2020562

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Saturday, September 1, 2012

Maria Sharapova putus tunang

Pemain tenis dunia dari Rusia, Maria Sharapova bersama bekas tunangnya, bekas pemain Laker, Sasha Vujacic. PEMAIN tenis dunia dari Rusia, Maria Sharapovaberkata, hubungannya dengan tunang, bekas pemain Laker, Sasha Vujacic sudah pun berakhir. Sharapova menjelaskan, “saya sudah putus(pertunangan) sejak awal tahun ini.” “Saya sebenarnya menunggu seseorang untuk bertanya mengenai perkara itu (putus tunang) tetapi tiada seorang pun yang berbuat...

Unik! Singapura sedia garaj dalam rumah

Kereta mewah diangkut menggunakan lif khas. SINGAPURA - Pemilik rumah apartmen atau kondominium sering mengalami masalah untuk mermakir kereta mewah mereka kerana khuatir ia mungkin akan menjadi objek vandalisme pihak tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, penduduk di Singapura tidak lagi akan menghadapi masalah itu kerana sebuah apartmen eksklusif 30 tingkat yang menelan kos antara 6 juta pound (RM30 juta) dan 15 pound (RM74 juta) telah siap...

Orang awam serang polis

Zakaria (tengah) menunjukkan kesan calar dan lebam di tangan Ammar Rusli (kanan) disaksikan Pegawai Penyiasat IPD Jerantut, Inspektor A. Ramunaidu (kiri) pada sidang media, semalam BANDAR JERANTUT – Seramai 10 lelaki berusia antara 19 hingga 26 tahun diberkas Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut dipercayai menghalang dan memukul seorang anggota polis yang bertugas dalam kejadian di Taman Seri Damak, baru-baru ini. Timbalan...

5 budak darjah 6 ditangkap curi motosikal

Lima pencuri cilik yang ditahan selepas melarikan dua motosikal. PETALING JAYA – Hasrat lima pencuri cilik bersiar menggunakan motosikal curi tidak kesampaian apabila mereka berjaya diberkas selepas motosikal ditungganginya kehabisan minyak. Dalam insiden jam 6.30 petang kelmarin itu, kelima-lima pencuri berusia 12 tahun itu bertindak melarikan motosikal terbabit dari sebuah kafe siber di Damansara Damai dekat sini. Ketua Biro Keselamatan...

Maut disondol seladang

IPOH - Hasrat tiga sekawan menghabiskan cuti Hari Kemerdekaan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat disondol seladang di Hulu Air Pasir, Banding, Gerik dekat sini, malam tadi. Kejadian itu berlaku ketika Musa Ismail, 56, bersama rakannya, Isa Abdullah, 24, dan Mohd Sharifudin A Manas, 35, dipercayai masuk ke Taman Negeri Royal Belum, tanpa kebenaran, melalui 'lorong tikus' kira-kira jam 3 petang semalam. Ketua...

Justin Bieber jadi mentor

Justin Bieber Penyanyi muda berbakat besar, Justin Bieber, sememangnya bijak mencari peluang mengembangkan kariernya. Selain berjaya mencipta fenomena sebagai penyanyi, Bieber kini dilantik sebagai mentor untuk program pencarian bakat, X Factor di Amerika Syarikat. Teruja dengan tawaran yang diterima, pelantun lagu Never Say Never ini akan bekerjasama dengan juri, L A Reid dalam pemilihan peserta. "Proses pemilihan ini mengambil masa...

Lindsay Lohan dituduh mencuri

Lindsay Lohan Baru sahaja dibebaskan daripada hukuman penjara, kini aktres, Lindsay Lohan dikaitkan dengan kes kecurian di Los Angeles. Lohan dituduh melarikan barang kemas dan perhiasan berharga jutaan ringgit di rumah rakannya, Sam Magid, bersama pembantu peribadinya. Namun tidak terus berdiam diri, Lohan tampil memberi keterangan di balai polis. Dalam keterangan yang dirakam, terbukti bahawa Lohan tidak bersalah. Sam Magis juga turut...

Gadis 15 tahun jadi datuk bandar

Bashaer Othman GENTING GAZA - Seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di Palestin diberi peluang untuk menjadi Datuk Bandar Allar yang dihuni lebih 8,000 penduduk selama dua bulan selepas terpilih di bawah program pendidikan di negara itu. Bashaer Othman turut menyimpan cita-cita untuk menjadi pemimpin di Palestin pada masa hadapan. Remaja berjiwa besar itu juga turut menghadiri mesyuarat dan berucap di hadapan umum serta menandatangani...

