FIFI... lakukan seks dengan enam lelaki. |
KUALA LUMPUR: Kejutan budaya, keinginan mencuba dan sikap tidak apa menjadi punca segelintir mahasiswi terjebak dengan kegiatan liar dan maksiat hingga mengundang bencana apabila terpaksa meninggalkan universiti atau menangguhkan pengajian kerana mengandung anak luar nikah.
Lebih mengejutkan, ada antara mereka mengaku terlanjur dengan ramai lelaki selepas terpedaya dengan pujuk rayu si hidung belang yang bijak menyusun ayat memujuk untuk berasmara.
Ikuti pengakuan tiga siswi, Fifi, Wati dan Irah yang kini terpaksa menghuni di rumah perlindungan wanita selepas hamil anak luar nikah.
Meskipun pernah melakukan hubungan seks dengan lima teman lelakinya, Fifi (bukan nama sebenar), 25, tidak pernah hamil walau tidak menggunakan kondom.
Bagaimanapun, selepas melakukan hubungan seks bersama teman lelaki ke enam, siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini terkedu apabila disahkan hamil anak luar nikah selepas perutnya makin membesar dan tidak dapat disorok lagi.
sumber- HMetro
sumber- HMetro
0 comments:
Post a Comment