2020563

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, September 7, 2012

UFO mogok, Lufthansa batal 1,200 penerbanga​n

Pesawat milik syarikat penerbangan Lufthansa BERLIN - Krew kabin Lufthansa memulakan mogok 24 jam di enam lapangan terbang di Jerman menyebabkan syarikat penerbangan itu membatalkan 1,200 penerbangan hari ini. Jumlah itu merupakan dua pertiga daripada 1,800 penerbangan dijadualkan hari ini. Pembatalan itu dijangka berlarutan sehingga akhir minggu ini. Menjelang mogok hari ini, syarikat itu telah pun membatalkan 50 penerbangan semalam. Anggota...

Senjata berbahaya tiga dalam satu

Pistol Apache bukanlah sekadar senjata api biasa kerana rekaannya disertai tiga senjata untuk serangan jarak jauh dan juga jarak dekat. Rekaannya mempunyai selaras pistol 7mm, pisau 2 inchi, dan juga sebentuk buku lima. Pergaduhan antara kumpulan samseng menjadi faktor senjata ini direka. Pisau yang terdapat pada senjata ini digunakan untuk menikam mangsa manakala buku lima digunakan untuk membelasah mangsa sehingga teruk. Uniknya, senjata ini...

ISS dibaiki dua angkasawan wanita

Imej menunjukkan dua angkasawan yang sedar cuba mematikan kuasa elektrik dibahagian sayap suria ISS WASHINGTON - Dua angkasawan wanita berjaya berjalan di angkasa untuk memasang satu unit pengubahan tenaga baru ke atas Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), kelmarin. Menurut wakil Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat (AS), angkasawan Sunita William dan Akihiko Hoshide terpaksa berhadapan dengan sejenis...

Gempar wanita Turki tembak alat sulit, penggal kepala perogol

Nevin (gambar kanan, atas) menembak dan memeggal Nurettin yang merogolnya selama lapan bulan. Foto utama menunjukkan kepala Nurettin (dibulatkan). – Foto ihsan crimelibrary SEORANG wanita Turki sedang menunggu perbicaraannya selepas dia ditahan kerana memenggal kepala seorang lelaki yang dikatakan merogolnya berulang kali selama lapan bulan. Wanita berkenaan membunuh lelaki itu demi maruah diri, kata peguamnya. Nevin Yildirim, 26, ibu kepada...

Senapang Rifle Terbesar Di Dunia

'Senapang Gajah' itulah yang digambarkan mengenai senapang besar dari cerita Ali Baba Bujang Lapok. "Big Ernie" merupakan senapang rifle terbesar di dunia dan ianya bukanlah replika tetapi benar-benar boleh digunakan. Ianya kini di tempatkan di Da Yoopers Tourist Trap dan dipamerkan di West Ishpeming Michigan, Amerika Syarikat. Panjang senapang tersebut ialah 10.18 m (33 kaki 4 inci) dan disahkan oleh Guinness World Records sebagai...

Mekanik dituduh memperkosa gadis

gambar hiasan KOTA BHARU – Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis yang juga kenalannya di sebuah hotel di Tok Bali, Pasir Puteh, Julai lalu. Tuduhan terhadap Muhamad Syazwan Mat Yaccub, 23, dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 19 tahun 11 bulan di bilik hotel berkenaan pada jam 5.30 petang, 20 Julai. Susulan tuduhan...

Julia Perez dikecam hina Islam

Pelakon dan penyanyi sensasi, Julia Perez (Jupe) kembali menjadi bualan hangat apabila dia telah membuat tatu di badannya, dimana tatu tersebut dicacah dalam bahasa Arab yang bertulis 'Hayya'alalfalah'. Tindakkan Jupe tersebut telah mengundang kemarahan para ulama-ulama Islam di Indonesia. Majlis Ulama Indonesia turut mengecam tindakkan Jupe itu yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap agama Islam. Dr. Saleh Partaonan selaku Ketua...

Robert Pattinson bersara dari berlakon

Robert Pattinson Sehingga kini, kontroversi percintaan bintang Twillight, Robert Pattinson dan Kristen Stewart masih menjadi bualan. Meskipun masing-masing sudah membawa haluan sendiri, namun ramai yang bersimpati terhadap Pattinson. Terbaru khabarnya, Pattionson bakal meninggalkan dunia lakonan setelah terlalu kecewa dengan Stewart. Menurut sumber, Pattinson cuba menjalani kehidupan biasa, namun dia tetap tidak dapat melupakan kekasihnya...

Gempar Beruang Di Kuantan

Rosli menunjukkan kawasan belukar yang didakwa lokasi kehadiran beruang di kawasan perumahan itu. KUANTAN - Penduduk di Perumahan Pandan Damai 2, di sini, dihantui kebimbangan ekoran ada penduduk mendakwa ternampak beruang berkeliaran di kawasan perumahan terbabit, dua hari lalu. Walaupun tidak pasti kesahihan perkara itu, penduduk di situ turut bimbang mengenai keselamatan mereka terutama kanak-kanak yang sering bermain di kawasan luar rumah. Bagi...

Gambar misteri hantu wanita mati dibunuh

Seorang wanita telah merakamkan gambar anaknya yang sedang bermain dengan menggunakan telefon bimbit. Sedang dia melihat semula rakaman gambar tersebut, dia terkejut apabila terlihat lembaga misteri berada disebelah anaknya. Kakaknya yang melihat gambar itu turut terperanjat lalu melontarkan telefon tersebut sambil menjerit ketakutan. Satu pembongkaran sejarah telah dilakukan mengenai tempat tersebut dimana dua puluh tahun yang lalu, tiada...

