2020580

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, August 27, 2012

Penganut Syiah Mati Dan Cedera Di Indonesia

JAKARTA - Polis Indonesia menahan tujuh orang yang didakwa terbabit dalam serangan terhadap penganut Syiah di daerah Sampang, Pulau Madura, Wilayah Jawa Timur, pada Ahad. Dua penganut Syiah dilaporkan terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam insiden itu yang berlaku di sub-daerah Omben. "Setakat ini, tujuh orang ditahan sebagai suspek. Hanya selepas itu dalangnya yang hanya dikenali dengan huruf awalan R, ditahan. Ada tiga orang lagi...

Tauke Raja Lawak Bercerai

Tauke dan Meera PELAWAK yang lahir menerusi program realiti Raja Lawak terbitan Astro, Tauke, mengesahkan bahawa dia dan isterinya sudah tidak mempunyai sebarang ikatan, sejak dua minggu lepas. Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 36, menjelaskan dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas Meera, 23, pada 12 Ogos lalu. “Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu...

Amyza Aznan keguguran

Amyza Aznan PELAKON yang terkenal menerusi drama bersiri 3T: Tan, Tin, Tun, Amyza Aznan, 36, berkongsi berita mengenai keguguran kandungan yang baru berusia tiga minggu. Perkara itu disahkan sendiri pelakon itu menerusi laman Twitternyapetang ini, antara lain menulis, “takde rezeki.  Perancangan ALLAH lebih baik.  Aku redha.  Keguguran anak ketiga.” Bagaimanapun dia tidak menyebut bila mengalami keguguran. Pelakon manis...

Katie Holmes meminta maaf pada Tom Cruise

25 Ogos – Aktres terkenal Hollywood, Katie Holmes dikatakan meminta maaf pada Tom Cruise kerana mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya yang juga merupakan aktor terkenal Hollywood. Menurut laporan daripada Showbizspy, satu sumber telah memberitahu bahawa Holmes kini berasa tertekan dan menyesal dengan tindakannya bercerai dengan suaminya itu. Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan apabila Holmes dengan tiba-tiba menceraikan suaminya...

11 kematian pelakon ketika penggambaran

Kematian tidak mengenal masa dan bila-bila masa saja nyawa seseorang boleh ditarik. Bagi para pelakon ini pula, sama ada kemalangan di set penggambaran atau di luar, mereka tidak sempat menghabiskan filem mereka sebelum ajal menjemput. Bruce Lee & "Enter The Dragon" Ketika dia berada di Hong Kong untuk melakukan kerja alih suara untuk filem "Enter The Dragon" pada tahun 1973, Bruce Lee telah dimasukkan ke Hospital Baptist Hong Kong kerana...

Avril Lavigne tayang cincin tunang

27 Ogos - Penyanyi Rock kelahiran Kanada, Avril Lavigne mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan telah bertunang dengan salah seorang ahli kumpulan Nickelback, Chad Kroeger. Tidak ramai yang mengetahui perhubungan mereka yang mulai termeterai pada Februari tahun lalu sehinggalah pada 8 Ogos yang lalu. Avril dan juga Kroeger menayangkan cincin tunang yang bertahtakan 14 karat berlian setelah bersama lebih kurang enam bulan. Lavigne, 27,...

Hotel Gelandangan Jalan Tun Perak

Kumpulan gelandangan ini sedang nyenyak tidur di kawasan kaki lima di Dataran Menara Maybank, Jalan Tun Perak, kelmarin. KUALA LUMPUR – Dataran Menara Maybank, Jalan Tun Perak dekat sini terus menjadi rumah sementara bagi golongan pengemis dan gelandangan berehat tidak kira siang ataupun malam meskipun pelbagai operasi dijalankan pihak berkuasa sejak Ramadan lalu. Apa yang pasti, kewujudan golongan ini bagi sesetengah orang amat merimaskan...

Lelaki maut rempuh bas

Remuk... Anggota bomba sedang melakukan pemeriksaan pada kenderaan mangsa. GEORGETOWN - Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah bas dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Paya Terubong, Air Itam di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Yong Kean Aik, 34 dikatakan memandu laju sebelum kenderaannya terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh bas. Akibat...

Harap kekal bersama Super Junior

Choi Siwon ANGGOTA kumpulan Super Junior, Choi Siwon atau Siwon mengungkapkan keinginannya untuk bersama Super Junior buat selama-lamanya dan berharap kumpulan tersebut tidak akan berpecah. Pengakuan tersebut dibuat Siwon menerusi temu ramahnya bersama majalah First Look, baru-baru ini. Menurut Siwon, kekerapan bersama menjayakan persembahan membuatkan perhubungan di antara anggota Super Junior yang lain begitu akrab. Malah Siwon tidak...

