2020563

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, September 2, 2012

Pemandu lori ditetak

Kesan darah mangsa berada di merata tempat di ruang tamu rumahnya. KULIM - Seorang lelaki berusia 50an yang tinggal bersama keluarganya di Taman Lembah Impiana cedera parah di bahagian kepala apabila di serang lima tidak dikenali dengan bersenjatakan parang di rumahnya kira-kira jam 6.30 petang kelmarin. Waris mangsa berkata, mangsa bekerja sebagai pemandu lori dan sedang baring di sofa ruang tamu rumahnya. Ketika kejadian, mangsa hanya...

Kemalangan paling mahal di dunia

Kemalangan termahal yang pernah direkodkan dalam sejarah dunia ialah Tragedi Titanic yang menelan belanja U$D 150 juta. Tragedi kemalangan Titanic sememangnya terkenal di seluruh dunia. Pada 15 April 1912, kapal termewah pada waktu itu telah membuat pelajaran sulungnya. Namun, malang tidak berbau apabila kapal ini telah berlanggar dengan ketulan ais besar sehingga ianya tenggelam dan meragut 1,500 nyawa di lautan yang dingin. Kos pembinaan kapal...

Ikan aneh ditemui di daerah Wajo

Inilah ikan aneh yang ditemui di daerah Wajo, Sulawesi Selatan baru-baru ini. WAJO, Sulawesi Selatan - Seekor ikan yang memiliki warna dan corak sisik yang aneh telah menggemparkan penduduk di daerah Wajo, Sulawesi Selatan. Ikan perhiasan jenis Zebra Convict itu mendapat perhatian orang ramai kerana ia tidak seperti ikan lain daripada spesiesnya yang memiliki sisik bergaris hitam dan memanjang ke bawah. Ikan milik penduduk mukim Tempe Sengkang,...

Alat godam otak manusia

Set kepala ini dikatakan boleh mendapatkan maklumat rahsia menerusi interaksi dengan komputer. LONDON - Ia mungkin kelihatan seperti ciptaan yang sering digunakan di dalam filem sains fiksyen. Bagaimanapun, kumpulan saintis dari Universiti California, Oxford dan Geneva berjaya merealisasikannya ke dalam dunia realiti. Menurut mereka, alat menyerupai set kepala itu mampu untuk 'menggodam' otak manusia untuk mendapatkan maklumat rahsia termasuk...

Kanak-kanak tiga tahun maut jatuh sungai

Kanak-kanak tiga tahun maut jatuh sungai KERIAN - Seorang bapa tidak menyangka keputusannya meninggalkan anak perempuannya berusia tiga tahun berseorangan sebentar di luar rumah berakhir dengan tragedi apabila mangsa maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Kuala Kurau di sini, dalam kejadian petang kelmarin. Bapa mangsa, Ong Keng Yaw, 35, berkata, ketika kejadian jam 6 petang, mangsa, Ong Xin Tong yang berusia tiga tahun ditinggalkan sebentar...

Mayat reput ditemui tersangkut

Polis dan Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri melakukan siasatan berhubung penemuan mayat berkenaan. PORT DICKSON – Niat orang awam untuk berekreasi di pantai Port Dickson, di sini, membawa kepada penemuan satu mayat dewasa yang masih belum dikenal pasti identitinya yang ditemui tersangkut pada batu di Pantai 3 ½ Bagan Pinang, semalam. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, pihaknya menerima maklumat...

Selena Gomez miliki rumah sendiri

Penyanyi dan pelakon remaja sensasi, Selena Gomez telah membeli rumah milik aktor "21 Jump Street", Jonah Hill bernilai AS$2.9 juta (RM9.1 juta). Jonah sebelum ini membeli rumah tersebut pada September 2011 mempunyai 5 bilik tidur yang menghadap pemandangan indah dan mempunyai 6 bilik mandi. Rumah yang mempunyai keluasan hampir sehektar itu turut mempunya kolam renang, tempat bermain tenis serta kebun peribadi. Sebelum ini, aktres "Spring...

