2020562

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, October 14, 2012

350 juta kemurungan

GENEVA - Lebih 350 juta penduduk di seluruh dunia dilaporkan mengalami kemurungan, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semasa Hari Kesihatan Mental Sedunia pada Rabu lalu. Ketua Jabatan Kesihatan Mental WHO, Dr Shekhar Saxena berkata, ia bukan satu 'penyakit' di negara membangun tetapi ia telah menjadi satu fenomena global. "Ia melibatkan kedua-dua jantina dan tidak mengira status golongan masyarakat," katanya. gambar hiasan Saxena...

Rempuh lori dan terbalik

Proton Iswara Aeroback terbalik dan remuk teruk dalam kemalangan, semalam. Gambar kecil: Mohd Sahir SEREMBAN – Seorang lelaki parah apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebuah lori di Kilometer 262.4 Lebuh Raya Utara – Selatan, berhampiran Plaza Tol Seremban, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an itu memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback sendirian merempuh belakang lori yang...

Dua maut dalam dua jam

Keadaan kenderaan dipandu Gobi yang melanggar pokok di tepi jalan dalam kejadian kemalangan awal pagi, semalam. IPOH - Hanya dalam tempoh dua jam, nyawa dua lelaki yang memandu berseorangan melayang setelah terlibat dalam kemalangan maut berasingan di lokasi berbeza, awal pagi semalam. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharudddin Wan Omar memaklumkan, kejadian pertama berlaku pada lebih kurang...

Kruiser tembung dengan kapal selam nuklear AS

WASHINGTON - Sebuah kruiser atau kapal perang peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan kapal selam nuklear negara itu semasa menjalani latihan di perairan Atlantik, sebelah timur laut Florida, petang semalam, menyebabkan peralatan sonarnya rosak. Perlanggaran antara kruiser USS San Jacinto dan kapal selam berkuasa nuklear, USS Montpelier berlaku kira-kira 3.30 petang (1.30 pagi waktu tempatan). Dalam satu kenyataan, tentera...

Bomba bakar rumah kosong dibelasah

Pemuda yang dilihat membakar rumah kosong diserahkan kepada polis selepas dibelasah sekumpulan penduduk. GEORGETOWN - Tindakan seorang anggota bomba sukarela yang cuba membakar rumah kosong mengundang padah apabila dia dibelasah sekumpulan penduduk di Jalan Tengku di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemuda berusia 21 tahun itu dikatakan mencurahkan minyak tanah di dua rumah yang tidak berpenghuni di kampung terbabit...

Warga emas maut digilis lori

MUAR – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan dengan isi perut terburai apabila digilis sebuah lori selepas terbabit dalam kemalangan di jalan pintasan berhampiran persimpangan Jalan Dato’ Haji Kosai, dekat Bakri di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang, mangsa, Lee Kih Seng, 70, dari Jalan Khalidi, menunggang motosikal sendirian dari jalan pintasan Jalan Dato’ Haji Kosai menghala ke Bakri. Malangnya, setiba di tempat...

Pasar gelap sperma di China meningkat

Beijing: Pasaran gelap bagi sperma semakin meningkat di China berikutan kewujudan hanya 11 bank sperma di negara itu gagal memenuhi keperluan pasangan yang tidak mempunyai anak, menjadikan semakin ramai penderma tampil menjual sperma mereka.  Pasangan suami isteri dari wilayah Shanxi, Yu Hua dan suaminya yang inginkan anak turut mendapatkan perkhidmatan Huang, seorang penderma sperma pasaran gelap profesional.  Dengan penuh yakin,...

Pesakit maut jatuh bangunan

TEMERLOH – Seorang pesakit Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat enam bangunan hospital tersebut kira-kira jam 8.50 pagi semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Superintendan Zundin Mahmood berkata, mangsa Wong Kuew Yoon 37, beralamat di Setapak Kuala Lumpur mati serta merta akibat kecederaan parah di seluruh badan. Menurutnya, kejadian disedari beberapa petugas HoSHAS awal pagi semalam selepas...

Maram dinobat ratu cantik Arab Saudi

Maram Zaki al-Saif Riyadh: Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara. Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’, di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau. Tema pertandingan...

Terselamat maut ditikam kerana gemuk

London: Seorang lelaki berusia 44 tahun yang dijerut dan ditikam 38 kali dalam satu kejadian serangan di kediamannya dilaporkan terselamat dari maut disebabkan kegemukannya.  Danny Ross, dari Exeter, diserang David Johnson di pangsapuri miliknya berhampiran Devon memiliki berat badan 102 kilogram dan memerlukan 70 jahitan selepas kejadian serangan itu.  Bekas penganalisis komputer itu mendakwa sedang menonton televisyen di rumahnya...

Kad kredit berkompas

Kad kredit MasterCard dikeluarkan Bank Al Hillal turut tidak mengenakan faedah terhadap penggunanya. - Agensi ABU DHABI - Sebuah bank di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bank Al Hillal memperkenalkan kad kredit dilengkapi kompas yang menunjukkan arah kiblat. Pengenalan kad kredit MasterCard baru itu adalah sempena pelaksanaan undang-undang syariah mengharamkan faedah dikenakan terhadap pinjaman di negara-negara Arab. Jurucakap Mastercard, Hames...