PKR bidas cipta 'bendera baru' ganti Jalur Gemilang

Risalah yang diedarkan semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka kelmarin. PETALING JAYA - PKR dalam kenyataan terbukanya hari ini membidas tindakan sekumpulan orang yang tidak bertanggungjawab melakukan kebiadaban terhadap bendera yang seakan menyamai Singapura dan Indonesia serta perbuatan memijak gambar Perdana Menteri dan isterinya. Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, bagaimanapun mereka juga akan mengambil tindakan untuk...

Dibelasah lelaki mabuk

Mangsa menunjukkan giginya yang patah akibat dibelasah sekumpulan lelaki yang menuduhnya pencuri. PUCHONG – Bukan sahaja dia dituduh memecah masuk sebuah kedai runcit dan mencuri, seorang lelaki menghidap kemurungan turut dibelasah tanpa belas kasihan sebelum motosikal miliknya dibakar sekumpulan lelaki di Puchong Intan di sini. Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, abang mangsa yang enggan identitinya didedahkan berkata, adiknya diperlakukan...

Amuk di Kulim

Tiga ahli bomba berjaya masuk ke dalam bangunan. KULIM - Gempar... Apabila seorang lelaki berusia 20-an mengamuk menggunakan parang dengan memecahkan cermin kaca tingkat dua di bangunan rumah kedai di kawasan Perniagaan Semarak kira-kira jam 11 pagi semalam. Suspek difahamkan mengalami tekanan perasaan apabila ketagihan dadah yang melampau. Keadaan tegang ini menimbulkan suasana panik kepada masyarakat yang kebetulan berada di kawasan berdekatan. Suspek...

Makcik-makcikku gangster cekap mencuri

Kanan: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pasar raya Taiping menunjukkan dua daripada ahli kumpulan berkenaan membuat urusan untuk pembelian telefon bimbit. IPOH – Menyamar sebagai saudara pengantin merupakan taktik sekumpulan wanita berusia 40-an, di sini, yang menjadikan kediaman pengantin sebagai sasaran untuk mencuri barangan berharga. Kegiatan empat wanita berkenaan telah dikesan sejak seminggu lalu setelah dua kediaman di...

'Kantoi', pasangan mengeluh ketika ditahan Jaip

Pasangan kekasih yang dicekup disoal siasat sebelum dibawa ke Pejabat Jaip. KUANTAN - “Saya tahu itu silap saya, perkara dah berlaku, nak buat macam mana,” keluh seorang lelaki berusia 23 tahun yang ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel bajet di sini, semalam. Dalam operasi kira-kira jam 5 pagi yang dilakukan empat pegawai Penguat kuasa Jaip yang menjalankan operasi di hotel...

19 Pasangan Berasmara Sempena Merdeka Diserbu

gambar hiasan KUANTAN - Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi. Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup...

Kuda malang terperangkap dalam lumpur diselamatkan

ANGGOTA penyelamat berusaha menarik Jeremy keluar dari paya berlumpur. RADCLIFFE: Pasukan penyelamat semalam menghabiskan masa tiga jam untuk menarik keluar seekor kuda yang terperangkap dalam paya berlumpur. Kuda itu, Jeremy, terperangkap dalam paya di sebuah ladang.  Anggota bomba, seorang veterinar dan petugas persatuan kebajikan haiwan dipanggil ketika kuda berusia 31 tahun itu bergelut dalam air hingga ke paras lehernya.  Jeremy...

Unik! Larian kasut tumit tinggi

Pada bulan Julai yang lalu, ramai wanita muda berbaris di Moscow, Rusia untuk menyertai suatu pertandingan yang amat berharga buat mereka. Acara sebegini tidak pernah dipertandingkan dalam sukan Olimpik walaupun ianya dikategorikan sebagai sukan iaitu larian sambil memakai kasut tumit tinggi. Pertandingan yang dinamakan Stiletto Race ini diadakan hampir setiap tahun dan dihoskan oleh majalah Glamour. Setiap peserta diwajibkan untuk memakai...

Lacur anak untuk rokok

BATU PAHAT: Bagi memastikan bekalan rokoknya sentiasa cukup serta tidak perlu dibeli, seorang bapa menawarkan empat anak perempuannya berusia 17 hingga 25 tahun tidur bersama lelaki hidung belang sebagai tukaran. Lebih menjijikkan, kegiatan itu dilakukan di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini, malah ketika anaknya tidur bersama lelaki, bapa durjana berusia 53 tahun terbabit berada di situ sambil merokok. Kegiatan itu yang berlarutan...

Pelajar rakam aksi seks

gambar hiasan SINGAPURA: Seorang pelajar berusia 15 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana merakam dirinya sendiri mengadakan hubungan seks dengan rakan sekolah berusia 13 tahun dan memuat naik klip video lucah itu di internet. Remaja dan pasangannya tidak dinamakan. Mahkamah diberitahu, remaja itu, kini berusia 17 tahun, bertemu pelajar perempuan itu ketika aktiviti sofbal pada Januari 2009.  Mereka kemudian mengadakan hubungan seks...

