Sunday, July 29, 2012

Pelik! Ketam mempunyai wajah Osama Bin Laden

ketam pelik mempunyai wajah Osama bin Laden

Satu penemuan luar biasa di Hat Island, Amerika Syarikat. Sebuah keluarga menemui ketam yang badannya mempunyai wajah seiras Osama Bin Laden. 

Berita ini masih hangat diperkatakan masyarakat di sana, kisahnya bermula apabila keluarga Canfield sedang berlayar di perairan Hat Island bagi mengumpul ketam laut. Setelah selesai penangkapan, mereka mengasingkan dan melepaskan kembali ketam-ketam betina. Di wilayah ini terdapat peraturan yang melarang menangkap ketam betina kerana ia diperlukan bagi pembiakan seterusnya
.
Ketika memilih ketam, salah seorang ahli keluarga tersebut memegang handy cam dan merakamkan aktiviti mereka. Selesai aktiviti tersebut, mereka terus beredar pulang ke rumah. Ketika inilah, mereka memainkan kembali takaman yang dibuat waktu pengasingan ketam.

Betapa terkejutnya ketika menyedari terdapat sesuatu yang pelik dalam rakaman tersebut. Berita ini disebarkan oleh Chris Sullivan, Seorang pemberita Radio Kiro FM 97,3. Dia bersumpah bahawa cerita ini benar dan bukan rekaan, Sayangnya video ini tidak dimuat naik untuk dilayari umum menggunakan internet atas sebab-sebab tertentu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...