Friday, September 7, 2012

Senjata berbahaya tiga dalam satu

senjata paling berbahaya di dunia

Pistol Apache bukanlah sekadar senjata api biasa kerana rekaannya disertai tiga senjata untuk serangan jarak jauh dan juga jarak dekat. Rekaannya mempunyai selaras pistol 7mm, pisau 2 inchi, dan juga sebentuk buku lima. Pergaduhan antara kumpulan samseng menjadi faktor senjata ini direka. Pisau yang terdapat pada senjata ini digunakan untuk menikam mangsa manakala buku lima digunakan untuk membelasah mangsa sehingga teruk. Uniknya, senjata ini boleh dilipat lalu disimpan di dalam poket dengan mudah. 

senjata paling berbahaya di dunia

Sejarah asal mengenai senjata ini tidak dapat dipastikan. Namun berdasarkan cerita, satu masa dahulu terdapat sekumpulan samseng yang membawa senjata ini di sekitar Paris. Kumpulan ini menggelarkan diri sebagai Apache dan dari situlah nama senjata tersebut turut diambil. Kegiatan samseng sememangnya bergiat aktif di Perancis satu masa dahulu dan sering bergaduh menggunakan buku lima bagi memecahkan tengkorak pihak lawan.

senjata paling berbahaya di dunia

Senjata berbahaya ini digunakan sekitar tahun 1800an hingga 1900an. Pistol Apache bukanlah dibuat menggunakan logam biasa. Ada diantaranya ditempa lalu disaluti emas tulen. Harganya mencecah $4000 untuk setiap laras.

senjata paling berbahaya di dunia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...