Jantan tercabar buat benda bodoh

KUALA LUMPUR: Rasa tercabar antara penyebab segelintir lelaki sanggup memakai gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan untuk meningkatkan keupayaan seksual mereka sedangkan perkara itu tidak perlu dilakukan. Pengarah Urusan Hushim Motivational & Counselling Consultancy, Hushim Salleh berkata, hubungan intim pasangan suami isteri menyentuh soal emosi, pemikiran dan psikologi. “Kadang kala disebabkan emosi terganggu mungkin akibat tekanan...

Penduduk Pontianak ditimpa hujan ais

PONTIANAK, Kalimantan Barat - Bandar Pontianak dan daerah Kubu Raya di sini baru-baru ini, digemparkan dengan fenomena hujan ais berserta angin kencang. Menurut seorang penduduk tempatan, Dewi, fenomena yang berlaku pada waktu petang itu merupakan kejadian pertama yang melanda bandar ini. "Pada mulanya, saya menyangka ada orang membaling batu ke arah saya. Namun apabila diteliti, batu tersebut adalah ais dan jumlahnya semakin banyak. Sejumlah...

Gara-gara RM3.10, 4 murid lari nampak polis

WATAMPONE, Sulawesi Selatan - Gara-gara melihat kelibat pengunjung pasar raya berpakaian seperti polis, empat murid perempuan dari sebuah sekolah rendah di sini bertindak melarikan diri daripada tahanan pengawal keselamatan premis berkenaan. Menurut Tribunnews.com. murid perempuan yang melepaskan diri itu berlari sambil menangis kerana khuatir akan ditahan polis. Murid-murid tersebut telah ditahan lebih sejam oleh pengawal keselamatan pasar...

Bongkah batu menyerupai bayi

Pengunjung melihat bongkah batu yang menyerupai wajah bayi di Garut, Jawa Barat, baru-baru ini. - AGENSI GARUT, Jawa Barat - Sebiji bongkah batu di dalam sebuah kolam yang telah kering di Kampung Pananjung dekat sini didapati menyerupai wajah seorang bayi. Malah, batu itu dilihat boleh berubah-ubah dalam lingkungan jarak dua meter. Dadan Supriatna, pengunjung dari Cimahi, Bandung berkata, jika diperhatikan, batu menyerupai wajah bayi itu...

Labi-labi gergasi ditangkap

BEBERAPA penduduk kampung mengangkat labi-labi gergasi seberat 100 kilogram yang ditemui di Bojonegoro, Jawa Timur, baru-baru ini. - AGENSI BOJONEGORO, Jawa Timur - Misteri kemunculan seekor labi-labi gergasi yang sering dilihat penduduk Kampung Pucangarum di sini akhirnya terjawab selepas haiwan itu ditangkap ketika cuba menyeberangi Sungai Bengawan Solo. Malah beberapa penduduk tempatan terpaksa bekerja keras untuk menangkap labi-labi seberat...

Jutawan air minuman individu terkaya China

Zong Qinghou SHANGHAI- Jutawan air minuman, Zong Qinghou, merampas kembali kedudukan individu terkaya China, tahun ini dengan jumlah kekayaan AS$10 bilion (RM30.6 bilion), lapor majalah Forbes hari ini. Menurut senarai 400 individu terkaya China 2012 yang dikeluarkan oleh majalah itu, Qinghou yang merupakan pengeluar air minuman jenama Wahaha, mengembalikan kedudukan sebagai orang paling kaya tahun ini, selepas gagal tahun lalu. Senarai...

Model Hot mabuk, 7 cedera dirempuh

NOVI mengaku ambil dadah, minum arak sebelum memandu. JAKARTA: Seorang model majalah dewasa berusia 25 tahun berdepan pelbagai pertuduhan selepas mencederakan tujuh orang, termasuk dua anggota polis ketika memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol, kata polis. Jurucakap Polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanto berkata, Novi Amalia yang hanya berseluar dalam enggan menurut arahan polis supaya berpakaian selepas insiden itu.  Dia yang...

Calon dihalang duduki PMR

Rodzi Hassan MANJUNG - Bapa kepada seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dihalang menduduki peperiksaan berkenaan kesal kerana pihak sekolah memberi alasan anaknya telah dibuang sekolah. Rodzi Hassan, 47, berkata, dia rasa hairan apabila mendapati anaknya tidak ke sekolah seperti rakan-rakannya yang lain untuk menduduki peperiksaan itu. "Saya ada bertanyakannya tentang perkara itu dan dia memberitahu, guru kelasnya tidak membenarkan...

Ngeri! Telinga hilang dihakis kanser kulit

KENTY GABOT, 18, mencuci luka di kepala ibunya yang menghidap kanser kulit di Lundu, Sarawak semalam. LUNDU – Tiada apa yang diinginkan oleh seorang pesara tentera, Gabot Sindoh selain melihat isterinya kembali ceria selain memiliki wajah seperti manusia normal. Namun, suami berusia 57 tahun itu terpaksa pasrah menerima takdir bahawa isterinya, Jingus Nyambei, 50, berdepan dengan perubahan wajah yang mengerikan apabila menghidap kanser kulit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...