Sunday, July 29, 2012

Hantu Lembaga Hitam Pada Malam Jumaat

aksi awek uitm merakam gambar sendiri

Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan.

GAMBAR yang dirakam sendiri oleh Safura di rumah datuknya di Mersing ini jelas menunjukkan kemunculan imej lembaga hitam di belakangnya.

Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.

Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.

“Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.

“Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di belakang saya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...