Lagu Wonder Girls dipuji

Wonder Girls LAGU terbaru kumpulan Wonder Girls, Like Money yang merupakan kolaborasi mereka bersama Akon mendapat reaksi positif dari peminat serta penggiat muzik di Amerika Syarikat. Like Money bukan sahaja diputarkan di corong radio, bahkan mendapat perhatian dari pihak MTV. Lagu bergenre elektronik itu menyaksikan Akon menyanyikan beberapa rangkap rap dalam lagu itu. “Wonder Girls sudah mencetuskan satu fenomena baru apabila berjaya...

Gempar! Artifak pelik seakan kepala paip

Ramai yang berasa sangsi setelah melihat artifak ini. Objek ini dibuat sepenuhnya menggunakan logam seakan-akan kepala paip besi yang berada dalam zaman sekarang. Ianya juga mempunyai lubang-lubang kecil seakan membenarkan udara atau air untuk keluar masuk. Dari info yang jelas, alat ini memainkan peranan yang sama seperti cawat besi. Ianya digunakan sekitar awal 1800an hingga 1900an untuk mengawal nafsu lelaki.  Dengan pemakaian...

Jambatan dua terowong yang menakjubkan

ORANG ramai menghadiri majlis pembukaan Jambatan Gantung Aizhai pada Mac lalu. MENAKJUBKAN. Itulah perkataan yang boleh digambarkan jika anda melihat kehebatan sebuah jambatan gantung di China yang diiktiraf sebagai jambatan gantung tertinggi di dunia. Terletak berdekatan Jishou, wilayah Hunan, Jambatan Gantung Aizhai yang mempunyai panjang 1,176 meter dan berketinggian 330 meter, dibina sejak Oktober 2007 dan mengambil masa lima tahun sebelum...

Orang Kaya Baru Disembelih

USUNG...polis mengusung mayat mangsa (gambar kecil) yang mati dipercayai disembelih di dalam bilik tidur. BALIK PULAU: Seorang lelaki tidak sempat membelanjakan wang hasil jualan tanahnya berjumlah ratusan ribu ringgit selepas dibunuh dengan kejam apabila disembelih dalam keadaan tangan terikat di rumahnya di Mukim A, Kampung Sungai Pinang, di sini, semalam. Mayat Ghadzali Ahmad, 52, ditemui terbaring tanpa baju dan hanya berkain pelekat oleh...

Exco akui harga makanan mahal

A Rahman (kiri) ketika melakukan tinjauan di sebuah restoran dalam operasi tinjauan harga, semalam. KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar mengakui harga makanan di negeri ini mahal seperti yang diadukan pengunjung luar. Menurutnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan harga makanan mahal di  Terengganu berbanding di negeri lain. “Dari segi kedudukan,...

Wanita Togo mula mogok seks paksa presiden letak jawatan

Isabelle Ameganvi LOME, Togo - Kaum wanita Togo memulakan mogok seks selama seminggu mulai hari - salah satu pendekatan kumpulan hak asasi sivil bagi menuntut presiden negara itu meletakkan jawatan. Wanita di negara itu digesa tidak mengadakan hubungan seks dengan suami atau pasangan masing-masing mulai hari ini, kata ketua sayap wanita kumpulan Let's Save Togo, Isabelle Ameganvi. Laporan Associated Press memetik Ameganvi berkata,...

Waris mangsa kemalangan lebuh raya mahu pampasan setimpal

Dari kiri: Fadzry Tan, Abu Talib dan Baba bersama keratan akhbar mengenai kemalangan yang meragut nyawa anak mereka. MELAKA - Keluarga tiga mangsa kemalangan maut bas di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara - Selatan, berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dua tahun lalu, masih mengharapkan pampasan setimpal berikutan kehilangan nyawa anak masing-masing dalam kejadian berkenaan. Menurut mereka, pampasan RM10,000 sebagai ganti rugi kesedihan,...

Pasaraya Mydin terbakar

Bahagian hadapan Pasaraya Mydin yang terlibat kebakaran awal pagi semalam. KOTA BHARU - Pasaraya Borong Mydin di Jalan Pintu Pong di sini, terbakar awal pagi semalam, sehingga memusnahkan sebahagian hadapan premis tersebut. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Abdullah Din Mohamed berkata, kejadian yang berlaku pada jam 2.40 pagi itu melibatkan kaunter simpanan barangan, sebuah kiosk jualan makanan dan pintu masuk serta keluar premis...