Disebalik topeng misteri Rey Mysterio

Ramai yang mengenali ahli gusti profesional yang terkenal dengan gelaran Rey Mysterio ini. Namun, siapakah disebalik topeng misteri tersebut?  Rey Mysterio terkenal dengan teknik 619 Rey Mysterio atau nama sebenarnya Oscar Gutierrez Rubio dilahirkan pada 11 Disember 1979 di San Diego, California. Beliau mula melibatkan diri dalam arena gusti ketika berusia 14 tahun di sebuah gereja kecil di Tijuana, Mexico. Ketika itu, beliau...

Eira hamil, Azad alami alahan, mengidam

Pasangan romantis, Azad Jazmin dan Eira Syazira. Kata orang, apabila si suami terlalu sayangkan isteri, dia yang akan mengalami alahan dan mengidam apabila isteri mengandung. Begitulah yang dialami pasangan romantis, Azad Jazmin, 37, dan Eira Syazira, 28. Menurut Eira, semenjak disahkan hamil, dia hanya mengalami alahan ketika awal kehamilannya. Namun, semenjak Ramadan lalu, dia tidak lagi mengalami sebarang alahan mahu pun mengidam. Sebaliknya,...

Berahi ranjang di hotel bajet

Pegawai Penguatkuasa JAJ sedang menyoal siasat pelajar IPTA yang ditangkap berkhalwat. KLUANG - Dua pasangan kekasih yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara yang ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang dalam operasi cegah maksiat di sebuah hotel bajet, awal pagi kelmarin. Kedua-dua pasangan itu ditahan bersama pasangan masing-masing pada jam 4.10 pagi hasil daripada operasi yang...

Wanita hamil 7 bulan ditangkap berkhalwat

Pegawai Penguatkuasa JAJ menenangkan bekas tentera itu ketika pemeriksaan dilakukan. KLUANG - Panik apabila pintu bilik hotel yang ditumpangi diketuk penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang, seorang lelaki sanggup mengadang pintu biliknya dengan sebuah meja bagi menyelamatkan diri bersama pasangan kekasihnya daripada ditahan dalam Ops Maksiat, awal pagi kelmarin. Selepas hampir 10 minit mendiamkan diri tanpa memberi tindak balas,...

Kawal TV dengan kelipan mata

Kelip sahaja mata anda, siaran tv pasti bertukar mengikut mode mata. BEIJING - Satu lagi inovasi teknologi kali ini menyebelahi mereka yang gemar melepak dan menonton televisyen (TV) dan hanya perlu mengelipkan mata jika mahu mengubah siaran atau sebagainya. TV Kawalan Mata yang dikeluarkan di bawah jenama Haier China itu, dilengkapi dengan alat peranti besar yang diletakkan di hadapan tv kemudian pengguna hanya perlu mengelipkan matanya bagi...

Pelik! Ikan Unicorn mirip manusia

Nimrod atau ikan 'unicorn' kini dipamerkan di pusat akuatik di Weymouth dan mampu mengubah warna tubuhnya. (Kanan) Pesawat yang didakwa mirip wajah Nimrod. LONDON - Salah satu ikan paling unik di planet ini adalah ikan 'unicorn' yang dianggap mirip wajah manusia kerana memiliki hidung yang besar. Malah, para saintis berpendapat seluruh kepala hidupan akuatik itu aneh kerana seakan-akan wajah manusia yang sedang marah. Bagaimanapun, ikan...

Dipukul teruk bermain mercun

Jusop menunjukkan laporan polis sambil diperhatikan Mohd Adam. TUMPAT – Angkara bermain mercun seorang kanak -kanak istimewa dipukul seorang lelaki berpakaian uniform di tengkuk, sehingga menyebabkan dia tersungkur ke tanah dan mengalami luka kecil di tapak tangan di hadapan rumahnya di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, di sini. Dalam kejadian pada 28 Julai lalu, Mohd Adam Jusop, 15, bermain mercun bersama kawannya kira-kira jam 5.45 petang...

Misteri kucing bersayap

Biarpun kucing bertanduk dianggap perkara mustahil, kucing bersayap bukanlah suatu yang mustahil dan ia benar-benar wujud. Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi, China, mempunyai seekor kucing jantan yang sangat luar biasa. Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10 cm. Namun, sayap tersebut tidak dapat digunakan untuk terbang. “Pada awalnya ia terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan...

