2020570

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, July 29, 2012

Juruterbang Singapura Terbunuh Pesawat Ringan Terhempas

PONTIAN, 29 Julai- Seorang juruterbang warga Singapura terbunuh selepas pesawat ringan jenis Cessna yang dipandunya terhempas di sebuah kebun sawit di Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi di sini Ahad. Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian DSP Tan Moh Chuan berkata polis menerima panggilan mengenai kejadian pada 2.10 petang. Mangsa dikenali sebagai Samuel Ling Shi Min, 24, dan mayatnya dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. Tan berkata...

Pakaian ala tentera kontinjen AS langgar semangat Olimpik?

img alt="Pakaian ala tentera kontinjen AS 'langgar' semangat Olimpik?" height="240" src="http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.71139.1343538853!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg" style="margin-left: auto; margin-right: auto;" title="Direka bentuk oleh Ralph Lauren, kontinjen Amerika Syarikat Sukan Olimpik 2012 London mengenakan pakaian seragam ala tentera. - Foto ihsan CNN" width="320"> Direka bentuk oleh Ralph Lauren,...

Eksekutif wanita TV9 ditemui mati

PETALING JAYA - Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar, 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam. "Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari...

Hantu Lembaga Hitam Pada Malam Jumaat

Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan. GAMBAR yang dirakam sendiri oleh Safura di rumah datuknya di Mersing ini jelas menunjukkan kemunculan imej lembaga hitam di belakangnya. Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba...

'Manusia Zirafah'. Suku kaum berleher panjang

Kaum wanita dari suku Paudan di pedalaman Thailand, mempunyai keunikannya tersendiri. Seawal usia 5 tahun, mereka akan dipakaikan gelang tembaga pada leher. Gelang tersebut akan di tambah secara berperingkat sehingga leher mereka memanjang seperti zirafah. Dikatakan berat bagi gelang yang dipakai adalah melebihi 5kg. Berat dari logam inilah yang menekan antara bahu dan leher kebawah manakala kepala pula dipaksa untuk naik ke atas. Kebiasaannya,...

Bongkar rahsia gadis lahir bayi sendirian dalam bilik

gambar hiasan KUALA TERENGGANU – Tanpa pengetahuan keluarga, seorang gadis berusia 22 tahun melahirkan bayi lelaki hasil hubungan luar nikahnya seorang diri di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai, Marang kelmarin. Bagaimanapun, rahsia keterlanjuran gadis itu terbongkar apabila adik lelaki bongsunya ternampak banyak darah mengalir dari lantai bilik kakaknya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibunya kira-kira jam 2 petang. Ketua...

Kecil tapi gempak

TIDAK perlu pembesar suara yang terlalu besar untuk mendapatkan bunyi yang mantap dan clean jika kamu hanya memerlukan sebuah pembesar suara bersaiz tapak tangan bagi mendapatkan hasil yang sama. Boom Botix sebuah speaker keluaran Skully Boom menampilkan rekaan menarik dengan rekaan pembesar suara yang menyerupai tengkorak kepala. Hasil daripada idea patung permainan DIY Skully yang membolehkan penggemar design sendiri corak patung permainan...

Pasar Borong diserbu

Antara warga asing yang dipercayai penagih dadah ditahan dalam operasi, semalam KUALA LUMPUR - Polis menahan 26 orang, disyaki penagih dan pengedar dadah, dalam operasi narkotik 'Ops Tapis Khas' bagi membanteras penyalahgunaan dadah yang menjadikan Pasar Borong Selayang sebagai kawasan 'panas' bagi daerah Sentul. Mereka yang ditahan dalam operasi bermula jam 6 pagi itu termasuk warga Thailand dan Myanmar, serta seorang perempuan, berumur antara...

Terlanjur dengan kekasih

Maisara sanggup tinggal berjauhan bagi mengelak memalukan keluarga dengan kandungannya. Ketika remaja sebayanya sedang bersengkang mata mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini, berlainan pula dengan Maisara (bukan nama sebenar), 17. Gadis manja yang merupakan anak tunggal itu, kini terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin. Walaupun...

Alat Untuk Memancungkan Hidung

Satu lagi alat yang pelik telah direka iaitu 'alat memancungkan hidung'. Alat ini dikatakan dapat mengubah bentuk fizikal hidung seseorang agar menjadi lebih cantik khususnya bagi mereka yang mempunyai bentuk fizikal hidung yang penyek atau kemek. Ianya berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Buat masa ini, masih belum ada bukti yang kukuh bagi menunjukkan keberkesanannya. Jika ia benar-benar berkesan, sudah pasti akan memenuhi pasaran...

Gelatin ubi Jepun

SELEPAS memasuki fasa matang, daun pokok ubi konnyaku akan ditumbuhi biji-biji halus yang akan menjadi benih apabila ia diterbangkan angin dan jatuh ke tanah. PENGGUNAAN ramuan gelatin yang diragui status halalnya baik dalam industri makanan, farmaseutikal mahupun kosmetik menjadikan pengguna di negara ini lebih berhati-hati dalam memilih produk. Ironinya, semakin tinggi kesedaran pengguna tentang isu ini, semakin banyak produk yang dikenal...

