2020573

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, October 9, 2012

Bekas askar kecewa layanan hospital pecah cermin kaunter

Seorang bekas tentera berusia 40-an dilaporkan mengamuk tiba-tiba di hadapan kaunter pendaftaran di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini - Foto Bernama IPOH - Seorang bekas tentera dilaporkan mengamuk dengan memecah cermin kaunter pendaftaran Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan layanan seorang petugas.      Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam...

Lelaki didakwa bunuh bapa kandung guna batang kayu

D.Muthtamil, 22, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh bapa kandungnya dengan menggunakan batang kayu di Pelabuhan Klang akhir bulan lepas. - Foto Bernama KLANG - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh dengan menggunakan batang kayu bapa kandungnya yang merupakan seorang kontraktor, di Pelabuhan Klang di sini pada akhir bulan lepas.     D.Muthtamil, 22, didakwa membunuh...

Rahsia Daun Senduduk

Pokok Senduduk adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh. Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di...

Lelaki Thai ditangkap kerana membunuh 19 tahun lalu di Jepun

BANGKOK- Seorang lelaki Thai yang dikehendaki bagi pembunuhan yang dilakukannya di Jepun pada 19 tahun yang lalu telah ditangkap di Selatan Thailand. Mahkamah Jepun mengeluarkan waran tangkap pada tahun 1993 terhadap Wirasak Iamphongsa kerana menyebabkan kematian Megumi Awaji di Tokyo pada tahun tersebut. Wirasak, 39, telah ditangkap dalam sebuah bas di Nakhon Si Thammarat, Selatan Thailand pada ahad lalu, kata pegawai polis Col Prasopchok...

Madu berwarna pelik disebabkan M&M

Antara warna madu yang dihasilkan oleh lebah di Ribeauville, wilayah Alsace, Perancis selepas haiwan itu hinggap pada bahan buangan gula-gula M&M. - AGENSI PARIS - Penternak lebah madu Perancis hairan dan pelik selepas madu yang dihasilkan serangga tersebut berwarna biru dan hijau berbanding biasa. Perkara itu menyebabkan penternak mengalami kerugian kerana madu berkenaan tidak boleh dijual, sebaliknya menambah masalah dihadapi mereka...

Eksekutif dipecat kutuk Melayu

SINGAPURA - Kongres Kesatuan Perdagangan Kebangsaan (NTUC) hari ini, memecat seorang pegawai eksekutif kanannya selepas dia didakwa mengutuk perkahwinan masyarakat Melayu di dalam laman sosial Facebook. Penolong Pengarah Keanggotaan NTUC, Amy Cheong didakwa mengutuk majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang dianggap remeh, termasuk isu perceraian melibatkan kaum tersebut. Setiausaha Agung NTUC, Lim Swee Say yang juga menteri dalam pentadbiran...

Bahaya permainan video

OTTAWA - Remaja yang bermain permainan video berunsur ganas untuk tempoh beberapa tahun, didapati cenderung berkelakuan ganas terhadap orang lain, menurut satu kajian terbaru. Penyelidik berkata, kajian itu adalah yang pertama menunjukkan kaitan jelas antara tempoh permainan video berunsur ganas secara berterusan dengan peningkatan kelakuan ganas. Kanak-kanak perempuan yang bermain permainan komputer berunsur ganas semasa zaman persekolahan...

4 jam diratah 10 jantan bergilir-gilir

SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini. Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira. Sumber polis berkata, seorang daripada...

Nabila Huda : Saya tak bogel

Nabila Huda Suhaimi KUALA LUMPUR: “Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf,” kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini. Nabila dihubungi petang semalam menambah, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya...

Gadis 14 tahun patah tulang betis

Motosikal Honda yang ditunggang Atikah terperosok ke bawah kereta dan hampir melanggar hadapan rumah Rosni, kelmarin. PASIR MAS – Seorang pelajar perempuan, tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong, patah tulang betis, apabila motosikal yang ditunggangginya dilanggar sebuah kereta Proton Waja, pada jam 2.15 petang, kelmarin. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa Nurul Atikah Mohd Azani,...

