Friday, September 7, 2012

Letupan depot senjata ragut nyawa 25 tentera

cara menghasilkan api
Orang ramai memerhatikan kebakaran besar akibat letupan yang berlaku di sebuah depot senjata tentera di wilayah Afyonkarahisar, Turki, semalam. - AFP
ANKARA - Seramai 25 anggota tentera maut, manakala empat yang lain cedera dalam satu insiden letupan di sebuah pusat simpanan senjata tentera di barat Turki, awal pagi ini.

Letupan di wilayah Afyonkarahisar itu berlaku sekitar pukul 2.15 pagi waktu Malaysia.

Menurut kenyataan yang disiarkan laman web tentera, punca kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dilakukan.

main awek arab
Antara keluarga mangsa yang menanggung kesedihan
Saluran televisyen swasta melaporkan, identiti kesemua mangsa yang terkorban masih belum dikenal pasti dan mayat telah dihantar ke hospital untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Dalam pada itu, kerajaan Turki menolak dakwaan mana-mana pihak yang mengaitkan kejadian itu dilakukan oleh pengganas atau sabotaj dan menegaskan ia adalah satu kemalangan.

"Letupan itu berkemungkinan satu kemalangan dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kegiatan keganasan," kata Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Veysel Eroglu.

Beliau turut mengingatkan penduduk negara ini agar tidak menghampiri kawasan kejadian kerana sejumlah bom tangan kini berselerakan selepas letupan berlaku. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...