Tatu di kepala yang kreatif

Pelbagai cara digunakan oleh manusia untuk menampakkan kelainan dari manusia lain. Salah satunya adalah dengan bertatu. Mungkin dikhalayak ramai mereka kelihatan pelik, namun itulah kepuasan bagi mereka. Tatu di kepala bukanlah sesuatu yang baru dimana karakter popular Castello yang dimainkan oleh Rosyam Nor turut mempunyai tatu sebegitu. Berikut adalah beberapa koleksi gambar tatu dikepala yang kreatif dan ada diantaranya kelihatan agak menge...

Nyaris ditetak perompak

Mohd Fadhli menunjukkan kesan umpil pintu belakang di bahagian dapur rumahnya, dipercayai digunakan perompak untuk memasuki kediamannya , awal pagi semalam. TERENGGANU - “Saya bingkas bangun lalu mengunci pintu bilik kerana mengesyaki sesuatu sebaik terjaga daripada tidur apabila terdengar emak menjerit. “Kemudian, saya memanjat dinding bilik dari dalam untuk melihat keadaan dan ternampak seorang lelaki menaiki tangga.” Demikian cerita...

Penganggur curi 900 buku

TOKYO: Polis Jepun menahan seorang lelaki yang dituduh mencuri hampir 900 buku daripada beberapa perpustakaan, kata jurucakap polis, semalam. Penganggur, Mitsuka Suizu, 61, dilaporkan memberitahu polis: “Saya ingin menyimpan buku yang saya baca” selepas mereka menemui 896 buku di kediamannya di Ube, barat Jepun. Jurucakap polis berkata, Suizu pada awalnya ditahan kerana mencuri 12 buku sepanjang tempoh enam bulan, tetapi pemeriksaan di...

Ibu dua anak terkejut temui telur bulat

LONDON: Ketika Cassie Greenhill bersiap-siap memasak telur dadar untuk dua anaknya minggu lalu, dia tahu ada yang tidak kena dengan telur ayam berkenaan. Bagi Cassie, 32, dia bagaikan tidak percaya apabila melihat telur itu berbentuk bulat sepenuhnya - berbeza daripada telur biasa. Warga Britain mengambil 11 bilion telur sehari tetapi kebarangkalian untuk menemui telur sebegitu hanya satu bagi setiap satu bilion. Tinggal di Enfield...

Ngeri! Cara pengurusan jenazah kaum Tibet

Kebiasaannya, mereka yang telah meninggal dunia akan ditanam atau dibakar. Namun ianya berbeza di Tibet dimana daging mereka yang telah meninggal dunia akan dihidang kepada burung pemakan bangkai (burung hering).  Tradisi ini dipanggil Pengkebumian Langit (Sky Burial). Mayat-mayat akan dibawa ke tempat tertentu dan kebiasaannya diletakkan di atas puncak bukit yang menjadi tumpuan burung tersebut. Majoriti penduduk Tibet adalah beragama...

Letupan depot senjata ragut nyawa 25 tentera

Orang ramai memerhatikan kebakaran besar akibat letupan yang berlaku di sebuah depot senjata tentera di wilayah Afyonkarahisar, Turki, semalam. - AFP ANKARA - Seramai 25 anggota tentera maut, manakala empat yang lain cedera dalam satu insiden letupan di sebuah pusat simpanan senjata tentera di barat Turki, awal pagi ini. Letupan di wilayah Afyonkarahisar itu berlaku sekitar pukul 2.15 pagi waktu Malaysia. Menurut kenyataan yang disiarkan...

Rugi besar ditipu penjual mesin

MOHAMAD NASIR (kiri) menunjukkan sebahagian komponen motosikal curi yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Muar semalam. MUAR - Seorang pekerja kilang kerugian hampir RM110,000 selepas diperdaya satu sindiket yang kononnya mampu membuat mangsa kaya dengan hanya membeli mesin penapis air dan mesin terapi kaki berharga RM1,500 pada September tahun lalu. Wanita berusia 58 tahun dari Tanjung Agas di sini menyedari dia ditipu pada...

Nurul Syuhada mahu berehat

Nurul Syuhada mula dikenali selepas menjuarai program Malaysian Top Host pada tahun 2005. PETALING JAYA - Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini. Menurut Nurul Syuhada, keputusan yang dibuatnya itu sudah lama dipertimbangkan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan...

Kanak-kanak ditemui di bawah mayat

BEBERAPA anggota polis mengawal lokasi kanak-kanak perempuan bersembunyi dalam sebuah kereta BMW di kawasan perkhemahan terpencil dekat Kampung Chevaline, Perancis semalam. PARIS – Seorang kanak-kanak perempuan warga Britain berusia empat tahun bersembunyi selama lapan jam di bawah dua mayat ahli keluarganya yang mati ditembak di tempat duduk belakang sebuah kereta BMW di kawasan pergunungan Alps di Perancis kelmarin. Kejadian itu berlaku...

Kereta elektrik sudah ada pada tahun 1906

LLOYD menunjukkan bateri kereta elektrik miliknya. SYDNEY, Australia - Seorang jurutera mekanikal yang telah bersara, Bill Lloyd memiliki sebuah kereta elektrik keluaran tahun 1915 buatan sebuah syarikat di Amerika Syarikat (AS). Lloyd, 61, menganggap kereta tersebut sebagai koleksi antik yang paling terkenal pernah dimilikinya. Menurutnya, terdapat kira-kira 40,000 buah kereta elektrik itu dikeluarkan oleh Syarikat Kereta Elektrik Anderson...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...