Bakal kahwin hujung tahun ini

JENAZAH Shahril Azmi (gambar kecil) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raja Alias, Jempol semalam. JEMPOL – Mangsa letupan kapal tangki Bunga Alpina, Shahril Azmi Baharuddin, 28, yang ditemui mati terapung di Jeti Terminal Petronas Methanol Labuan pada Khamis lalu dijadual menamatkan zaman bujang hujung tahun ini. Perkara tersebut dimaklumkan oleh bapa mangsa, Baharuddin Yacob, 58, bahawa anak kedua daripada lima adik-beradik itu...

Peluk Islam 30 minit sebelum mati syahid

Inilah seorang lelaki Kristian bernama Husam Mikhail. Dia membantu tentera Bebas Syria dan akhirnya memeluk Islam. Dia menemui syahid selepas setengah jam memeluk Islam dan tidak pernah bersolat walau satu rakaat. Mikhail memperingatkan kita kepada seorang sahabat Rasulullah yang bernama Al-Asiram (atau namanya ‘Amru bin Thabit bin Qais) yang memeluk Islam dalam Perang Uhud lalu menemui syahid dalam perang tersebut. Dikhabarkan oleh baginda...

Kejam! Keychain guna hidupan air hidup

Keychain hidup yang mengandungi ikan, kura-kura dan hidupan air lain menjadi barangan yang begitu popular di China. Keychain hidup yang berukuran 7 cm ini kononnya didakwa mengandungi nutrisi oleh pembekalnya dan mampu hidup selama beberapa bulan. Namun, ikan ini akan mati tidak lama kemudian disebabkan kekurangan oksigen. Ianya dijual dengan harga serendah RM2, keychain ini mencatatkan jualan 10 unit dalam masa hanya 5 minit. Bayangkan...

Termakan sate kucing hitam

AMALAN membaca surah al-Fatihah dan ayat 81 surah Yunus dapat menghindari daripada terkena ilmu hitam. - Gambar hiasan PADA tanggal 1 Syawal tahun lalu, Zarina menerima undangan majlis rumah terbuka sempena sambutan hari raya di rumah jirannya. Biarpun menerima undangan itu dengan hati terbuka, hatinya terdetik sedikit rasa pelik kerana hubungan mereka sebelum ini dingin walaupun mereka tinggal berdekatan di sebuah kampung di Terengganu. Namun,...

Lusuh: Mutu wang kertas baru dipersoal

Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang. Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook. Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah...

Pelik! Ketam mempunyai wajah Osama Bin Laden

Satu penemuan luar biasa di Hat Island, Amerika Syarikat. Sebuah keluarga menemui ketam yang badannya mempunyai wajah seiras Osama Bin Laden.  Berita ini masih hangat diperkatakan masyarakat di sana, kisahnya bermula apabila keluarga Canfield sedang berlayar di perairan Hat Island bagi mengumpul ketam laut. Setelah selesai penangkapan, mereka mengasingkan dan melepaskan kembali ketam-ketam betina. Di wilayah ini terdapat peraturan yang...

Pesanan nanas terakhir

gambar hiasan RANTAU PANJANG: Seorang peniaga nanas yang juga ibu tunggal beranak tiga, maut dalam keadaan mengerikan apabila bukan saja dirempuh lori membawa muatan tanah bijih besi, malah terseret sejauh 12 meter dari gerainya ke dalam parit sebelum terperosok di bawah kenderaan berat itu dalam kemalangan di Kilometer 19, Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, dekat Gual Tinggi, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Nik Meriam...

Pusat tuisyen didakwa guna karikatur hina sahabat Nabi

Sulaiman TANGKAK – Sebuah pusat tuisyen di sini mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat, yang didakwa telah menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan baginda. Nota tersebut didakwa digunakan sebagai bahan rujuan bab Kerajaan Islam di Madinah. Menurut Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin, dalam nota berkenaan, terdapat 16 gambaran sahabat nabi yang dilukis mencerminkan perwatakan...

Erra rindu ayah

Nenek Erra, Rahimah Sakol. RAWANG: “Memang dia pernah bertanya mengenai ayahnya dan sekali-sekala meluahkan rasa rindu,” kata Rahimah Sakol, 76, nenek kepada penyanyi, pelakon dan bekas ratu cantik negara, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 38. Beliau mengulas pendedahan Erra mengenai identiti sebenar bapa kandungnya dalam iklan komersial ‘Jalinan Kasih di Aidilfitri’ yang akan ke udara secara eksklusif di Astro pada minggu...

Dahaga belaian gadis muda

MAKSIAT... seorang pelanggan tanpa segan silu melakukan aksi tak senonoh. KUALA LUMPUR: Ketika individu seusia sibuk bertadarus atau melakukan ibadat sunat sementara menunggu sahur, sekumpulan warga emas yang mengunjungi beberapa pusat hiburan di Lembah Klang terus hanyut dengan gelekan alunan irama dangdut premis berkenaan sambil dibelai pelayan pelanggan (GRO) muda. Lebih memalukan, ada di antara warga emas terbabit tanpa segan silu meneguk...

Bas 'Double Decker' yang unik

Sebuah bas dua tingkat yang popular di kota London tahun 1957 telah ditukar menjadi arca seni apabila dua lengan gergasi telah dipasang dan membuatkan bas tersebut boleh membuat gaya manusia melakukan tekan tubi. Ia dibuat untuk menjadikan Sukan Olimpik 2012 diingati dan menandakan pembukaan sukan tersebut di kota London pada hari Jumaat lepas. sumber- gambar-cool...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...