2020566

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, August 21, 2012

Hiasan pentas yang luar biasa

Pentas luar biasa ini dibina untuk Tomorrowland Festival di Belgium yang telah diadakan pada 26-29 Julai 2012 yang lalu. Sambutan dari penonton adalah amat menggalakkan. Pentas ini dihiasi dengan buku-buku gergasi kisah dongeng yang menjadi bahan bacaan sejak dahulu hingga sekarang. ...

Wartawan Jepun terbunuh di Syria

Mika Yamamoto TOKYO – Seorang wartawan Jepun, Mika Yamamoto terbunuh ketika membuat liputan di kawasan Aleppo, Syria yang berhadapan dengan pergolakan. Kementerian Jepun hari ini mengesahkan kematian Mika, 45, yang merupakan koresponden perang bagi agensi berita Japan Press. Mika dilaporkan membuat liputan bersama seorang rakan sekerja ketika terbunuh. Bagaimanapun belum diketahui bagaimana dia terbunuh. Mayat wartawan itu telah diterbangkan...

Mayat menteri Filipina ditemui bersama pesawat dalam air

Jesse Robredo MANILA - Mayat Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Jesse Robredo yang hilang bersama pesawat yang dinaikinya Sabtu lalu, ditemui hari ini. Mayatnya Robredo dikeluarkan dari bangkai pesawat ringan kira-kira 55 meter (180 kaki) dari kawasan air, kata Setiausaha Pengangkutan, Mar Roxas. Beliau disifatkan sebagai seorang pemimpin yang 'paling mulia' oleh jurucakap Presiden Benigno Aquino. Tiga lagi penumpang turut berada dalam...

20 tahun pakai mata batu

Zaina menunjukkan mata batu (kanan) yang dipakainya. KUALA KETIL - Seorang ibu tunggal yang mempunyai kecacatan penglihatan sejak lebih 20 tahun lalu tidak mengetahui terdapat bantuan kewangan bulanan yang dikhaskan golongan sepertinya selama ini. Zaina Harun, 48, dari Kampung Jawa Batu 2, menggunakan mata batu di mata kanannya selepas terlibat dalam kemalangan ketika umurnya 12 tahun. Keadaan itu membuat penglihatannya terbatas apabila...

Keunikan lapangan terbang Gibraltar

Kebiasaannya, jalan raya ditutup untuk memberi laluan kepada kereta api. Berbeza pula dengan Pulau Gibraltar di United Kingdom, jalan raya ditutup untuk memberi laluan kepada kapal terbang. Gibraltar International Airport adalah lapangan terbang yang luar biasa. Landasannya terletak betul-betul di atas lebuhraya yang menghubungkan pulau ini dengan Sepanyol. Setiap kali kapal terbang berlepas atau mendarat, trafik akan ditutup. Lapangan...

Lebuhraya menembusi bangunan di Jepun

Jepun sememangnya dikenali sebagai salah sebuah negara paling sibuk di dunia dan bukan mudah untuk membina lebuhraya di sana. Tambahan pula, bandar-bandar di Jepun kebanyakan bangunannya terlalu rapat sehingga tiada ruang langsung untuk pembinaan jalan baru. Oleh itu, insentif baru telah diambil dan mereka memikirkan langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Hasilnya, sebuah lebuhraya yang menakjubkan menembusi bangunan...

Mendapat hidayah semasa 'mati'

Mohd Fadhil menceritakan kisah ‘luar biasa’ yang membawa kepada pengislamannya sejak 12 tahun lalu. KUANTAN - “Saya benar-benar terkejut apabila ahli keluarga memberitahu bahawa saya ‘sudah mati’ malah rekod perubatan tertera pengesahan itu,” kata Chow King Kong atau Mohd Fadil Chow Abdullah, 38, salah seorang mangsa kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, 14 tahun lalu. Katanya, ALLAH Maha Berkuasa,...

Nenek 76 tahun kena cabul

Loo Moi (kanan) ditemani Pengerusi Rukun Tetangga, Tan Seong Fatt (kiri) dalam sidang media, semalam. IPOH – Rutin harian seorang nenek mengambil angin pada awal pagi bertukar menjadi pengalaman pahit apabila wanita berusia 76 tahun itu menjadi mangsa cabul di kawasan Pasir Pinji,  Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, Kuan Loo Moi dalam perjalanan pulang selepas selesai melakukan senaman pagi bersama rakan-rakannya...