Ditemui mati tergantung

Anggota polis sedang menguruskan mayat seorang remaja dijumpai mati tergantung, pagi semalam. GUA MUSANG - Seorang remaja lelaki berperangai pelik apabila pergi ke rumah rakannya dan mengamuk serta menghalau mereka keluar sebelum ditemui mati tergantung di belakang rumah kongsinya di Kampung Kundur, dekat sini, pagi semalam. Mayat remaja berusia 16 tahun itu ditemui rakannya tergantung dengan leher terjerut dawai diikat pada sebatang besi...

Sempat cium ibu sebelum tinggalkan rumah

Rosiah (duduk, tengah) tidak dapat menahan sebak melihat mayat anaknya atas jalan raya. Gambar kecil: Nurul Nabilah MASJID TANAH - Seorang penuntut Kolej Komuniti Masjid Tanah, di sini sempat mencium ibunya dan bergegas keluar rumah sebelum dia maut terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Durian Daut, dekat sini, semalam. Nurul Nabilah Daud, 18, dari Kampung Lendu, dekat sini, maut selepas motosikal jenis Honda EX5 yang ditungganginya terbabas,...

Ambil dadah untuk suara sedap

Mat didapati positif tiga jenis dadah selepas ditahan AADK berhampiran sebuah pusat karaoke di sini. IPOH - “Saya ambil dadah sebab nak melunakkan suara selain menghayati lagu yang dinyanyikan di karaoke, bukan untuk berkhayal,” luah Mat yang ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), di sini. Pemuda berusia 23 tahun itu memberi alasan setelah didapati positif selepas menjalani ujian air kencing dan dipercayai mengambil tiga jenis...

9 ekor tikus sudah dijual kepada MBKT

KUALA TERENGGANU - Sebanyak sembilan ekor tikus sudah dijual oleh penduduk kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mulai semalam. "Kempen ini kita sudah mulakan mulai semalam dan sehingga hari ini, sebanyak sembilan ekor tikus telah kita beli RM2 seekor daripada penduduk. Tikus yang kita beli itu akan ditandakan bagi menggelakkan ada pihak yang mengambil kesempatan. "Kempen ini kita buat bagi menghapuskan haiwan perosak ini dan...

Anak ayam gred A ditahan

Wanita yang ditahan dalam operasi di sebuah hotel berhampiran Jalan Tun Ali, awal pagi kelmarin. MELAKA - Selepas enam bulan cubaan gagal, Jabatan Imigresen negeri akhirnya berjaya menyerbu sebuah hotel berhampiran Jalan Tun Ali, di sini, hingga membawa kepada penahanan 16 ‘anak ayam’ gred A, awal pagi kelmarin. Mereka, masing-masing 12 warga Vietnam dan empat warga Thailand ditahan dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen, dalam...

Pemandu teksi maut di kubur

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi sempat melarikan diri kira-kira 200 meter sebelum rebah dan meninggal dunia selepas diserang dan ditikam dalam kejadian di Tanah Perkuburan Kristian Jalan Kuari, Cheras, di sini, semalam. Mangsa yang berusia 40-an ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan jam 7.30 malam dalam keadaan terbaring berlumuran darah dipercayai diserang sebelum dirompak. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner...

Mangsa belasahan 20 lelaki maut

SUNGAI PETANI: Gara-gara dipercayai tersalah identiti, seorang remaja lelaki yang dibelasah sekumpulan lebih 20 lelaki kerana disyaki terbabit kejadian ragut meninggal dunia selepas koma seminggu akibat parah di kepala dan badan, semalam. Mangsa, Ku Ameerul Ashraf Ku Salim, 20, dari Taman Ria, di sini, disahkan meninggal dunia jam 9.40 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, ketika menerima rawatan akibat...

Majlis kahwin mewah ditegah

HANOI: Pihak berkuasa Vietnam melarang anggota Parti Komunis di bandar raya ini daripada menganjurkan majlis perkahwinan mewah, ekoran kecaman rakyat mengenai upacara perkahwinan besar-besaran. Bilangan tetamu dihadkan kepada 600 orang untuk kedua-dua belah keluarga dan lokasi mewah seperti hotellima bintang perlu dielakkan, menurut notis di laman web rasmi bandar raya Hanoi semalam. Majlis perkahwinan mewah yang dianjurkan anggota parti menimbulkan...

