2020556

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, January 15, 2013

Mesyuarat kabinet dalam air

Pada tahun 2009, Menteri-menteri kerajaan Maldives mengadakan mesyuarat kabinet di dalam air bagi mengetengahkan kesan pemanasan global terhadap Laut Hindi yang memberi kesan terhadap negara. Kedudukan Maldives kira-kira 2.1 meter (7 kaki) dari paras laut, dan kerajaan berkata mereka harus bersedia untuk dihapuskan jika paras air semakin meningkat. ...

Anak saudara Osama Bin Laden yang cantik

Siapa sangka wanita cantik ini merupakan salah seorang daripada anak saudara Osama Bin Laden. Wafah Dufour dilahirkan di bandar Santa Monica, California, dan merupakan anak kepada abang berlainan ibu Osama Bin Laden iaitu Yeslam bin Laden. Wafah merupakan seorang penyanyi dan juga model terkenal di dunia barat. Wafah enggan menggunakan nama sebenarnya Wafah bin Laden kerana tidak mahu dikaitkan dengan pengganas yang paling dikehendaki...

Jodie Foster mengaku lesbian

Beverly Hills: Aktres, Jodie Foster, mengesahkan khabar angin yang sudah sekian lama tersebar bahawa dia adalah lesbian. Jodie mengaku demikian pada majlis anugerah Golden Globe semalam. Bagaimanapun, secara berjenaka, aktres itu berkata, dia tidak akan mengadakan sidang akhbar untuk membincangkan kehidupan peribadinya. Jodie yang terkenal kerana menjalani kehidupan secara privasi, memeranjatkan penonton yang terdiri daripada selebriti...

Video: Tarian tiang dalam kereta api

Video seorang wanita yang tidak dinamakan menari tarian tiang di dalam kereta api di Wuhan, China, ini telah menarik perhatian ramai di internet. Ianya bukanlah perkhidmatan khas yang disediakan oleh syarikat pengangkutan ini, tetapi dilakukan secara sukarela oleh gadis tersebut. Beberapa penumpang lain mengambil kesempatan untuk menangkap gambar dan video gelagat wanita ini. Pihak berkenaan menegaskan perkara tersebut tidak pernah...

Karavan dalam hotel

Berlin: Jika dulu peminat aktiviti perkhemahan banyak bergantung kepada cuaca, pembukaan taman karavan tertutup pertama di dunia kini memberi lebih banyak kemudahan untuk sesiapa yang berminat. Pengalaman dalam hotel unik itu boleh dirasai sendiri di Berlin, apabila pelbagai jenis karavan klasik serta pondok kayu ditawarkan untuk pelanggan, termasuk di kalangan mereka yang cerewet. Dikenali sebagai Huttenpalast (Istana Pondok) menampilkan...

Video: Lelaki pancing ikan besar guna tangan

Satu kejadian yang luar biasa apabila seorang lelaki telah mengail ikan besar dengan hanya menggunakan tangan. Lelaki tersebut hanya menyuakan tangannya di atas permukaan air di sebuah jeti lalu datang seekor ikan dan terus menyambarnya. Ikan yang besar itu menggelepar apabila diangkat ke darat. Insiden luar biasa ini agak memeranjatkan malah menyebabkan mereka yang menyaksikannya kejadian tersebut menjerit kerana terlalu cemas. Dia terpaksa...

Fenomena lubang besar di sawah padi

BEIJING - Pihak berkuasa China menyiasat kejadian 20 lubang besar yang terbentuk di sebuah kawasan sawah padi di negara berkenaan. Setakat ini lebih 20 lubang misteri itu terbentuk di daerah Fukou, dalam wilayah Hunan sejak empat bulan lalu. Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati fenomena itu berpunca daripada industri perlombongan setempat yang menyebabkan sistem saliran bawah tanah di kawasan berkenaan musnah. Keadaan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...