Bot terbang?

Ramai menyangka bahawa apa yang mereka lihat pada gambar ini adalah bot terbang. Sebenarnya jangkaan tersebut jauh meleset. Gambar ini adalah tulen dan tiada sebarang manipulasi. Bot tersebut kelihatan seakan terbang dan terapung di udara kerana tahap kejernihan air di situ begitu baik. Lokasi gambar tersebut adalah di One House Bay, Greece. ...

Zon merokok di jepun

Idea kreatif untuk mereka yang tegar merokok terutama di kawasan larangan. Dengan tiub khas yang dihasilkan, asap rokok akan keluar terus dari permis tersebut tanpa mengganggu pelanggan lain. Namun, kelihatan agak janggal kerana mereka yang berada di dalam tiub tersebut tidak ubah seperti haiwan di dalam balang. Perokok juga mungkin berasa tidak selesa untuk berada di sesebuah permis sebegitu dalam jangka masa yang lama. Seseuaikah idea ini dipraktikkan...

Bantal pengganti jam loceng

The Glo Pillow adalah bantal lembut yang juga berfungsi sebagai jam loceng. Lampu LED yang terdapat di dalam bantal tersebut akan bercahaya perlahan-lahan 40 minit sebelum mengejutkan pembangunnya dari tidur mengikut masa yang telah ditetapkan. Bererti ianya mengejutkan penggunanya secara lembut atau natural tanpa perlu berkasar. Penggunanya juga akan berasa lebih selesa untuk bangun berbanding penggunaan jam loceng biasa yang berbunyi secara...

Kapal layar mini guna alat kawalan

SALAH seorang anggota Kelab Model Kapal Layar Central Park memerika kapal layar mini kawalan jauh miliknya di New York pada 11 Ogos lalu. NEW YORK - Pada setiap hari Sabtu, terdapat perlumbaan kapal layar mini kawalan jauh yang diadakan di Central Park di sini. Perlumbaan itu disertai oleh anggota-anggota Kelab Model Kapal Layar Central Park. Mereka akan bersaing sesama sendiri untuk mengendalikan kapal layar tersebut yang mempunyai kemudi...

Wajah terbaharu pembunuh John Lennon

GAMBAR terbaharu Jabatan Pemulihan New York yang menunjukkan wajah Chapman. NEW YORK - Pembunuh penyanyi legenda Britain yang juga bekas anggota kumpulan The Beatles, John Lennon kelihatan kurus berbanding ketika dia mula dipenjarakan, lapor akhbar New York Daily News kelmarin. Gambar terbaharu yang didedahkan Jabatan Pemulihan Negeri New York pada 19 Ogos lalu menunjukkan perubahan muka pada wajah pembunuh itu, Mark David Chapman. Pada...

Adegan cemas di atas bumbung

BADAN Fi ditarik semula ke atas bumbung bangunan. ZHANJIANG - Seorang wanita yang membunuh anak saudaranya diselamatkan oleh beberapa saudara, rakannya dan anggota penyelamat selepas dia mahu membunuh diri dengan terjun dari bumbung sebuah bangunan di wilayah Guangdong, China pada 14 Ogos lalu, lapor agensi berita Reuters semalam. Wanita itu, Sheng Fi mengancam untuk terjun selepas dia mencampakkan seorang anak saudara lelakinya yang berusia...

Siapa Natalia Partyka?

Natalia Partyka adalah salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan pingpong sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini dan beliau telah mewakili negara Polish. Menariknya, beliau dilahirkan tanpa tangan dan lengan kanan tetapi mengambil bahagian untuk perlawanan pingpong atlet yang cukup fizikal. Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1989. Sebelum ini, beliau dikatakan telah menjuarai banyak pingat emas untuk kejohanan sukan Paralimpik....

Kisah beruang kutub dengan anjing peliharaan manusia yang menyentuh perasaan

Latar belakang yang berbeza bukanlah menjadi faktor penghalang untuk bergelar sahabat. Begitulah kisah sebenar seekor beruang kutub yang berkawan dengan anjing peliharaan manusia. Walaupun berlainan spesis, persahabatan mereka dilihat terlalu akrab. Gambar ini diambil di Hudson Lake di Manitoba, German oleh seorang jurugambar hidupan liar Norbert Rosing. Pada mulanya dia agak terkejut apabila melihat beruang kutub tersebut mendekati...