Taliban pamer klip video kepala manusia

DUA anggota Taliban berkawal di kubu kuat kumpulan berkenaan di Shawal, dalam wilayah Waziristan Selatan di Pakistan pada 5 Ogos lalu. KHAR - Kumpulan Taliban menghantar satu klip video menunjukkan 12 kepala askar kelmarin selepas beberapa pegawai menyatakan, seramai 15 anggota tentera Pakistan hilang dalam pertempuran menentang militan berkenaan. Rakaman itu yang dihantar kepada agensi berita AFP, menunjukkan beberapa militan Taliban berdiri...

Demam Gangnam di seluruh dunia

LAGU rap Gangnam Style yang diperkenal Psy memukau peminat di seluruh dunia. SEOUL - Populariti penyanyi rap dari Korea Selatan, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy mencatat fenomena baharu di seluruh dunia selepas aksinya menari tarian kuda, Gangnam Style, ditonton lebih 84 juta kali setakat ini di YouTube. Psy kini dilaporkan lebih popular daripada muzik pop Korea Selatan atau K-Pop, malah, satu tinjauan oleh sebuah agensi pelancongan...

Kecewa pesawat buatan sendiri tidak lulus terbang

MOHAMED MAHMED menaiki sebuah pesawat buatan sendiri kelmarin di Berrechid dekat Casablanca, Maghribi. BERRECHID - Seorang pemuda di Maghribi hampa kerana sebuah pesawat kecil yang dibinanya di sini tidak mendapat kelulusan terbang oleh pihak berkuasa negara itu. Pemuda berkenaan, Mahmed Mohamed memberitahu agensi berita AFP melalui telefon bahawa dia mengambil masa tiga bulan untuk membina pesawat ringan itu. Berusia 22 tahun, Mahmed berkata,...

Seronok diratah 6 jantan

FIFI...  lakukan seks dengan enam lelaki. KUALA LUMPUR: Kejutan budaya, keinginan mencuba dan sikap tidak apa menjadi punca segelintir mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan maksiat hingga mengundang bencana apabila terpaksa meninggalkan universiti atau menangguhkan pengajian kerana mengandung anak luar nikah. Lebih mengejutkan, ada antara mereka mengaku terlanjur dengan ramai lelaki selepas terpedaya dengan pujuk rayu si hidung...

Retweet Siwon cetus kontroversi

Siwon SECARA tidak semena-mena ahli kumpulan Super Junior, Siwon terpalit dengan kontroversi gara-gara melakukan retweet di akaun laman sosial Twitter miliknya. Penyanyi tersebut baru-baru ini melakukan retweet mesej orang lain untuk berkongsi pandangan mengenai perebutan Pulau Dokdo membabitkan Korea Selatan dan Jepun. Tindakan retweet itu menggambarkan bahawa Siwon bersetuju dengan mesej Twitter milik kerajaan Korea Selatan itu. Bagaimanapun...

Bisa labah-labah ubat mati pucuk

London: Satu ubat yang diperbuat menggunakan cecair bisa labah-labah paling berbisa di dunia mungkin boleh menjadi penawar terbaik mati pucuk.  Penyelidik dari Brazil dan Amerika Syarikat mendapati, bisa labah-labah ‘Wandering Spider’ dari Brazil mengandungi toksin yang membantu aliran darah dan seterusnya menghilangkan mati pucuk selepas 20 minit memasuki sistem tubuh, lapor akhbar di sini.  Bunuh ramai orang  Labah-labah...

Beruang hitam juga bijak

MICHIGAN 1 Sept. - Beruang hitam didapati mampu menyelesaikan kiraan mudah dan memiliki kebijaksanaan menyamai haiwan primat, menurut satu kajian terkini. Kajian yang dijalankan pakar psikologi dari Universiti Oakland, Michigan itu mendapati, beruang hitam mampu menyelesaikan tugasan berangka, termasuk membezakan bilangan titik pada sesuatu imej. "Kajian tersebut menunjukkan beruang dan beberapa haiwan mamalia lain juga mempunyai kebolehan...

Datuk gersang dicekup bersama janda

Nasir (kiri) ketika menahan pasangan yang sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini. PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 54 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, awal pagi semalam. Hasil soal siasat mendapati, lelaki yang sudah mempunyai tiga cucu itu menyewa bilik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...