kesannya, kesemua mereka mempunyai payudara seperti seorang wanita. Dek kerana fizikal mereka yang dikatakan aneh dan ganjil dari lelaki-lelaki lain, mereka sering dipukul, diganggu dan diejek oleh masyarakat sekeliling. Namun,...

Jam komputer ganti jadual selaman

KEMAJUAN teknologi telah membolehkan komputer diaplikasikan hampir di mana-mana sahaja dan reka bentuk tidak lagi terhad pada komputer peribadi dan riba. Baik dalam kereta, di daratan, dalam kapal terbang ketika penerbangan bahkan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), aplikasi komputer sememangnya cukup penting. Bagi penyelam skuba, komputer selam merupakan gajet yang diperlukan saat menyelam. Bagi mereka yang aktif menyelam scuba, komputer...

Filem Terbaru Namewee Mengenai Pengalaman Di Kedai Kopi Datuknya

Namewee berharap penonton dapat melihat mesej tersirat di sebalik elemen gangsterisme dalam filem terbarunya, Hantu Gangster. PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon kontroversi Namewee berkata tema gengsterisme dalam filem terbarunya Hantu Gangster bukan bertujuan memartabatkan elemen negatif itu tetapi sebahagian besarnya adalah berdasarkan pengalaman ketika datuknya menguruskan kedai kopi di Muar, Johor. Ia juga ada kaitan dengan mesej perpaduan...

Yolanda Pecoraro isteri keempat Tom Cruise?

Yolanda Pecoraro dikaitkan dengan Tom Cruise, yang bercerai awal bulan ini. – Foto ihsan mainonline TIDAK sampai sebulan isu cerai Tom Cruise dan Katie Holmes menjadi perhatian di seluruh dunia, pelakon Hollywood itu disebut-sebut akan mendirikan rumah tangga buat kali keempat. Kali ini namanya dikaitkan dengan seorang wanita yang ada hubungan dengan Church of Scientology. "Perkahwinan Tom Cruise (jika menjadi kenyataan) akan dilangsungkan...

Mati serentak

TRAGEDI...anggota bomba mengangkat mayat seorang mangsa yang maut dalam nahas selepas kereta dipandu bertembung lori simen, semalam. SRI AMAN: “Sebaik tiba di tempat kejadian, kami lihat bayi perempuan masih dalam pangkuan seorang wanita di tempat duduk depan dan berkeadaan kaku,” kata Penyelia Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Sri Aman, Tony Morni ketika membantu mengeluarkan lima sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan...

Aku nabi akhir zaman

DIDAKWA...Roslan (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, semalam. MELAKA: Akibat tindakannya membuat pengakuan dirinya Allah dan nabi akhir zaman, seorang bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan agama Islam di sekitar negeri ini, kelmarin. Tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, yang berjubah putih dan berkopiah hanya kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...