Spesies burung hantu baharu ditemui

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan dua ekor spesies baharu burung hantu di Pulau Camiguin, Filipina. MANILA - Sekumpulan saintis dan pemerhati burung menemui 10 spesies baharu burung hantu di Filipina dengan menggunakan peralatan canggih, kata beberapa pegawai pemuliharaan kelmarin. Menurut Pengarah Lapangan Program Pemuliharaan Kepelbagaianbio Filipina, Lisa Paguntalan, kebanyakan spesies baharu itu kemungkinan terancam kerana ia hanya...

'Mangga cinta' tidak dilarang di Paris

GAMBAR fail menunjukkan 'mangga cinta' yang terdapat di Jambatan Pont des Arts di Paris pada 4 Oktober 2010. - AFP PARIS - Pihak berkuasa Dewan Bandar Raya Paris tidak melarang orang ramai meletakkan 'mangga cinta' di beberapa jambatan di Sungai Seine di sini. 'Mangga cinta' itu diletakkan di pagar jambatan atau di tempat awam lain oleh pasangan lelaki dan perempuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka. "Kami membenarkan fenomena itu...

Tempah maut dalam terowong

Pengurus Geologi North Borneo Gold, Murray Stevens memantau kawasan perlombongan haram di kaki Gunung Tabai di Bau, Sarawak baru-baru ini. KUCHING – Meskipun lombong emas di kaki Gunung Tabai, Bau di sini sudah memakan tiga korban, para pelombong emas haram tidak pernah serik untuk mencari logam berharga itu sejak berbulan-bulan lalu. Lebih menjengkelkan, mereka bukan sahaja mencuri emas dari lombong berkenaan bahkan sanggup pula memberi...

Kanak-kanak maut dilanggar pacuan empat roda

Anggota keluarga mangsa menunggu untuk menuntut jenazah Muhammad Dini di Hospital Pasir Mas. RANTAU PANJANG - Seorang kanak-kanak maut setelah dilanggar pacuan empat roda ketika melintas jalan di Kampung Bukit Lata di sini, petang ini.  Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Muhammad Dini Harith Nahiran, 6, dikatakan sedang menyeberangi jalan untuk pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian.  Ketua Polis...

Pengarah Hollywood Scott ditemui mati, terjun jambatan

Tony Scott LOS ANGELES –  Pengarah filem Hollywood, Tony Scott, yang popular kerana filem Top Gun lakonan Tom Cruise, ditemui mati, dipercayai terjun dari sebuah jambatan di sini, semalam. Pejabat Koroner Los Angeles berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu sebagai tindakan membunuh diri. Abang kepada pengarah filem Alien, Ridley, ini terkenal kerana mengarahkan filem-filem aksi pada 1980-an. Antara filem popular beliau ialah...

Lagi teruk jika sedar

KUALA LUMPUR: Bagi pasangan suami isteri, Mat Zaki Hussin, 45, dan Norliyati Hamid, 41, sambutan Aidilfitri tahun ini semakin pilu kerana anak mereka Nurul Firzanah, 16, yang dibakar teman lelaki pada 13 Ogos lalu bukan saja masih koma, malah doktor memaklumkan dia akan kekal begitu sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan akan datang. “Kata doktor, Nurul hanya akan terjaga daripada koma dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada sekarang....

Dugaan Aidilfitri

MARAK...angota bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang melibatkan sembilan buah rumah. SIBU: Kegembiraan menyambut Syawal kepada 90 penghuni sembilan rumah di Kampung Nangka, di sini, berakhir dengan kesedihan apabila rumah mereka terbakar awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, lima rumah penduduk terbabit musnah manakala empat lagi terbakar sebahagian dan kejadian dipercayai berpunca daripada pelita minyak tanah yang diletakkan...

Sambut raya di tepi kubur

BANTU IBU...Putri Nursakirah (kiri) melayan pelanggan memilih bunga di gerainya. JOHOR BAHRU: Ketika rakan sebaya teruja menyambut ketibaan Aidilfitri, dua beradik dari Kempas, di sini, rela mengetepikan keinginan bersuka ria demi membantu ibu bapa mencari rezeki. Putri Nursakirah Mohd Safari, 15, dan Mohd Safizan, 12, berkata, sejak kecil hingga sekarang mereka mengikut ibu bapa berniaga bunga hidup untuk dijadikan hiasan di pusara. Putri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...