2020557

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, November 5, 2012

Kanak-kanak 11 tahun mengaku bunuh murid

BANDAR RAYA QUEZON: Polis terpaksa menangani kes jenayah membabitkan dua suspek juvana dalam insiden berasingan di Taguig dan bandar raya ini sepanjang minggu lalu. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun disyaki menyebabkan kematian seorang murid berusia sembilan tahun di mana mayatnya ditemui di tapak lombong di Taguig. Kanak-kanak yang diletakkan di bawah kawalan pekerja sosial itu mengaku kepada ibunya mengenai insiden buli yang mengakibatkan...

Juliana Evans nafi cinta dengan mat salih

Di sebalik Taufan Sandy yang melanda di New York awal minggu lalu, pelakon Juliana Evans yang turut melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Amerika Syarikat, tidak terlepas daripada kontroversi apabila dirinya dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang jejaka dikenali sebagai Nate Miller. Khabar angin itu bertebaran berikutan penyebaran tiga keping gambar Juliana yang dilihat mesra bercuti bersama lelaki itu baru-baru ini di beberapa...

Harimau bintang baham 15 orang di Nepal diburu

KATHMANDU: Pihak berkuasa Nepal berusaha untuk membunuh seekor harimau bintang yang dipercayai membunuh 15 orang sejak 15 bulan lalu. Kepala mangsa terbaru haiwan itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, ditemui dalam hutan yang terletak kira-kira satu kilometer dari kediaman mangsa, kata Ketua Polis Daerah Baitadi, Kamal Prasad Kharel. Kawasan itu terletak kira-kira 600 kilometer ke barat Kathmandu. gambar hiasan CNN melaporkan,...

Alwaleed Arab paling kaya

RIYADH: Kekayaan bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal meningkat sebanyak 32 peratus kepada AS$ 22.9 bilion (RM69 bilion) tahun lalu, menjadikan beliau orang Arab paling kaya. Menurut senarai ‘200 Orang Paling Kaya Dunia’ yang dikeluarkan Bloomberg, kekayaan putera itu meningkat sebanyak AS$5.6 bilion (RM2 bilion) sepanjang 12 bulan lalu. Pengerusi Kingdom Holding berusia 57 tahun itu menduduki tangga ke-20 senarai berkenaan....

Dua beranak maut, isteri parah kemalangan

Orang ramai memenuhi kawasan kemalangan untuk melihat kejadian tersebut. TELOK PANGLIMA GARANG - Seorang lelaki dan anaknya maut manakala isterinya cedera parah pada bahagian kepala selepas kereta jenis Wira Aeroback dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang terbabas dari arah bertentangan berhampiran Balai Polis Telok Panglima Garang di Kilometer 16, Jalan Klang-Banting, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11.15...

Fabregas kebas isteri jutawan

LONDON: Seorang jutawan semalam menceritakan bagaimana dia dan isterinya berusaha untuk mendapatkan anak ketiga apabila mendapati wanita itu bermain kayu tiga dengan bintang bola sepak, Cesc Fabregas. ELIE dan Daniella. Jutawan hartanah, Elie Taktouk mengetahui kecurangan isterinya apabila melihat gambar bekas kapten Arsenal itu bercuti dengan ‘wanita misteri berambut perang’ yang menurutnya ialah isterinya, Daniella Semaan, 38, dalam akhbar....

Makam Rasulullah akan diroboh

MADINAH: Tiga masjid tertua dunia, termasuk makam Nabi Muhammad (SAW) akan dimusnahkan apabila Arab Saudi meneruskan rancangan untuk meluaskan kawasan Masjid Nabawi. Kerja pembinaan di masjid kedua paling suci itu di Madinah, tempat Rasulullah (SAW) dimakamkan, dijadual bermula bulan depan. Akhbar The Independent melaporkan, berdasarkan pelan cadangan, kawasan itu akan dibangunkan semula, termasuk pembinaan masjid yang boleh memuatkan 1.6...

Bangunan paling Hodoh dibuka tahun depan

PYONGYANG: Hotel berbentuk piramid setinggi 105 tingkat yang dibina di ibu negara Korea Utara ini sejak lebih 20 tahun lalu, akhirnya akan dibuka. Sebahagian Hotel Ryugyong diharap dapat dibuka pertengahan tahun depan, 26 tahun selepas pembinaannya bermula. Ia adalah bangunan ke-47 paling tinggi di dunia dengan ketinggan 335 meter dan mempunyai jumlah aras kelima paling banyak. Reto Wittwer, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kempinski AG,...

Rangka Perisik ditemukan

SURREY - Rangka seekor burung merpati yang ditugaskan menghantar mesej ketika Perang Dunia Kedua ditemukan oleh seorang warga emas baru-baru ini, bersama satu kapsul kecil yang mengandungi kod rahsia pada pergelangan kakinya. David Martin, 74, menemukan rangka burung itu ketika dia merancang untuk menggunakan semula tempat pendiang api yang sudah lama tidak digunakan, ketika melakukan pengubahsuaian kediamannya. Pakar percaya, burung itu...

