Mohd Fadhil menceritakan kisah ‘luar biasa’ yang membawa kepada pengislamannya sejak 12 tahun lalu. |
KUANTAN - “Saya benar-benar terkejut apabila ahli keluarga memberitahu bahawa saya ‘sudah mati’ malah rekod perubatan tertera pengesahan itu,” kata Chow King Kong atau Mohd Fadil Chow Abdullah, 38, salah seorang mangsa kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, 14 tahun lalu.
Katanya, ALLAH Maha Berkuasa, ketika persiapanmenuntut dan membawa pulang mayatnya sudah dilakukan keluarga, tiba-tiba mereka dikejutkan kejadian luar biasa apabila mayat terbaring kaku itu kembali bernyawa.
“Saya disahkan ‘kembali sedar’ dan ambil masa kira-kira lima tahun untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan itu,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis anjuran Yayasan Pahang bersama Persatuan Cina Muslim Pahang (MACMA) dan Pusat Perkembangan Tamadun Masyarakat Asli (Petama) di sini, kelmarin.
Mohd Fadhil berkata, dia bersyukur kerana mendapat peluang kedua bagi membolehkan dia memperbetulkan perjalanan hidupnya.
“Ternyata ada rahmat di sebalik kemalangan yang ‘meragut’ nyawa saya itu kerana di sebalik dugaan itulah ALLAH memilih King Kong menerima hidayah-Nya,” kata bapa kepada empat anak ini.
Mohd Fadhil mengakui, di saat nyawanya berada di penghujung, seorang lelaki berjubah dan bersongkok putih dengan bau harum mendampinginya sambil perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran di telinga.
“Kehadiran ‘lelaki’ itu beri satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukan Islam dan peristiwa itu berlaku ketika saya 'koma',” katanya.
Menurutnya, kejadian itu buka pintu hatinya memahami Islam dan seterusnya ambil keputusan ‘berhijrah’ sebagai Islam dua tahun selepas peristiwa itu pada usia 26 tahun.
“Selepas memeluk Islam, jiwa dan hati saya semakin tenteram. Saya banyak belajar daripada isteri, Salamah Mahmud, 32, yang sentiasa beri perangsang dan nasihat bagi bina semula kekuatan.
sumber- Sinar
0 comments:
Post a Comment