Kari daging kucing enak

Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar. "DAGING kucing memang enak dimakan, malah  lebih lazat  apabila dimasak kari," kata Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar. Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan  hanya senyuman manis  sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya. Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak  selepas mendapat maklumat pemuda tersebut...

Bouncer disko ditembak ala Mafia

ANGGOTA polis menyiasat tempat dua pengawal mati ditembak oleh sekumpulan enam lelaki di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Sekumpulan enam ahli kongsi gelap yang berang selepas dihalang daripada memasuki sebuah pusat hiburan bertindak ala mafia apabila menembak mati dua pengawal disko itu dalam kejadian di Jalan Doraisamy di sini semalam. Kejadian pukul 4.30 pagi itu mengakibatkan Mohd. Akmal Jemain...

Pelesit Jalanan maut berlumba

MAYAT Sattindran terbaring di tengah jalan selepas motosikal yang ditunggangi merempuh belakang sebuah lori di Persiaran Raja Muda Musa, Klang semalam. KLANG – Seorang pemuda dipercayai pelesit rempit terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori di Persiaran Raja Muda Musa di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 5.30 pagi, mangsa, S. Sattindran, 20, maut di tempat kejadian selepas motosikal Yamaha RXZ yang...

Khasiat Tersembunyi Nenas Batu

Nenas batu Nenas batu turut dikenali sebagai Bunga Kembang Setahun. Nama bunga kembang setahun diambil berdasarkan keunikan bunga ini yang tidak layu atau rosak walaupun disimpan terlalu lama. Ianya banyak digunakan sebagai herba perubatan terutamanya oleh masyarakat Timur Tengah. Penggunaan Nenas batu ini sememangnya telah diamalkan oleh Puteri-Puteri Raja Mesir Kuno untuk kesihatan. Khasiat Nenas Batu 1. Mengecutkan rahim selepas bersalin,...

Pengembara mati dibaham beruang di Taman Negara Denali

ANCHORAGE (Alaska): Seorang pengembara di Taman Negara Denali, mengambil gambar seekor beruang untuk kira-kira lapan minit sebelum haiwan itu menyerang dan membunuhnya. Ia adalah serangan maut yang pertama direkod dalam sejarah taman itu, kata pegawai, semalam.  Superintenden Taman Negara Denali, Paul Anderson berkata, penyiasat menemui kamera pengembara itu dan melihat klip yang menunjukkan beruang itu sedang berjalan dan tidak bertindak...

Tragis! Anak disangka monyet

KATHMANDU: Seorang petani di selatan Nepal, menembak mati anak lelakinya berusia 12 tahun kerana disangka seekor monyet mahu mencuri tanamannya, kata polis semalam. Chitra Bahadur Pulami memanjat pokok untuk menghalau monyet yang sering mengganggu keluarga mereka tetapi bapanya, Gupta Bahadur, 55 ternampak budak lelaki itu lalu melepaskan tembakan kerana menyangka anaknya itu adalah haiwan berkenaan. Deputi Superintenden daerah Arghakhanci,...

Menjijikkan! Pertandingan makan embrio itik

SEBAHAGIAN peserta pada pertandingan makan embrio itik pertama di New York kelmarin. NEW YORK - Satu pertandingan memakan telur mengandungi embrio anak itik yang sempurna kali pertama diadakan di Amerika Syarikat (AS) kelmarin Dikenali sebagai balut, telur berkenaan merupakan antara makanan menjijikkan di dunia. Acara ekstrem tersebut dianjurkan oleh restoran Maharlika yang menjual masakan Filipina di sini. "Telur ini direbus dan dihidangkan...

36 maut bas langgar lori tangki

KEADAAN sebuah bas dan lori selepas kemalangan di sebuah lebuh raya di Yan'an, Beijing semalam. BEIJING - Seramai 36 orang terbunuh apabila sebuah bas dua tingkat melanggar belakang sebuah lori tangki di sebatang lebuh raya di utara China semalam, lapor media negara berkenaan. Agensi berita rasmi Xinhua menyatakan, rempuhan tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar. Menurut Xinhua, ketika kejadian sekitar pukul 2 pagi semalam (waktu...

Robot Kumbang Yang Menakjubkan

HIDUNG robot Kabutom RX-03 boleh mengeluarkan asap. TOKYO - Seorang jurutera Jepun, Hitoshi Takahashi membina sebuah robot berbentuk seperti seekor kumbang gergasi dinamakan Kabutom RX-03. Robot sepanjang 11 meter dengan berat 17 tan itu diperkenalkan kepada orang ramai dalam satu demonstrasi di sini semalam. RX-03 boleh bergerak dengan menggunakan enam kakinya. Dijana enjin diesel berkuasa tinggi, robot berkenaan turut mengeluarkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...