Gempar! Kucing dua wajah

LUAR BIASA...Venus RALEIGH: Seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza pada mukanya mengejutkan pengguna Internet di seluruh dunia dan membolehkan kucing berkenaan, Venus, menjadi sensasi di atas talian dalam masa yang singkat. Ribuan pengunjung melawati laman Facebook kucing aneh itu yang setakat ini sudah menerima 40,000 ‘like,’ sementara video mengenai kucing yang comel itu di YouTube ditonton hampir sejuta kali dalam masa beberapa...

Dua wanita dibunuh desak bebaskan Pussy Riot

Ahli kumpulan punk Pussy Riot, dari kiri: Yekaterina Samutsevich, Maria Alyokhina dan Nadezhda Tolokonnikova duduk di dalam kandang mahkamah yang dilindungi oleh kaca ketika dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun. MOSCOW - Dua orang wanita ditemui mati akibat ditikam di dalam sebuah pangsapuri di sini pada Khamis, bersama tulisan "Bebaskan Pussy Riot" ditulis di dinding dipercayai menggunakan darah. Kumpulan punk wanita, Pussy Riot mencetuskan...

Pelajar botakkan kepala kerana protes

BEBERAPA pelajar wanita berkepala botak memegangsepanduk di Pusat Yirenping Beijing di Beijing kelmarin. BEIJING - Sekumpulan pelajar perempuan membotakkan kepala mereka dalam satu tunjuk perasaan di ibu kota China, di sini. Tindakan itu dibuat bagi membantah diskriminasi gender yang didakwa berlaku dalam peperiksaan kemasukan ke pusat pengajian tinggi di China. Menurut mereka, markah lulus bagi pelajar wanita untuk peperiksaan tersebut...

Duda mati dibunuh kejam

KAKITANGAN Hospital Besut dan anggota polis mengusung mayat Faiza yang ditemui mati dibunuh dalam keadaan lututnya hampir putus dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut kelmarin. BESUT – Misteri kehilangan seorang duda anak satu sejak Rabu lalu terjawab kelmarin apabila dia ditemui mati dibunuh secara kejam dengan kedua-dua lututnya hampir putus ditetak manakala betis dan pinggangnya turut...

Warga emas kampung jadi hero

SEORANG jiran mendukung Amirah Suhaili yang dapat diselamatkandalam kebakaran. KEMAMAN - Tindakan pantas seorang lelaki sebaik melihat rumah jirannya dijilat api dapat menyelamatkan nyawa seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak berusia empat tahun dalam kejadian di Rumah Murah Kampung Fikri di sini semalam. Kejadian pukul 11 pagi itu berlaku ketika gadis OKU, Amirah Suhaili Said, 19, dan anak saudaranya, Nurul Adawiah Zabli,...

Bendera Malaysia dinaikkan di selatan Thai

SEKUMPULAN anggota polis memeriksa kawasan sekeliling sebuah hentian bas yang dipasang dengan bendera Malaysia di wilayah Narathiwat, semalam. - AFP PATTANI, Thailand - Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam. Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya...

Anak Sylvester Stallone mati sakit jantung

Sage Stallone LOS ANGELES - Pegawai koroner mengesahkan bahawa anak Sylvester Stallone yang berusia 36 tahun meninggal dunia akibat masalah jantung. Sage Stallone (gambar) dilaporkan meninggal dunia pada 13 Julai lalu disebabkan saluran arteri tersumbat dan bukannya atas faktor-faktor lain. Mayat Sage ditemui di rumahnya oleh seorang pekerja dan saudaranya. Tiada perbuatan khianat dikesan, malah keputusan toksikologi menunjukkan jumlah...

Syiling RM36,800 bertabur atas jalan

BEGINILAH keadaan sebuah van keselamatan yang terbalik selepas tayar belakang sebelah kirinya pecah. HULU SELANGOR - Sebuah van keselamatan yang membawa duit syiling dianggarkan berjumlah RM36,800 terbabas dan terbalik di Kilometer 426.7 Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung di sini semalam. Kejadian pada pukul 12 tengah malam itu mengakibatkan pelbagai duit syiling milik sebuah pasar raya dan sebuah syarikat konsesi...

Petani reka Lamborghini Reventon

KERETA sport Wang Jian menjadi tumpuan pengguna jalan raya lain. SUQIAN - Ekoran tidak mampu membeli sebuah Lamborghini Reventon berharga sekitar AS$1.6 juta (RM4.9 juta), seorang petani di China bertindak membina sendiri kereta sport berkenaan. Petani tersebut, Wang Jian membina kereta itu daripada beberapa bahagian badan dua kereta terpakai jenama Nissan dan Santana. Dia yang menetap di sini, pernah bekerja di sebuah bengkel kenderaan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...