Pemandu teksi mati dikelar

Polis forensik sedang mengumpulkan bukti untuk menjalankan siasatan. - Foto Ihsan Sin Chew Daily KUALA LUMPUR -  Seorang pemandu teksi ditemui mati dalam keadaan lehernya dikelar di tempat duduk pemandu kenderaannya di Jalan Tun H.S Lee, awal pagi kelmarin. Kejadian disedari orang awam kira-kira jam 12.44 pagi selepas mendapati kenderaan tersebut dalam keadaan berasap. Mayat lelaki berusia 26 tahun ditemui dengan keadaan mulutnya disumbat...

Wanita dipaksa tebus Dosa

MANAMA: Seorang wanita muda Arab Saudi dipaksa berkahwin dengan sepupunya yang buta sebelah mata akibat perbuatannya ketika mereka kanak-kanak. gambar hiasan Laman berita Arab Saudi, Sabaq, melaporkan, si lelaki gagal mencari calon isteri menyebabkan bapanya, mendesak anak perempuan adiknya mengahwini anaknya. Wanita berkenaan tercucuk mata sepupunya itu dengan penyapu ketika mereka kanak-kanak.  sumber- AN...

Buli: Kau nyanyi Anak Kampung

MALU...rakaman video yang menunjukkan mangsa diherdik pegawai atasan. JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan mendakwa dibuli ala budak sekolah oleh dua pegawai atasannya apabila diarah berdiri di atas kerusi, sebelum diminta menyanyikan lagu Negaraku dan Anak Kampung, kerana kesalahan tidur ketika bertugas. Kejadian dikatakan berlaku di sebuah hospital awam, di sini pada 23 Oktober lalu dan aksi buli itu dirakam menerusi telefon bimbit...

Gadis diperkosa lima rakan lama

KUALA LUMPUR: Pertemuan dengan lima rakan untuk makan malam membawa padah kepada seorang remaja berusia 17 tahun apabila dia dikurung di sebuah hotel di Chow Kit dan dirogol bergilir-gilir selama tiga hari sebelum diselamatkan pekerja hotel berkenaan, kelmarin. Mangsa yang berasal dari Datuk Keramat terjumpa lima rakan lamanya yang berasal dari Sabah di ibu kota pada jam 8 malam Khamis lalu. gambar hiasan Mangsa yang mahu dikenali sebagai...

Maut terhempas dari tingkat 6

ANAK panah menunjukkan arah seorang wanita terjatuh dari tingkat enam Apartmen Ixora, Jalan Tun Razak semalam. KUALA LUMPUR - Seorang wanita Sarawak yang baru tiba di sini untuk mengubati penyakit misteri yang didakwa berpunca daripada rasukan makhluk halus mati selepas tiga jam dia ditemui dalam keadaan parah akibat terjatuh dari tingkat enam Apartmen Ixora, Jalan Tun Razak, Pudu di sini kelmarin. Wong Wei Sing, 54, disahkan mati ketika dirawat...

Cucu saksi nenek dibunuh

ORANG ramai berkumpul di rumah tempat Sadariah ditemui mati akibat dibunuh dua penyamun yang memecah masuk rumahnya di Sabak Bernam semalam. SABAK BERNAM – Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui pengalaman paling sukar dalam hidupnya apabila menyaksikan bagaimana neneknya dibunuh oleh dua penyamun yang memecah masuk rumah kedai warga emas itu di Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar di sini semalam. Mohd. Hafizul Azuan...

Ukiran unik di Lapangan Terbang Wellington

SEORANG lelaki merakamkan gambar ukiran Gollum. WELLINGTON - Satu ukiran unik yang menunjukkan Gollum iaitu watak fiksyen dalam filem The Lord of the Rings dipamerkan di Lapangan Terbang Wellington di sini sejak 31 Oktober lalu. Ukiran sepanjang 13 meter itu dihasilkan oleh artis seni Jepun, Masayuki Ohashi dengan menggunakan polistirena, gergaji rantai dan teknologi robot. Gollum merupakan watak yang diperkenalkan dalam novel fantasi The...

Makam puteri Firaun ditemui

TIGA ukiran patung ditemui di makam Puteri Nebti di selatan Kaherah baru-baru ini. KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Republik Czech menemui makam seorang puteri Firaun yang berusia 4,500 tahun di selatan bandar raya ini. Makam Puteri Shert Nebti itu dikelilingi kubur empat pegawai tinggi di Kompleks Abu Sir berdekatan piramid Saqqara. Penemuan itu didedahkan Ketua Jabatan Mesir dan Yunani-Romawi, Kementerian Antikuiti, Mohammed El-Bialy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...