Trak langgar periuk api anti-kereta kebal: Tiga peladang maut

PHNOM PENH: Tiga peladang Kemboja daripada keluarga sama maut selepas trak mereka melanggar periuk api anti-kereta kebal lama yang ditinggalkan sejak berdekad lalu selepas perang saudara di negara itu, kata polis semalam. Dua lagi saudara mereka cedera parah dalam letupan di barat laut wilayah Battambang kelmarin, kata Ketua Polis Tentera tempatan, Eng Seng Ouen.  “Hujan lebat menyebabkan jalan raya kotor menjadi becak.  Jadi,...

Gadis 14 tahun didakwa cuba bunuh dengan brownie beracun

SYDNEY: Seorang remaja perempuan Australia berusia 14 tahun semalam didakwa dengan percubaan membunuh selepas dia meracun dua kanak-kanak, dilaporkan melalui brownie coklat dicemari bahan kimia. Polis Queensland berkata, remaja perempuan itu didakwa selepas memberi dua kanak-kanak lelaki berusia 12 dan 13 tahun makanan diracun dengan bahan kimia “biasa ditemui di rumah” di Richland, pinggir Brisbane kelmarin. “Polis akan mendakwa remaja...

Kereta diparkir di balkoni tingkat 3 apartmen

KIEV: Usaha mencari ruang meletak kereta di sebuah pusat bandar raya yang sibuk sentiasa membuatkan setiap pemandu tertekan. Jika meletak di tempat yang dilarang, pemandu terdedah kepada saman. Mereka juga berdepan dengan masalah kekurangan siling untuk dimasukkan ke dalam meter. Tetapi pemilik kereta ini mengambil tindakan melampau untuk mengelak warden parkir dengan menempatkan keretanya 20 meter di udara. Kereta Toyota Yaris merah...

Warga emas maut selepas diseret sejauh dua km

ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang warga emas yang mati akibat kemalangan di Bukit Mertajam semalam. BUKIT MERTAJAM - Seorang warga emas maut selepas diseret sejauh hampir dua kilometer (km) oleh sebuah kenderaan berat dipercayai lori selepas motosikal yang dinaiki bergesel dengan kenderaan itu dalam kejadian di Lebuhraya Kulim-Butterworth di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi berhampiran stesen minyak Petronas Seberang...

Lady Gaga muntah di atas pentas

GAMBAR yang dirakamkan dari YouTube semalam menunjukkan Lady Gaga berdiri di belakang seorang penari semasa dia muntah di atas pentas di Barcelona pada Sabtu lalu. LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Lady Gaga muntah beberapa kali di atas pentas semasa dia membuat persembahan di Barcelona, Sepanyol pada hujung minggu lalu, lapor akhbar New York Daily News semalam. Sebuah klip video yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube menunjukkan...

Ikan paus ditemui mati terapung

BOSTON, Amerika Syarikat - Seekor ikan paus finback sepanjang 15.24 meter ditemui mati terapung di Pelabuhan Boston dekat Pulau Deer, kata beberapa pegawai. Pihak berkuasa berkata, punca kematian haiwan itu tidak diketahui. Seorang jurumudi, Robert Simpson berkata, paus itu ditemui pada pagi kelmarin. Jurucakap Akuarium New England, Tony LaCasse memberitahu stesen televisyen WCVB-TV bahawa beberapa ahli biologi menemui kesan luka pada...

Kereta disembur asap pembunuh nyamuk

SEORANG pelancong (berbaju merah) berdiri di tepi keretanya yang disembur asap pembunuh nyamuk. HAVANA, Cuba - Seorang pegawai kesihatan menyembur asap pembunuh nyamuk ke dalam beberapa buah kereta di Jimaguaye, dekat Camaguey, timur Cuba pada Khamis lalu. Pemerintah Cuba melancarkan kempen menyembur asap itu untuk memerangi penularan penyakit denggi dalam kalangan penduduk yang disebabkan gigitan nyamuk aedes. Penyakit itu boleh membawa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...